View: 2098|Reply: 7
|
Ingin adu syarikat MLM mengenai A-H1N1
[Copy link]
|
|
Saya ingin mengadu kepada Jabatan Kesihatan Malaysia agar memantau aktiviti peniagaan jualan langsung dan jualan pelbagai lapisan yang memberi maklumat kurang tepat dan mengelirukan kepada pengguna mengenai kes-kes A-H1N1 kini.
Hal ini berlaku dalam forum-forum pelbagai bahasa tempatan. Media tersebut dipergunakan oleh pihak peniaga yang tidak tanggungjawab untuk menyebar maklumat kurang tepat agar dapat menguat keuntungan. Sebabnya, media ini kurang dipandang serius oleh pihak berkuasa.
Berikutnya ayat-ayat dan konsep yang dipercayai dapat mengelirukan pengguna.
1) A-H1N1 dapat disembuh dengan produk XXXX, kerana produk XXXX dapat menguatkan imunasi badan justeru melawan penyakit A-H1N1.
2) Produk XXXX dapat menapis udara yang tercemar dengan virus A-H1N1 dan mencegahnya daripada memasuki badan manusia. Ia lebih berkesan dan praktik daripada aplikasi memakai topeng hidung.
Seperti sedia maklum daripada Badan Kesihatan Sedunia (WHO). Hanya vaksin sintetik dan vaksin semulajadi yang dihasilkan oleh individu yang pulih daripada jangkitan A-H1N1 dapat mengubati jangkitan A-H1N1.
Hanya cara yang sihat dapat menguatkan daya imunasi,badan dan mengurangkan kadar kematian akibat jangkitan A-H1N1.
Hanya cara-cara yang disyorkan oleh Jabatan Kesihatan seperti kerap cuci tangan yang betul, mengelak daripada kalayak ramai , memakai topeng hidung dan lain-lain merupakan cara pencegahan yang betul.
Jelas sekali, peniaga mengheborkan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan demi jualan adalah sangat tidak bertanggungjawab dan keji.
Saya memandang serius hal ini kerana maklumat yang kurang tepat ini dapat mengakibatkan kehilangan nyawa. Contohnya, jika seseorang individu yang percaya kepada produk XXXX kononnya dapat menyembuhkannya daripada jangkitan A-H1N1 dan ini akan mengakibatkannya lambat menerima rawatan pakar perubatan. Justeru itu, nyawa individu tersebut akan terancam!
Oleh itu, saya mengharapkan pihak berkuasa dapat memandang serius hal ini dan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Demi Kesejahteraan Rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana punya syarikat MLM nie??Apa produk? |
|
|
|
|
|
|
|
nak jugak produk MLM mana nie? |
|
|
|
|
|
|
|
desperado nak jual barang... kalau tak pun, desperado sgt nak carik downline.. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm sempat lagi tu nk promot brg...sabor je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
tuan rumah bgitau jer lah MLM maner tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Kat forum ni pun ada manusia2 gini. Konon2 promote produk yang boleh kuatkan antibodi lawan H1N1. Prrrfkh. Tengok jer kat bod pharmasi. Naik meluat aku tengok mereka2 ni promote bagai nak rak kat topik H1N1. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|