View: 1867|Reply: 21
|
Makanan Percuma Untuk Kutu Rayau
[Copy link]
|
|
Pusat Perkhidmatan Komuniti Grace memastikan hidangan yangdiberi itu benar-benar dinikmati oleh golongan miskin termasuk wargaemas, orang kurang upaya dan pengemis.
"AMOI, sudah lambatlah... aku nak pergi car park dekatPuduraya. Di sana pun, ada orang kasi makan. Sorry…ya...," Itu adalahsalam perkenalan yang keluar dari mulut seorang wanita Cina sewaktusaya menghampirinya. Langsung tidak berpaling muka, tangannya pantasmeletakkan bekas polisterin dan sebiji pisang ke dalam beg pakaiannya.
Tanpa mempedulikan kehadiran kami, dia terus sibuk mengemas beg.Jadualnya pada hari itu agak padat. Dia perlu bergegas ke destinasiseterusnya yang terletak berhampiran perhentian bas paling sesak di ibunegara.
Sambil membetulkan cermin mata yang duduk selesa di atas batanghidungnya, wanita berusia lebih separuh abad itu dilihat mengangkatbegnya. Ia sekali gus memberi isyarat bahawa dia sudah bersedia untukditemubual buat seketika.
Dikenali sebagai Chia Nyok Yon, 47, dia merupakan antara golonganyang merempat di sekitar ibu kota. Tidak ada tempat untuk berlindungdan berlapar sepanjang hari sebelum dapat menjamah nasi percumabukanlah perkara baru baginya.
Tidak sukar untuk melihat ratusan insan terbiar seperti Chia disekitar ibu kota. Tidak percaya, pergi sahaja ke Puduraya, Chow Kit,Jalan Petaling dan Hentian Bas Klang yang menjadi lokasi kegemaranmereka.
Menerima pelbagai jolokan seperti pengemis, kutu rayau dan penagihdadah, kewujudan kelompok itu sememangnya mencalit sedikit rona hitamdi sebalik pembangunan pesat Kuala Lumpur.
Sungguhpun begitu, membiarkan mereka mengemis atau merempat dijalanan tidak akan memberi sebarang manfaat. Maka, tidak hairanlah jikabeberapa badan bukan kerajaan yang terdiri daripada pengendali rumahkebajikan, pusat komuniti, dan pihak pengurusan tempat ibadah tampilmembantu golongan tersebut.
PUSAT Perkhidmatan Komuniti Gracemenjadi tumpuan warga kota yang miskin, tidak mempunyai pekerjaan, kuturayau dan penagih dadah untuk mendapatkan makanan percuma.
Lazimnya, apa yang dilakukan oleh pihak-pihak tersebut adalah menyediakan makanan percuma. Nyok Yon yang ditemui Kosmo! sebenarnya merupakan salah seorang 'pelanggan tetap' yang berkunjung ke pusat itu untuk menerima makanan.
Dianjurkan oleh Pusat Perkhidmatan Komuniti Grace (Grace Community Services Centre)yang terletak di Jalan Medan Bunus off Jalan Masjid India, KualaLumpur, sesi mengagihkan makanan percuma itu bermula pada pukul 5hingga 6 petang pada setiap hari Ahad.
"Saya akan datang sejam lebih awal. Ambil tiket khas dan dapatkan makanan percuma. Tidak payah beratur lama dan ikut giliran.
"Kalau lambat..., tak sempat pula hendak pergi ambil makanan di tempat lain," katanya.
Nyok Yon mengaku, dia mempunyai satu jadual khas mengenailokasi-lokasi yang memberi makanan percuma. Antaranya adalah tempatletak kereta berhampiran perhentian bas Puduraya, Jalan Petaling dankuil dekat Hentian Bas Klang.
Berhijrah dari Johor Bahru kira-kira lima bulan lalu, Nyok Yon padaawalnya berharap dapat bekerja untuk menyara hidup kerana dipinggirkankeluarga sendiri. Tetapi faktor usia yang semakin lanjut menghalangnyauntuk mendapat kerja yang sesuai.
Dua bulan lalu, dia sempat bekerja di sebuah restoran sebagai tukangcuci pinggan. Malangnya, tidak lama kemudian, dia diberhentikan keranapemilik restoran mahu mengurangkan bilangan pekerja.
| SEORANG warga emas menikmati makanan yang diterimanya.
|
Terdesak, Nyok Yon terpaksa berlindung di bawah bumbung Pudurayayang hakikatnya sudah menjadi 'hotel' sementara buat golongansepertinya. Di situ jugalah, dia menerima khabar mengenai pengagihanmakanan percuma di sekitar ibu kota. Sejak itu, dia mula mencaritempat-tempat tersebut bagi meneruskan hidup.
"Banyak orang sediakan makanan. Jadi, saya tidak perlu runsing untukmembeli makanan setiap hari. Hari Isnin sampai Jumaat, saya akanberjalan sekitar Pasar Seni untuk mendapatkan makanan percuma.
"Boleh tahan juga makanannya. Menunya? Ada kari ayam, sambal sotong, ikan goreng dan banyak lagi," tambahnya tersenyum.
Selagi ada pihak tampil menyalurkan makanan, Nyok Yon yakin diamasih boleh meneruskan kehidupan walaupun tidak mempunyai pekerjaan dantempat tinggal tetap di ibu kota.
Dalam pada itu, jarum jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Wanitabertubuh kecil itu kemudiannya bingkas bangun, menggendong beg pakaianberwarna hitam dan beberapa beg plastik lain. Selepas meminta diri,Nyok Yon melangkah laju. Dia tidak mahu terlepas makan malamnya.
GOLONGAN seperti ini mendapat manfaat daripada aktiviti amal yang dijalankan oleh pihak tertentu di sekitar ibu kota.
Di celah-celah kesibukan itu, saya dapat melihat kesibukan di pusattersebut yang dikunjungi oleh pelbagai kaum. Ada yang sudah kenalantara satu sama lain. Mereka rancak bersembang sambil bergurau senda.Ada pula yang duduk sendiri menikmati sajian nasi dengan sambal sotong,sayur campur serta sebiji pisang yang dihulurkan.
Saya asyik memerhatikan gelagat mereka. Ada juga yang malu-malu,enggan melayan dan memberi 'amaran' supaya gambar mereka tidak dirakamoleh lensa Kosmo! ketika mengambil makanan atau menikmati hidangan.
Tiba-tiba, tanpa diminta salah seorang penerima makanan percuma yanghanya mahu dikenali sebagai Paul mula bercerita tentang perjalananhidupnya yang sukar.
Baginya, nasi dengan sambal sotong, kari ayam, sayuran dan minuman Milo sudah cukup untuk menceriakannya pada hari itu.
"Kalau beli lauk yang sama di restoran, harganya mestilah mahal.Saya bukannya ada duit nak beli makanan. Baguslah, ada makanan percumamacam ini. Saya sudah lapan tahun menagih dadah dan tiada kerja. Hariini dapat makan, esok kena cari makan di tempat lain pula.
"Adakala menunya bertukar. Dapat juga, saya merasa ikan goreng,telur rebus dan ikan masin. Biar apa pun sajiannya, saya tidak peduliasalkan perut dapat diisi," ujar Paul yang enggan dirakam gambarnyakerana khuatir diketahui keluarganya yang berada di Pulau Pinang.
Paul berkata, dia sudah arif untuk mencari lokasi pemberian makananpercuma yang dikendalikan oleh persatuan atau kumpulan agama padahari-hari lain.
MINUMAN Milo dan pisang, antara menu makanan percuma.
Selain Pusat Perkhidmatan Komuniti Grace, ada persatuan lain yangturut mengagihkan makanan percuma secara bergerak. Biasanya, merekaakan singgah di lokasi-lokasi yang kerap dikunjungi oleh golongansepertinya.
Lain pula kisah Mamat Parit, 23. Walaupun mempunyai pekerjaan tetapdi sebuah hotel lima bintang di Sentral Kuala Lumpur, Mamat mengakui,dia sering berkunjung ke pusat itu untuk mendapatkan makanan percuma.
"Sejak tahun lalu, saya datang ke sini pada setiap hujung mingguuntuk mendapatkan makanan percuma. Dengan cara itu, saya dapatmenjimatkan wang membeli makanan. Lagipun, gaji saya hanya cukup-cukupuntuk membayar sewa rumah," akui Mamat.
sumber : KOSMO http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
positif : kebaikan pada warga2 emas yg takde tempat berteduh,
negatif : tambah ramai la lagi kutu rayau, penagih dadah & org malas bekerja sbb ttp dpt makan..... |
|
|
|
|
|
|
|
dlm bulan puasa ni lg la byk makan free... |
|
|
|
|
|
|
|
makanan halal ke tidak........... |
|
|
|
|
|
|
|
makanan halal ke tidak...........
idajoe Post at 5-9-2009 08:28
tu la tadi mula2 baca pun ter pk gak
sbb tu dari Pusat Perkhidmatan Komuniti Grace (cam bkn muslim je kan)
tapi mgkn gak depa masak cara halal (bersangka baik) |
|
|
|
|
|
|
|
makanan halal ke tidak...........
idajoe Post at 5-9-2009 08:28
kalau jenis mat pit dan penagih segala tu apa la dia org kisah sgt halal haram... tak tau lak mamat yg keja hotel tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jenis mat pit dan penagih segala tu apa la dia org kisah sgt halal haram... tak tau lak mamat yg keja hotel tu..
zach2008 Post at 5-9-2009 08:34
pasni ramai la yg ada keje tetap pun wat cam mamat tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
slalu nmpk non-muslim yg aktif aktiviti cmni. |
|
|
|
|
|
|
|
orng2 melayu yg kutu rayau tu,
mana lagi pikir halal ke tka.
perut da lapar..
sebat je la.. mana pikir semua tu lagi.
da takde sape lagi yg nk bantu golongna macam tu lagi kn. |
|
|
|
|
|
|
|
yg muslim pun ade gak beratur amik makanan ni.. kalo tak silap aku kat area petaling street ms aku nampak dulu2.. ms tuh aku dlm bus... mmg ramai beratur nk amik mknan free nih |
|
|
|
|
|
|
|
...mengapa agaknya organisasi muslim hanya nampak mahu memberi makanan percuma dalam bulan puasa sahaja??? |
|
|
|
|
|
|
|
10# ZamZamAlaKazam
ambik keberkatan bulan pose |
|
|
|
|
|
|
|
nape tak letakkan ke rumah2 kebajikan eks org2 yg mcm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
...mengapa agaknya organisasi muslim hanya nampak mahu memberi makanan percuma dalam bulan puasa sahaja???
ZamZamAlaKazam Post at 5-9-2009 08:27
Organisasi muslim sibuk cegah maksiat kot ...:re: |
|
|
|
|
|
|
|
nape tak letakkan ke rumah2 kebajikan eks org2 yg mcm ni?
catstitch Post at 5-9-2009 10:13
mgkn dorang nak bebas
ataupun tak ckp tmpt nak letakkan dorang sume
patutnye yg warga2 emas yg takde family & keje tu la yg diberi keutamaan dok kat uma kebajikan kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Geng kutip zakat,tak rasa tercabar ka. |
|
|
|
|
|
|
|
halal ke tak peduli apa, kebanyakan penagih dadah mmg dapatkan duit secara haram, apa dia pedulu makann tu halal ke haram. |
|
|
|
|
|
|
|
bantu orang miskin hape..... |
|
|
|
|
|
|
|
Organisasi muslim sibuk cegah maksiat kot ...:re:
mahathirGX Post at 5-9-2009 10:17
takkanlah org islam nak bagi makan tengah hari di bulan posa ni....untuk org islam pi masjidlah ada makan peri tiap hari .... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai nya org2 cenggini.... |
|
|
|
|
|
|
|
PAS pon ada buat tiap Jumaat kan.....bulan posa n i tak sure lak ada ke tak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|