CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2504|Reply: 10

Uncle sebelah tu buat apa abah?

[Copy link]
Post time 10-10-2009 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dr_stein at 10-10-2009 23:54

Mod, kalo aku salah posting...ko masuk la bod lain ekkk....
kalo da ada aku mintak ampun bebanyak...

Aku just nak share dengan korang sume...biasala..aku dapat email dari kengkawan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesuatu utk kiter pikir2kan..... ada kebenaran nyer.

Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh. ..

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"

Dan secara amnya, kita akan menjawab...
"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia" jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.....

Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" tetapi apabila kita memberikan jawaban ... "dia tengah sembah tuhan dia"

kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita.

Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"

Sekiranya jawaban ini diteruskan.. ...maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jawaban yang sebenarnya, "Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"

Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.

Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan" .

Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH..

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri ,sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik.....sila kongsi bersama..

            

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2009 12:08 AM | Show all posts
astroookk...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 12:18 AM | Show all posts
trimas sbb share..
ermm x terpikir pun sebelum ni nak jawab mcm tu
bila anak2 sedara tanya.

sebenarnya kita xleh ambil mudah perkara macam ni,
sbb leh efek pd pemikiran n asas ketauhidan budak2 kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2009 12:33 AM | Show all posts
astroookk...
ayubetul Post at 11-10-2009 00:08


AISEYY...ye ke..carik tadik tak jumpa daa...

mod...merge/delete je la ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 01:17 AM | Show all posts
thanks bro..aku copy menda nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 03:32 AM | Show all posts
trimas bro kongsi bende ni.. satu lagi ilmu aku dapat.. la ila haillallah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2009 05:44 PM | Show all posts
sebenarbnya benda2 ini taklah kecoh
ramai yg tlh melalui pocess sebergini
tapi takde masaalah
anak tanya kita jwp terus je

..anak mungkin tanya kenapa abah naik atas mama
nak ke kita jwp ..dah kehendak Allah-gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 08:59 AM | Show all posts
berguna juga info nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2009 01:38 PM | Show all posts
ada mamat bodoh tak buleh ajar,cerdik tak boleh menumpang!!
yang pi mengongkek depan anak watpa...
terima kasih tuan rumah atas info ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 06:19 PM | Show all posts
AISEYY...ye ke..carik tadik tak jumpa daa...

mod...merge/delete je la ekkk
dr_stein Post at 11-10-2009 12:33 AM


dah ada ke topik ni kat BOD ni????

kalau belum ada....info ni sememangnya amat berguna....mmg tak pernah terpikio pasal mende2 ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2009 09:05 PM | Show all posts
aku hanya share info untuk para poremer baca..tapi kalau ade sesetengah kata mende ni satu yang remeh temeh terpulang pada diri sendiri...

pada aku....ramai yang bagi jawapan yang biasa tanpa memikirkan kesannya...

sama2 kita renungkan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057681 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list