View: 4254|Reply: 5
|
typhoon melor landa jepun!!!
[Copy link]
|
|
Jepun dilanda Taufan Melor
TOKYO 7 Okt. - Hujan lebat dan angin kuat yang melanda barat daya Jepun dan muncul hari ini sebagai Taufan Melor yang sangat kuat telah memutuskan bekalan elektrik kepada lebih 10,000 buah rumah serta menerbangkan bumbung-bumbung, menurut pegawai agensi ramalan cuaca.
Ribut ganas itu merupakan taufan pertama yang muncul di Jepun sejak tahun 2007, agensi cuaca memberi amaran.
Taufan Melor dengan kelajuan sehingga 216 kilometer per jam bergerak ke timur Pulau Amami-Oshima di selatan Jepun awal hari ini dan dijangka menghala ke pulau utama Honshu esok.
"Hujan lebat dan angin kuat dijangka melanda kepulauan itu, malah ia turut dijangka akan mengganas," ujarnya.
Sejumlah 10,100 buah keluarga terputus bekalan elektrik awal hari ini di Amami-Oshima dan di pulau-pulau kecil di kawasan lain, menurut syarikat tenaga elektrik tempatan.
"Kami telah menasihatkan orang ramai yang merancang untuk berpindah supaya berbuat demikian ketika waktu siang sebelum angin menjadi lebih kuat," kata pegawai pengurusan bencana tempatan, Koki Ishino.
Para pegawai telah menasihatkan penduduk supaya meletakkan penghalang pada setiap tingkap, memenuhkan kolam mandi dengan air sekiranya terputus bekalan dan mengumpulkan barangan keperluan harian jika perlu berpindah.
Ribut dengan angin sekuat 162 kilometer per jam berhampiran pusatnya itu dikhuatiri akan menurunkan hujan lebat sebanyak 500 milimeter padu di barat daya Jepun dalam tempoh 24 jam menjelang esok, menurut agensi cuaca itu.
Melor mungkin akan muncul di barat Honshu esok dan mengganas di gugusan kepulauan itu menyamai taufan yang pernah melanda pada tahun 1959 yang mengorbankan beriburibu nyawa. - AFP
lepas satu... satu bencana kat asia nih ekkk.... baru nak habis ketsana datang parma now datang lak melor..... doniya nan fana' dah tua..... |
|
|
|
|
|
|
|
takutnya akuu....
jangan laa sampai ke m'sia... Habis kitaa..
sama2 lah kita berdoa pada yang ESA....
Aminnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
[size=1em]Orang ramai bersusah-payah untuk melintas jalan di dalam hujan dan
[size=1em]angin kencang di pusat bandar Tokyo akibat taufan Melor yang melanda
[size=1em]tengah negara itu hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
[td] [/td] [td]
Ribut taufan kuat melanda Jepun, hari ini, menyebabkan kemusnahan
harta benda dan banjir di negara itu. Seorang lelaki dilaporkan mati
dan beberapa orang lagi tercedera - foto AP
[/td] |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 nama typhoon derang bagi... |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 nama typhoon derang bagi...
monreyes Post at 8-10-2009 13:42
 a ah nama bunga lah pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|