|
Post Last Edit by jmy_83 at 11-10-2009 13:19
TIDAK habis-habis CAK dihidangkan dengan cerita mengenai seorang artis ini. Barangkali, jika CAK ceritakan siapa empunya diri, pasti ramai tidak terkejut dengan perangai jeliknya.
Bagaimanapun, cukup jika CAK mengatakan si empunya diri ini adalah adik seorang penyanyi popular tanah air. Malah, sifatnya yang kaki minum sehingga mabuk tidak tentu hala itu juga sering didengari.
Apapun, bukan CAK mahu menyelak kain si dia. Sebaliknya sebagai hamba Allah, tidak elok rasanya jika CAK terus berdiam diri, lebih-lebih lagi kita masih di bulan Syawal yang penuh keberkatan ini.
Menurut cerita teman CAK, sebelum penyanyi ini naik ke pentas untuk mengadakan persembahan, dia masih lagi sempat berfoya-foya bersama temannya di sebuah pusat hiburan. Bukan setakat menari terkinja-kinja malah meneguk air kencing syaitan tanpa rasa bersalah di depan temannya.
Nak dijadikan cerita, penyanyi ini bagai hilang pertimbangan apabila meneguk minuman keras sehingga mabuk, walhal sebelum itu dia sedar ada tugas yang perlu dilaksanakan.
Mahu atau tidak, dia terpaksa juga menyanyi meskipun dalam keadaan terhoyong-hayang. Lebih memalukan, bukan teman CAK saja yang perasan tingkah lakunya, tetapi kebanyakan penonton juga naik menyampah dengan perangainya yang memualkan.
Barangkali si penyanyi ini sudah jauh hanyut dan sukar dilentur. Bukan CAK tak tahu sudah berbuih mulut keluarga menegur sikap tak senonohnya.
Apa boleh buat, bak kata orang tua dalam setandan kelapa tidak semestinya semua elok. Dalam soal ini berbalik kepada diri sendiri, orang lain hanya boleh memberi teguran dan nasihat. Kalau telinga dah tebal 14 inci, cakaplah sampai berbuih mulut pun belum tentu dia mahu dengar.
Sebagai pemerhati dunia hiburan tanah air, CAK berharap sangat penyanyi ini sedar satu hari nanti. Kasihan pada kakak dan keluarganya kerana turut terkena tempias sikap liarnya itu. |
|