CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7909|Reply: 23

Riad Asmat - CEO 1MALAYSIA F1 team

[Copy link]
Post time 1-11-2009 11:22 AM | Show all posts |Read mode
SEPANG, Oct 30 — The 1 Malaysia Lotus F1 team today announced the appointment of Riad Asmat as its chief executive officer.
Team principal Datuk Seri Tony Fernandes told a press conference: “The team is proud to announce the appointment of Riad Asmat to lead the management of the 1 Malaysia F1 team and the racing team, Lotus F1 Racing.
“Riad's expertise, which is a good blend of both corporate experience and motorsports knowledge, will provide the dynamic and success-oriented leadership that the Malaysian team requires. I am confident that his knowledge of motorsports coupled with vast experience will contribute to the success of the 1 Malaysia F1 Team."
Prior to this appointment, Riad, 38, was attached to the managing director's office of Proton Holdings Berhad as general manager.
"F1 is very competitive and it operates in an extremely challenging environment. In this respect, the focus will be on teamwork and its importance can never be overstressed.
"All of us in the 1 Malaysia Formula One Team understand that this is a very important first step for the nation. We will make it our key objective to build a very strong and robust foundation moving forward," said Riad upon his appointment.
The new man in Fernandes's team joined Proton in 2006 and was tasked with the development of its motorsports programme. This included R3 and Proton Axle Team. He also managed the company's involvement in the A1 Grand Prix.
A chief operating officer has also been selected to manage the technical organisation in Britain reporting directly to chief technical officer Mike Gascoyne.
Keith Saunt has been given that task in overseeing technical operations on a day-to-day basis at the team's current facility in Hingham. His previous experience includes senior roles with Team Lotus International, Benetton, Renault and most recently Red Bull Racing, where he held the role of chief operating officer and director of Red Bull Technology.
Fernandes explained at length that the Lotus F1 project was getting lots of support throughout the country as well as the world.
"I had an online conference the other day where I found that 89 per cent of respondents stated that they wanted to work for the 1 Malaysia F1 Team. Now I thought that was encouraging but then I found that 48 per cent actually thought this team has the chance to become world champion," said the team principal who also stated that the current progress of the actual race car in itself was three days' ahead of schedule.
He however refused to disclose any information regarding the number of Malaysians who would actually be part of the technical support team when it debuts in February 2010.
He was also non-committal regarding the selection of the driver for the Malaysian F1 team.
"We know what we want, and we know who we want as the driver. We've been watching him for some time now and we will get our driver soon."
When asked whether Fairuz Fauzy, the current driver for Team A1 Malaysia, would make it to the final cut, Fernandes said things would be clearer at the end of November.
"Let's see whether he can make the jump forward," quipped Fernandes.
It is understood that four drivers will be shortlisted for the final cut, and Fernandes insisted that "we have to have at least one Malaysian on the team."
Among the familiar faces at today’s press conference were former F1 driver Alex Yoong and Team Malaysia A1 man Owen Leeds who was often seen conversing with Riad.
There has been speculation of a possible merger or a shift of the pool of talent between Lotus F1 and A1 Team Malaysia, something which has been dismissed by Gascoyne.
Critics are also sceptical as to whether this venture would really kick off owing to the short preparation period as well as the billions involving in kick-starting the team, money that many feel would be better off spent on improving the nation's infrastructure since government participation would be via Proton.
"It's okay to dream, some dreams become reality. Of course there are a billion sceptics out there. We are out to prove that they are wrong," said Fernandes.


the malaysia insider.

Siapa Mr riad asmat nie ek??

Kalo dah ade please merge kan ek mod?? tadi search cam tak de
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2009 07:29 PM | Show all posts
dia pendek..but for sure org akan keliling dia..confirm...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 08:55 PM | Show all posts
yes!!! aku tunggu gk org bukak thread pasal mamat ni.....ehsemmmm..pendek pun pendek arrr...janji pencapaian dia....salute! uhuks..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 09:45 PM | Show all posts
anak asmat kamaluddin la. father dia dulu rafidah punya righthand man kat miti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 10:12 PM | Show all posts
4# hollygolightly

dah agak dah mesti anak TS Asmat Kamaluddin. Tokoh korporat selepas MITI kan.
sah ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 11:56 PM | Show all posts
yess..mmg anak right hand man rafidah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2009 10:21 PM | Show all posts
erm.. cite la skit family background..
bangga gile pencapaian dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 04:37 PM | Show all posts
hensem dia ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2010 03:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by tirjibic at 7-1-2010 03:32

Dunia F1 Riad
Oleh Fairuz Zaidan
[email protected]






Meraikan 2010, XY - Ikon Lelaki berkenalan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lotus F1 Racing, Riad Asmat. Bersedia dunia, saksikan kemunculan gergasi baru team F1 yang bakal menggegar litar perlumbaan berprestij di seluruh dunia!

BERMULA dengan azam, tidak mustahil impian terlaksana. Seperti kata pepatah - di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Begitulah ibaratnya permulaan kembara pasukan Formula Satu (F1) negara, Lotus F1 Racing.

Enam bulan menzahirkan inisiatif menubuhkan pasukan F1 tempatan demi memburu gelaran jaguh baru F1, Lotus F1 Racing membuktikan keyakinan, azam dan impian boleh mengubah segala-galanya. Ini termasuk menepis segala persepsi negatif yang dilempar pihak tertentu terhadap projek nasional ini.

Tambah mendebar rentak, kurang tiga bulan dari sekarang, pasukan berilhamkan konsep 1Malaysia bakal diuji di litar Grand Prix Bahrain, Mac depan.

Mengintai jentera dalam pasukan baru itu, XY - Ikon Lelaki mendekati CEO Lotus F1 Racing, Riad Asmat untuk berkongsi aspirasi beliau dalam memacu arah pasukan F1 tempatan menawan dunia.

Membawa aura sang juara, Riad tanpa keberatan muncul bersama kereta Lotus miliknya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan diiringi semangat membara.


“Bukan suatu tugas mudah menyediakan segala-galanya dalam tempoh singkat. Namun, saya percaya impian itu boleh digapai apabila dilakukan secara positif bersama mereka yang berkaliber serta berada di tempat tepat,” kata Riad mengulas kemunculan Lotus F1 Racing yang akan bersaing dengan 18 pasukan F1 lain sepanjang musim ini.

Cerita CEO muda ini lagi, ketika ini, pasukan Lotus F1 Racing sudah memasuki fasa di mana semua komponen dan peralatan berjaya diperoleh daripada pengeluar di United Kingdom (UK) dan Eropah. Berpangkalan di Norfolk, England, jentera F1 pasukan baru itu akan mula dipasang pertengahan bulan ini disusuli dengan sesi percubaan, bulan depan.

Berkongsi cabaran sama, Riad mengakui komitmen besar menuntutnya sering berulang-alik ke UK bagi memastikan kelancaran misi sulung Lotus F1 Racing.

“Malaysia harus berbangga dengan kemunculan pasukan ini. Sebagai permulaan, sebanyak 20 peratus tenaga mahir dalam pasukan ini adalah dari kalangan warga tempatan.

“Kita juga percaya sasaran 70 peratus kepakaran tempatan akan dapat direalisasikan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang,” kata pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Organisasi, Western Michigan University, Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan yang bukan omong-omong kosong, Riad berkata, operasi pasukan F1 pada masa depan akan dibangunkan sepenuhnya di Malaysia, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai anak tempatan menerajui misi Lotus F1 Racing.

Penyertaan bekas pelumba Toyota, Jarno Trulli berganding dengan pelumba Finland, Heikki Kovalainen dan pemandu ketiga, Fairuz Fauzy bakal menyaksikan babak baru pasukan Lotus F1 Racing ke dunia F1... Nantikan kehangatan ini!

Ikuti misi dan visi Lotus F1 Racing bersama Riad...

Apa perkembangan terkini yang anda boleh kongsi bersama pembaca XY - Ikon Lelaki?

Ketika ini, saya berulang alik dari Malaysia ke United Kingdom (UK) untuk memberi tumpuan kepada projek pasukan Lotus F1 Racing. Segala-galanya berjalan seperti perancangan. Sekarang, kesemua komponen untuk membangunkan jentera kenderaan F1 sudah dikumpul dan dijangka dipasang mengikut jadual.

Tidakkah tempoh enam bulan dianggap sesuatu yang mustahil dalam misi memburu kejuaraan berprestij dunia?

Inilah cabaran terbesar bagi semua rakan sepasukan dalam Lotus F1 Racing apabila hendak memulakan langkah ke perlumbaan F1.

Namun, saya percaya kepada kesungguhan dan tulang belakang yang menjayakan misi ini dalam merealisasikan apa yang difikirkan mustahil sebelum ini.

Boleh anda ceritakan serba sedikit kisah di sebalik tawaran mengemudi Lotus F1 Racing?

Tawaran menduduki kerusi CEO ini adalah sesuatu yang mengejutkan saya. Ini kerana ia adalah sesuatu yang baru bagi saya. Langsung saya tidak terfikir menjadi CEO dalam pasukan perlumbaan F1.

Namun, tanggungjawab yang diberi menuntut saya membuktikan semangat sepasukan serta mesej 1Malaysia dicapai sepenuhnya dalam tempoh jangka masa panjang.

Bertugas di Proton dan kemudian beralih ke dunia permotoran F1, apakah yang boleh anda simpulkan di antara kedua-dua bidang ini?

Pengalaman selama lebih empat tahun di Proton sebagai Pengurus Besar di pejabat Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Tahir banyak membantu saya soal selok-belok bidang permotoran.

Pada usia 38 tahun, dapat dirasakan adalah perlu bagi saya melalui fasa baru dalam dunia kerjaya. Saya sentiasa melihat sesuatu dari sudut positif.

Sebagai pasukan baru dalam kancah perlumbaan F1, apa sasaran awal Lotus F1 Racing bagi musim 2010?

Seperti perancangan, Lotus F1 Racing akan memulakan cabaran awal di perlumbaan pertama di Bahrain Grand Prix pada pertengahan Mac. Kita mensasarkan muncul yang terbaik di kalangan lima pasukan baru yang bersaing kelak.

Andai sasaran awal ini berjaya digapai, tidak mustahil Lotus F1 Racing berjaya menduduki antara 18 pasukan F1 terbaik dalam kancah sukan permotoran berprestij ini.

Apa kelebihan yang membolehkan pasukan kita berdiri sama gah dengan pasukan lain?

Pelaburan besar dibuat untuk merealisasikan Lotus F1 Racing. Ini bagi memastikan pasukan ini tidak saja wujud, sebaliknya memberi impak sebagai satu pasukan F1 terbaik.

Sehubungan itu, kita berusaha mendapatkan kepakaran dan tenaga kerja berpengalaman dalam usaha menjadikan pasukan F1 kita yang terbaik. Lihat saja barisan yang kita ada, terutama pemandu berpengalaman (Trulli dan Kovalainen) dan Mike Gascoyne yang berpengalaman luas dalam aspek teknikal bersama dengan jentera Toyota dan Renault.

Secara peribadi, adakah anda mengikuti perkembangan sukan F1 sebelum ini?

Sebelum berkhidmat bersama Proton, saya bertugas di SIC. Ini secara tidak langsung menyuntik minat saya dalam sukan ini dan sering mengikuti perlawanan di litar dan televisyen.

Tetapi, selepas ini, saya percaya tumpuan sepenuhnya diberi kerana cabaran lebih besar menanti bersama pasukan Lotus F1 Racing.

Sekejap di Malaysia dan kemudian terbang ke UK, bagaimana anda berdepan dengan situasi ini?

(Tergelak). Beginilah saya dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Boleh saya katakan, dalam tempoh sebulan, dua kali saya berulang-alik dari Malaysia dan UK. Saya bersyukur keluarga faham tanggungjawab dan tugas saya sekarang.

Namun, saya percaya keadaan tidak lagi sukar sebaik segala-galanya selesai selepas Mac depan.

Boleh jelaskan sedikit personaliti anda?

Saya seorang team player dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Saya percaya, orang juga mudah bekerja dengan saya. Saya cukup sederhana dalam segala segi dan easy going.

Apakah sasaran anda bersama dengan pasukan Lotus F1 Racing seterusnya?

Kita meletak sasaran menjadi pasukan yang disegani dalam tempoh tiga tahun. Bukan saja memiliki lebih ramai kepakaran tempatan tetapi menegakkan pusat pembangunan F1 di Malaysia yang didukung anak tempatan.

Saya percaya ia bukan lagi sesuatu yang dianggap mustahil!



Azam 2010 saya...

BERCERITA soal azam yang berlegar di fikirannya, Riad mengakui keutamaan beliau sekarang ialah memastikan pasukan Lotus F1 Racing bersaing serta menempa nama setanding dengan pasukan lain dalam perlumbaan F1.

“Bukanlah satu tugas mudah dalam menempa nama kerana kami belum diuji hinggalah cabaran di Bahrain, Mac depan.

“Namun, saya dan rakan sepasukan percaya tiada yang mustahil,” kata Riad penuh harapan.

Biarpun mendapat bermacam reaksi ketika Lotus F1 Racing hendak ditubuhkan, Riad dan anggota ‘tulang belakang’nya percaya kepada keajaiban dan kelebihan yang dimiliki.

“Apa yang saya sasarkan ialah Lotus F1 Racing berada di depan di kalangan pasukan baru yang bersaing pada musim ini. Andai pasukan kami berjaya bersaing dengan pasukan lain, ia sudah dikira bonus kerana banyak lagi yang harus dipelajari sebagai pasukan F1 baru,” katanya.

Musim 2010 menyaksikan 18 pasukan F1 termasuk lima pasukan baru bakal berentap di semua 19 litar utama F1 di seluruh dunia.

Kelibat Lotus F1 Racing akan dapat disaksikan jutaan rakyat Malaysia pada April ini apabila pasukan kebanggaan negara muncul di SIC.

Profil

Nama : Riad Asmat

Umur : 38 tahun

Tarikh lahir : 17 November 1971

Tempat lahir : Petaling Jaya, Selangor

Tinggi : 160 sentimeter

Berat : 55 kilogram

Status : Berkahwin
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 08:13 AM | Show all posts
cam tak caye umo dia 39 thn ni. cam muda 10thn...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 12:58 PM | Show all posts
kalu x salah aku....riad nie menantu rubiah suparman....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 08:55 PM | Show all posts
bapaknye yg rambut putih tu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 09:20 AM | Show all posts
lahai ketotnyerrrr kurang zat la nih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 08:06 PM | Show all posts
nasib baik dah kawin....kalau tak ramai lar artis pompuan nak ngoratt...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 09:49 PM | Show all posts
kecik2 cili padi! uhuks..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:39 PM | Show all posts
nasib baik dah kawin....kalau tak ramai lar artis pompuan nak ngoratt...
choolakaw Post at 8-1-2010 20:06


bujang lagi tu .......

























bujang 3 ... larikkkkkkkkkkkkkk.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2010 08:08 AM | Show all posts
1st tyme tgk dia masa Majalah 3 wat coverage psl F1 Malaysia team ni kat german
bleh tahan hensem gak le
tapi mcm pendek je
lagi rendah dari fairuz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2010 12:30 PM | Show all posts
alamak rugi tak tgok majalah 3..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 08:24 PM | Show all posts
nampak muda 15 taun dari umo sbenar.
saja upkan skit
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 09:03 PM | Show all posts
perghhh mmg pencapaian yg baik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.155872 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list