CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6686|Reply: 50

Macammana nak hilangkan bau durian dlm kereta??

[Copy link]
Post time 8-10-2009 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum..

Yana tak tau thread ni dah ade ke belum..Selak sampai page 20 takde lak.. So nak tanya ni, mcmn nak hilangkan bau durian dalam kereta ek??? Ada petua tak?? Dah naik pening dah ni.. Masuk kereta kena bukak tingkap.. Kalo on aircond bau dia menusuk betul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2009 12:57 PM | Show all posts
letak arang
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:00 PM | Show all posts
cuba bubuh arang kat dalam bonet...
pastu ko taruk ler bebanyak pewangi...
pakai nie kat tuan punya keter...:pompom:

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:02 PM | Show all posts
arang, muktamad...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:04 PM | Show all posts
aku letak daun pandan..terus ilang baunya..tp bau pandan la plak kt keta ..macam bau kuih tradisional jadinya keta aku..

org kata arang tu berkesan..boleh jadi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:05 PM | Show all posts
Jgn boh durian dalam kete..confirm kete tak der masalah berbau durian...


p/s: boh arang dlm bonet/tempat mana dulu boh durian....bau akan hilang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-10-2009 01:11 PM | Show all posts
wokey2...terima kasih.. cadangan korang akan diaplikasikan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:19 PM | Show all posts
buka semua pintu, hood dan bonet kereta. Biarkan kereta di bawah panas matahari secara langsung (yang afdol adalah sinar matahari dari pukul 1.30 pm tapi sebelum pukul 3.15 pm) selama satu jam lima minit. Semasa menunggu kena makan chicken chop (ingat chicken chop saja, kalu makan makanan lain tak menjadi) ~ selamat mencuba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2009 01:37 PM | Show all posts
buka semua pintu, hood dan bonet kereta. Biarkan kereta di bawah panas matahari secara langsung (yang afdol adalah sinar matahari dari pukul 1.30 pm tapi sebelum pukul 3.15 pm) selama satu jam lima mi ...
zzcbr Post at 8-10-2009 13:19


kenapa plak kena mkn chicken chop??
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:39 PM | Show all posts
aku pernah dgr org ckp klau nk letak durian dlm keta kena balut durian 2 dgn roti..
roti 2 akn tapis bau durian 2..
tp xtau r jd ke tak coz tak pernah buat pn..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:42 PM | Show all posts
10# senyum_sokmo

rugi le balut guna roti...baik roti tu cicah dgn kuah durian lg mabeles...

buh arang je jalan plg mudah...sbb dia serap bau.....buh daun pandan tuk bau asli ala2 kuih tradisional
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:55 PM | Show all posts
oyeke gune arang...aku pon baru tau..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:20 PM | Show all posts
aku pn baru tau guna arang eh...hehe...leh le wat sbb weekend nie member ajak balik kg dia kat bilut mkn durian...tp tak naik 'city' aku le, biar naik 'livina' dia lah...nti 'livina' dia yg berbau... takpe, pesan kat dia suh beli arang byk2 nti...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:24 PM | Show all posts


Perggghhhh….tetiba tingin makan durian.....

Berikut adalah informasi berguna yang berjaya kopipes.....kuikuikui!

Petua Menghilangkan Bau Durian

Bau rokok dan durian memang sukar untuk dihilangkan, khususnya di kawasan yang bertutup seperti dalam bilik dan but kereta. Ada kalanya, bau durian di dalam but kereta boleh tertinggal sehingga berminggu-minggu walaupun duriannya sudah tiada. Ada beberapa kaedah untuk membuang bau-bauan ini.

•Kaedah Pertama
Letakkan semangkuk cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Cuka akan bertindak untuk menyerap bauan yang kurang enak tersebut.

•Kaedah Kedua
Letakkan semangkuk serbuk penaik (Baking Soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Serbuk penaik akan menyerap bauan yang kurang enak tersebut.
Sekiranya bauan tersebut melekat pada karpet, anda boleh menabur serbuk penaik tersebut di atas karpet anda. Biarkan serbuk penaik dalam masa 30 minit. Kemudian, anda bolehlah vakum serbuk penaik tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bauan yang kurang enak dari kerusi kereta, sofa, tilam dan lain-lain.

•Kaedah Ketiga
Letakkan beberapa keping roti putih (roti sandwich) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Biarkan roti itu disitu untuk 1 atau 2 hari. Pasti bauan tersebut akan hilang di resap kedalam roti tersebut.

•Kaedah Keempat
Letakkan arang di kawasan yang berbau kurang enak. Arang akan menyerap kesemua bau-bauan tersebut.

•Kaedah Kelima
Beli Febreze dan sembur jer la.  Ini pun memang berkesan juga.

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:24 PM | Show all posts
nampaknyer.. masalah dah selesai kann.. jadi.. utk tak lari topikk.. buat laa bubur durian.. pastu ajak laa geng kat sini datang rasaaa..

Bahan²

Mesti la ada durian kan??
Kacang hijau (ikut suka korang la nak buat banyak mane)
Gula melaka
Santan
Daun pandan

Cara² nya

Basuh kacang hijau terlebih dahulu..kemudian rebus kacang hijau sampai masak..dan masukkan santan, daun pandan serta gula melaka..kalau agak² kurang manis tu tambah la gula sedikit...pastu baru letak durian...


Tu jer..bukan susah pun..pastu hidang ler dengan roti..kalau tak abis tu..korang letak kat peti sejuk atas..jadikan ice cream..best gakk
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by takumi86 at 8-10-2009 14:28

ni dia kalau dah siap nanti..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2009 02:32 PM | Show all posts
Ni petua yang disimpan oleh Cikgu Jane...

Hilangkan bau durian dari peti sejuk
Jika peti sejuk atau kereta anda berbau durian, masukkan roti di dalam bonet kereta atau peti sejuk anda. Bau itu akan hilang. Letakkan roti mengikut kadar kuatnya bau.

Kalau boh arang lak, kena alas dengan suratkhabar bagai....cuba boh roti yg dah xpired tu...katanya mujarab..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:36 PM | Show all posts
arang tu klu takut bersepah dlm kete serpihannye buh dlm beg punjut ala2 sup bunjut adabi...muahahahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:38 PM | Show all posts
Ni petua yang disimpan oleh Cikgu Jane...

Hilangkan bau durian dari peti sejuk
Jika peti sejuk atau kereta anda berbau durian, masukkan roti di dalam bonet kereta atau peti sejuk anda. Bau itu aka ...
AnisSuraya Post at 8-10-2009 03:32 PM


roti teloq ke roti banggali?


Yg ingin kepastian

zzcbr
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:38 PM | Show all posts
nampaknyer.. masalah dah selesai kann.. jadi.. utk tak lari topikk.. buat laa bubur durian.. pastu ajak laa geng kat sini datang rasaaa..

Bahan²

Mesti la ada durian kan??
Kacang hijau ( ...
takumi86 Post at 8-10-2009 14:24


utk tak lari topik ke mmg nak lari lg laju? hahahahaha!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.178559 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list