CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: erusi

Kesalahan dalam bible

[Copy link]
Post time 24-12-2011 11:35 AM | Show all posts
Reply 540# louiektc

Amat jelas kamu tidak menilai permasalahan yang telah saya kemukakan.

Saya telah memaparkan 2 versi ayat Genesis 11:12
Versi A mencatatkan turutan silsilah Arphaxad, Cainan dan Selah. (dicatat oleh pencatat X)
Versi B pula mencatatkan turutan silsilah Arphaxad dan Selah. (dicatat oleh pencatat Y)

Then versi mana yang menyamai autographnya???

Sekarang kita menilai apa yang kamu perkatakan. Jika versi A dicatat oleh pencatat X dan versi B dicatat oleh pencatat Y. Jika autographnya menyamai versi A, maka pencatat Y yang mencatatkan versi B telah mengubah catatan daripada autographnya dengan membuang generasi Cainan di dalam catatan versi B, kerana catatan asalnya terdapat generasi Cainan. Begitu juga sebaliknya iaitu jika autographnya menyamai versi B, then pencatat X telah mengubah catatan daripada autographnya dengan memasukkan generasi Cainan di dalam catatan versi A, kerana catatan asalnya adalah tidakmengandungi generasi Cainan. Justeru keadaan ini memperjelaskan bahawa pencatat X atau Y telah melakukan pengubahan. Justeru unsur-unsur pengubahan telah tertimpa ke atas bible. Then bagaimana kamu ingin mengatakan ajaran dan doktrin yang juga terdapat di dalam bible itu masih tidak mengalami pengubahan???
Apakah kamu ingin mengatakan salah satu daripada 2 orang pencatat yang saling tidak bertegur itu telah melakukan pengubahan ke atas catatan turutan silsilah ini di dalam catatan masing-masing jika dibandingkan dengan autographnya??? Jika kamu tidak menganggap sedemikian, then sila perjelaskan bagaimana 2 versi itu dapat dikatakan tiada pengubahan jika autographnya hanya mengandungi satu versi bagi ayat genesis 11:12.

Cainan sebagai penjaga, tidak layak dicatatkan dalam silsilah ibrani
Cainan sebagai tanggungjawap sebagai ayah, telah dimasukkan dalam silsilah yunani! haha jangan quote cakap aku..


Makanya catatan genesis 11:12 yang asal itu menyamai yang mana satu?? Versi Ibrani atau versi Yunani??? Jika ayat genesis 11:12 itu menyamai versi Ibrani, then kamu ingin mengatakan versi Yunani telah mengalami pengubahan?? Begitu juga jika ayat genesis 11:12 itu menyamai versi Yunani, then kamu ingin mengatakan versi Ibrani itu telah mengalami pengubahan???
Jika kamu ingin mengatakan kedua-dua tidak mengalami pengubahan, then sila perjelaskan bagaimana kewujudan 2 versi itu dikatakan tiada pengubahan jika kita semua mengetahui bahawa catatan yang asal hanya mengandungi satu versi sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 02:33 PM | Show all posts
Reply  louiektc

Saya telah memaparkan 2 versi ayat Genesis 11:12
Versi A mencatatkan turutan silsilah Arphaxad, Cainan dan Selah. (dicatat oleh pencatat X)
Versi B pula mencatatkan turutan silsilah Arphaxad dan Selah. (dicatat oleh pencatat Y)

Then versi mana yang menyamai autographnya???

Makanya catatan genesis 11:12 yang asal itu menyamai yang mana satu?? Versi Ibrani atau versi Yunani???   

erusi2 Post at 24-12-2011 11:35


Kedua-dua adalah salinan autografnya. Sekirannya dikaji dari segi sudut yang berlainan, mereka tidak bercanggahi dari segi intinya.Versi Ibrani bertujuan memulihkan manuskrib keagamaan suci asal ibrani yang berkaitan dengan keturunan Yesus. Ia juga diterjemah dari bahasa ibrani kuno ke bahasa ibrani moden yang dituturkan kini selepas kerajaan Israel telah hilang selama lebih daripada ribuan tahun.


Dan Versi Yunani pula mencatatkan keseluruhan peristiwa-peristiwa yang berlaku dari semasa ke semasa dari pelbagai pertejemahan manuskrib Ibrani kuno dan moden yang berada semasa penterjemahan dijalankan, juga sebahagian daripada terjemahan bahasa aramaik, arkib-arkib penulisan sejarah sewaktu itu. Ianya dilakukan oleh penterjemah-penterjemah yahudi, yunani, persian, mesir dsbnya yang berpengetahuan bahasa ibrani kuno dan bahasa yunani sebagai bahasa penghantaran sewaktu itu. Penterjemah-penterjemah sewaktu itu tidak semestinya dilakukan oleh penganut agama, khuatirnya mungkin akan memesongkan makna asalnya mengikut tujuan tafsiran sendiri masing-masing. Tetapi sekadar bertujuan transmitkan maksud kandungan asal kepada pelbagai bahasa asing yang dapat difahami oleh pembaca-pembaca tidak fasih bahasa ibrani kuno, maka ini membolehkan kesemua manusia berpeluang mengetahui khabar baik Yesus...seandainya, kita masih mampu membaca malayu klasik dalam tulisan huruf jawi...atau apa tu bahasa penulisan semasa Parameswara, sekiranya tiada wujudnya bahasa melayu moden dalam huruf rumi?


Kalau nak minta autografnya, aku memang mencadangkan bahasa ibrani kuno seperti terdapat dalam QSS. Sila baca ayat-ayat Yesaya 53 dalam bahasa QSS yang terbukti masih tidak menyesatkan setelah 2500 tahun telah berlalu. Tetapi ini hanya bertujuan untuk tajuk pengajian dari segi akeologi, bukan dari sudut pemahaman keagamaan. Soalannya, adakah saudara akan lebih memahami kandungannya dalam bahasa autografnya yang langsung kamu tidak faham malah betul-betul menyesatkan, atau saudara cuba memperolehi pengetahuan daripada pelbagai penterjemahan yang paling dekat dengan ori yang dokrinnya terpelihara sama seperti asal? itu pilihan saudara.


Then bagaimana kamu ingin mengatakan ajaran dan doktrin yang juga terdapat di dalam bible itu masih tidak mengalami pengubahan???



Soal perubahan Doktrin tidak wujud kerana pelbagai terjemahan. Cotohnya.
Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham. Mat mencatatkan Doktrin Silsilah Yesus (bukan Seleh atau Arphaxad) secara ringkasan mengikut jajian Tuhan kepada Joseph. Seterusnya, Sisilah Yesus dipapar secara terperinci dalam ayat-ayat seterusnya (ayat 1-16). Ini tidak akan mengubah doktrin Siisilah Yesus kerana wujudnya checksum dalam Mat 1:17 yang menyebut " Jadi seluruhnya ada: empat belas keturunan dari Abraham sampai ke Daud (Abraham-Daud 14), empat belas keturunan dari Daud sampai pembuangan ke Babel (Daud-Yosia 14) , dan empat belas keturunan dari pembuangan ke Babel sampai Kristus (Yekhonya-Yesus 14)." Dan silsilah Yesus sebelum Abraham pula dirujuk balik kepada Kejadian dari Abraham sampai ke Adam yang tidak diulangi dalam Mat. Sementara itu, Silsilah dalam Mat dari Abraham ke Daud (1-6) 100% semacam dengan catatan dalam kejadian.

Sebaliknya, kalau dikaji dari catatan Lukas dan versi yunani, wujudnya Cainan #2 dan banyak lagi extra., tetapi ini tetap membuktikan bahawa silsilah Yesus adalah anak Daud, anak Abraham. Seterusnya Anak Tuhan dari Adam, walaupun Lukas membuktikan ini mengikuti talian darah Mary ke Nathan (anak Daud), kesimpulannya, Yesus masih lagi terbukti anak Daud, anak Abraham.

Masalah ini wujud kerana isu "anak" yang telah saya terangkan dalam reply sebelum ini. Anak mungkin bermaksud anak saudara, mungkin sepupu yang tinggal serumah, lama-lama dijadikan anak extra juga. Maka semua ini telah dicatatkan dalam versi Yunani dan juga dalam buku Lukas sebagai extra yang tidak menyesatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 05:54 PM | Show all posts
Reply 16# kompia23


   I think you are really proud of what you know about the faulty in the Bible. Actually, you are using rationalization to say whether it's right or wrong. BTW, there is no easy answer we can get from the Bible. Once we know, we will get surprised.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 05:56 PM | Show all posts
Reply 18# erusi

erusi,

they are proud and envious to others.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 01:41 AM | Show all posts
salam semua
baca comment je....
i learn something from this thread tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.060729 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list