CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7817|Reply: 40

Pontianak teman pulang

[Copy link]
Post time 16-12-2009 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Pontianak teman pulangOleh Hazirah Che Sab(BERITA HARIAN)



Pasangan suami isteri tergamam lihat makhluk mengilai depan kereta di Padang Serai

AZIMAH dan Zaki adalah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun. Mereka menetap di sebuah taman perumahan di Padang Serai di utara tanah air. Memandangkan suaminya bekerja mengikut syif, Azimah dan anak perempuan mereka menumpang di rumah ibu mentuanya yang terletak agak jauh daripada kediaman mereka setiap kali Zaki terpaksa bekerja syif malam.

Untuk pulang ke rumah, mereka terpaksa menempuhi perjalanan melalui kebun kelapa sawit yang agak luas. Sudah pasti, keadaan sememangnya menyeramkan terutama pada waktu malam ketika kenderaan amat kurang dan lampu jalan yang cuma samar-samar. Kebiasaan melalui kawasan sebegitu pada waktu malam membuatkan Azimah dan Zaki tidak berasa takut dan belum pernah berdepan sebarang masalah, termasuk gangguan makhluk halus biarpun diingatkan rakan-rakan yang pernah menjadi mangsa gangguan berkenaan.


Namun, kekebalan pasangan ini terlerai juga apabila pada satu malam, ketenangan meredah kepekatan malam itu mengundang episod mencemaskan buat mereka sehingga terpaksa mengambil cuti sakit akibat demam.

Malam itu, seperti biasa, Zaki menjemput anak dan isterinya selepas tamat syif. Perjalanan biasa menjadi sebaliknya apabila anak mereka yang tidur di tempat duduk belakang, kelihatan agak gelisah.

“Kenapa dengan Adila ni? Selalunya tak ada masalah. Hairan juga...,” kata Azimah dalam hati yang agak hairan dengan Adila yang merengek.
Belum pun sempat memusing ke belakang, tiba-tiba Zaki berkata:

“Awak jangan pandang belakang. Biarkan saja Adila,” kata Zaki.

Anehnya, semakin dia ingin menoleh ke belakang, semakin tegas Zaki melarangnya. Lumrah manusia, lagi dilarang lagi ketara rasa ingin tahu, Azimah lantas berpaling ke belakang kerana enggan meneruskan pertengkaran selain memujuk Adila tanpa mempedulikan apakah sebenarnya di sebalik larangan Zaki itu.

Hakikatnya, tanpa disedari Azimah, Zaki sebenarnya sudah ternampak kelibat makhluk lain di bonet belakang, menerusi cermin pandang belakang. Disebabkan tidak mahu Azimah ketakutan, Zaki melarang isterinya menoleh. Ibarat skrip filem, sebaik Azimah menoleh, makhluk berkenaan hilang dan menjelma betul-betul di depan Zaki yang berusaha memandu kereta dalam keadaan terketar-ketar.
Apalagi, terkumat-kamit mulut Zaki membawa ayat Kursi sambil tangannya terus mengemudi stereng dan kaki memijak pedal minyak sambil cuba bertahan sedaya mampu. Zaki sedar, jika dia panik, ia hanya mengundang nahas buat mereka. Anehnya, kenderaan itu semakin perlahan.

Seolah-olah ingin mempermainkan mereka suami isteri, makhluk berkenaan sekali lagi menghilang dan muncul di bonet belakang sebaik Azimah berpaling semula ke depan.

Azimah yang tidak tahu hujung pangkal, pula merungut kerana kereta mereka seolah-olah terlalu berat untuk bergerak walaupun jelas Zaki menekan minyak. Pada masa sama, dia berasakan kelainan yang ketara pada malam itu. Kesunyiannya berbeza daripada malam sebelumnya dan sesekali Azimah berasa seram sejuk.

Namun perasaan itu dipendamkan kerana tidak ingin mengganggu tumpuan Zaki yang sedang memandu walaupun menyedari tingkah laku suaminya agak berlainan pada malam itu.

Sementara itu, bagi menghilangkan rasa takut dan memulihkan semangat, Zaki meminta Azimah mencapai cakera padat bacaan Yaasin yang sememangnya berada di ruang simpanan barangan. Azimah yang semakin hairan dengan sikap Zaki cuba bertanya tetapi akhirnya kembali diam selepas dilihat Zaki langsung tidak mengendahkannya dan sebaliknya semakin kerap melihat cermin pandang belakang.

Zaki memberanikan diri membuka sedikit cermin kereta dengan tujuan alunan ayat suci itu dapat berkumandang sehingga ke luar kereta dan menghindari makhluk halus itu daripada terus mengganggu perjalanan mereka sekeluarga. Harapannya tersasar kerana makhluk berkenaan masih melayang-layang terbang mengekori kenderaan mereka.

Azimah yang masih tidak menyedari apa yang berlaku, mula cuak apabila merasai sesuatu seperti rambut mengenai mukanya daripada cermin tingkap yang dibuka sedikit. Cuma dia sedikit hairan kerana tahu rambut anak perempuannya tidak sepanjang itu sehingga boleh mengenai mukanya.

Dalam Azimah melayan rasa peliknya tiba-tiba Zaki menekan brek mengejut dan jelas pada pengetahuan mereka berdua, Zaki terlanggar sesuatu. Azimah yang panik menggesa Zaki keluar melihat apa yang dilanggarnya tetapi Zaki berkeras enggan berbuat demikian dan mengatakan dia sebenarnya tidak melanggar apa-apa.

Pertengkaran mereka terhenti sendiri apabila tiba-tiba satu lembaga mengerikan dengan rambut panjang mengerbang, muncul dari depan kereta dan terus melayang sambil mengilai.

Azimah yang terkejut bercampur takut terus menjerit sebaik makhluk berkenaan menunjukkan dirinya yang sebenar sedangkan Zaki berusaha menenangkan diri. Ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi hafalan sejak kecil terus dibaca walaupun ada ketika agak lintang pukang bacaannya.

Agak lama makhluk itu mengganggu mereka sebelum terbang menghilangkan diri ke dalam kebun kelapa sawit di tengah kepekatan malam.

Menceritakan kisah seram itu, Azimah berkata dia nampak makhluk itu cukup menakutkan sebaliknya Zaki pula memberitahu makhluk itu kelihatan cantik.

“Saya pun hairan sebab anehnya, saya nampak pontianak itu dengan wajah yang menakutkan, berambut panjang mengerbang. Tetapi suami sebaliknya nampak wanita cantik,” kata Azimah.

Apa yang pasti, sejak kejadian itu, andai Zaki bekerja syif malam, mereka sekeluarga akan tidur di rumah ibunya kerana tidak berani lagi melalui kawasan sama pada waktu malam dan ‘ditemani’ makhluk halus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2009 08:56 AM | Show all posts
N...bkn gambar 2 x silap aku amek dr malajah UJANG ke APO kan??


aku x baca lagi cite...pnjg sgt..

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 08:58 AM | Show all posts
mulder....scully thingy ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2009 08:59 AM | Show all posts
N...bkn gambar 2 x silap aku amek dr malajah UJANG ke APO kan??


aku x baca lagi cite...pnjg sgt..


Sh@rk_iR Post at 16-12-2009 08:56


N bawu amek dari berita harian.. gambo dari berita harian tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 09:20 AM | Show all posts
Errrrrrr....seriau gak aku baca..........
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 10:01 AM | Show all posts
alamakkkk aiiii,ingatkan citer sebenar...aduhaiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2009 10:11 AM | Show all posts
seramnya.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 10:21 AM | Show all posts
takot la pulak nk balik malam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2009 10:25 AM | Show all posts
lagi seriau kalo hantunye hodoh cam citer jangan tegur lagi kat tv3 tu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 10:28 AM | Show all posts
akupun takut
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 10:34 AM | Show all posts
Pontianak teman pulangOleh Hazirah Che Sab(BERITA HARIAN)



Pasangan suami isteri tergamam lihat makhluk mengilai depan kereta di ...
anniez08 Post at 16-12-2009 08:55



well, thsi banshee ni double standard laaa....selective gitu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 10:37 AM | Show all posts
kalau jejalan memalam ..kate org tetua..benda tu selalu dok gayut kat kaki kiter...sebb tu dia terikut nek ke kete.....

balik umah...kene tunggu luar rumah dlm 5 min...bagi salam sebelum nak masuk umah...cuci kaki tngan sumer.. tu penting...

bayangkn tengah drive..bila kite tengok tempat pemijak break/clucth(betul ke spel ni)...ade benda dok menyengih....huhuu.........minta di simpangkn..benda2 tu sumer
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 10:49 AM | Show all posts
huh pandai plak pontianak ni..kat lelaki jadi cantik..kat pempuan jd hodoh giler..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 11:59 AM | Show all posts
kalau jejalan memalam ..kate org tetua..benda tu selalu dok gayut kat kaki kiter...sebb tu dia terikut nek ke kete.....

balik umah...kene tunggu luar rumah dlm 5 min...bagi salam sebelum nak masuk  ...
pu3_fiona Post at 16-12-2009 10:37


Ye ke pu3?...kenapa nok dok kat kaki ye?..
bukan depa ni boleh terbang je ke?..

cikgu Yenil dulu pernah citer..kazen dia balik rumah ada cik pon ni ikut..
waktu tu abg kazen dia tengah tido..abang kazen dia ni ada sumting la..ada ilmu sikit..abang dia ni waktu kazen dia on the way kat simpang nak masuk rumah tetiba buka silat kat hall..makcik pakcik dia terkejut awatla anak bujang dia tetiba bersilat nih..depa tengokkan aje sebab takut la disilatkan dek anak dia ni..bila kazen dia sampai, abang dia baru bukak mata dalam kepenatan lepas bersilat..

abang dia kata, ada cik pon nak cederakan adik dia..cik pon tu sampai kat rumah dengan harapan nak menjalankan tugas kat rumah kazen dia ni, tapi rupanya abang dia dapat detact cik pon tu dan dah bertarung..sebenarnya, masa dia bersilat tu, dia tengah bergelut dgn cik pon tu..alhamdulillah berjaya menghalau cik pon tu keluar..

aku yang dengar citer tu pun seriau..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 02:23 PM | Show all posts
pernah 3-4 kali lalu kat kawasan kebun kelapa sawit..tgh2 malam..kiri kanan jalan gelap gelita dgn kelapa sawit..+ lampu jalan x ada..harapkan cahaya dr lmpu kereta n bulan bintang kalau ada..seram jer rase..dlm hati dok brdoa jgnlan keta rosak/pancit..kereta2 lain pun jarang berselisih.. terbayang lak kalo tgh2 gelap cam tuh ada something putih melayang2{:3_83:}..mau pekak skejap hubby kt sebelah dgr me menjerit..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 02:45 PM | Show all posts
Ye ke pu3?...kenapa nok dok kat kaki ye?..
bukan depa ni boleh terbang je ke?..

cikgu Yenil dulu pernah citer..kazen dia balik rumah ada cik pon ni ikut..
waktu tu abg kazen dia tengah tido.. ...
yenil95 Post at 2009-12-16 11:59




kaka yenil,
yup benda tu sumer ikut kiter berlainan cara, rupa serta zarah..men ikut suke depe le..
bab bersilat dgn noks tu..pu3 pernah tengok sedara pu3 wat cm tu...

uishh..seriuussss..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2009 02:49 PM | Show all posts
pernah 3-4 kali lalu kat kawasan kebun kelapa sawit..tgh2 malam..kiri kanan jalan gelap gelita dgn kelapa sawit..+ lampu jalan x ada..harapkan cahaya dr lmpu kereta n bulan bintang kalau ada..seram je ...
kuzaime Post at 2009-12-16 14:23



teringat kakak pu3,
dia ngn kengkawan dia..baru balik dri amik barg kat umah kwn dia...
melalui jalan kelapa sawit..sampai 1 simpangg pemandu , akak, n kawan dia...nmpak rilekkss je
cik pon turun n landing kat atas pelepah kelapa sawit tu..mase depe breakk kete tu..sib bek xbertembung ngn kete di depan..
depa undur..n terpakse pilih jalan yg agak jauhh sedikit..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 02:49 PM | Show all posts
huh pandai plak pontianak ni..kat lelaki jadi cantik..kat pempuan jd hodoh giler..
gilmoregirl Post at 2009-12-16 10:49



dia nk ngorat le. tu...pempuan ape ade wakakkakakka
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:07 PM | Show all posts
Menceritakan kisah seram itu, Azimah berkata dia nampak makhluk itu cukup menakutkan sebaliknya Zaki pula memberitahu makhluk itu kelihatan cantik.

“Saya pun hairan sebab anehnya, saya nampak pontianak itu dengan wajah yang menakutkan, berambut panjang mengerbang. Tetapi suami sebaliknya nampak wanita cantik,” kata Azimah.


perbezaan pandangan dr sorang lelaki dan ppuan thadap pontianak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:27 PM | Show all posts
takutnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.220908 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list