|
HalizaMisbun yang sedang sibuk dengan filemnya Andartu Terlampau.... 21 HariMencari Suami mengaku tidak takut dengan gelaran itu
DI usia36 tahun, Haliza Misbun kini hanya mahu bersenang lenang saja menikmatibidang seni yang cukup dicintainya. Pelakon yang pernah dilabelbermulut laser atau bercakap lepas ini mungkin sudah meniti pengalamanyang bukan calang orang mampu melaluinya.
Seperti wanita lain, pemilik tubuh montok yang sudah 18 tahunberkecimpung di arena seni ini juga berdepan dengan situasi yang samaapabila cinta yang diharap berpanjangan kecundang di tengah jalan.Malah gelaran sinikal atau label andartu (anak dara tua) yang diberikankepadanya tidak sesekali menjadi kudis.
Malahsebagai memberi kredit kepada golongan sepertinya, Haliza denganbangganya mempersembahkan filem bergenre komedi romantik, AndartuTerlampau... 21 Hari Mencari Suami. Filem yang sudah siap menjalanipenggambaran itu diterbitkan syarikat produksinya sendiri, BigProductions Sdn Bhd dan diarahkan Din CJ.
Pelakon yang kali terakhir muncul di layar perak menerusifilem Scoop pada 1996 ini juga memberi pendedahan menarik mengenai tigalelaki yang pernah bertakhta di hatinya sebelum ini turut berlakon didalam filem terbabit. Malah difahamkan ada yang masih menjalinkanhubungan intim dengan Haliza.
Persoalan siapa tiga lelaki yang dimaksudkan itu, semuanyadibiarkan rahsia. Mungkin jika anda peminat setia Haliza yang seringmengikuti perkembangan ceritanya dapat mengagak siapa gerangan yangdimaksudkan itu.
| HALIZA tidak menafikan filem sulung terbitannya adalah kisah pengalamannya sendiri.
| "Memangsaya andartu dan kenapa perlu saya takut dengan gelaran itu. Tak sayanafikan filem itu diadaptasi daripada pengalaman saya sendiri namunsecara dasar saja dan selebihnya ditokok tambah. Memang ada watakpelakon lelaki yang diwujudkan pernah hadir dalam hidup saya.
"Menariknya ia dilakonkan insan sebenar yang pernah sayacintai. Mujur mereka sporting dan supaya tidak nampak jelas, namamereka ditukar lain. Selain itu ada juga watak lelaki lain yang turutdikekalkan namanya dan ironinya memang pernah wujud dalam hidup saya,"kata Haliza lewat pertemuannya dengan Hip di Balai Berita baru-baruini.
Kata Haliza yang hadir dengan dua persalinan rekaan AidawatiSaidin lengkap dengan but, filem yang menelan belanja keseluruhansekitar RM1.1 juta itu dijangka menemui peminat wayang tempatan padaMac 2010. Sambil berseloroh, Haliza memberitahu tajuk lain yang sesuaidiberikan kepada filem ini ialah Inilah Lelaki Yang Ada Di Muka Bumi.
Ternyata filem ini mungkin cebisan sisi pengalaman yang pernahdilalui Haliza dan mungkin golongan wanita lain juga. Ia mampu membuatsesiapa pun yang menontonnya akan ketawa terguling-guling dan harapnyamampu membuat penonton datang lagi ke pawagam untuk menontonnya.
| Apakah jejaka Perancis bernama Cedric Lemaitre ini yang sedang bertakhta di hati Haliza? | "Ketikasaya membawa kawan perempuan untuk sesi suntingan lagi, dia sudahketawa besar. Itupun suntingan tanpa suara, inikan pula kalau nantiditayangkan dengan suara. Berat badan saya turun mendadak kerana filemini dan diharap tuah filem ini akan berpanjangan kelak selepasditayangkan.
"Dengan bantuan kawan dan rakan wartawan melalui hebahan mulutke mulut, nescaya ia mampu menjadi strategi pemasaran terbaik untukmengajak penonton ke pawagam. Dalam soal bajet membabitkan kewanganpula, memang saya sangat tegas. Kalau terlebih satu ringgit pun, sayaakan tanya kepada pengurus produksi (Norrehan Yakob).
"Bukan senang nak dapatkan duit dan sebab itu saya terlaluberkira dalam soal kewangan. Mujur saya bekerja dengan Norrehan yangsaya kenal sejak di usia 19 tahun lagi. Lalu, dia sudah faham carakerja saya termasuk sikap 'garang' saya," katanya yang pernah berlakonfilem Abang 92.
Mengajak Haliza berbicara lanjut mengenai status andartu yangdipegangnya, signifikan kenapa filem itu dibikin juga bertitik tolakkepada usaha untuk membuka mata masyarakat Melayu terutama terhadapgolongan sepertinya yang memilih untuk hidup menyendiri.
"Tak boleh saya menidakkan bahawa ada golongan andartu yangtakut dan fobia dengan gelaran itu. Saya sendiri berpengalaman balikkampung atau menghadiri kenduri kendara dan sering ditanya soal bilalagi nak kahwin. Memang ada masyarakat yang memandang pelik jika adaanak dara yang kahwin lambat.
"Di usia saya kini, saya sudah cukup matang dan rasionaluntuk memikirkan kehidupan mendatang. Mungkin juga saya terlalumengikut budaya wanita Barat yang memilih untuk berkahwin lambat. Bagisaya semuanya berbalik kepada soal jodoh. Bukan kehendak kita untukmemilih jalan hidup begini.
"Saya bangga untuk menjadi andartu dan barangkali itu pilihansaya. Lihat saja aktres Hollywood, Halle Berry sendiri melahirkan anakdi usia 41 tahun. Soal kahwin bukan sesuatu yang boleh dirancang.Kebahagiaan terletak pada pandangan mata masing-masing. Kalau berkahwinatas tekanan orang lain pun tiada gunanya juga," kata Haliza yangmemegang watak sebagai Nikki di dalam filem terbitan sulungnya.
Beberapa tahun kebelakangan ini juga, lelaki yang sering hadirdi dalam hidupnya bukan dari kalangan orang Melayu. Sebaliknya, jejakaMat Salih, lalu apa kurang benarkah kualiti lelaki Melayu hingga lelakiInggeris saja yang menjadi pilihan Haliza?
Ungkap Haliza sambil tersenyum, dia percaya kepada simbolikmagnet. Semakin dekat kita kepada satu rangsangan atau yang terdetik dikotak minda, makin semakin jelas tarikan itu hadir. Hip mendapat tahulelaki Perancis bernama Cedric Lemaitre yang turut berlakon di dalamfilem itu cukup intim dengannya. Benarkah?
"Saya sebenarnya tidak pernah meletakkan syarat dalam bercintaatau mencari kekasih. Namun pada akhirnya lelaki Inggeris juga yangsinggah dalam hidup saya. Saya sendiri sering mempersoalkan diri, adatak lelaki Melayu yang boleh menerima keterbukaan saya ini. Sekalipunada lelaki Melayu yang boleh menerima saya, bagaimana pula dengan orangtua mereka," ungkap Haliza mengharap pengertian semua.
Dan dalam ramai pelakon kenapa perlu ada Ari Wibowo dariIndonesia? Apakah sudah tandus pelakon Melayu di negara kita? Kalau adayang masih ingat, beberapa tahun dulu, Haliza pernah mengeluarkankenyataan hero Malaysia kebanyakannya lembik.
Bukan berniat membuka cerita lama, namun bagi Haliza, Aridiundang berlakon sama atas dasar persahabatan yang dibina selama ini.Lagipun filem ini tidak mempunyai hero sebaliknya, Haliza sendiri yangmenjadi tunggak utama penceritaan.
"Saya tidak mahu dikatakan seperti kata pepatah, kera di hutandisusukan, anak di rumah kelaparan. Selain Ari, saya tampilkan heroMalaysia seperti Datuk Rahim Razali, Azhar Sulaiman, Fahrin Ahmad,Awie, Azizi Chunk dan Fizo Omar.
"Saya memilih Ari sekali lagi selepas kerjasama VCD RohayahRoy sebab faktor ketampanannya, pelakon yang berbakat dan dia seorangyang sangat baik. Kejayaan VCD itu dijual sebanyak 14,000 unit padahari pertama dilancarkan sudah meyakinkan saya bahawa pelaburan memilihAri sesuatu yang sangat berbaloi.
"Ari juga sebagai tarikan untuk mengajak orang Indonesiatermasuk golongan amah di negara kita menonton filem ini di pawagam.Kalau nak tengok Datuk Rahim Razali berlakon watak komedi pun satualasan kenapa anda perlu menonton filem ini," kata Haliza yangmenganggap Rahim Razali sebagai mentornya.
INFO: Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami
- Turut dilakonkan Erra Fazira, Fara Fauzana, Abby Abadi, Maimun Talib dan Datuk Jalaluddin Hassan.
- Skripnya ditulis oleh Sofia J Rhyland. Ia memaparkantitik tolak kehidupan Haliza ketika mengenali beberapa lelaki yangpernah singgah di hatinya.
Rejim kecantikannya
- Gemar berjoging empat kali dalam seminggu. Malah akuiHaliza, joging sudah menjadi sebahagian inti pati gaya hidupnya hinggasudah jadi ketagih.
- Buat masa sekarang, kata Haliza, belum terlintas dihatinya untuk melakukan pembedahan plastik atau suntikan seumpamanya.Kata Haliza lagi, dia bukan seperti sesetengah artis seangkatannya yangmemilih untuk mengubah wajah asli.
- Ungkap Haliza, dia bersyukur dengan apa yangdimiliki sekarang. Sekalipun Haliza melakukan perkara terbabit,masyarakat sudah mampu menilai sama ada artis itu melakukan operasiwajah atau sebaliknya.
- Berasakan dirinya seperti berusia 25 tahun atau dalam erti kata lain 'perasan muda'.
|
|