CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

All About ULAR [merged:Bzzst/amazed/Syd]

[Copy link]
Post time 25-9-2008 05:00 PM | Show all posts
isk besornya ular tedung selar...brani plk sepol tangkap ular liar camni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 12:06 PM | Show all posts
Asia Selatan lubuk ular berbisa
Oleh Nurul Adlina Kamaludin




Kira-kira 20,000 orang mati dipatuk reptilia setahun

SEBUT saja ular pasti ramai yang bukan saja berasa geli, tetapi tidak kurang yang gerun dengan reptilia ini, khususnya yang jenis berbisa kerana mampu membunuh dengan cuma satu patukan saja.


Namun, tahukah anda di pelusuk mana dunia yang menjadi lubuk maut reptilia ini? Pasti ramai yang menuding ke arah Amerika Selatan, khususnya di hutan belantara Amazon yang diketahui antara hutan tertua dengan pelbagai spesies berbisa menjadikan kawasan ini habitatnya.

Andai itu jawapan anda, terbukti sangkaan anda meleset sama sekali. Ini disebabkan lubuk ular itu terletak di kawasan yang amat hampir dengan kita iaitu di kawasan Asia Selatan.

Inilah hasil laporan kajian terbaru ke atas 68 negara yang menunjukkan Asia Selatan menjadi lubuk patukan ular tertinggi di dunia iaitu kira-kira 421,000 orang dipatuk setiap tahun!

Lebih menakutkan, patukan itu meragut kira-kira 20,000 nyawa setahun, kata kajian sekumpulan penyelidik Sri Lanka yang disiarkan edisi terbaru Public Library of Science Medicine, media yang berpejabat di Amerika Syarikat.

India yang didiami lebih satu bilion penduduk, menjadi negara yang mencatatkan kes patukan maut atau biasa yang tertinggi di dunia iaitu 80,000 kes setahun. Daripada jumlah itu, 11,000 kes menyebabkan maut.

Sri Lanka pula menduduki tempat kedua dengan 33,000 orang dipatuk ular setahun.

Anehnya, sebahagian besar mangsa adalah lelaki. Ini mungkin berkaitan dengan faktor golongan itu yang lebih ramai bekerja mencari rezeki berbanding kaum wanita.

Saintis Universiti Kelaniya di Sri Lanka, Janaka De Silva yang mengetuai penyelidikan itu bagaimanapun menegaskan bilangan 421,000 kes patukan ular itu hanyalah anggaran kasar dan jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

揑ni disebabkan kes dipatuk ular berbeza mengikut faktor geografi dan bermusim dan tidak ramai yang membuat laporan rasmi apabila menjadi mangsa.

揕ebih sukar lagi, rawatan bagi mengatasi kes berkenaan juga berbeza antara perubatan moden, tradisional serta amalan masyarakat setempat itu sendiri,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 02:28 PM | Show all posts

Reply #61 dexa's post

ular yg ade kaler2 yg smaller size tu cantik sgtt
tp berbisa kan lau kaler2 ni.. ade org bela..tp bisa tu da buang.
tp still! kene bite msti la sakit jgk walopun xde bisa dah wuwu~
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 07:02 AM | Show all posts
Gempar ular tedung 'mengamuk'
OLEH OTHMAN YAHAYA

YAN - Ketika 50 tetamu menjamu selera pada majlis kenduri tahlil seorang penduduk di Kampung Teroi Bukit, di sini, kelmarin, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar menyebabkan hadirin membuka langkah seribu.


ZAKARIA menunjukkan monyetnya yang menjerit-jerit ketika ular
tedung selar berada dalam bilik air di rumahnya di Kampung
Teroi Bukit, Yan semalam.


Ini semua gara-gara ahli keluarga tuan rumah yang cuba menangkap reptilia itu tetapi gagal. Ular itu dikatakan 'mengamuk' hingga membuatkan hadirin bertempiaran lari.

Akibat takut dipatuk ular tersebut, ada di antara mereka terlanggar periuk berisi gulai, manakala sebahagiannya pula terpaksa terjun ke dalam parit ketika cuba menyelamatkan diri daripada ular sepanjang lebih empat meter itu.


Bagaimanapun amukan reptilia berbisa itu berakhir apabila berjaya ditembak sebanyak dua das, selepas 10 minit mengamuk dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu.

Menurut Amira Zakaria), 34, anak sulung kepada Zakaria Ismail, 63, tuan rumah majlis kenduri tersebut, dia berasa sesuatu yang pelik apabila terdengar monyet peliharaannya menjerit seolah-olah takut sesuatu.

Ketika itu, ahli keluarganya menghidang juadah untuk tetamu yang hadir berhampiran pintu bilik air rumahnya selepas selesai majlis tahlil.





************************************************************************************

seperti biasa macam kat filem lak.. nampak ular mesti terjerit jerit semua --
nasib baik tak ada siapa pun yang kena patuk.. sebab kalau kena la...
harapan nak hidup tu... tipis...dan kalau cepat dapat rawatan -

saya rasa kalau saya ada kat situ pun. saya akan buka langkah 200 ribu...
memang geli takut.. dan tak suka dengan ular...  walaupun saya suka
juga dengan ular.. -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 02:52 PM | Show all posts

Bus-sized boa slithers into record books

PARIS (AFP) - - Stunned scientists have found thefossilized remains of the world's greatest snake -- a record-bustingserpent that was as long as a bus and snacked on crocodiles.
[size=-2]ADVERTISEMENT


Theboa-like behemoth, dubbed Titanoboa, ruled the tropical rainforests ofwhat is now Colombia some 60 million years ago, at a time when theworld was far hotter than now, they report in a study .

The sizeof the snake's vertebrae suggest the beast weighed some 1.135 tonnes,in a range of 730 kilos (1,600 pounds) to 2.03 tonnes.
And it measured 13 metres (42.7 feet) from nose to tail, in a range of 10.64-15 metres (34.6-48.75 feet), they estimate.

"Thediscovery of Titanoboa challenges our understanding of past climatesand environments, as well as the biological limitations on theevolution of giant snakes," said Jason Head, member of the Panama-basedresearch institute and lead author of the study to be published inNature magazine.

"This shows how much more information about thehistory of Earth there is to glean from a resource like the reptilefossil record," said the assistant professor of ecology andevolutionary biology at the University of Toronto Mississauga.

Fromthe size of the 1.14-tonne Titanoboa, scientists have estimated theaverage annual temperature in the tropical jungle it inhabited 60million years ago at 30-34 degrees Celsius (86-93 degrees Farenheit).

"Thistemperature estimate is much hotter than modern temperatures intropical rainforests anywhere in the world," said Carlos Jaramillo,Smithsonian staff scientist and co-organizer of the excavations inColombia.

"That means that tropical rainforests could exist attemperatures 3-4 degrees Celsius hotter than modern tropicalrainforests experience," he added, alluding to scientific theories thatwould have tropical forests disappear if global warming booststemperatures by that measure in the future.
Jonathan Block, avertebrate palaeontologist at the University of Florida, who co-led thework said "Truly enormous snakes really spark people's imagination, butreality has exceeded the fantasies of Hollywood."

"The snake that tried to eat Jennifer Lopez in the movie 'Anaconda' is not as big as the one we found."
"Atits greatest width, the snake would have come up to about your hips,"said David Polly, a geologist at the University of Indiana atBloomington.
The investigators found the remains of the newspecies at an unlikely location -- at one of the world's biggestopen-cast coalmines, in Cerrejon, Colombia, where giant machines hadobligingly gnawed away surface layers of dirt.

Working as hugecoal-laden trucks thundered by, the team sifted through the earth,laying bare the remains of supersized snakes and their likely prey --extinct species of crocodiles and giant turtles -- and evidence that amassive rainforest once covered the ground.
"The giant Colombiansnake is a truly exciting discovery. For years, herpetologists haveargued about just how big snakes can get, with debatable estimates ofthe max somewhere less than 40 feet" (12.3 metres), said leading snakeexpert Harry Greene of Cornell University, New York.

Titanoboa cerrejonensis -- whose Latin name honours the coal mine -- is not only a source of jaw-dropping wonder.
Itis also a useful indicator as to the world's climate after thedinosaurs were wiped out some 65 million years ago, the team say.

Unlike mammals, reptiles cannot regulate their own temperature.
Asa result, they are limited in body size by the ambient temperature ofwhere they live. For example, reptiles today are bigger in the tropicsthan they are in cooler latitudes.

Based on T. cerrejonensis, thescientists calculate that the mean annual temperature in equatorialSouth America 60 million years ago would have been 30-34 degreesCelsius, or 86-93 degrees Fahrenheit.
That makes it around 3-4 C (5.5-7.2 F) hotter than tropical rainforests today.
If so, this is a welcome piece of news about climate change.
Simulationsabout global warming suggest that, on present trends, the world'ssurface temperatures could rise by between 1.8-4.0 C (3.2-7.2 F) by2100.
If the supersnakes are a guide, tropical rain forests couldstill exist at such temperatures, although a fast, massive rise inwarming could well be devastating to many species.
The paper is published by the British-based weekly science journal Nature.
Theworld's longest snake today is the Asian reticulated python, specimensof which can grow around 10 metres (32.5 feet), and the biggest interms of mass is the green anaconda, with some specimens weighing 227kilos (550 pounds).



http://malaysia.news.yahoo.com/afp/20090205/tts-science-palaeontology-animals-snake-c1b2fc3.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 09:08 PM | Show all posts
Ular tedung di rumah
Laporan dan foto ISMA JAMIL




TENANG... Ramadiah (kanan) bersama ular tedung selar
sepanjang 4.7 meter yang ditangkapnya di rumah seorang ibu
muda yang masih dalam pantang di Kampung Rambai,
Padang Siding, Chuping, semalam.



ARAU: Terkejut melihat kemunculan seekor ular tedung selar sepanjang 4.7 meter melalui pintu dapur rumahnya, seorang ibu muda lari menyelamatkan diri sehingga terlupa mengambil bayinya berusia 35 hari yang nyenyak tidur di atas katil.

Haliza Puat, 25, yang masih dalam pantang bersalin, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi semalam di rumahnya di Kampung Rambai Padang Siding, dekat sini.

揝aya betul-betul terkejut dan takut hingga terlupa untuk mengangkat bayi saya. Apa yang saya terfikir adalah menyelamatkan diri,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2009 09:13 PM | Show all posts
Originally posted by ati1402 at 14-12-2008 02:28 PM
ular yg ade kaler2 yg smaller size tu cantik sgtt
tp berbisa kan lau kaler2 ni.. ade org bela..tp bisa tu da buang.
tp still! kene bite msti la sakit jgk walopun xde bisa dah ...



aku setuju ngan mod ati...  ulaq yg ada kaler2 nih  pung bisa gak... walaupun  secara amnye   king cobra   yang hitam legam pekat tu  yang TERbisa di doniya nan fana'  ini....    yang tarak bisa macam  python tu... kalau dia geget ajer wokey lagi... jangan bagi dia peluk ko  dah ler...      mau remok tulang ko sumer!!!  

p/s  tapi kalu mod ati yg peluk aku.........  lama2 pun no hal..... (usik ajer mod)  
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 09:41 PM | Show all posts

Reply #109 amazed's post

mak aih.. gegel sekejap..   tatot!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 10:03 PM | Show all posts

Reply #111 kroit92's post

dun be afraid...... be very very afraid...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 8/2/2009 09:13 PM



aku setuju ngan mod ati...  ulaq yg ada kaler2 nih  pung bisa gak... walaupun  secara amnye   king cobra   yang hitam legam pekat tu  yang TERbisa di doniya nan fana'  ini....    yang tarak ...


kalau python 2 geget pon tak ok amazed.... gigi python tajam dan banyak ...

kalau python geget, kita tak boleh main tarik je. Terkoyak isi kulit semua sebab gigitan die dalam ... kalau ditarik jugak mau nampak tulang...

kalau kene gigit ngan python, kene bukak mulut python 2 sampai terlepas tempat yang digigitnya... paling senang untuk lepaskan gigitan nya adalah ngan air.... spray je air kat muka c python 2 nanti die akan lepaskan gigitan nya...

tang belitan nya pon sama ....jangan sampai dibelitnya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 06:44 PM | Show all posts

Reply #113 FiRe_Fly's post

kalau python 2 geget pon tak ok amazed.... gigi python tajam dan banyak ...


python ni kalu dia nak bunuh ko bukan dgn geget... dia geget ajer.... pastu dia challo  tak per lagi.... ko leh jumpa dokter ubat sumer.....  sakit memang sakit.. pitam mungkin pitam.. tapi chances ko nak mati sebab kena geget sawa tu slim...

python BUNUH mangsa dengan cara belitan -->>   dia CRUSH tulang2 mangsa ; macam internal bleeding/ fracture  ...!!!

kalau python geget, kita tak boleh main tarik je. Terkoyak isi kulit semua sebab gigitan die dalam ... kalau ditarik jugak mau nampak tulang...


ko nak tarik apa?? ko ingat masa dia tengah geget ko... dia datang depan ko dia geget??? 'hello, fire, ni aku - python, aku datang ni nak geget ko'.....  dia tarak bagi amaran apekebenda... dia belit jer ko kalu ko in her way...!!!.....    python punya nature camtu fire.... dia BELIT ko dulu... sebelum dia nak geget ko... masa tu  tok sah kata nak tarik dia... nak bernapas pun  ko tak tentu lagi!!!

kalau kene gigit ngan python, kene bukak mulut python 2 sampai terlepas tempat yang digigitnya... paling senang untuk lepaskan gigitan nya adalah ngan air.... spray je air kat muka c python 2 nanti die akan lepaskan gigitan nya...


bila masa ko nak bukak mulut dia...  tambah2 kalu python yang 5-6 meter.. ko tengok dia pun ko mungken leh pengsan!!!  let alone ko nak bukak mulut dia yg geget ko....     mcm aku cakap tadi.. kalu dia dah belit ko  pastu dia geget  dan ada worang tolong lepaskan BELITAN tu.. dan ko tak kena crush lagi.... insyaallah ko akan hidup ;  masa bilanya ko nak amik ayaq  sumer ni.... ko kat tengah hutan; dia belit ko... masa ni  yang ko pikiaq  mcmana nak lepaskan belitan tu ... air sumer  tak der dlm pikiran ko... kalu kawan ko dekat dgn ko dan leh tolong... dia kena  toreh  python ni ngan pisau... biaq  longgar belitan tu... tu kira nasib baik tu!!!... kalu dia leh lepaskan ko.....   statistic  python lepaskan mangsa yang dia tengah belit  very low  melainkan ada worang lain kat situ yang tolong ko!!  kalu ko sorang2... mmg  innalillah  kalu dibelit python ni   fire....

tang belitan nya pon sama ....jangan sampai dibelitnya...


tak nak kena belit python.... jgn masuk hutan.. atau kalu ko nampak kat mana2  jauhkan diri.... jgn nak beracah acah macam ko acah kuceng dan  lembu lak... wokeyyyy.... insyaallah ko tak kan kena belit... :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 06:48 AM | Show all posts
Cara mudah tangkap ular

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN



CHE Zamri menunjukkan COBRA P.C ciptaannya yang ringkas tetapi
selamat untuk menangkap ular baru-baru ini. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI


KOTA BHARU 16 Feb. - Menangkap ular bagi kebanyakan daripada kita tentunya sesuatu yang menggerunkan, apatah lagi jika berbisa kerana tentunya turut melibatkan pertaruhan nyawa.

Perasaan itu juga ada kalanya dirasai oleh anggota bomba yang ditugaskan untuk melenyapkan kebimbangan orang ramai apabila haiwan itu terbabas masuk ke dalam rumah atau premis lainnya.

Ia perlu ditangkap tanpa dicederakan dan dengan kelengkapan batang penyepit biasa, tersilap langkah, tanpa pengalaman secukupnya ular mungkin mati atau anggota bomba menjadi mangsa gigitan.

Namun semua kebimbangan itu pasti lenyap dengan terciptanya COBRA P.C Model-i 2008/6935T (Cobra P.C) yang lebih ringkas dan menampilkan ciri-ciri keselamatan yang boleh digunakan dengan mudah oleh sesiapa sahaja.

Cobra P.C adalah alat menangkap ular dihasilkan daripada ilham Che Zamri Che Ya, 37, seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang telah berkhidmat selama 15 tahun.

Alat yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu perangkap, panduan arah dan beg bukan sahaja menjamin keselamatan penggunanya tetapi ia juga memastikan ular tidak cedera atau mati.

''Saya telah banyak kali menangkap ular dan kalau menggunakan cara lama, anggota bomba akan berdepan dengan risiko yang tinggi malah ular yang ditangkap selalunya mati.

''Tetapi dengan Cobra P.C semua risiko dapat dielakkan dan ular yang ditangkap dapat dilepaskan dalam keadaan selamat,'' ujar Che Zamri ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Che Zamri, dia mendapat ilham mencipta alat tersebut ketika melihat seekor ular bersembunyi di dalam saluran paip tandas rumahnya sendiri yang sukar dilihat dan dikeluarkan.

Katanya, alat tersebut akhirnya berjaya dihasilkan melalui komitmen dua pegawai atasannya iaitu Pengarah JBPM Negeri, Mohd. Azmi Osman dan Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Shahril Yusma.

Jelasnya, Projek Inovasi 2008 JBPM yang disertai pada 25 Ogos tahun lalu akhirnya memberi kenangan amat bermakna kepadanya apabila alat ciptaannya itu dipilih menjuarai kategori utama.

''Keberkesanan alat ini memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Ketika hendak menangkap ular, kita cuma perlu menggunakan Cobra Guide untuk mendorong reptilia itu memasuki perangkap dan seterusnya ke dalam karung," katanya.

Katanya nama Cobra P.C adalah sempena nama Cobra (ular berbisa), P.C (JBPM Pengkalan Chepa) Model-i 2008 (Projek Inovasi Tahun 2008) dan 6935T merupakan nombor anggota Che Zamri sendiri.

Mengulas mengenai penggunaan alat tersebut di seluruh negara, Che Zamri berkata, buat masa sekarang, pihak jabatan telah membekalkannya ke seluruh balai di negeri ini.

Dari aspek komersil, katanya, urusan utama yang akan diberi keutamaan pada masa ini ialah mendapatkan pengesahan keselamatan dan spesifikasi daripada Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

''Alat ini boleh dikomersilkan kepada masyarakat sebagai langkah keselamatan mereka di rumah," ujar beliau.


*************************************************************************************

mudah camana pun nak tangkap ular ni -- saya tetap tak berani nak tangkap -
walau pun saya suka ular.. tapi saya tak suka ular ---
muka dia garang - -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 11:58 AM | Show all posts
ular ni comel pe..aku siap main2 ngan ular sawa.tp tu kalo yang org bela aa.kalo yang liar tu,aku pk panjang kot.buatnyer dia belit aku.laki aku ckp kalo ular sawa makan aku,mau kenyang 10 thn ular tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 9/2/2009 06:44 PM
tak nak kena belitpython.... jgn masuk hutan.. atau kalu ko nampak kat mana2  jauhkandiri.... jgn nak beracah acah macam ko acah kuceng dan  lembu lak...wokeyyyy.... insyaallah ko tak kan kena belit...


python bukan setakat dalam hutan je.... belukar semak blakang umah pun ade...
mana makanan die ade, mesti lah die ade.

ulaq yang paling berbisa kat dunia adalah ulaq laut (sea snake).....
ulaq paling berbisa at darat adalah ulaq Inland Taipan


Inland Taipan is          the most toxic land snake in the world,          with a lethal dose estimated to be fifty times that of the Indian          cobra.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 01:07 PM | Show all posts
takut ular
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 07:01 PM | Show all posts
Suri rumah terkejut empat anak tedung atas rak pinggan



ANGGOTA bomba menunjukkan anak ular tedung ditemui
atas rak pinggan di dapur suri rumah.

SEGAMAT: Seorang suri rumah terkejut apabila menjumpai empat ekor anak ular tedung di atas rak pinggan di dapur rumahnya di Taman Seri Alam, Batu Anam, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, P Wani, 32, menyedari kehadiran ular sepanjang kira-kira 12 sentimeter itu ketika seorang diri di rumahnya.

Wani berkata, beliau berada berdekatan rak pinggan itu apabila tiba-tiba terpandang empat ekor ular yang seolah-olah cuba mematuknya, menyebabkan beliau berlari keluar dari dapur.

"Walaupun keempat-empat ular itu kecil tetapi ia seolah-olah cuba mematuk saya apabila kepalanya mendongak menyebabkan saya ketakutan dan terus berlari keluar dapur sambil menjerit," katanya.

Katanya, beliau kemudian meminta pertolongan kawan suaminya yang tinggal berhampiran, sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah, Segamat, kerana bimbang ibu ular itu berada dalam rumahnya.

Sementara itu jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan anak ular dalam rumah berkenaan pada jam 11.02 pagi dan mengambil masa beberapa minit untuk menangkapnya.

Katanya, pihaknya yang memeriksa kawasan sekitar rumah itu bagaimanapun tidak menemui ibu ular itu.

[ Last edited by  amazed at 12-3-2009 19:02 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2009 12:34 AM | Show all posts
Sergahan ibu jadi kenyataan

KUALA LUMPUR: Sergahan seorang ibu yang cuba menakutkan anak perempuannya dengan mengatakan akan dipatuk ular jika keluar dari rumah menjadi kenyataan apabila kanak-kanak berusia tiga tahun itu nyaris diserang seekor ular sawa di rumahnya, di Kuarters Telekom, di Jalan Semarak di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kanak-kanak terbabit terus menjerit sebelum menangis apabila melihat seekor ular sawa sepanjang 2.5 meter, seberat kira-kira 35 kilogram sedang melingkar kekenyangan di hadapan pintu dapur rumahnya.

Difahamkan kanak-kanak itu menjerit kerana terkejut selain ketakutan kerana ular sawa terbabit dikatakan cuba menyerangnya.

Jeritan kanak-kanak itu menyebabkan ibunya, Rokiah, 40-an, terkejut sebelum berlari mendapatkan anaknya itu.

Menurut Rokiah, sebaik berjaya menyelamatkan anaknya, dia segera menutup pintu sebelum menyalahkan dirinya sendiri kerana bermulut celupar.

“Niat saya hanya untuk menakutkannya kerana tidak membenarkannya bermain di luar rumah,” katanya, semalam.

Sementara itu, Pegawai Unit Bahagian Komunikasi Radio Dua Hala Selangor (Peradas), Shukor Hashim berkata, seramai tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang diketuai Koperal Zainuri Yusuff dihantar ke lokasi kejadian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 09:37 AM | Show all posts
Ular gergasi telan buaya


GAMBAR menunjukkan seekor ular gergasi membelit seekor buaya di sebuah kawasan berpaya di Los Llanos, Venezuela.


LOS LLANOS - Seekor ular gergasi menyerang seekor buaya sebelum menelannya dekat bandar Los Llanos, Venezuela, lapor sebuah akhbar semalam.

Detik-detik itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar ketika ular itu membelit buaya tersebut sebelum menelannya di sebuah kawasan berpaya di sebuah hutan di negara berkenaan.

Pada kebiasaannya, filem-filem Hollywood kerap menunjukkan adegan ular gergasi yang kerap diberi jolokan anaconda menelan manusia dan haiwan lain.


SEEKOR ular gergasi menelan seekor buaya di sebuah kawasan berpaya dekat bandar Los Llanos, Venezuela.

Namun, detik-detik menarik itu disaksikan sendiri oleh jurugambar yang menyaksikan pertarungan antara ular dengan buaya terbabit.

Ular gergasi tersebut berwarna hijau dan bertindak membelit buaya malang itu kerana ia tidak mempunyai bisa untuk membunuh mangsa.

Mulut ular itu yang anjal mampu untuk membaham buaya tersebut tetapi ia mengambil banyak masa untuk menelan tubuh haiwan berkenaan.

Selepas menghabiskan makanan itu, ia kemudian mencari kawasan yang sesuai untuk berehat dan menghadamkan hidangan istimewa yang sudah dinikmatinya. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 06:41 AM | Show all posts
Lelaki gigit ular sawa ketika dibelit

MUNGKINKAH lelaki Kenya itu menggigit ular sawa seperti lelaki dalam gambar ini. - Gambar hiasan



NAIROBI - Seorang lelaki warga Kenya menggigit seekor ular sawa yang membelitnya menyebabkan dia diheret haiwan itu di atas sebuah pokok, lapor media tempatan semalam.

Lelaki itu yang merupakan seorang pengurus ladang, Ben Nyaumbe sedang melakukan kerja tetapi dia tidak menyedari kehadiran reptilia yang mencari makan.

"Saya terpijak satu objek di atas tanah, tiba-tiba kaki saya dibelit seekor ular sawa," katanya.

"Saya kemudian terpaksa menggigitnya," kata Nyaumbe.

Ketika berada di atas pokok, ular itu melonggarkan cengkamannya dan peluang itu diambil oleh Nyaumbe yang mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar sebelum membuat panggilan kecemasan.

Seorang penyelia Nyaumbe tiba bersama seorang anggota polis.

Nyaumbe kemudian menutup kepala ular tersebut dengan menggunakan baju manakala para penyelamat menarik ular tersebut dengan tali sehingga ia jatuh ke tanah.
"Saya dan ular itu jatuh berdebab," katanya yang cedera di bibir.

Ular itu bagaimanapun meloloskan diri daripada tiga helai guni yang diguna untuk mengikatnya - Reuters


separuh dari tulisan mi mmg tak masuk akal sikit... tapi  layannnnnnnzzz...  LMFAO..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 08:57 AM | Show all posts
uuuuu
aku geliiii ngn ulor,,,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.077175 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list