CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3153|Reply: 8

Tanpa Agenda & Harapan

 Close [Copy link]
Post time 6-12-2009 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Rilistix at 6-12-2009 11:01

Salam...

Ni kisah benar aku. VC ni adalah hampir kepada ending kisah aku. AKu akan tunjukkan VC aku nih dulu and then aku akan flashback balik macam mana ia bermula. Ok tak? Baru lain dari yang lain skit citer aku ni. Sudi2 lah memberi komen. And then aku akan mulakan citer aku nih. Ada persoalan pun boleh tanya aku. Dan orang dalam VC tu adalah aku...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2009 09:59 AM | Show all posts
Nama dan segala maklumat adalah dirahsiakan kerana ia adalah kisah benar. Ini bagi tidak menimbulkan syak wasangka dan fitnah antara kami. Lagi sebab dirahsiakan, xnak orang gatai tangan cari info pasal kami. Kisah ni tak akan membuatkan anda menangis. Kisah ini cuma satu perasaan yang minat terhadap seseorang. Tetapi sayangnya ini bukannya masa untuk menyampaikan perasaan sayang dan cinta. Citer banyak tak guna. Jom baca...

PART 1

Di bilik aku...
Mak: Aril, jom ikut mama pi KUIM jumpa downline baru mama.
Aku: KUIM? Awat jauh sangat cari downline are Shah Alam ni takdak ka? (dengan nada malas)
Mak: Nak wat mcm mana dah rezeki kat situ.
Aril: Oklah. Aril mandi dulu.

Beginilah life aku lepas abih study kat. Melepak je kat rumah. Bukan tak nak cari kerja, tapi selagi belom dapat transkrip dari U memang susah aku nak apply. Sebulan lepas aku stop keja dari OCBC bank sbg loan advisor utk gov. Kerja pertama lepas study. Aku berenti bukan apa. Takde transport nak gerak, keja ni byk keluar. Kerja sebulan jer pastu chow. At least aku close 100k sale. So, aku tak makan gaji butalah. And then aku macam nak ambil peluang join Program Siswazah under MARA. Try jer nanti. Mana tau ada peluang.

Di bilik parent aku...
Aku: Jom. Dah siap?
Mak: Sat, nak pakai bedak ni.
Aku: Mama tu dah putih, nak pakai bedak apa lagi.
Mak: Alah, satgi peluh lecehlah. Pi hidupkan kereta. Satgi mama turun.

Aku dan mak aku menuju ke KUIM. Untuk berjumpa dengan downline mak aku. Aku memang banyak meneman mak aku jumpa downline and prospek. Dari anak dara ke nenek budak aku jumpa dah. Aku ni macam pengawal peribadi mak aku. Keluar sorang2 memang bapak aku x kasik. So akulah yang meneman.

Ketika masih dalam perjalanan...
Aku: Sapa dia downline baru nih. Student ka?
Mak: Dak aihhhh. Student mana blh join. Budak ni staff kat KUIM.
Aku: Budak? Ohhh anak dara lah nih.
Mak: Yer. Manis budaknya. Kalau Aril dah kerja. Memang mana nak rekemenkan (dengan menjeling)
Aku: Alah ma, Aril ni kan fresh grad. Susah nak cari awek. Kalau boleh nak kenal kejap je. Pastu terus nikah.
Mak:Ma melawak ja, takkan mana nak rekemen Aril pada dia. Kita kena tau ukur baju di badan sendiri.
Aril:Betul tuh.

Setelah hampir sejam. Aku ngan mak aku sampai ke KUIM. Cantik pemandangan kat sini. Rasa tenang jer. Teringat balik zaman study dulu. Ramai dah kawin. Macam2 kenangan hebat dilalui di kolej dulu. X sangkanya ramai lepas grad x sampai setahun terus kawin. Kerja gov, senang wat loan. Ramai budak kawin awal nih sebab wat loan. Nak kumpul jangan haraplah dengan gaji yang ciput tuh.

Selepas mak aku bercakap di telefon dengan downline yang nak jumpa tuh...
Mak: Jom, kita jumpa kat hall Pusat Islam.
Aku: Ok, harap x lama sangat. Boring ar.
Mak: Kejap ja. Tunggu sat.

        Setelah menunggu di hall. Tibalah seorang gadis yang menegur mak aku. Aku kira nilah downlone mak aku. Manis orangnya dan santunnya. Seperti biasa, aku menunggu di meja sebelah tanpa mengambil tahu apa apa yang dibualkan. Aku pun baca paper. Dalam pada masa yang sama, aku pun jeling gak tgk budak tuh. Jeling tgk dia ni sweet walaupun aku rasa dia tak kenakan mekap sangat. Memang natural. Biasalah mata laki nih. Nampak perempuan memang nak ngushar jer. Tapi bukan bermaksud semua nak ngorat kan. Sebelum ni pun, aku dah jumpa banyak anak kawan mak aku yang cun. Tapi aku ngan diorang juz friend jer.

Setelah beberapa lama kemudian. Mak aku pun nak balik menuju ke pintu masuk. Aku pun ekori...
Mak: Jom, ma lapar nih. Kita cari kedai.
Aku: Ok, jom. Mama belanja k.
Mak: Yerlah, xkan nak suruh Aril (nada memerli)
Aku: Hmmm. Perli Nampak. Eh jap, tinggal paper di meja.
        Aku pun ke meja sambil lihat dia mengemas dokumen2 nya. Selepas je aku ambil paper. Aku lihat dia kembali. Dia lihat aku dan dia menguntumkan senyuman. Alahai sweetnya kata aku dalam hati. Tapi senyuman tu anggap sebagai bersopan jelah. Bukan dia senyum tanda dia nak menggatal ngan aku ke. Aku pun membalas senyuman tu dan mengangguk. Aku pun terus menuju ke kereta lepas tuh.

Dalam kereta menuju ke rumah...
Mak: Macam mana budak tuh. Lawa dak?
Aku: Lawa gak.
Mama: Umur dah 28. Belom kawin lagi tuh.
Aku: Biaq betoi. Pasal apa? Rasa kalau orang macam tuh mmg dah kawin.
Mama: Dia kata dia belum jumpa lagi lelaki yang sesuai.        

Sampai situ saja perbualan aku dengan mak aku pasal dia ketika dalam kereta. Aku x berminat nak tanya lebih. Aku nih bukan jenis yang nampak yang lawa terus nak suka. Aku suka melihat dalaman lebih dari luaran.  Kalau perempuan yang aku kenal ada x-faktor yang buat aku tertarik. Tu yang akan wat aku teruja. Aku pun meneruskan perjalanan. Kdang2 terbayang senyuman gadis tadi. Gadis yang dikenali sebagai Fazlia. Alah, kejap jer aku terbayang muka dia tuh. Lagi 3 jam aku lupalah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2009 12:01 PM | Show all posts
PART 2
Sebulan lebih setelah pertemuan di KUIM...
Mak: Aril tolong mama kemas bilik ngan bilik air.
Aril: La, sapa nak mai nih. Kan baru je kemas minggu lepas.
Mak: Pengantin yang nak mai. Dahlah, pi kemas jap.
Aku: Ok.

Sapa pulak yang nak tidor rumah aku nih. Pengantin? Seingat aku takder pegi  kenduri dalam 2 bulan lepas. Aku pun malas nk memikirkan, terus je aku wat mana yang patut. Aku pun bukan jenis rajin nak mengemas. Ni plak nak kena kemas bilik tetamu. Lagilah aku liat nak wat. Tapi dah kena suruh, kenalah buat. Aku tak suka mak aku suruh wat aku wat keja dua tiga kali.
Setelah mengemas. Aku pun mengisi borang untuk menghadiri kursus induksi dan ujian dengan MARA bagi program usahawan siswazah. Aku rasa nilah bakal kerja aku dari study lagi. Bukan aku nak keja nih sebab aku x dapat kerja. Tapi dari study dulu aku dah amik Dip Keusahawanan. Jadi memang kena pada masa dan ketikanya. Aku harap dpt lepasi ujian saringan sbb ramai kata mmg tough n tricky soalannya.

Ketika mak aku nak keluar rumah...
Mak: Ma nak keluar nih. Amik kawan mama yg nak tidor sini. Esok ada taklimat.
Aku: K, Aril nk keluar jap ngan Erin (adik aku) pekena ABC jap.
Mak: Ok, jangan lama.
Member biz rupanya. Ingat pengantin manalah tadi. Member mak aku mmg byk lepak rumah. Especially dari luar Selangor. Dari anak dara, mak orang n nenek orang. Tapi family aku x kisah sbb mak aku pun kdg2 bermalam di rumah diorang jika ada hal.

Di grai ABC sek 2...
Erin: Abg nih bila nak kawin?  Main ngan baby bukan main suka?
Aku: (hamper tersembur air di mulut) Budak nih. Nantilah, kerja pun tarak. Nanti kan abg nk jd usahawan. Baru blh kaya. Hahaha.
Erin: Eleh, tu lambat lagilahhhhhh. Kami nak babyyyyy.
Aku: Sabaqlah. Malas nak pikir pasal hal tuh. Abg nk cari duit dulu. Malas nak kapel2 lama nih. Kalau jadi sampai kawin x kisah. Kalau x jadi? Dah lah umur 24. Nantilah.
Erin: Alah keja biasa dah lah. 7 Eleven ka, Giant ka, SACC ka, kt kompleks ka...
Aku: Kalau keja mcm tuh, utk diri abg bolehlah. Nak bagi makan anak bini mana lepaih cik adik oitttt.
Erin: Yelahhhhhh.

Aku pun balik rumah. Sampai rumah ada keta hijau n keta sedara aku. Nenek aku tgh sakit kat rumah aku. So waktu2 cuti memang ramai sedara mara yg datang. Mak aku yang bongsu. Memang terlalu sayangkan nenek aku. Kasih sayang dia pada nenek aku wat kan aku sebak n terharu. Mama, Aril janji akan jaga mama nanti k. Aku sampai jer terus lepak ngan sedara aku.

Sambil minum2...
Dani: Sapa tuh?
Aku: Sapa?
Dani: Yang kat belakang tuh.
Aku: (Aku usher belakang, nmpk kelibat seseorang dgn pakai tudung) Kawan maksu tuh.
Dani: IC. Ingat ko pny calon.
Aku: Belum lg bro. Target lom tercapai.
Dani: Eleh, kawin dulu. Baru pikir.
Aku: Aku kalau ada 50,000 dlm tgn aku blh lah kawin. Kalau nk mintak kat paksu hang. Alamat kena sepak bontot.
Dani: Hahahahah.

Masa tu dia nk ke ruang tamu, kerusi aku block...
Lia: Maaf nak ke depan.
Aku: Opss maaf road block.
Lia: (senyum)

Laaaaa dia ni ka. Orang yang aku jumpa sebulan lepas kat KUIM. Emm ayunya dia dengan bertudung labuh. Almaklumlah, kerja kat KUIM. Mestilah nmpk cam ustazah. Aku pun layan borak n dia baca paper. Pastuh aku pun naik atas lepas sedara aku balik. Selesaikan urusan mandi manda. Lepas tuh, aku mandi. Aku dengar mak aku sembang ngan adik pompuan aku. Bilik yg ada connection toilet. So boleh dengar dgn clear.

Mak: Suka tak akak tadi tuh.
Erin: Ha’ah. Dia baik ja.
Mak: Tu lah. Gadis macam ni pilihan mama.
Aku: (dalam hati) pilihan mama? Selama nih. Kalau mak aku jarang nk puji org lebih2 sampai nk bergosip ngan adik aku.
Mak: Mama nk rekemend kat abang. Tapi abang tuh sibuk nk join program Usahawan. Nak jadi usahawan berjaya memang amik masa...
Erin: Geram lah abang tuh. Org rekemen kerja tak mau. Nk sgt jadi usahawan tuh.
Mak: Biarlah, mama yakin dengan abang. Dia takkan mengalah dalam kejar dream dia.
Aku: (dalam hati) sebak siot.

Dalam masa yang sama aku tersenyum dengar mak aku nk main2 gosipkan aku dengan Lia. Ada2 jer. Mak aku tuh bukannya apa. Tak sabar nak timang cucu. Aku pun x pikir sangat hal Lia. Aku Cuma anggap tu hanya perbualan gossip atr mak aku n anak dara dia. Lepas tu pun takdernya aku terbayang wajah Lia walau baru tadi jumpa. Aku bukak Internet. Layan youtube jelah.

p/s: Part no korang sure boring skit. Aku bukan laki yg tertarik dengan luaran. Sambungan nanti k.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 12:36 PM | Show all posts
good try...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2009 12:38 PM | Show all posts
thanks. citer main taip jer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2009 02:52 PM | Show all posts
PART 3
Alhamdulillah. Tibalah bulan Ramadhan yang mulia ini. Di bulan baik begini sudah pasti malam aku hanya untuk solat Tarawih dan bertadarus. Bila lagi nak tunggu. Adakah kita yakin tahun depan kita masih ‘sempat’ menemui bulan mulia ini? Berceramah plak aku.

Lepas balik dari surau, mak aku panggil...
Mak: Aril mai jap.
Aku: Apa dia?
Mak: Ma, pening kepalalah dgn downline mama nih. Dok  perli2 mama. Bila ajak jumpa bagi alasan plak.
Aku: Bising pasai apa? Pasai network?
Mak: Ha’ah. Dia tak tunjuk orang tapi dia bising2 kata kita takmau tolong dia.
Aku: Larrr. Dia pun x berusaha. Mcm mana nak tolong.

Nilah atr prob yg selalu mak aku hadapi. Aku kalau boleh aku x suka mak aku terlibat dengan dunia MLM. Leceh arrr. Kalau dapat downline yg cerdik nak kaya xper. Tapi dok mengharapkan kita nk tolong 100%. Pastu yg peningnya mak akulah. Kalau aku loaded, mmg aku x kasi mak aku wat keja nih. Aku nak dia dok rumah. Keluar shopping ngan kawan ker. Makan ngan kawan ker. Amik adik aku dari sekolah. Tu jer aku nk mak aku wat. Tak perlu susah payah nak cari duit. Biar aku jer cari. Antara impian aku, aku nk sponsor 1 famili aku gi Umrah. Kalau makan gaji mmg harapan jelah nk kumpul.

Aku pun tanya mak aku lagi...
Aku: Sapa yang kuarkan modal paling besar?
Mak: Fazlia budak KUIM tuh
Aku: Fazlia? Berapa dia join?
Mak: Dalam (jumlah dirahsiakan aku)
Aku: Haaaaah. Biar betoi. Dia dah ada kabel lom?
Mak: Belum. Tu yang ma nak tolong dia sangat. Kesian dia

Aku terdiam. Dalam sepanjang bulan noh. Mak aku suka bercerita hal Lia ngan adik aku. Sampai peringkat aku kata dlm hati. Takder citer lain ker. Tapi bila makin lama-lama. Aku mcm tertarik dengan cerita mak aku tuh. Aku tercari-cari apakah x-faktor yang ada dalam diri dia sampai mak aku minat sangat kat dia. Apa yang istimewanya dia di mata mak aku. Seolah olah hanya dia saja anak dara yang mak aku kenali selama ini.

Bila aku kenang kembali cakap2 mak aku pasal dia dan timbul rasa kesian aku sebab dia dah join biz under mak aku. Maknanya dia trust mak aku sebelom join.  Itu yang wat aku kesian n in same time aku mcm nk kenal dia. Tapi mcm mana? Takkan aku nk rembat no dia dari telefon mak aku. Nampak sgt cam terdesak je kan nnt. Nampak sangat mcm aku nk ngorat dia. Padahal aku cam teringin nak tau sangat pesal mak aku suka sangat kat dia. Dalam masa yg sama, aku mcm nak cuba tolong dia dlm mencari networking atau at least jual produk yang dia amik.

Entahlah, aku tak tau apa aku pikir sangat wat masa nih. Adakah ia Cuma satu perasaan biasa nk tolong n nak kenali hati budi dia atau lebih dari tuh. Tak mungkin lebih dari tuh. Tidak sesekali. Ini bukan masa dan ketikanya aku nak cari jodoh. Aku seorang fresh grad yang masih mencari hala tuju hidup sedangkan dia seorang yang mempunyai karier yang baik di KUIM. Kalau aku nak cari jodoh, biarlah sekufu. Aku tak kisah orang tu muda dari aku. Tinggi dari aku. Hitam dari aku. Asalkan sekufu. Sama darjat dari segi kewangan. Kalau lebih2 sikit x kisahlah kan.

Aku nak kenal dia. Tapi bagaimana? Perasaan mcm ni selalu muncul bila aku bertemu seseorang. Tetapi perasaan kali ni bercampur dengan perasaan kesian n tertanya-tanya kenapa mak aku suka dia. Arghhh karut lah pikir menda nih. Sepatutnya aku risaukan ujian induksi aku yang akan berlangsung esok. Ujian penting sama ada aku layak menjalani latihan di bawah mereka. Hanya 2000 dari seluruh Malaysia akan dipilih. Aku mengharapkan Diploma aku yang bertaip Keusahawanan sebagai kekuatan untuk aku terpilih oleh para juri nanti.

Tu jer aku nak wat sekarang. Pasal perempuan kemudianlah. Walaupun aku mmg perlukan seseorang. Tapi, aku malaslah nak kapel2 nih. Kali nih, biarlah si dia adalah orang terakhir yang wujud dalam hati aku nih. Kalau boleh aku langsung xnak kuar berdua. Bertiga takper. Aku malas nak date ngan orang cam zaman study. Aku lepas tgk Syurga Cinta nih mmg insaf gak bila pikir hal couple ni. Teringat ayat citer tuh. Babak atok Cikgu Syuhada dgn Ilham iaitu boy cikgu tuh. Lebih kurang nilah ayat dia. Kalau salah maaflah.

Terdapat 3 jenis jodoh.
Yang pertama JODOH DARI SYAITAN. Kamu suka pada si dia, kamu ajak dia keluar. Kemudian kamu bawa dia ke hotel. Kamu berzina dan lahir anak luar nikah.
Yang kedua JODOH DARI JIN. Si dia tak suka kamu. Tapi kamu bomohkan dia. Akhirnya si dia sukakan kamu. Tapi dia sukakan kami kerana sihir yang kamu kenakan.
Yang ketiga JODOH DARI ALLAH. Kamu dan dia bertentang mata. Jatuh ke hati. Kamu pinang dia. Dan dia terima pinangan kamu. Maka berkatlah hidup kamu berdua.
Hmmm. Teringat aku babak nih. Aku mencari JODOH DARI ALLAH. Alahai, apalah aku ni. Merewang jauh sangat nih. Study2! Lupakan jelah niat aku nih nak kenal ngan dia. Perbetulkan diri dulu, majukan diri dulu baru pikir nak cari jodoh apa ker.

Aku pun mencapai buku n study apa2 yg patut. Esok hari penentu hidup mati aku. FOKUS NAZ FOKUS. Lupakan perkara remeh-temeh yang lain. Ko dah capai cita2 ko baru ko cari pilihan hati yang akan menjadi suri hati ko. Lebih kurang begini ayat aku bisik pada diri aku. Aku pun baca kejap and then tidor...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2009 01:10 PM | Show all posts
main type pun jadik.....
sempoi !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2009 08:52 PM | Show all posts
PART 4

Masa ni masa mula2 aku citer hal Lia kat Kimi. Di dalam telefon...
Naz: Salam. Ko wat apa?
Kimi: Amik angin luar je. Ko pehal telefon? Ni mesti ada hal, kalau x jgn haraplah.
Naz: Borak kosong ka SMS dah lah. Wat apa nk call.
Kimi: So ni perkara penting lah nih???
Naz: Entahlah, confuse...confuse...confuse...
Kimi: Hai bro, last skali ko jadi x keruan mcm ni masa ko bercintan je. Ko suka sapa lak nih?
Naz: Alah, mcm hari2 aku nak rasa mcm ni kan. Ko pun tau bila last skali aku mcm nih. Sebelum Itali menang world cup 2006 lg tau.
Kimi: Hahahaha. Sapa soh ko jual mahal. Aku rekemen semua ko wat layan mcm kawan. Apadaaaa!
Naz: Aku akui. Yang ko rekemen tu ok2 belaka. Tapi as a friend je. Aku cuba nk lbh dari tuh tapi x dpt sehhhhh.
Kimi: Ok, sapa budak tuh yang buat ko goyang sgt?
Naz: Aku bukan lah goyang sangat. Tapi bila mak aku memuji dia wat aku teringin nak kenal dialah.
Kimi: Orang selalu boleh nak ngelak pilihan mak, ko nak plak. Baguslah ko nih.
Naz: Nak kata pilihan tu takderlah. Ko pun tau aku mcm mana skrg. Result nk join prog pun lom dpt lagi. Mana mak aku nk rekemenkan anak dia pada org. Malulah dia babe.
Kimi:Ok, ok. Kita citer pasal dia.
Naz: Ok. Jangan terkezut lak. Dia kerja kat KUIM. Jawatan n dept aku x tau. Nama dia Lia. Dannnnn umur 28...
Kimi: Ko biar betul umur 28?
Naz: Kenapa? Tua sangat ker.
Kimi: X lah. Laki kan suka yang muda.
Naz: Aku x kisah hal tuh. Alahhhhh. Lagipun aku baru nk kenal lah. Mana tau dia juz aku boleh anggap kawan jer.
Kimi: Ni bukan anggap nk kawan bro. Aku tau ko. Kita kenal lama lah.
Naz:.......
Kimi: Woitttttt
Naz: Aku adalah. Kimi, ni je peluang aku nk kenal dia. Aku tak tau aku ada peluang bila lagi. Aku tau dlm umur mcm tuh, dia takkan main2 dalam soal jodoh.
Kimi: Tahu takper. Tapi, kalau ko dah tau peluang ko tipis utk bersama dia. Yang ko nk cuba gak kenapa?
Naz: Susah aku nk jawablah.
Kimi: Kalau ko ditakdirkan tangkap cintan dengan dia mcm mana?
Naz: Sekiranya aku ada menyimpan perasaan. Aku berhenti. Tapi mesti ambik masa lama aku nk simpan perasaan. Aku kan susah nak feeeeeeellllll.
Kimi: Lah pulak. Pesal nk stop?
Naz: Aku dengan dia mungkin tak sekufu. Dari cara dia join biz mak aku. Dia bergaji besar. Beza life atr aku dgn dia.
Kimi: Laaaa tu jer. Ko suruhlah dia tunggu ko berjaya dlm prog.
Naz: Dapat berita pun belom. Takkan dia nk tunggu aku. Kalau ko jadik dia ko nak tunggu aku?
Kimi: Of coz xnak. Umur dah 28. Aku kalau boleh sebelum 30 nk kawin.
Naz: Tau pun. Jadi usahawan nih bukan amik masa sekejap. Nak berjaya takes time lah.
Kimi: By the way. Aku xnak ko terluka lah.
Naz: Sebab tu aku letak syarat. Aku tak akan mengharap lebih dari kawan dan aku tak nak apa2 tujuan lebih dari seorang kawan. Kalau tak, aku stop kawan ngan dia. Aku x nak mainkan hati org.
Kimi: Ok. Apa pun update aku nnt k. Kirim salam kat budak tu nanti.
Naz: Errrrrrr. Aku pun lom e-mail, sms n cakap ngan dia lagi....
Kimi: Whattttt? Ko ni memang buang masa den lahhh.
Naz: I’m sorriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Macam mana aku nak kenal dia. Sumber yang ada cumalah no dia di telefon mak aku. Aku x suka nak kenal dengan cara x gentlemen camtuh. Macam mana yer aku nak kenal dia. Pening pala aku pikir hal nih. Tidor lahhhh. Malam ni nak bangun malam. Nak wat solat Taubat n Solat Hajat.

Patut malam2 nih aku pikir hal dosa pahala. Leh layan soal perempuan lak. Sikit2 takpelah kan. Allah juga mencipta perasaan CINTA pada setiap orang. Setiap manusia juga mesti nak cari pasangan jugak nanti. Ni fitrah lah bagi aku.

Ya Allah. Aku akan abadikan diri aku pada-MU malam nanti. Terima segala amalan ku. Semoga aku berjaya menempuhi segala cabaran dalam kehidupan. Kau ampunlah dosa mak ayah aku, dosa aku, dosa keluarga ku, dosa sedara-mara ku, dosa rakan2 ku, dosa orang yang mengenali aku dan dosa seluruh umat Islam di dunia ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2009 08:52 PM | Show all posts
PART 5

Selepas aku solat Taubat dan solat Hajat pada malam 10 terakhir Ramadan...
Selepas aku solat. Aku menunggu untuk bersahur. Tiba2 (babak ni macam kebetulan, kadangkala aku macam petanda yang aku mohon) aku terdetik untuk cari nama dia melalui Internet. Yups Internet, kenapalah aku tak terfikir langsung untuk guna Internet untuk cari kontek nama dia dan semua detail mengenai diri dia. Apalah aku nih. Layan facebook je tau.

Aku apa lagi, terus mencapai laptop aku. Terus bukak google.com.my.  Aku hny tau 2 perkara jer. 1-Fazlia 2-KUIM. Hanya 2 detail maklumat nih aku ada. Kalau xder jumpa, mmg nasiblah. Hanya dengan sekali search. Aku dapat tembusi web dan dept dia skali. Tapi kat situ takder alamat. Juz ada ada no telefon ofis. And then ada lah jugak pic dia. Time tu leh plak aku konpius samada dia org yang sama or ada 10 orang atau lebih orang dgn nama Fazlia?

Macam mana kalau bukan dia orangnya. Bila aku tgk muka dia, aku pun ragu2 skit sbb muka make up dgn muka masa aku tgk arituh ada beza skit. Lepas belek punya belek. Aku yakin. Dialah Fazlia yang asyik mak aku sebutkan dengan adik2 aku. Dialah orangnya. So sekarang, alamat KUIM dah ada. Dept dah tau iaitu Pusat Islam. And then apa lagi. Strategiiiiiiii.

Sekarang lagi 9 hari lagi nak raya. Aku pun terfikir. Baik aku hantar kad raya pada alamat nih. Cuba mesti cuba. Ni macam petunjuk je bagi aku. Padahal masa aku ‘berhajat’ tadi seingat aku, aku takder pun mintak soal jodoh. Idea yang aku dtg cara tiba2 nih pun dtg lepas solat Hajat n Taubat dilakukan. Pesal ilham ni tak datang sebelum tuh. Yang lagi best, aku dapat search nama dia n dept dgn sekali klik. Nasiblah google ni search ke bhgn staf. Cuba dia search ke bhgn student ker, x ker aku give up nak carik dia.

So aku buat keputusan untuk hantar kad raya pada dia di opis dia. Entah apalah aku nak tulis pada kad tu nanti. Apa yang pasti. Aku nak dia menyambut salam perkenalan dari aku dulu. Aku nak berkawan dengan dia kalau dia sudi. Selepas dia sambut, aku akan offer bantuan aku utk tolong dia jual stok MLM yang dia ada skrg. Kalau x sudi x perlah.

Paginya aku beli kad raya. Kad raya murah je, beli sepeket dapat 10. Wat per nak beli mahal2 kan. Entah apalah reaksi dia nnt bila dia dpt kad raya aku nnt. Hmmm time nih aku rasa macam budak sekolah yang dok minat gadis bertocang dua merangkap anak penghulu kampong aku jer. Hehe. Mcm nilah lbh kurang ayat kad raya aku.

Selamat Hari Raya,

Maaf andai kata kad ini mengejutkan saudari di pejabat. Saya tidak tahu samada sebelum atau selepas raya saudari terima. Andai saudari terima, saya rasa lega. Saudari bolehlah anggap saya ni secret admire saudari. (*tiada dalam kad-bila aku ingat pasal secret admire pny ayat. Aku rasa mangkuk btl guna ayat nih) Saya harap saudari sudi untuk menyambut salam perkenalan dari saya. Terima kasih saudari. Selamat Hari Raya.
Wassalam. ([email protected])

Akhirnya hari raya pun menjelma. Selepas aku hantar kad raya pada Fazlia. Aku tgk gak email tapi no respon gak. Emmm aku pun x amik kisah sangat. Malam tu bukan petunjuk atau ilham yang aku sangka. Ia kebetulan saja.

On the way ke kampong aku...
Mak: Aril. Nih Talang.
Naz: Kenapa dengan Talang ma, tiba2 ja.
Mak: Fazlia lah.
Naz: Fazlia??? (buat2 tak kenal.)
Mak: Alah budak KUIM tuh. Dia dok kat sinilah.
Naz: Ooooooo.

Pastu aku pun diam jer. Perghhh aku tak sangka betul rupa2 nya kampong dia ngan kampong aku berjiran jer. Satu daerah yang sama plak. Alahaiiii. Suka plak aku nih. Dahl ah penganggur terhormat. Ada hati nk kenal ngan anak dara orang. Kalau bapak Lia  tau aku nak kat anak dia. Takdernya dia nak pandang muka aku nih. Entahlah, respon pun belom lagi dari kad aku tuh. Xmoh pikirlah. Yang aku tau, nak beraya bersama sedara mara n tolong apa yang patut. Nak pikir duit raya x dpt dah.

Selepas bercuti sempena raya. Semua pulang ke KL. Paling tak boleh tahan nak tembusi tol yang maha gila nih. Hmmm sabar jelah. Bukan selalu nak beraya. Sampai jer rumah terus aku buka pc. Alamak. Still takder respon dari dialah. Masa nih momentum nk kenal dia makin menurun lak. Baru raya ke-5. Ni yang aku fikir. Bila aku tgk balik trend raya tahun nih. Rmai dpt cuti panjang. Aku redha jerlah. E-mail yg aku wat arituh aku dah create khas utk dia jer. [email protected]. Hanya nama dia yang akan muncul di e-mail aku nih.

Raya ke-9 muncul. Time aku dah x tahan dah. Aku risau posmen nih gi hantar kat Fazlina, Dr Fazley, Fazilah atau apa saja nama. Yang aku tau, aku nak surat ni sampai kat Fazlia KUIM. Sampai peringkat mcm nk call je pos utk tny surat aku dah sampai ke belum. Ni hati hati kecik jelah berkata. Pastu aku pun bertindak. Aku htr email pada dia. E-mail yg daftar atas nama KUIM. Aku juz tanya.

Salam,
Dah terima kad raya dari saya?
<NAZ>

Tu jer yang aku send pada email dia. Tunggu jelah. Malas aku nak berharap lebih2. Yang menjadi kerisauan UTAMA aku ialah result dari MARA. Aku dah tanya MARA smlm. Diaorang cakap result dah kuar Cuma tunggu surat dalam esok atau lusa. Yang ni lagi aku suspen woooo. Masa depan aku. I want to be selected!!!

Pagi esoknya...
1 Unread Message
Alamak! Dia dah balas lahhhhhhhhhhhhhh email aku. Aku tiba2 berdebar. Aku jd keliru dgn diri aku, Kan aku nk anggap kawan. Gelabah pesal Naz weiiiii....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.061744 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list