CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12987|Reply: 8

Kisah Amukan Haiwan [ after the attack ..... ]

[Copy link]
Post time 6-12-2009 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 6-12-2009 11:33

Patah tujuh  tulang rusukPenjinak gajah, Hadzli Awang, menceritakan peristiwa beliau dipijak haiwan darat terbesar itu.




HANYA bayangan maut yang terlintas di benak Mohd. Hadzli Awang, 27,apabila seekor gajah jantan berusia sembilan tahun naik minyak, 10April lalu.

"Pagi itu kami memulakan tugasan harian pada pukul 8 pagi dengan membersihkan tempat tidur gajah dan memandikannya.

Selain Chalil, ada seekor lagi gajah betina bernama Suria yang tinggal di situ.

"Jika dibandingkan dengan Suria, saya lebih rapat dengan Chalil,malah tiada orang lain yang pernah menunggangnya kecuali saya," imbau kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(Perhilitan) di Santuari Gajah Sungai Ketiar, Tasik Kenyir, HuluTerengganu itu.


BERSAMA Suria. Hadzli tidak pernah serik bermain dengan gajah.

"Selesai memberi Chalil makan, kira-kira pukul 8.45 pagi, saya menunggangnya sebagai satu latihan.

"Dia memberi reaksi yang baik semasa saya mengusap dan memanggil namanya. Pusingan pertama berjalan sempurna," kata Hadzli.

Memasuki pusingan kedua, Chalil tiba-tiba berhenti dan menggoyangkan badannya dengan kuat menyebabkan Hadzli nyaris terjatuh.

KENANGAN menunggang Chalil yang hampir meragut nyawa Hadzli.  

Kaki kanan lelaki itu tersangkut di tali ghoci yang dipasang pada telinga gajah itu manakala kepalanya sudah pun menyentuh tanah.

"Dalam keadaan tergantung, saya diseret kira-kira dua meter. Chalil yang tiba-tiba naik minyak terus merodok rusuk kiri saya.

"Beberapa saat kemudian, dengan gading Chalil tertanam di badan, saya diseret kira-kira dua meter lagi.


HADZLI terlantar selama 20 hari  di Hospital Hulu Terengganu.  

"Apabila ia berhenti melangkah, gajah seberat 1,800 kilogram itumemijak perut saya pula.

Saya akhirnya pitam dan hanya mendengarsayup-sayup suara rakan melaungkan azan.

"Seorang rakan saya cuba menenangkan Chalil manakala dua lagi berusaha menarik saya daripada tusukan gading itu," katanya yang sudah bekerja di situ selama tiga tahun.

Akibat insiden itu, anak kelahiran Ajil, Hulu Terengganu itu mengalami kecederaan dalaman yang parah.

BEKAS jahitan di paha kanannya akan sentiasa mengingatkan Hadzli kepada kejadian beliau dipijak gajah seberat 1,800 kg, April lalu.

Merindui Chalil

Tulang paha kanan dan tujuh tulang rusuk kirinya patah, daging tangan kirinya terkoyak teruk manakala paru-parunya juga didapati lebam dan bengkak.

Hadzli yang dimasukkan ke wad Hospital Hulu Terengganu selama 20 hari mengambil masa kira-kira lima bulan untuk sembuh sebelum boleh kembali bekerja.

"Saya tak serik untuk terus menjadi pelatih gajah. Adakalanya saya berasa rindu untuk bermain dengan Chalil tetapi selepas insiden itu ia telah dilepaskan ke habitat asal.

"Ada juga saya mencarinya di Santuari Gajah Sungai Ketiar dan Lanchang, namun tidak berjumpa," ujarnya.

Walaupun tangan kiri Hadzli belum sembuh sepenuhnya, ia tidak menghalang beliau daripada terus melatih haiwan gergasi itu.

"Gajah memiliki daya ingatan yang sangat tajam. Ia boleh mengenal suara dan rupa kita.

Selain manja dan menghiburkan, haiwan ini juga pantas memberi reaksi apabila kita bercakap dengannya.

"Itu yang membuatkan saya sukar meninggalkan kerjaya ini," tuturnya yang mengaku tidak berdendam dengan Chalil kerana ia hanya seekor binatang.

Kisah haiwan menyerang manusia sudah dianggap biasa pada zaman moden ini.

Biarpun jumlah kematian yang dilaporkan sangat sedikit jika dibandingkan dengan angka mangsa kemalangan jalan raya, kes amukan haiwan liar tidak boleh dipandang ringan.

Selain gajah, harimau juga pernah menerkam penoreh getah di Jeli,Kelantan, buaya membaham manusia di Sarawak, dan ular sawa menelan orang di Segamat, Johor.

Baru-baru ini, tiga kanak-kanak termasuk bayi berusia lapan bulan diserang kera jantan liar di Taman Murni, Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

Dalam tiga kejadian berasingan itu, Khairul Azwan Khairudin, 14, terpaksa menerima enam jahitan akibat kecederaan parah digigit binatang itu ketika menjamu selera di sebuah warung bersama keluarganya.

Mangsa lain ialah Fatini Sakira Ahmad Safri, 2, dan Nuha Nurfaiqah Sheikh Akbar, 7. Nuha mengalami kecederaan parah pada kedua-dua tangan dan kakinya selepas diserang pada pukul 9.30 malam semasa turun daripada kereta ibunya, 22 November lalu.

"Ketika kejadian anak saya sedang memegang coklat dan secara tiba-tiba kera itu datang menyerang serta menggigit kaki dan tangannya," kata ibu Nuha, Nor Jahan Ahmad, 38.


Kejar makanan

Menurut Pengarah Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan, Mohamad Hafid Rohani, kera atau nama saintifiknya Macaca fascicularis merupakan spesies primat yang mampu beradaptasi dengan persekitaran dan boleh hidup di kalangan manusia.

"Kera bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan bahkan haiwan yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 itu sentiasa mencari peluang untuk menceroboh kediaman," katanya.

NUHA diserang kera pada waktu malam.  

Tambahnya, pengecilan habitat kera telah memberikan masalah kerana haiwan itu tidak lagi mempunyai tempat untuk berlindung dan mencari makanan yang mencukupi.

"Sebagai alternatif, kera-kera itu terpaksa 'berhijrah' ke kawasan yang berhampiran untuk mendapatkan makanan. Ini selalunya akan menyebabkan konflik antara kera dan manusia," kata Hafid.

Tambahnya, sikap segelintir orang awam yang gemar memberi makan kepada kera di taman bunga atau kawasan perumahan juga telah menggalakkan lagi haiwan itu bergantung kepada manusia untuk memperoleh makanan.



BERUK belaan yang telah dibuang oleh tuannya mampu bertindak ganas.  

"Perbuatan memberi makanan kepada kera boleh menyumbang kepada perubahan tingkah laku semula jadinya daripada mencari makanan sendiridi habitat asal kepada pergantungan sepenuhnya kepada manusia," jelas Hafid.

Difahamkan, banyak aduan berkaitan gangguan kera diterima di kawasan perumahan berpenduduk padat seperti di Subang Jaya. Malah ia merupakan lokasi kritikal yang dilaporkan selepas Kapar di Klang, Selangor.

Hafid berkata, kera atau beruk yang dibela juga berpotensi menyerang manusia. Ia tidak takutkan orang malah berani menyerang kanak-kanak mahupun wanita dewasa.

Apabila ia terlepas atau sengaja dilepaskan, kera itu tidak mampu mencari makanan sendiri kerana sudah biasa dimanjakan tuannya.

KAKI Nuha yang terkoyak akibat digigit kera. Serangan haiwan  liar  boleh memberi trauma  yang berpanjangan kepada mangsa.

"Begitu juga keadaannya dengan kawanan kera di taman-taman rekreasi yang sentiasa dihulurkan makanan.

"Sebab itulah kita tidak menggalakkan orang ramai memberi sebarang makanan kepada kera. Apabila telah terbiasa dengan makanan, ia akan bertindak agresif apabila lapar.

"Tumpuan pastinya kepada kanak-kanak atau wanita yang memegang bungkusan makanan," katanya yang turut memberitahu menangkap seekor kera lebih sukar berbanding dengan sekawanan haiwan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2009 11:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 11:51 AM | Show all posts
ngerinya tengaok kesan luka tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 12:31 PM | Show all posts
ni kisah sorang pompuan yg diserang oleh chimpanzee... dia baru bukak tudung dia kat rancangan Oprah...  muka hilang

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 12:38 PM | Show all posts
dasatnye....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 12:50 PM | Show all posts
Woman In Surgery 7 Hours After Chimp Attack
Woman Suffers Facial, Hand Injuries In Attack

POSTED: 5:42 pm EST February 18, 2009
UPDATED: 10:33 am EST February 19, 2009
STAMFORD, Conn. -- Doctors said a woman who was brutally mauled by her friend's pet chimpanzee on Monday is making slight progress after more than seven hours of surgery by four teams of surgeons.

Charla Nash remains in serious condition at Stamford Hospital after being mauled by the 200-pound primate Monday at the Stamford home of Sandra Herold.

# UNCUT: Chimp Attack 911 Call

# TRANSCRIPT: Full Transcript Of 911 Call


“Charla remains critical, however, she has made good but small progress,” Dr. Kevin Miller said.
Miller said Nash suffered extensive facial and bilateral hand injuries during the attack. He said stabilizing her condition took more than seven hours of surgery.

Nash was attended by hand specialists, plastic surgeons and specialists in orthopedics, ophthalmology and trauma, he said. Miller said that while Nash's progress is promising, she still has a long way to go.

“It should be known that people who were complete strangers to us selflessly offered assistance,” said Mike Nash, Charla’s brother. “We’re eternally grateful to all who are keeping Charla in their thoughts and wishing her well.”

Herold, who was taken to an area hospital for the treatment of unknown injuries after the attack, said Tuesday that she wants to get Travis' body for cremation.

"He was my life, everybody knows it. I mean, I cooked for him, I shopped for him, I lived with him, I slept with him," she said. "He was just everything, the only thing I had left."

Herold said the chimp had been agitated the day of the incident. She said she’d given him tea to calm him, but that her efforts were unsuccessful.

When she couldn’t calm him, Herold said she called Nash, who had known Herold and Travis for a long time, asking for help.

When Nash arrived, police said, Travis attacked her as she got out of her car.

As the chimp mauled her friend, Herold called 911. She also stabbed him with a knife and hit him with a shovel in efforts to stop him, but was unsuccessful.

When police arrived, Travis attacked the police cruiser. An officer fired several shots, causing Travis to flee. He was later found dead as a result of the gunshot wounds.

Neighbors said Herold had owned Travis, who gained fame through parts he had in commercials, for about 15 years and that he was raised as her own child.

“I would have never thought Travis was capable of doing this. I don't think anybody was," said Michael Grant, who’s known Herold for years. “Last time I saw Travis, he was in one of the upstairs windows giving monkey cries in the neighborhood. You'd think you were in Africa."

Travis, who Herold said suffered from Lyme disease, was known to police in town after a brief escape from the family car in downtown Stamford in 2003.

At the time of the 2003 incident, police said the Herolds told them the chimpanzee was toilet trained, dressed himself, took his own bath, ate at the table and drank wine from a stemmed glass. He also brushed his teeth using a Water Pik, logged onto the computer to look at pictures, and watched television using the remote control, police said.

Don Mecca, a family friend from Colchester, N.Y., said Travis was a close companion for Herold, a lonely widow whose daughter had died several years ago in a car accident. She fed him steak, lobster, ice cream and Italian food, "anything she thought he would like to eat," he said.

Herold's nephew, Lewis Tassiello, came to his aunt's defense Tuesday, calling her an animal lover. He said she did everything in her power to try to stop the situation.

"It was an unfortunate incident and we are just heartbroken over the whole thing," he said. "My heart goes out to Charley and her family, hoping she is going to recover. I just want people to know that Sandy is not some kind of monster. She really tried to stop the situation, she couldn't and it is unfortunate that he had to be put down. She did not want that to happen."

The chimpanzee attack has sparked lawmakers and the Humane Society of the United States to renew calls for passing the Captive Primate Safety Act.

U.S. Reps. Earl Blumenauer, D-Oregon, and Mark Kirk, R-Illinois, along with the Humane Society, lead the call for the legislation, which would prohibit interstate commerce in primates for the pet trade, making it illegal for individuals to buy or transport a pet primate across state lines. It would have no impact on zoos or research. Click Here To Read Full Story

On Wednesday, Attorney General Richard Blumenthal also called for changes to state laws that all wild and exotic animals to be kept as pets, often at the discretion of the Department of Environmental Protection. Click Here To Read Full Story
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2009 12:55 PM | Show all posts
Charla Nash, 55, lost her nose, lips, eyelids and hands when the 200-pound primate ripped her apart last month, her doctors said.

She also suffered brain damage, possible blindness and several broken bones in her face from the brutal mauling, which shocked even hardened medical pros.

Nash remains in critical condition. Doctors are unsure when - if ever - they can begin to rebuild her ravaged body.
I read recently that she's lost her sight but regained some neural function.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 01:06 PM | Show all posts
Korban ular sawa

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


ULAR sawa yang menelan E Heng Chuan berdekatan rumahnya di Pekan Tenang, Segamat pada 1995.

E Heng Chuan dipatuk dan dibelit sebelum ditelan sawa seberat 140 kilogram

KIRA-KIRA jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.

Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.

Berdasarkan laporan, ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam, mangsa sudah mati dengan kepala hingga sebahagian badannya ditelan ular sawa berkenaan. Dipercayai ular itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu pemuda berkenaan.

Ular sawa itu dipercayai berada berhampiran bangsal berkenaan sebelum menyerang Heng Chuan dengan mematuk dan membelit badannya sebelum bertindak menelannya. Berdasarkan keadaan semak yang bertukar menjadi kawasan lapang, kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian berkenaan hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit. Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada jam 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut. Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51.

Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi. Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, pasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala ular sawa itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.

Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa yang sama, ular itu menggeleng-geleng kepalanya seperti mahu memastikan kepala dan badan lelaki itu masuk ke dalam mulutnya.
Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguat kuasa, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu,

"Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

"Ular sawa biasanya mengambil masa untuk membelit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih mempunyai masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya," katanya.

Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu tetapi ular berkenaan melarikan diri.




Info:
Ular sawa telan manusia

Saiz ular sawa - ukur lilit 53.34 sentimeter, seberat 140 kilogram dan panjang tujuh meter.

Kejadian berlaku kira-kira 200 meter dari rumah mangsa.

Polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2009 07:17 PM | Show all posts

sampai jadi macam nie sekali yer kene gigit anjing.. cian dia.....
cerita lanjut g kat link bawah nie
http://selangor2u.com/blog/curre ... ing-japanese-akita/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.410682 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list