CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leotazz818

[products&accessories]PAMPERING YOUR CAT

[Copy link]
Post time 5-2-2009 07:35 AM | Show all posts
Originally posted by kiki-lala at 14-8-2007 03:42 PM
http://i1.lelong.com.my/UserImages/Items/0606/26/kittychin@12.jpg

Harga : RM 33.80 + 3.00 (Semananjung)


wa bestnyer tgok harga kat semenanjung.. klu kat sabah ne yg simple cam ne pun dah nak cecah RM100...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2009 07:45 AM | Show all posts
Originally posted by boocik04 at 4-12-2008 10:51 AM



rasanya takde jual kat m'sia lagik ni. ni kat website dia based in UK.


kat sabah plak ada service ne.. produk dr jepun.. tp mahal sangat RM100++ utk suma kuku.. lekat guna gam khas..tp amoi tu kata klu kucing telan pun takper bab bnda tu tak keras dan akan kuar ikut najis kucing...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 09:45 AM | Show all posts

Reply #759 nuox84's post

Ha ahh...siap ada yg bola bulat berjuntai mcm yg rega 49 tu lagi taww...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 09:51 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by MiKiee at 14-1-2008 05:30 PM
Hii semua....

Baru -baru nie Fad ada beli cage 5 tingkat. Then anak-anak ada 3 jer skg nie...so okeyla jugak!! Cukup tinggi dan luas untuk mengisi bapak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 07:39 AM | Show all posts

Bakul Kucing

Harrods London tertarik bakul kucing Azizah


azizah Ahmad menunjukkanrangka bakul kucing rekaannya yang meraih perhatian di luar negaratermasuk Harrods di bengkelnya di Taman Pinggiran Senawang, Seremban,semalam.

SEREMBAN 4 Mei - Pada 10 tahun lalu, ia sekadar dikenali sebagai seni anyaman rotan yang tidak dapat dipisahkan dengan gaya hidup masyarakat tradisional.

Namun hari ini, tiada siapa menduga produk berasaskan rimba itu mampu menembusi gedung beli-belah terkemuka dunia seperti Harrods di kota London.

Semua itu adalah berkat kegigihan usahawan produk kraf tempatan,Azizah Ahmad, 45 'menyambar' peluang keemasan yang terbuka luas daripada pihak kerajaan yang mana telah membuka ruang kepada pengusaha kraf sepertinya.

Hasilnya, salah satu daripada produk rotan Azizah iaitu bakul kucing iaitu antara 3,173 unit produk kraf daripada 410 jenis rekaan diperkenalkan menerusi Malaysian Craft As Its Best dan menjadi pilihan Harrods.

Produk tersebut buat kali pertama dipamer untuk jualan dan tempahan dalam satu promosi kraf di pusat beli belah ternama itu pada Februari lepas.

Menurut Azizah, walaupun bakul kucing itu merupakan satu-satu produknya yang menjadi pilihan Harrods namun ia sudah cukup membanggakan.

''Saya berharap ini menjadi satu permulaan yang baik untuk industri rotan ini. Setakat ini saya mendapat maklum balas yang baik mengatakan bahawa produk bakul kucing ini akan kekal di Harrods selepas pameran tersebut,'' katanya.

Bagi Azizah yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang tersebut,peluang menembusi pasaran antarabangsa itu dianggap sebagai satu pencapaian terbaiknya.

Apatah lagi sebelum ini beliau sering menyertai pelbagai promosi diluar negara atas tiket usahawan kraf tempatan di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan terbaru di pameran kraf di Birmingham dan Manchester serta Sweden.

Menurut Azizah, salah seorang usahawan kraf di bawah bimbingan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Negeri Sembilan,rangka promosi Kraftangan Malaysia tidak pernah mengecewakan apabila kebanyakan produknya mendapat sambutan.

''Pada Februari lalu saya menyertai pameran di Birmingham dan tidak dinafikan produk rotan yang saya bawa mendapat sambutan terutama bakul kucing.

''Begitu juga promosi di tempat lain memang tidak sukar untuk menjual produk kita di sana,'' kata beliau ketika ditemui di bengkelnya di Senawang di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bakul kucing yang menjadi pilihan penduduk setempat di negara tersebut barangkali kerana keunikan dan kualitinya.

''Kebanyakan orang yang saya temui di sana beranggapan bahawa hasil produk kita jauh lebih bermutu daripada negara lain seperti China, Indonesia dan Vietnam.

''Lagipun kita menggunakan produk yang 100 peratus asli iaitu rotan dari rimba, bukan tiruan termasuk bakul kucing ini,'' katanya.

[ Last edited by  Syd at 5-5-2009 07:49 ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 08:19 AM | Show all posts
TAHNIAH KEPADA PUAN AZIZAH
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2009 08:28 AM | Show all posts
bakul ni ape fungsi?

tempat tido kucing ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 08:57 AM | Show all posts

Reply #3 zaujahzauji's post

a'ah tempat tdo kucing kot.
tapi ada yang macam sangkar kucing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2009 09:07 AM | Show all posts
mungkin cat carrier 2... travel cage yang nak bawak pet keluar 2...

[ Last edited by  FiRe_Fly at 5-5-2009 09:10 ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 08:00 PM | Show all posts
hmm...crafty
tak pernah nampak pun kat mana2 here in malaysia. mungkin kene tempah kot. usually bakul2 ni agak mahal. tapi just to share, tadi kat parkson kajang ada nampak bakul tidur kucing. ada bedding lagi but nipis je. harga agak murah in comparison to others ive seen around. RM30 je. sapa berminat boleh lah pegi sana utk membeli. tadi ada nampak satu je. dont know if they might have stock. muat kucing seekor je lah. kittens 2-3 mungkin muat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 10:22 AM | Show all posts
saya mergekan thread Bakul Kucing ni ke thread [products&accessories]PAMPERING YOUR CAT.

[ Last edited by  boocik04 at 8-5-2009 10:26 ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 5-5-2009 07:39
Harrods London tertarik bakul kucing Azizah

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0505/Utusan_Malaysia/Selatan/ws_06.1.jpg
azizah Ahmad menunjukkanrangka bakul kucing rekaannya yang meraih perhat ...



wahhh kreative!!

kak azizah kalo ada baca ni. harapnye2 boleh arrange tk utk jual kat  mesia. kt ikea ke...pet wonderland ke..

menarik lahhhhhhhhhhhh

wonder pet carrier rotan tu berat ke tak? setahu ulat, rotan ni berat..hehehehee...

actually kalo ada produk rotan bakul tido kucing, or sangkar kucing beranak...

kalau lah ada sangkar kucing beranak yg top die open. tinggi boleh lepas utk ibu kucing lompat masuk n keluar tapi boleh hold anak kucing dari lompat keluar till age 3 months(cerai susu) kan bestt.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 02:35 AM | Show all posts

Reply #758 Mizzsued's post

saya baru tao fungsi btg tu..  utk dicako oleh kucing, tp mesti disembur dgn bauan yg dpt menarik kucing tu. kalu x die buat dono jerk.. abis sofa jugak yg dikerjakan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 10:39 AM | Show all posts
Potensi cenderahati kucing
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my



COMEL dan unik khusus untuk kucing tersayang.

Haiwan comel bukan sekadar peliharaan, mampu jana pendapatan kepada pengusaha kraf

PERNAHKAH anda melihat kucing berbaju batik? Membayangkannya saja sudah pasti menimbulkan rasa janggal tetapi sempena Promosi Kraf Malaysia Negeri Sembilan 2009 baru-baru ini, deretan 'peserta' yang menyertai Pertunjukan Fesyen Pakaian Beragam Kucing semuanya kelihatan 'anggun' bergaun batik.

Bagi sesetengah orang, aksi si comel itu mungkin menjadi bahan melucukan tetapi bagi kakitangan Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan, promosi sebegitu diharap dapat mencetuskan idea dan inspirasi kepada usahawan kraf tempatan dalam usaha mempromosi serta memasarkan produk keluaran mereka.

Pereka fesyen yang bertanggungjawab mereka cantingan batik dan gaun untuk digayakan 100 kucing baka baik milik ahli Persatuan Kucing Beragam Malaysia (MCFA), Zaihasrina Zainal Abidin ,23, berkata melukis dan menjahit gaun batik untuk kucing dijelmakan berdasarkan idea daripada Kraftangan Malaysia.

Menurutnya, melalui rundingan bersama pemilik kucing terbabit dan kakitangan Kraftangan Malaysia, dia diberitahu Pertunjukan Fesyen Beragam Kucing bertemakan batik adalah yang pertama kali dianjurkan persatuan kucing di negara ini.

“Jadi boleh dikatakan ini kali pertama kita dapat melihat kucing bergaun batik lukis kerana kebiasaannya yang berbaju batik ialah manusia,” katanya yang berganding bahu bersama kakaknya, Zaihasra, 25, yang juga seorang pereka tekstil.


Usahawan kraf Negeri Sembilan bersama gaun batik untuk kucing.

Selesa bermain corak batik yang ceria dan bermotif seakan-akan corak asli pada badan kucing, Zaihasrina berkata, batik kucing yang dihasilkannya memang disasarkan khusus untuk penggemar kucing.

“Walaupun rumit hendak melukis dan menjahit gaun batik untuk kucing tetapi saya bangga kerana dapat menghasilkan kerja seni yang unik seperti ini dan harapan saya supaya selepas ini orang ramai akan lebih terbuka dan menghargai industri batik negara,” katanya.

Setiap pasang gaun batik lukis yang dihasilkan dijual pada harga antara RM75 hingga RM500 sepasang, bergantung pada material sama ada kain sutera, linen atau kapas. Malah, setiap pasang gaun didatangkan bersama aksesori comel seperti topi, sarung kaki dan sarung tangan.

Penat melayan gelagat kucing bergaun batik, Baby, Benjy dan Dayang dibawa pula mencuba tempat beradu yang dihasilkan daripada anyaman rotan dan buluh khusus untuk kucing.


Zaihasrina memakaikan gaun batik kepada Baby.

Ternyata, tilam empuk dan tirai putih menghiasi tempat tinggal kucing itu memberikan keselesaan sehinggakan Dayang, si putih berbulu lebat terlena di dalam bakul rotan ketika sesi temubual berlangsung.

Pelatih Kraftangan Malaysia Simpang Pertang, Jelebu, Zulkifli Md Yusuf, 37, berkata idea segar yang diutarakan Kraftangan Malaysia dalam menghasilkan produk kraf khusus untuk kucing sememangnya mendapat sambutan ramai.

“Ramai berminat mendapatkan bangsal kucing diperbuat daripada buluh dan rotan kerana rekaan yang dihasilkan unik, malah buluh juga menyerap suhu sejuk pada waktu malam dan membebaskannya pada siang ketika cuaca panas sekali gus memberikan keselesaan kepada kucing berbanding penggunaan bangsal besi,” katanya yang banyak menghasilkan bangsal kucing berbentuk rumah tradisional Minangkabau, selain diselit kayu bermotif ukiran Melayu.

Pemilik Malina Kraf, Abdul Manaf Dahlan, 49, dari Kampung Cuai Hilir, Rembau, berkata pertama kali diminta menganyam bakul rotan untuk kucing, dia seakan-akan sukar menerima permintaan itu.

“Sebelum ini buat bakul daripada rotan tetapi apabila disuruh menganyam bakul untuk kucing, saya masih terbayangkan bekas kucing yang biasanya diperbuat daripada besi.

“Selepas menghasilkan tujuh rekaan bakul kucing siap dengan tilam dan hiasan, timbul kepuasan, malah apabila diletakkan kucing baka baik yang mahal harganya, saya rasakan bakul buatan tangan yang dihasilkan nampak setaraf dan sesuai dengan kucing berkenaan,” katanya yang memasarkan bakul kucing pada harga minimum RM250 seunit bergantung kepada anyaman dan bentuk bakul.



Bakul kucing masuk Harrods

PELBAGAI langkah dilakukan dalam usaha memartabatkan produk kraf negara sebagai salah satu entiti utama gaya hidup masa kini.

Tanggungjawab digalas Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) sebagai salah satu agensi yang giat mempromosikan produk tempatan untuk dikomersialkan lantas dijelmakan kembali dalam nafas baru tidak terkecuali meraih tumpuan khalayak.

Sempena berlangsungnya Promosi Kraf Malaysia 2009 selama empat hari bermula 30 Julai lalu, Kompleks Kraf Negeri Sembilan berjaya menampilkan kelainan terhadap produk kraf dengan aplikasi kraftangan eksklusif bercirikan haiwan yang menjadi kesayangan ramai iaitu kucing.

Mengujakan dan semuanya bagai tidak terduga apabila melihatkan bakul kucing yang berhias indah dihasilkan daripada jalinan rotan, manakala ‘rumahnya’ yang lazimnya diperbuat daripada besi, diubah ke dalam bentuk yang lebih bersifat semula jadi menggunakan rotan dan ukiran kayu penuh seni.

Ketua Pengarah Kompleks Kraf Negeri Sembilan, Mat Rasul Sidek, berkata promosi yang julung kali diadakan itu tampil luar daripada kebiasaan dengan menggunakan inspirasi tema kucing dalam kraf.

Katanya, ia diadakan dengan memberi fokus dan keutamaan kepada pemasaran produk bakul kucing, produk yang berhubung kait dengan rumah kucing, pakaian dan cenderamata bermotif kucing.

“Hasilnya, produk yang dihasilkan kelihatan eksklusif, unik tetapi penuh seni disasarkan khusus untuk penggemar kucing kerana kami tahu, haiwan comel itu mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri,” katanya.

Selain itu, promosi yang diadakan itu juga diharapkan dapat membantu penjualan produk daripada pengusaha kraf tempatan seperti hasil rimba (rotan, buluh, kayu dan mengkuang), seramik, logam, batik dan aneka kraf lain.

Produk kraf Negeri Sembilan yang dipromosikan pada peringkat domestik sepanjang tahun 2007 bernilai RM413,669 dan meningkat sebanyak RM403,678.10 kepada RM822,347.10, tahun lalu.

“Pada promosi kali ini, kami meraih nilai jualan sebanyak RM134,193.70 yang melebihi sasaran awal sebanyak RM100,000. Ini diraih hasil pembabitan 31 usahawan kraf dari Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

“Berdasarkan kedatangan pengunjung yang mencapai 10,000 orang sepanjang promosi berlangsung, kami dapat menjangkakan sasaran kerajaan negeri untuk meraih nilai jualan peringkat domestik berjumlah RM1 juta tahun ini bakal dicapai,” katanya.

Lebih membanggakan apabila diberitahu bahawa bakul kucing yang juga produk kraf buatan Negeri Sembilan sebenarnya sudah menempa pasaran luar negara apabila turut dibawa ke pasar raya terkemuka, Harrods di London pada Disember lalu.

“Jika di pasaran tempatan, harga untuk setiap bakul sekitar RM200 tetapi selepas dibawa ke sana, harganya mencapai RM1,000 setiap satu,” katanya bangga.

Namun, kata Mat Rasul, kucing baka baik yang dibela penggemar kucing mahal harganya, malah ada yang mencecah RM25,000 memberikan bayangan baik kepada industri kraf bercirikan kucing.

“Jika mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kucing, mereka juga tentunya mahukan sesuatu yang unik dan setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan. Justeru, produk berupa bakul rotan, gaun batik dan aksesori kucing dihasilkan pengusaha kraf tempatan mampu memberikan keunikan dan keselesaan yang mereka cari selama ini,” katanya.

Info
Kucing

# Mamalia karnivor kecil daripada spesies Felis silvestris catus.

# Dipercayai daripada keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan dijinakkan 3,500 tahun dulu pada zaman Mesir purba yang mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan haiwan rodensia yang lain.

# Hari ini kucing ialah antara haiwan peliharaan rumah yang terkenal di dunia.

# Hubungan manusia dan kucing menyebabkan ia dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan Cina.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 11:58 AM | Show all posts
hahaha...aku  ade bce keratan akhbar ni dlm paper smalam.....x mampu r nk beli bkul ni mahal sgt......kalu beli pn beli je bakul rotan bese2 je yg rege ala2...pastu tambah sendiri reben n kusyen tuk puteri2 kesyngan ku....tp muat ke???anak2 ku seme nye bulat2....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 12:01 PM | Show all posts
skang ni aku beli pasu bunga je tuk tpt ank2 aku lepak kt balkoni...tp muat tuk seko je......aku dh beli dua.....actually pasu tu tuk alas pasu bunga yg beso...rege pn dlm rm9.00 je........ade yg lg beso...nanti nk beli r...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2009 01:56 PM | Show all posts
nak murah lagi.. letak kotak jer..lepas tu lapik kain buruk ke.. mesti meow landing baeeekkk punyee.. kucing kan suka kotak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 05:29 PM | Show all posts
777# leotazz818

betui tu....lg satu ank2 aku suke dok dlam bakul kain yg x berlipat lg...tuan ni kan pemalas...kain bertimbun2......tu pn tpt lepak best gak tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 10:30 AM | Show all posts
kucing aku aku bwk balik kotak A4 yg kuning besar tuh 5-6 kotak, dalam seminggu dah hancur lebur dikerjakan...huishhhh geram tol, tak reti jaga barang, beli mainan 2 hari dah kojol, tercabut bulu tikus tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 03:37 PM | Show all posts
alamat klu beli bakui ni cam tk berbaloi untuk kucing2 Jezze..deme suke mengeget..tau tau dah robek..hancur..camno...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.103750 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list