CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amir_izwan

Gambar Sharifah Aleya dan Suami Bersama Anak Kembar Mereka

[Copy link]
Post time 10-7-2010 10:59 AM | Show all posts
happy belated bithday to asha & aza....comel...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 03:19 PM | Show all posts
Latest Majalah Wanita




besar dah anak kembar sheolss.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 01:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 12-8-2011 13:31

Giliran Leya beraya di konti
Oleh Murshid Eunos

murshid@hmetro.com.my      


PETANG itu, tidak menang tangan si ibu muda ini melayan kerenah si kembarnya. Bayangkan, belum sempat kasut dipakai dan anting-anting dipadankan dengan rantai, si kakak mula mencari perhatian, merengek agar ibunya bercakap dan melihatnya pula. Tatkala si ibu sibuk mencari posisi terbaik bagi wajahnya dirakamkan, si adik pula datang menyelinap dari belakang, ingin duduk sekali.

Penat bukan lagi persoalan kerana apa yang difikirkan, semua itu adalah anugerah terindah dan hadiah paling manis buat pelakon dan penyampai Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid bersama suaminya, pemuzik serta komposer Muhammad Ashraf Aasimudin.



   

MANJA...Aza dan Asha punya karakter dan sikap berbeza.


IMPIAN...Leya dan suami meletak sepenuh fokus dalam membesarkan dua puterinya.


BAHAGIA...Leya dan Ashraf percaya pada keserasian dan persefahaman.

Membina perkahwinan pada usia muda iaitu pada penghujung 2007 dan percaya dengan jodoh yang ditentukan, Leya bersama suami tambah bahagia apabila dikurniakan pasangan kembar perempuan yang comel, Aza Ameena dan Asha Ameena Muhd Ashraf. Usia mereka kini sudah pun dua tahun.

Beginilah keadaannya sekarang sebagai seorang ibu, tapi setiap saat dapat saya rasakan nikmat kebahagiaannya. Memang ada kalanya penat melayan kerenah anak kembar namun ajaibnya, rasa letih itu hilang sebaik memandang wajah �mereka,?katanya yang kini menetap bersama keluarga mentua di Sungai Buloh.



Meskipun masih lagi muda dan kekal dengan personalitinya yang cukup periang serta gemar bergurau, Leya yang juga anak guru lakonan, Fatimah Abu Bakar kini semakin kemas memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.


Alhamdulillah saya dan Ashraf sangat bahagia. Siapa menyangka niat saya untuk berkahwin pada usia muda sangat berbaloi kerana terus dikurniakan anak kembar.
Ia memang sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam imaginasi saya sendiri.
Apabila dikaji, kebahagiaan yang saya dan suami rasai ketika ini adalah hak kegembiraan yang dikongsi bersama ahli keluarga lain terutama ibu serta ayah saya.

Maklumlah Aza dan Asha cucu sulung mereka, jadi segala-galanya adalah buat mereka berdua. Ada kalanya saya sendiri rasa kelakar melihat orang tua saya begitu seronok melayan cucu mereka,?ujar Leya kakak sulung kepada empat beradik yang semuanya anak seni.

Sesekali terdengar bisikan Asha dan Aza memanggil 憁ummy?dan 慸addy?dan ketika itu juga Leya dan Ashraf cuba mendengar apa yang cuba dituturkan anak mereka walaupun tidak jelas.

Terlanjur bertemu Leya yang begitu padat dengan jadual tugasnya bersama stesen radio terbabit selain tanggungjawab di rumah, terbit juga cerita mengenai Ramadan dan Syawal.

Kata Leya, puasanya juga sama seperti Muslimin dan Muslimat lain yang dilakukan secara sederhana terutama waktu berbuka. Kalau ada masa dia akan berkunjung ke mana-mana bazar Ramadan untuk membeli juadah selain memasak sendiri di rumah.

Bersahur macam biasa, kami makan sekadar mengalas perut. Kalau terlalu kenyang susah pula hendak tidur,?kata Leya yang akan menyediakan rendang daging dan kuah kacang kegemaran suaminya tahun ini.

Daripada sudut persiapan raya pula, Leya belum sempat melakukannya, namun tumpuan yang lebih akan diberikan �kepada dua anak kembarnya itu.

Sebenarnya saya dan adik-beradik yang lain tidak membuat persiapan yang besar untuk menyambut Aidilfitri kerana sejak kecil lagi, ibu bapa kami lebih mengutamakan sambutan Ramadan.

Justeru apabila sudah ada anak sendiri, saya rasa macam kekok untuk sambut raya besar-besaran. Bagaimanapun, saya dan Ashraf tetap akan membeli baju raya buat Asha dan Aza sebab seronok tengok mereka pakai baju sama corak dan warna pada pagi raya.

Insya-Allah kalau ada peluang dan kelapangan, saya akan membawa mereka pergi membeli-belah nanti,?kata Leya yang kali ketiga beraya sebagai isteri.

Bersulam dengan senyuman, Leya sambil membetulkan baju Melayu Ashraf itu memberitahu, tahun ini gilirannya bekerja pada hari raya.

Meskipun terpaksa beraya di konti Hot FM, penyampai radio yang juga pelakon handalan ini tidak sekelumit pun meru�ngut kerana baginya semua itu sudah komitmen kepada majikannya.

Memang inilah situasi penyampai radio mahupun warga kerja bidang penyiaran. Tidak kira cuti atau hari perayaan, kita terpaksa bersedia untuk bekerja demi terus menghiburkan pendengar dan menyalurkan maklumat.

Mungkin selepas bertahun-tahun bersama Hot FM, giliran saya pula yang kena bekerja pada hari raya. Sebelum ini penyampai lain juga sudah pernah merasa. Kita kena bertimbang rasa dan �berkompromi.

Mujur juga saya dan suami memang asal orang Kuala Lumpur dan tidak perlu khuatir sangat memikirkan soal nak balik kampung. Memang rutin setiap tahun pun saya dan suami akan beraya di sini saja dan kemudian barulah meronda bersama keluarga untuk melawat sanak-saudara yang lain.

Jadi bekerja pada pagi raya bukanlah satu masalah kerana selepas habis tugas, saya sudah boleh bergegas pulang ke rumah keluarga di Bandar Sri Damansara. Apa yang penting kita masih berpeluang jumpa ahli keluarga lain,?katanya yang kini bertugas bagi segmen Menu Muzik Hot FM setiap Isnin hingga Jumaat jam 11 pagi hingga 3 petang.


PROFIL ALEYA

Nama penuh: Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid
Tarikh lahir: 27 April 1983
Usia: 28 tahun
Tempat lahir: Petaling Jaya, Selangor
Suami: Muhammad Ashraf Aasimudin
Anak: Aza Ameena Muhd Ashraf & Asha Ameena Muhd Ashraf
Kerjaya: Penyampai radio Hot FM, pelakon, pengacara, jurucakap produk
Filem: Idola, Diari Romeo, Mimpi Moon, Trauma, Pontianak Harum Sundal Malam, Man Laksa, Mukhsin, Magika
Pengacaraan TV: Golden Teen Stuff, KFC抯 Chicky Hour, Manggo TV, Latido
Teater: Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
Pencapaian: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17) menerusi Trauma
Jurucakap produk: Nuvafemme


PROFIL ASHRAF:

Nama penuh: Muhammad Ashraf Aasimudin
Tarikh lahir: 10 April 1980
Usia: 31 tahun
Tempat lahir: Sunderland, England
Pendidikan: Diploma Muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kerjaya: Pemuzik, komposer
Karya: Lagu untuk Wana, Nashrin, Fiq (Mentor), Faradhiyya

comel anak kembar sheols
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 04:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 05:10 PM | Show all posts
Perjuangan belum tamat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2011 08:45 PM | Show all posts
leya pakai braces dah rupanya. baru ku tahu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 10:56 PM | Show all posts
tahniah la ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 08:30 AM | Show all posts
alalala..comeynyer....gerammm...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 08:36 AM | Show all posts
cikgu fatimah pakai tudung syria gitu molek dah....dulu masa af rimas betul tgk dia asyik2 betulkan tudung yg terlondeh ke dahi...pakai mcm tu kemas n nampak comel...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 08:49 AM | Show all posts
diorang ni identical twins ker fraternal twins?
tak nak berlakon ke...
boleh ler jadi macam Mary-Kate Olsen & Ashley Olsen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054715 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list