|
Post Last Edit by bintang at 20-11-2009 17:41
BAB 1 - Hadi.
Petang terasa olehnya seperti menyiksa. Bagaimana tidak, sepulangnya dia dari kerja fikirannya bertambah kacau. Belum lagi serangan-serangan isterinya nanti. Pasti isterinya akan mendesak segera mencari pusat tuisyen Bahasa Inggeris untuk anak mereka yang berusia sembilan tahun itu, lantaran kelemahan anaknya dalam bahasa tersebut. Bila mahu diajar meronta pula.. Jalan paling baik isterinya merasakan perlu dihantar ke pusat tuisyen, tapi dia tidak bersetuju kerana dia merasakan tidaklah perlu tergopoh gapah dan terlalu menekan budak berusia sembilan tahun itu. Namun isterinya membentak juga sehingga terjadinya pergaduhan pagi tadi. Dia ke pejabat dengan muka cemerut.
Titis air hujan dari langit membasahi kemejanya. Dengan cepat dia berlari ke sebuah cafe pinggir jalan. Suasana di dalamnya memang sangat berkelas. Hangat dan dapat menyenangkan pengunjungnya. Dengan alunan musik yang sendu dan interior cafe yang futuristik, benar-benar membuatnya senang. Dia menikmati suasana nyaman dan santai di cafe itu.
Seorang pelayan menghampirinya seraya menyondorkan beberapa menu makanan dan minuman. Kebetulan dia juga lapar dan haus, namun dia memilih menu makanan yang ringan saja. Dia tidak ingin lemak tertimbun di perutnya yang semakin membuncit. Setelah pelayan itu pergi, dia menghapus sisa air hujan di keningnya. Kemudian matanya mengedar pada interior dan jendela cafe. Sangat terang hingga terlihat dari luar.
Capuccino hangat disuguhkan di hadapannya. Dia menghirupnya perlahan, kemudian meneguknya dengan nikmat. Dia terdiam. Pandangannya tertuju pada sisi luar cafe. Dan dia melihat sebuah kedai buku di seberang jalan sana bertulis 'Kedai Buku Cinta', dan dia tersenyum sendiri. Yang menjadi keasyikannya pada suatu sudut ada seorang wanita sedang menjahit. Kedai buku yang ada mesin jahit!
Entah kenapa dia tetiba teringat kepada seseorang, yang sebenarnya dia tak pernah pun melupakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
then ... what happened ? adakah ini bulan Ramadhan ? |
|
|
|
|
|
|
|
owhhhh...mukadimah yang bagussss |
|
|
|
|
|
|
|
:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Dia meredah renyai gerimis petang itu. Berlari kecil menyeberangi jalan yang tak pernah susut dengan kenderaan itu. Kini dia tercegat benar benar di hadapan wanita yang sedang tekun menjahit di dalam kedai buku. Di suatu sudut ada kafe kecil tersedia dua peti ais dengan aneka minuman botol, minuman dalam tin dan dalam kotak. Ada rak rak roti, kek dan biskut. Di atas meja kaunter bersusun rapi balang coklat. Di situ ada seorang perempuan sekitar usia setengah abad sedang berurusan dengan pelangannya.
Dia ingin membuat wanita yang tekun menjahit itu mengangkat muka memandangnya setelah berpura pura batuk dua tiga kali.
Namun sia sia. Tiada respon.
”Ermm .. Mengambil tempahan juga?” Dia memperolehi idea untuk berkata kata bila deru mesin jahit berterusan kedengaran. Kerana wanita itu masih tidak mempedulikan batuk olok oloknya. Dengan harapan mesin jahit itu berhenti berbunyi dan wanita itu mengangkat muka memandangnya sejenak.
”Tidak...’’ dari celah cermin mata tebal wanita itu mengangkat keningnya sekilas menjeling sejenak ke arah lelaki di hadapannya tanpa menghentikan kerja menjahitnya.
Dia menjadi kekeringan idea untuk berkata kata lagi. Jam di tangannya menunjukkan hampir pukul enam. Harus segera balik. Dia berpaling, berharap wanita yang sedang menjahit itu memandangnya. Nyata harapanya itu sia sia juga. |
|
|
|
|
|
|
|
waaa....good start star.....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuba bls pm ko bintang, tp xbleh... ini jwpan dia..
Send Message Failed, Reciever refuse, please return.
aku bls kemudian nnti |
|
|
|
|
|
|
|
bintang...
xder sambungan lg ker?
lama tunggu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
wahh...ada cerita baru dr Bintang. |
|
|
|
|
|
|
|
x de n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedang menanti n3 terbaru dr Bintang....Bintang oo Bintang....lamanya menghilang. |
|
|
|
|
|
|
|
twinkle..twinkle little STAR...
how i wonder WHERE u are....
kekeke
bintang mana ko neh.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak n3 lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|