CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14266|Reply: 64

Novel : BAJU PENGANTIN MAK ANDAM

 Close [Copy link]
Post time 10-8-2009 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by MUZRI at 11-8-2009 09:50

Areila Sahimi

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?


-----------------------------------------------

“Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa.” ~Zain~

“Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati.” ~Aleeya~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2009 10:23 AM | Show all posts
Areila Sahimi

ALUNAN suara Rihanna
menyanyikan lagu Umbrella
bergema memecahkan kesunyian
malam. Potong stim betul! Gangguan teknologi dari sapesape
entah tengah-tengah malam buta macam ni. Baru nak
masuk apa yang dibaca, terus hilang entah ke mana.
Skrin telefon bimbit dilihat. Kak Ana. Ada apa hal
akak sorang ni call aku memalam buta macam ni? Mesti ada
hal urgent yang memerlukan perhatian dengan segera. Kalau
tidak, jangan harap Kak Ana nak call adik terchenta. Setakat
main missed call memang selalu, setiap kali bila dia tak ada
kerja yang nak kena buat. Konon-konon katanya missed call
itu tandanya rindu. Rindu dekat adik akak yang sorang ni...
Ye la tu, Kak Ana....
Alunan suara Rihanna berhenti. Selang sesaat,
Rihanna menyanyi kembali. Sah. Ini mesti ‘Urusan Seri
Paduka Baginda’ yang penting, minta diambil tindakan sertamerta.
Panggilan dijawab.
“Leeya, apa kamu buat lambat bebenor jawab
telefon ni? Dah start cuti semester, kan? Minggu ni balik
Ipoh. Akak ada job nak kasi dekat kamu ni. Balik Leeya.
Jangan tak balik!”
Senafas Kak Ana mengeluarkan kata-kata.
Kemudian, terdengar suara tercungap-cungap macam orang
mengah disuruh menyanyi lagu Ziana Zain ber‘key’ tinggi
pulak.
Apa ke halnya akak aku yang sorang ni, Aleeya
berkata di dalam hati. Kalau iya pun ada perkara yang penting
sangat, cakaplah pelan-pelan. Ini sudah sama laju dengan
ERL KL Sentral ke KLIA, apa cerita! Apa yang sudah terjadi?
“Kak Ana. Assalamualaikum. Mana ni kak? Kalau
iya pun nak kasi job tergolek dekat adikmu ini, kasilah salam
dulu. Ni main redah aje. Apa kes ni Kak Ana? Call orang
memalam buta ni? Mengganggu konsentrasi orang mau studi
aje ni.” Turn Aleeya pula bukak mulut.
Kak Ana menarik nafas terlebih dahulu.
“Ye la Leeya. Kamu nak jawab telefon pun punyalah
lama bebenor akak ni tunggu. Akak ni dah la tengah kelibangkelibut
nak cari orang tolong cover kerja akak. Tetiba
terlintas kamu dalam kotak fikiran akak ni. Apalagi, teruslah
akak dail nombor kamu. Assalamualaikum adikku,” kata Kak
Ana lagi.
Bila sudah berada di dalam keadaan terdesak
sebegini, sesiapa sahaja yang terlintas, tak perlu ambil masa
nak fikir panjang. Main belasah ajelah!
“Cittt! Apa punya akak entah. Dah berjela-jela
mukadimah baru nak kasi salam. Ye kak. Waalaikumussalam.
Job apa akak nak suruh orang cover ni kak? Jangan-jangan
nak suruh orang jadi bidan terjun. Jadi mak andam.”
Aleeya cuba meneka. Tangannya menyelak-nyelak
nota yang berwarna-warni di tangan. Mana tahu, ada yang
boleh masuk. Sekurang-kurangnya tidaklah sia-sia sahaja
bersengkang mata sampai ke tengah malam.
Kak Ana yang aku kenali adalah bekas majikanku di
tempat kerja dahulu. Selepas habis SPM, di sinilah aku mula
bekerja sebagai pembantu kedai di butik pengantin milik Kak
Ana. Butik Seri Pengantin yang terletak di bangunan
kompleks membeli-belah Megoplex Ipoh.
Selepas gagal menempatkan diri di mana-mana
institusi pengajian tinggi awam yang ada di Malaysia, aku
terus mengambil keputusan untuk bekerja. Siapa yang tidak
kecewa apabila semua permohonan untuk menyambung
pelajaran di universiti tidak diterima. Kecewa beb!!! Sangatsangat
kecewa. Terasa macam sudah gelap masa hadapan.
Ikutkan memang result SPM aku tidak adalah
gempak mana pun. Tapi kira okeylah. Lebih dari cukupcukup
makan. Time tu rasanya terlalu banyak persaingan.
Result yang macam ni dia orang main pandang sebelah mata
aje kut. Ataupun pandang tak pakai mata. Tapi ada jugak
member-member sekolah yang result lebih kurang dengan
aku boleh pulak diterima masuk. Itu apa cerita? Siapa mahu
jawab kalau dibawa ke tengah? Macam manalah aku tak
kuciwa bangat. Tapi berbalik kepada takdir Tuhan, mungkin
bukan rezeki. Aku cuba positifkan diri sendiri.
Nak sambung studi tingkatan enam ambik STPM,
aku pulak tak nak. Bukan aku tak cuba belajar tingkatan
enam. Sudah dicuba sedaya upaya. Tapi belajar tingkatan
enam dalam aliran sains hayat memang tak boleh blah. Orang
kata, boleh pecah kapla. Memang semasa SPM aku belajar
aliran sains. Result subjek sains pun takat-takat lepas aje.
Sipi-sipi aje boleh lulus. Sudah jelas aku memang tak boleh
nak bawak subjek sains semasa di tingkatan enam itu. Silap
hari bulan, boleh kerinting rambut akibat terlalu stres
dengan subjek yang aku belajar di sekolah.
“Anak abah yang seorang ni memang kaya dengan
alasan. Kalau nak seribu daya. Kalau dah tak nak itulah,
seribu alasan pun dia boleh bagi. Tak pernah pun abah tengok
doktor-doktor kat hospital tu semuanya berambut kerinting
sebab stres belajar subjek sains. Tak ada pulak yang sakit jiwa
pun belajar sains.”
Itu yang abah pernah kata pada aku ketika aku
menyampaikan hajat di hati untuk berhenti sekolah. Anak
abah yang degillah katakan. Semedang (selalu) membantah
bila terasa tidak puas hati.
Abah, abah... Selalu sahaja menyuruh aku mengikut
setiap kemahuannya. Sehingga aku sendiri tidak boleh
membuat pilihan di dalam hidup ini. Ini Malaysia, negara
yang mengamalkan prinsip demokrasi. Sepatutnya aku boleh
pilih untuk jadi apa yang aku nak. Bukan sekadar menurut
membabi buta. Macam anak kecil yang setiap apa yang ingin
dilakukan perlu ditentukan oleh orang tua.
Aku memang sudah tidak berminat mahu
menyambung pelajaran di tingkatan enam. Lagipun alamalam
sains ini bukan minat aku. Langsung tidak cenderung
ke arah itu. Jika diikutkan benda yang paling aku minat
adalah untuk menjadi seorang wartawan surat khabar di
Malaysia. Pada aku pena wartawan itu mampu juga membuat
perubahan, baik di dalam masyarakat mahupun negara. Itu
yang aku inginkan. Tapi apakan daya. Itu cuma keinginan
yang seakan susah sahaja untuk aku capai. Untuk masuk ke
aliran sastera, mentah-mentah borang pertukaran jurusan
telah ditolak.
Akhirnya aku ambik keputusan untuk cabut dari
tingkatan enam. Abah dengan mak tak tau. Aku main cabut
aje dari tingkatan enam tanpa pengetahuan sape-sape pun.
Dari rumah, complete aku pakai baju seragam sekolah. Kain
biru turquoise dengan baju kurung putih. Tak lupa kasut
Pallas Jazz putih. Keluar rumah dengan penuh gaya kembang
hidung, ala-ala student cemerlang nak pergi menuntut ilmu,
tapi padahal aku jadi minah temberang yang melencong ke
tempat lain. On time pukul dua petang baru aku balik rumah.
Muka macam tak boleh blah, langsung tak rasa bersalah!
Konon-konon penat studi dalam kelas.
Rupa-rupanya penat tawaf satu shopping complex
yang ada dekat Ipoh tu. Mana shopping complex aku tak
pernah jejak. Boleh dikatakan semua shopping complex kat
Ipoh tu aku sudah masuk. JJ, Yik Fong, GM, Ipoh Parade. Itu
semua lubuk tempat aku melepakkan diri sementara nak
tunggu tamat waktu persekolahan. ‘Bapak segala jahat’ aku
dulu. Memang kurang asam betullah!
Dan nak dijadikan cerita, aku terkantoi dengan
abah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke
tanah juga. Ingat lagi dalam memori otak ni macam mana
abah mengamuk sakan bila dapat tau yang selama ini anak
dara dia tak pergi sekolah, tapi pergi melepak entah kat
mana-mana. Apa yang aku masih ingat:
“Abah tak sangka Leeya boleh tipu abah sampai
macam ni. Abah bagi Leeya duit suruh pergi sekolah. Tapi
Leeya tergamak tipu abah hidup-hidup. Abah kecewa sangat
dengan perangai Leeya ni tau!”
“Leeya tak nak pergi sekolah, abah. Memang Leeya
tak boleh bawak subjek sains tu. Leeya nak kerja, abah.”
“Kerja apa yang kamu nak buat? Cakap Leeya,
cakap!!! Tak pergi sekolah satu hal. Kamu melepak kat pekan
Ipoh tu dengan mana-mana jantan. Tak tau malu ke?”
Baju Pengantin Mak Andam
Kalau nak tahu ini memang kes bawak fitnah.
Memang aku tak pergi sekolah. Memang aku melepak kat
pekan Ipoh. Tapi aku melepak kat pekan Ipoh tu sensorang.
Jadi lone ranger. Takde mana-mana jantan pun yang escort
aku. Sialan betullah mulut orang yang bawak cite ni.
“Mana ada Leeya melepak dengan jantan, abah.”
“Diam!!! Kamu pergi masuk dalam bilik kamu
sekarang. Pergi... sebelum abah hilang sabar.”
Tragis! Tragis peristiwa malam itu. Dek kerana
tembelang yang sudah pecah, akibatnya berbirat-birat sana
sini badan aku kena pelupuh dengan rotan. Tak cukup rotan,
tali pinggang pun turut sama hinggap ke belakang badan.
Nasib bukan tali pinggang ‘The Rock’. Bisa memang berbisa.
Sebotol minyak gamat Langkawi habis aku sapu kat badan
aku ni. Air mata dah habis aku keluarkan. Tak ada siapa pun
yang datang menghulurkan simpati. Sedihnya... Lebih sedih
daripada cerita sinetron Ratapan Anak Tiri.
Sebenarnya bukan tak ada yang bersimpati. Mak
nak tolong.
Tapi faham-faham ajelah. Abah tengah mengamuk
besar masa tu. Angin ribut taufan tengah melanda satu
badan. Tak ada siapa pun yang berani.
Adik-adik, lagilah! Semua duduk diam menikus
tengok abah yang tengah berapi tu.
Ini semua Si Din Mercun punya angkara. Mulut
cabul. Aku dapat mandat, suka-suka hati bagi kurnia dekat
orang. Memang kena aku labelkan mamat yang seorang ini
dengan gelaran Din Mercun. Sekali bercakap, berdentamdentum
macam bunyi mercun Gong Xi Fa Chai aje. Aku yang
tak tahan, Din Mercun kalau bercakap bukan main lagi.
Banyak yang auta dari fakta. Suka-suka hati mak ayah dia aje
cakap yang bukan-bukan. Sepuluh patah dia cakap, sebelas
tak boleh pakai. Kata aku melepak dengan jantan la, masuk
kelab malam la... Apa-apalah! Segala-gala yang keluar dari
mulut mamat yang seorang ni memang tak boleh pakai. Abah
pulak sewenang-wenangnya tanpa usul periksa main percaya
aje bulat-bulat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2009 10:24 AM | Show all posts
Lepas kantoi dengan abah hari tu, aku hanya duduk
dekat rumah aje. Memang aku dah berhenti sekolah secara
rasmi. Abah tak tau nak kata apa. Aku nekad. Dekat tiga bulan
jugaklah abah boikot, tak nak layan aku. Tak nak bercakap
dengan aku. Tiga bulan tu jugaklah aku jadi penganggur
terhormat. Menambahkan bilangan belia menganggur di
kawasan perumahan aku. Nak buat projek tanam anggur kat
belakang rumah pun, tanah tak berapa nak ada.
Masa tu rasa diri dah jadi macam burung hantu aje.
Siang-siang aku tidur. Malam tolong abah dengan mak dekat
kedai makan. Kerja aku kat kedai cuma ambil oder, hantar
oder dengan cuci pinggan. Abah sengaja pakai cara kejam nak
mengajar aku. Satu sen pun dia tak bagi. Susahnya hidup jadi
orang yang papa kedana ni. Memanglah duit tak boleh
menjanjikan kebahagiaan. Tapi kena ingat jugak, yang duitlah
boleh buat kita kenyang. Yang boleh buat kita mendapatkan
apa yang kita inginkan. Sempit fikiran kalau duit tak ada
dalam tangan. Nak jolly frog dengan kawan-kawan pun tak
boleh.
Bila angin ribut taufan abah tu dah surut, aku
beranikan diri minta kebenaran untuk mencari kerja. Aku tak
boleh hiduplah kalau tak ada sen (duit) dalam purse. Fuh…
nasib baik abah kasi.
Dan... akhirnya, aku diterima bekerja di butik
pengantin milik Kak Ana, itu pun setelah direkomenkan oleh
jiran sebelah rumah aku yang mengatakan ada sebuah butik
di Megoplex nak cari pekerja.
Baju Pengantin Mak Andam
Kerja dengan Kak Ana best. Kepala dia pun best. Di
sini, macam-macam aku belajar daripada Kak Ana. Dari kerja
angkat mengangkat, menggubah hantaran, berjumpa
pelanggan, sehinggalah membantu Kak Ana mana yang patut
semasa majlis perkahwinan yang dikendalikan oleh Butik
Seri Pengantin. Pengalaman yang tidak mungkin dapat aku
lupakan. Setahun aku bekerja di butik Kak Ana sebelum
melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Idris Shah.
Inilah kerja pertama yang aku lakukan dan aku
enjoy sangat kerja di butik pengantin Kak Ana. Ikutkan hati,
aku malas mahu sambung belajar lagi. Dengan jurusan yang
langsung aku tak minat dan tak pernah terfikir di kepala.
Tetapi aku terpaksa akur, tunduk mengalah bila
emak menggunakan taktik air mata memujuk aku untuk
terus menyambung pelajaran. Sampai bila nak jadi kuli
orang? Dengan berat hati, aku pun mengikut keputusan yang
emak dan abah dah tentukan. Aku positifkan dalam kepala
yang emak dengan abah buat itu semua untuk kebahagiaan
aku dan bukannya untuk menghancurkan hidup aku.
“Aleeya… Aleeya… Kamu dah tidur ke Cik Nurul
Aleeya oit?”
Terdengar suara ngomelan dari talian sebelah sana.
Aku tersentak. Lamunan pun terhenti. Apa keslah
aku ni? Tengah on the line pun boleh mengelamun sampai ke
langit. Memanglah aku ni dah penat sangat-sangat sampai
apa yang akak sorang ni cakap, masuk telinga kanan keluar
telinga kiri aje. Nota di tangan diletakkan di atas meja. Terus
aku merebahkan badan di atas toto yang sudah siap
terbentang. Hujung bantal dipintal-pintal.
“Ye Kak Ana. Orang ada, lah. Apa Kak Ana cakap
tadi? I beg your pardon?”
Areila Sahimi
He he he he… Habislah aku lepas ni kena sembur
dengan Kak Ana. Dah la kakak sorang ni paling pantang
dengan frasa ‘I beg your pordon’, ‘repeat please’, ‘apa dia
kak’… Ngeee… Katanya macam mana nak berjaya kalau
setiap arahan tu tak pernah nak diberi perhatian dengan
sebaiknya.
Ye la tu, kakakku. Banyaknya perkara dapat belajar
daripada Kak Ana. Sehingga perkara yang dirasakan remehtemeh
sebegini pun Kak Ana ambil kira jugak, Aleeya hanya
berkata di dalam hati.
“Kamu ni Leeya... Apa tadi akak menceceh sorangsorang
aje ke? Akak nak suruh kamu tolong cover akak ni.
Akak kena jadi mak andam dekat rumah orang kahwin di
tempat lain. Tolong ye, Leeya,” usul Kak Ana. Itu tujuan
utama Aleeya dihubungi malam-malam buta begini.
“Tak nak la kak. Orang tak pro. Karang customer
akak complaint. Tak mau. Tak mau.”
Aleeya cuba mengelak. Menolak sehabis mungkin.
Ada satu wayar dalam kepala Kak Ana dah tercabut
ke? hati Aleeya berkata-kata. Tak patut betul tolak kerja dia
dekat aku. Lagi malapetaka sebab aku langsung tak pernah
buat kerja yang disuruh itu.
“Alah Aleeya. Tolong la. Akak dah tak ada sape nak
mintak tolong ni...!”
Aleeya terfikir-fikir. Mencari-cari gerangan namanama
yang boleh diguna pakai untuk melakukan kerja Kak
Ana ini. Siapa lagi calon yang paling sesuai untuk menolong
Kak Ana yang tengah terdesak itu. “Rozy?”
Itu dia! Sekali petik sahaja. Rozylah yang paling
sesuai. Mamat kepit yang kadang-kadang berperangai macam
akak-akak jugak.
“Rozy kena cover majlis yang lain.”
Itu jawapan Kak Ana.
Tercekik rasanya Aleeya apabila mendengar jawapan
Kak Ana.
“Hamboi!!! Semua majlis orang kahwin dekat Ipoh
tu akak rembat sorang ke? Sampai Rozy pun kena cover kerja
akak jugak ni!” getus Aleeya.
“Business Leeya. Selagi boleh sapu, kita sapu
bersihlah. Tolong ek. Kebetulan pulak hari tu akak ada kerja
dekat Pulau Pangkor,” ujar Kak Ana sambil ketawa. Apalah
adik aku ni. Inilah namanya strategi orang business. Sapu...
jangan tak sapu!
“Haiseh... sampai ke tengah pulau pun akak belasah
jugak ke kak? Akak yang sapu bersih. Sekali dengan orang
dengan Rozy pun kena habuk ni apa kes, kak?”
“Tak ada kes la. Akak kasi job pun nak bising. Nanti
akak bayar la. Boleh buat top up duit belanja bulan ni,”
umpan Kak Ana.
Semalam pun dengan Rozy jenuh kawtim pasal
bayaran, baru Rozy boleh angguk kepala. Itu pun termasuk
elaun makan minum, duit minyak semua Kak Ana yang kena
tanggung.
“Berapa?”
Mata sudah mula bersinar-sinar. Masuk soal bayaran
ini yang tiba-tiba rasa bersemangat chayok-chayok nak mula
kerja ni, walaupun tau diri tak berapa nak mahir. He he he
he… Sungguh bermata duitan!
“Cittt! Boleh tak buat kerja dulu baru tanya upah?”
marah Kak Ana.
Rozy dengan Aleeya dua-dua sama! Kalau pasal duit,
memanglah tak menyempat-nyempat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2009 10:25 AM | Show all posts
“Akak ni... Kenalah tau jugak. Jauh kak! Nak drive
dari Putrajaya balik Ipoh semata-mata nak tolong cover kerja
akak. Dah la tu, start dari majlis nikah, sanding, bertandang
bagai... semua kena cover. Upah pun kena sedap, Kak Ana.”
Demand sikit tak apa. Bukan Kak Ana tak mampu
nak bayar. Business butik pengantin diakan terkenal. Sekali
masuk beribu-ribu tu…!
“Ni sejak bila pandai demand soal upah ni? Jangan
risau. Buat kerja dulu. Siap keje akak kasilah upah dia nanti.
Tolong ek. Kalau Leeya tak tolong akak, siapa lagi akak nak
mintak tolong,” kata Kak Ana bernada sayu sedih pilu.
Dia dah mula dah! Kak Ana ni memanglah drama
queen. Suka buat sinetron sedih-sedih bagi aku simpati, lepas
tu terus setuju dengan cadangan dia tadi. Itulah akibatnya
kalau suka sangat tengok sinetron-sinetron dari seberang.
Cakap ajelah cerita apa pun yang ada kat dalam Astro Aruna
tu. Confirm. Kak Ana mesti tau. Siap boleh cerita balik.
Mana tidaknya, sambil attend customer, sambil
sketch design baju pengantin, sambil ambil measurement
pun, dia boleh pandang-pandang, jeling-jeling kat TV sematamata
tak nak terlepas tengok sinetron yang berlambaklambak
dalam Astro Aruna tu. Nasib baik tak pernah jadi kes
salah ambik measurement badan customer, tak pernah salah
design. Kalau tidak... wassalamu la Butik Seri Pengantin ni.
“Okeylah. Janji Kak Ana kena bayar best punya, ek?
Nasib baik orang tengah cuti semester. Dan-dan pulak secara
tak sengaja Jumaat tu cuti umum. Orang memang nak balik
Ipoh pun. Kalau tak sebab job yang Kak Ana nak kasi tu pun
memang orang nak balik Ipoh. Lama tak jumpa mak, abah,
adik-adik semua. Isnin orang cuti.”
“Cun sangatlah tu adikku.”
Girang kedengaran suara Kak Ana apabila Aleeya
bersetuju untuk membantunya.
“Alat-alat solek semua macam mana, kak?”
“Pakai Leeya punya.”
Gila! Apa Kak Ana fikir aku ni tauke butik pengantin
macam dia jugak ke? Yang simpan berlambak-lambak alatan
mekap. Aku ni kerja sebagai setiausaha. Pembantu peribadi.
Orang gomen. Bukan mak andam. Kes jadi mak andam ni
pun terpaksa merelakan sahaja. Bidan terjun. Niat nak tolong
Kak Ana. Agak-agak la sikit Kak Ana oiii…!
“Orang mana ada semua tu? Macam ni orang tak
nak tolonglah!”
“Ececeh… Sejak bila pulak adik akak yang sorang
ni cepat merajuk ni? Cepat sangat melatah. Guna Kak Ana
punyalah sayang. Leeya balik malam Jumaat, kan? Nanti,
sebelum balik rumah, singgah butik akak. Ambil semua
alatan mekap yang rasa nak guna, baju pengantin, aksesori
semuanya. Sebab hari Sabtu dengan hari Ahad akak dah
tutup kedai. Akak dah ada kat Pulau Pangkor, menguruskan
majlis resepsi tepi pantai ala-ala cerita omputeh tu.”
“Okeylah. Orang tau. Macam-macam la Kak Ana ni.
Dah la bagi tau last minute. Hari ni dah Rabu. Kena start
studi nak hias wajah pengantin start malam nilah jawabnya.
Alamatnya nak buat revision semester akan datang kena
postpone lagilah....”
He he he he he….
Terdengar suara Kak Ana ketawa.
Hatoiii!!! Ini yang tak berapa nak paham I am not
understand ni. Sejak bilalah cik adik sorang ni dah pandai
membebel macam ‘mak cik-mak cik ahli mesyuarat tingkap’.
“Apa gelak-gelak? Sukalah tu orang dah setuju nak
tolong dia!”
“Bukan tolong aje tau. Akak bayar tau. Bukan kerja
free tau. Semua ada upah tau!”
“Ye. Tau. Sedia maklum.”
“Kalau sedia maklum, bagus! Pergi studi. Majalah
Pengantin banyak kat dalam rak buku Leeya, kan? Studi sikitsikit.
Lepas tu suruh house-mate jadi model sekejap. Pinjam
muka dia orang jadi bahan eksperimen. Try mekap kat muka
dia orang. Bagi refresh balik kepala tu. Basic nak pakai
foundation macam mana, nak sapu blusher macam mana,
nak matchkan eye shadow macam mana, segala macam akak
dah pernah ajar dulu, kan? Yang lain just use your creativity
aje. Okey?”
“Ye, ye. Tau. Okey. Set Kak Ana. Line clear punya....”
“Good. Okeylah. Akak nak tidur ni. Penat kerja di
butik tadi. Nanti jangan lupa singgah butik akak. Ambik
barang-barang tu semua.”
“Okey. Jumpa malam Jumaat nanti. Dalam pukul
lapan malam orang sampailah. Orang bertolak dari Putrajaya
after office hours.”
“Deal! Babai baby. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Talian dimatikan.
Haru blue jadinya. Kak Ana mintak aku tolong
cover kerja dia pulak dah... Dah lama aku tak buat kerja yang
dia suruh buat ni. Adoyaai… Sah-sah nak plan buat revision
untuk modul semester depan kena postpone. Kena studi
majalah Pengantin yang dah tersimpan elok dalam kotak
bawah katil ini. Husy… punya haru!
Isnin sampai Jumaat start dari pukul lapan pagi
sampai pukul lima petang. Itu pun kalau bos tak ada dekat
office baru boleh balik on time, tapi kalau bos ada alamatnya
pukul enam setengah petanglah baru boleh punch card
keluar office. Kerja... kerja… kerja....
Sabtu Ahad, orang sibuk beristirahat bercanda di
tepian pantai dengan famili menghiburkan hati, aku sibuk
masuk kuliah start dari pukul lapan setengah pagi sampai ke
petang ikut suka pensyarah terakhir nak bersyarah, baru
boleh balik rumah. Lepas tu, confirm penat. Confirm tak
larat. Layan TV sekejap. Lepas tu masuk bilik terus tidur. Nak
studi pun biasanya weekdays after office hourslah baru
berpeluang pegang buku. Itu pun kalau keadaan
mengizinkan. Buat kerja banyak berlambak-lambak kena
diselesaikan, alamatnya tak mengulang kajilah aku. Inilah
yang kena tanggung bila terpaksa jadi pekerja and at the
same time terpaksa jadi student. Baru masuk tahun kedua
bergelar part-time student Universiti Kebangsaan Malaysia,
hidup dah jadi kacau-bilau.
Tapi sekali dah melangkah, takkan nak patah balik?
Biar bersusah dahulu, senangnya kemudian. Ingat kata orang
bijak pandai. Orang yang berjaya adalah orang biasa, yang
berusaha dengan cara yang luar biasa untuk mencapai apa
yang dicita-citakannya. Manusia yang gagal itu adalah apabila
dia berhenti mencuba. Aku tak nak jadi orang yang gagal
dalam hidup. Cukup dulu sekali. Jangan biar sejarah dulu
berulang lagi.
Tapi, ini kes lain. Kak Ana buat spoil kasi haru. Baru
ingat nak bercuti honeymoon bersempena dengan cuti
semester, dah ada kerja kena buat. Cittt!!! Dah boleh dengar
‘Juruhebah Radio Taman Temara’ bersuara. Biasanya macam
inilah…
“Ate (habis tu), balik kampung tak pernah melekat
kat rumah. Hari ni jumpa orang ni. Esok jumpa orang ni
pulak. Hari ni jumpa Nana, esok Julia, lusa Kak Ana, tulat
Abab. Dah macam Senah Senator yang hidupnya sibuk
semedang... Bla... bla... bla... bla....”
Siapa lagi ‘juruhebah radio’ di rumah aku tu...
Emak akulah!
Abah relaks aje. Cuma kalau balik lambat tu,
berdesinglah telinga kena sound. Boleh cair tahi telinga kalau
dengar syarahan percuma daripada abah. Biasanya…
“Ushhh… dari orang dah jadi burung hantu ajer
ropernyer (rupanya). Malam baru ingat nak balik rumah.
Keluor tak nampak matahari, balik pun tak jumpa matahari
jugak. Nama ajer bercuti nak balik rumah mak abah, sampai
sini Kinta City tu jugak ler yang dah jadi macam rumah
nombor satu. Rumah mak abah jadi rumah nombor dua
kamu….”
Tadah ajelah telinga. Dah sendiri cari pasal. Buat
macam biasalah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Janji keluar rumah tak buat benda yang bukan-bukan. Cukup
time masuk waktu sembahyang, cepat-cepat pergi masjid
atau surau. Alah... shopping complex sekarang ni semua ada
surau. So, soal sembahyang memang tak ada hal punyalah.
Ayat biasa mak abah macam tu la.
‘Adinda-adinda’ku yang berdua tu pulak, dia orang
tak cakap banyak. Cuma sebelum keluar, dia orang akan
sampaikan amanat. Lebih kurang macam ni…
“Along nanti balik jangan lupa tapaukan apa-apa aje
ye… KFC ke, McD ke, Pizza Hut ke....”
Bila balik dah setia menanti macam satu hari tak
makan nasi kat rumah. Itu cerita ahli keluarga aku.
Hal Kak Ana ni tak settle lagi ni. Ngeee… Nak
mekap macam manalah nanti ni! Segala majalah dah habis
selak ni. Majalah Pengantin, Wanita, Remaja semua dah habis
selak. Tapi idea tak masuk jugak ni.
Nak mekap ala-ala masa Datuk Siti kahwin,
hmmm... Wah gitu!!! Advance extravaganza. Ha hah ha...
Belasah ajelah! Macam Kak Ana cakap tadi. Semua yang basic
dia dah ajar. Just use your creativity. Hentam sajalah laboo…
Janji nampak cantik.
Walaupun aku tak mungkin dapat ubah muka
pengantin tu nanti jadi macam Datuk Siti ke, Maya Karin
ke... tapi kalau berjaya ubah dari wajah yang biasa-biasa jadi
lain daripada yang biasa, kira okey la tu....
Tunggu dan lihat ajelah apa akan jadi nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 10:28 AM | Show all posts
dah beli buku ni
tapi belum baca lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2009 10:33 AM | Show all posts
awal sang arjuna beli.. ok.. kita bagi org baca bab dlu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2009 01:31 PM | Show all posts
alamak..ade buku erk arjuna...keluaran mn??? blh 'teman' cari..huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2009 01:34 PM | Show all posts
keluaran kaki novel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2009 03:17 PM | Show all posts
ape tajuknyer....bole gak usha2 kat mph nnt...
kaki novel nie banyak gak novel bagus2....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 03:56 PM | Show all posts
8# MUZRI

Weh teman dah katam Baju Pengantin Mak Andam...
Kelakar......ada lorat org perak....
Ayat2  dia selambe je. bahasa2 yg digunakan budak2 sekarang.
Rasanya ni pertama kali KN terbit penulis yg menggunakan ayat2 yg selamba ni...
Apa2 pun memang kelakar dgn watak Nurul Aleeya tu...BRUTAL HABIS........
"MILO SUAM" TAPI TAK MO MILO TAK MO SUSU. ha ha ha ha ha jenuh nak faham...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 09:48 AM | Show all posts
BAB 2

"LEEYA, cek semua dulu, ya.
Jangan sampai ada yang
tertinggal. Pastikan semua
cukup. Nanti kelam-kabut," ngomel Kak Ana sorang-sorang.
Aleeya buat tak tau. Entah dengar entah tidak.
Matanya dari tadi bulat memandang selonggok baju
pengantin, aksesori hiasan diri, beg peralatan mekap, payung,
kipas untuk majlis esok dan hari-hari berikutnya.
Fuhhh… Ini betul-betul kerja berat namanya ni!
Okey. Betul. Memang aku kena andamkan pengantin esok.
Tapi... Kak Ana tak cakap pun sampai nak pakaikan
baju-baju ini semua pun aku jugak yang kena buat. Kak Ana
hantar aku seorang diri. Tak ada sesiapa pun yang escort.
Assistant pun tak ada.
Setakat songket gaun ni okey lagi. Main seluk aje.
Ini sari, ceongsam, baju Jawa, baju Korea, segala jenis baju
yang ada kat jajahan Asia Tenggara ni pun aku jugak ke yang
kena hiaskan, kena pakaikan? Adoyaii... Besar punya bala Kak
Ana letak kat bahu aku ni....

"Akak ni biar betul, kak. Takkan semua baju-baju ni
nak kena bawak!"
Aku mula tak puas hati dengan Kak Ana. Katanya
aku hanya ditugaskan untuk menjadi mak andam. Kalau dari
gaya peralatan yang nak kena bawak ni, nampak macam nak
naik takhta aje... Ini bukan kerja mak andam, tapi ini kerja
wedding planner pulak ni!
"Ye la adikku. Semua tu kena bawak. Baju-baju solo
tu pengantin perempuan nak pakai lepas majlis berinai besar.
Akak dah siapkan dah. Leeya cuma perlu cek semua aksesori
complete ke tak. Nanti kalau ada yang tertinggal, jenuh pulak
akak nak cari feri dari Pulau Pangkor nak ke Lumut balik ke
butik ni. Jangan dibuat Aleeya! Tak cukup tanah akak
terkejar-kejar nanti. Majlis kat sana harap akak sorang aje
handle."
Panjang lebar penjelasan Kak Ana. Harap adik aku
yang sorang ini boleh paham bahasa sebab dalam saat
genting macam ni, bukan ada banyak masa nak bagi
penerangan panjang lebar.
"Habis semua ni, oranglah yang kena pakaikan...
kena siapkan? Kak Ana kata jadi mak andam aje. Ini dah
melanggar perjanjian ni kak. Apa kes ni!"
Aleeya bersuara lagi. Dia masih tidak berpuas hati.
Kak Ana memang saja nak kenakan aku. Dah aku setuju nak
tolong dia, macam-macam pulak yang dia suruh buat. Diberi
betis mahu paha pulak. Ini yang buat ‘beta’ hangin ni…!
"Lor… betullah mak andam kena buat semua tu.
Takkan nak suruh pengantin perempuan tu buat sendiri.
Jangan kasi malu Butik Seri Pengantin, Aleeya. Macam tak
pernah buat pulak. Dulu masa kerja kat butik ni selalukan
ikut akak pergi andamkan orang kahwin. Baju-baju ni main
seluk pakai aje. Aleeya tolong pengantin tu pakaikan kat
badan dia. Siap. Semudah ABC, 123."
Kak Ana membilang-bilang jarinya di hadapan
muka Aleeya tanda semua itu senang untuk dibereskan.
Aleeya masih tidak berpuas hati. ABC, 123 konon!
Macamlah aku budak tadika. Kalau iya pun baju-baju ini
semua main seluk pakai aje, tapi hiasan-hiasan ni pulak
macam mana? Tak ke haru? Aku dah la tak pernah pakai
segala jenis hiasan ni semua. Setakat tengok Kak Ana
pakaikan pada pengantin pernahlah. Itu pun setahun yang
lepas. Yang sekarang ini entah ingat entah tidak. Aleeya, kau
memang mencari bala sendiri!
"Hiasan kepala yang macam-macam ni macam
mana?" Selamba Aleeya bertanya dengan wajah yang tidak
beriak.
"Takkan itu pun akak nak ajar. Ni kalau pakai sari,
hiasan dia yang ini. Kalau ceongsam, yang ni. Dan
seterusnya."
Kak Ana mula menjawab dengan nada geram
apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Aleeya itu
sambil tangannya ligat meletakkan aksesori hiasan itu
sepadan dengan pakaian yang hendak dipakai oleh pengantin
pada malam berinai besar itu nanti. Soalan yang tidak patut
dan tidak wajar diajukan.
Aleeya mendengus. Kak Ana ni memang! Ingat dia
aje ke yang boleh naik angin? Aku tengah hangin ada dia
kisah? Dah suruh orang tolong, tapi bila orang bertanya
jawab macam nak telan orang aje. Dah memang aku blur tak
tau nak buat macam mana!
"Tapi orang tak pernah buat semua ni, kak." Aleeya
sudah sedikit merajuk.

"Memang tak pernah buat, tapi pernah tengok filem
Hindustan, kan? Pernah tengok filem Korea, kan? Cerita
Indonesia pun selalu tengok jugak, kan? Hantu cerita Cina
dalam majalah pernah baca, pernah tengok, kan? So
sekaranglah masanya praktikkan. Jangan bagi alasan tak tau.
Alasan tak tau tu tak diterima pakai time-time sesak macam
ni, cik adik oii…!"
Jenuh betui nak terangkan kat adik yang sorang ni.
Dah berbuih bercakap dia buat don’t know aje.
Aleeya menggetap bibir. "Tapi…"
"No tapi-tapi. Akak percaya kat Aleeya. Dah lupa ke
apa yang akak pernah cakap dulu? Orang yang gagal adalah
apabila dia berhenti mencuba. Akak tau adik akak bukan
orang yang gagal, kan?" potong Kak Ana pantas.
Kak Ana cuba memberi semangat kepada Aleeya.
Bukan senang nak cairkan budak yang sorang ni. Kalau Rozy
senang aje. Aku cakap lembut, berhemah, ayu-ayu manja pun
dia dah boleh cair. Ini Aleeya... bukan Rozy. Si kepala batu
yang kadang-kadang mak abah dia pun boleh mati kutu
dengan fiil dia yang satu ni.
"Isy... akak ni! Psycho orang la tu. Okeylah. Try my
best la."
Aleeya mengalah jua akhirnya. Masakan mahu
bertekak dengan Kak Ana malam-malam begini? Sudahlah
badan penat akibat memandu jauh tadi....
"Akak tau Aleeya boleh buat. Jangan malukan nama
Butik Seri Pengantin. Chayok... chayok…."
"Alah Aleeya... Zie tau Aleeya mesti boleh punyalah.
Aleeya bukan ke bersemangat kental, pantang menyerah
kalah sebelum berjuang. Kerja kecik aje ni. Bukan Aleeya tak
berpengalaman. Setahun Aleeya kerja dengan Ana."

Aleeya dongak kepala. Memandang sekilas kepada
gerangan yang disangkakan sakit tekak tak boleh bercakap
itu.
Rozy yang sedari tadi senyap kerana malas mahu
masuk campur hal Ana dengan Aleeya, tiba-tiba bersuara.
Rozy a.k.a Ridzuan Malek ini boleh bercakap rupanya.
Ingatkan bisu tadi. Lemas betul aku dengan si lembut yang
sorang ni. Rozy ni member aku masa aku kerja di butik Kak
Ana ini. Dia business partner Kak Ana. Kira shareholder
dalam Butik Seri Pengantin inilah. Apa-apa pun Kak Ana
tetap pemegang syer paling besar dalam butik ni. Itu yang
agak berkuasa tu! Lady boss Butik Seri Pengantin. Walaupun
Rozy lebih tua bertahun-tahun daripada aku, lebih tua
daripada Kak Ana yang aku panggil kakak tu, tapi dia lebih
senang kalau aku bahasakan diri dia dengan Rozy aje.
Kadang-kadang dia bahasakan diri dia Zie sahaja. No abangabang.
Rozy ni special. Tak macam lelaki lain. Aku pun tak
tau sejarah dia sampai boleh jadi macam ni. Katanya
pengaruh daripada adik-beradik dia yang semuanya
perempuan. Maklumlah dia lelaki tunggal dalam famili.
Apa-apa pun Rozy ni cuma lembut-lembut macam
tu aje. Tapi masih lelaki lagi. Cuma minat dia tu aje lebih
cenderung pada kerja-kerja yang perempuan selalu buat.
Yelah. Dia suka memasak. Kerja kat butik pengantin. Jadi pak
andam. Dulu Rozy belajar fesyen di UiTM, Shah Alam. Cakap
aje fesyen apa yang customer inginkan, pasti semuanya
menjadi. Itu Rozy. Mantan pelajar dalam bidang fesyen.
Kak Ana pulak belajar business. Itu sebab kepala
dia, kepala orang business. Semua yang dibuat mesti kena
dapat untung. Kalau difikir-fikirkan, mana ada orang business
nak rugi, betul tak? Dalam kepala mesti fikir untung aje.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 09:49 AM | Show all posts
Hari-hari cari jalan, cari idea macam mana nak buat business
untung banyak.
"Orang tak pernah buatlah semua kerja ni...
Lagipun sampai sekarang ni orang macam tak percaya yang
Kak Ana suruh orang buat semua kerja ni. Dahlah tu, kena
buat sensorang pulak. Dulu tu Kak Ana ada. Orang cuma jadi
pemerhati terhormat aje bila Kak Ana andamkan pengantin.
Kali ni semua kena buat sendiri. Macam tak berapa nak
confident, lah."
Sungguh! Memang aku tak confident. Takut sangat
kalau pengantin yang hendak diandam itu sepatutnya
menjadi secantik puteri dari kayangan tiba-tiba berubah rupa
menjadi badut sarkas pulak. Kemungkinan-kemungkinan tu
pun patut diambil kira juga. Jangan sampai merosakkan
majlis orang.
Rozy kerut dahi. Ana di sebelah dipandang sekilas.
Susahnya nak yakinkan budak kecik yang bernama Nurul
Aleeya ini. Tiba-tiba terlintas idea yang tidak disangka-sangka
masuk ke dalam kepala. Idea yang agak-agak nakal tapi
macam bernas dan boleh dipakai. Sekali-sekala kenakan Ana
pun best jugak. Inilah masanya nak kenakan lady boss yang
kadang-kadang ikut suka mengarahkan orang buat itu ini.
Aku business partner pun dia suka-suka arahkan itu ini.
"Nak buat apa-apa pun kenalah ada condifen. Nope!
I meant confident. Tengok! Sampai cakap pun tersasul-sasul."
Ana hanya ketawa melihat Rozy yang yo yo o aje
memberi nasihat buat Aleeya. Kepala yang tidak gatal digaru.
Semangat sungguh mamat ini memberi kata-kata perangsang
buat Nurul Aleeya. Susah memang susah nak kasi nasihat
dekat adik yang seorang itu. Kalau batu bata orang buat
rumah tu dikatakan keras, rasa-rasanya kepala budak Aleeya
ini lagi keras daripada itu. Tapi biasanya perempuan yang
keras hati, keras kepala ini macam kerak nasi dan bukannya
batu bata. Sekeras-keras kerak nasi pasti akan lembut jugak
akhirnya kalau direndam dalam air. Apa-apa ajelah Rozy.
Belasah aje.
Rozy hanya memandang Ana yang ketawa. Faham.
Mesti dalam hati berbakul-bakul dia kutuk aku. Tak apa.
Siaplah kau nanti....
Rozy sambung bertitah, "untuk meyakinkan diri
Aleeya, apa kata kita buat sesi amali praktikal bersama-sama.
Ana jadi model, Aleeya jadi mak andam. Aku macam biasa jadi
pemerhati terhormat. Bolehkan Cik Ana Fariha?"
Aleeya memandang ke wajah Kak Ana.
Kak Ana tersentak. Matanya bulat memandang Rozy
yang berdiri di sebelahnya. Amenda punya idea entah. Ini apa
kes tiba-tiba nama aku naik pulak ni. Kenapa aku pulak yang
kena jadi model tetiba ni?
Belum sempat dia hendak bersuara, Aleeya sudah
mula potong bicara mengeluarkan patah kata, "brilliant!
Great idea. Wah!!! Kepala otak kau memang bergeligalah Zie.
Boleh buat batu cincin. Kenapalah aku tak terfikir macam
yang kau fikirkan ni...."
Berseri-seri wajah Aleeya apabila mendengar idea
yang keluar dari mulut Rozy itu. Sungguh tak disangkasangka.
Dalam kepala duk sesak nak fikir apa malapetaka
yang akan jadi pada esok hari, tiba-tiba Rozy mengeluarkan
buah fikiran yang agak bernas itu.
Kak Ana kerut dahi. Wah! Pakatan besar-besaran
nampak antara dia orang berdua ini. Hampeh punya Rozy.
Sengaja nak kenakan aku. Suka-suka hati aje suruh aku jadi
model. Ingat dalam cerita ‘American Next Top Model’ ke apa!

Dia orang ni lupa ke yang aku big boss kat butik ni? Apa kes
main arah-arah bos besar pulak ni?
"Cup… cup… cup. Ni apa kes akak pulak yang kena
jadi model ni? Zie ni apa kes ko naikkan nama aku jadi calon
model untuk amali praktikal budak Aleeya ni? Aku bos tau!
Suka-suka hati sepupu sepapat engkau aje nak suruh aku jadi
model Aleeya pulak!"
Nyaring suara Kak Ana meluahkan ketidakpuasan
hatinya pada pakatan berdua itu. Kes naya. Aku tak nak!
"Kak Ana ni, entah apa-apa entah. Kira okey la tu
Kak Ana jadi model orang kejap. Tau la bos besar."
Aleeya buat muncung sedepa. Ingat dia nak tolong
support kita, tapi boleh pulak awal-awal tarik diri. Ni yang
aku tak berapa nak paham ni!
"Ana, awak just duduk diam-diam atas bangku ni.
Bukan suruh buat kerja berat pun. Biar Aleeya solekkan muka
awak tu. Lepas siap kita tengok hasilnya. At least esok budak
Aleeya ni tak ada la terkial-kial macam mana nak mulakan
langkah pertama nak solek menyolek orang kahwin ni." Rozy
bersuara. Bibir tak lekang dengan senyuman. Suka tengok
muka Ana yang masam mencuka itu. Cute and sweet.
"Bolehlah Kak Ana. Bolehlah...." Aleeya cuba
memujuk Kak Ana. Merengek-rengek macam budak umur
tiga tahun mintak susu aje gayanya. Bab pujuk memujuk ni
kena pakai skil yang boleh buat orang cair.
"Yelah. Yelah. Janji solek cantik-cantik. Jangan
sampai muka akak jadi macam hantu momok sudah."
Budak Aleeya ni bukan betul. Memang aku yakin
dia boleh buat. Tapi, kalau niat di hati dia sengaja nak
kenakan aku, maunya aku yang tak ada persis macam sesape
ni secara tiba-tiba boleh bertukar rupa seiras wajah hantu
dalam DVD cerita hantu Indonesia yang berlambak-lambak
jual di pasar malam. Tambah-tambah lagi dengan pakatan
hebat Rozy - Aleeya memang tak boleh pakai, tak boleh
percaya.
Akhirnya Kak Ana merelakan mukanya menjadi
bahan uji bakat Aleeya. Reda dan pasrah ajelah macam mana
rupa muka aku lepas ni.
Menggeletar tangan Aleeya masa mula-mula
memegang botol foundation untuk disapukan pada muka
Kak Ana. Nyaris-nyaris terlepas. Kalau terlepaslah, pecah
berderai, macam mana nak solekkan pengantin esok?
Sudahlah tu, bukannya murah. M.A.C cosmetic. Orang-orang
popular aje pakai. Kalau pergi cek beg alatan mekap Nurul
Syukor, Rizalman, jurumekap-jurumekap artis-artis fofular
tu, mesti dia orang pun pakat ramai-ramai guna M.A.C.
"Tak berapa nak rata ni. Guna span tu. Sapu pelanpelan,"
ngomel Kak Ana.
"Yes boss!!!" kata Aleeya.
Seketika Aleeya memalingkan badan ke belakang.
Memandang Rozy yang sedang memeluk tubuh. Diajuk gaya
Kak Ana bercakap di hadapan Rozy. Macamlah aku tak tau
macam mana nak letak benda alah ni kat muka dia.
Rozy yang bertindak selaku pemerhati, hanya
mendiamkan diri. Ketawa ditahan selagi mampu apabila
melihat gelagat Aleeya mengherot-herotkan mulutnya
mengajuk cara Ana bercakap tadi. Ana... Ana. Sabar-sabarlah.
Budak Aleeya ini pun baru nak mencuba.
"Sapu tu betul-betul. Silap hari bulan boleh masuk
dalam biji mata kalau tak hati-hati masa sapu eye liner ni,"
ngomel Kak Ana lagi ketika Aleeya ingin menyapu cecair
penggaris mata di alis matanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2009 09:50 AM | Show all posts
Aleeya menggetap bibir. Banyak komen ek… Terus
tangan Aleeya memusing kerusi yang boleh laras itu ke
belakang. Membelakangkan cermin besar. Kalau tak ada
cermin di depan muka barulah Kak Ana boleh duduk diamdiam.
Tak boleh nak kompelin itu tak kena, ini tak kena.
Melancarkan lagi kerja aku.
"Macam mana nak tengok ni?" rungut Kak Ana.
"Tak payah nak tengok." Selamba Aleeya menjawab.
"Zie pergi belikan aku burger. Aku lapar gila ni!"
arah Aleeya kepada Rozy pula. Dari Rozy jadi maskot kat tepi
pintu kedai, lebih baik pergi belikan aku apa-apa yang boleh
dimakan. Perut sudah berkeroncong. Itu isyarat minta segera
diisi.
"Apa hal aku pulak yang kena pergi beli. Budak
kecik, jangan lupa tau. Aku ni pun bos kat butik ni jugak."
"Pergilah Zie. Aku pun lapar ni," sampuk Kak Ana
pula.
Bila Kak Ana yang sudah memberi arahan, siapa
lagi mampu melawan. Bos besarlah katakan.
Susah betullah dengan dua orang perempuan ni.
Mentang-mentang aku macam ni. Suka-suka hati ajer dia
orang buli aku. Tanda protes, Rozy berjalan menghentak kaki.
Mencapai sling bag dan berlalu pergi.
"Eleh, marahlah tu...!" jerit Aleeya.
Serentak Aleeya dan Kak Ana ketawa melihat Rozy
yang sudah berjalan sambil terkepit-kepit macam menahan
kencing itu. Inilah perkara yang aku dan Kak Ana boleh
sama-sama buat. Ha ha ha… Mengenakan Si Rozy yang
lemah gemalai, sotong masak gulai.
Segera Rozy memalingkan kepala ke belakang.

Diberi jelingan buat Aleeya dan Ana yang masih lagi
mentertawakan dirinya.
Hampir dua jam berlalu. Akhirnya tamat sudah
amali praktikal Aleeya. Kerusi dipusing menghadap cermin
semula. Aleeya tersenyum puas. Boleh tahan jugak, Aleeya
memuji diri sendiri di dalam hati.
Kak Ana begitu lagut menilik setiap inci mukanya
di cermin.
Aleeya mencebik. Eleh... Tu bukan apa tu. Saja nak
cari poin nak menghentam akulah tu. Maklumlah, pengkritik
profesionallah katakan.
Naik menyampah juga Aleeya melihat Kak Ana
menilik mukanya di hadapan cermin. Andai cermin itu boleh
berkata-kata macam cermin sakti di dalam cerita dongeng
Snow White itu, pasti dia akan cakap pada Kak Ana:
"Sudah-sudahlah. Naik muak aku asyik duk tengok
muka kau aje."
Seketika kemudian terukir senyuman indah di bibir
Kak Ana. Okey. Not bad. Tak sia-sia Aleeya jadi protege aku.
Nasiblah tak bertukar jadi hantu Mak Lampir. Masih lagi Cik
Ana Fariha yang manis. Alahai kau Ana… Perasan lebih
pulak, kata hati Kak Ana.
Rozy yang baru pulang dari membeli burger amatamat
terkejut dengan perubahan pada wajah Ana. Magic
touch sungguh. Tidak berkelip mata Rozy memandang Ana.
"Cantik sangat Ana bila dah disolek." Rozy berkata
sendiri. Jika Ana tidak bersolek sedemikian rupa pun, hatinya
sudah cukup terpaut.
"Hallooo."
Aleeya melambai-lambaikan tangan di hadapan
Rozy. Amboi mata Si Rozy ini. Tahan benar tidak berkelip.
Tak takut masuk habuk ke? Itu namanya zina mata, Encik
Rozy oiii... Aleeya ketawa. Kak Ana di sebelah disiku lembut.
Tersipu-sipu Kak Ana menahan malu kerana
pandangan mata Rozy itu.
Ketawa Aleeya menyedarkan Rozy dari terus
berkhayal tentang Ana yang ada di hadapan mata. Terus Rozy
berlalu untuk meletakkan burger yang dibeli tadi di atas
meja.
Aleeya yang mengikut belakang Rozy masih lagi
dengan ketawa yang bersisa. Lucu. Lucu. Bernaluri lelaki
jugak Si Rozy ini. Pandang Kak Ana bukan main lagi. Macam
nak terkeluar anak mata. Burger di dalam plastik segera
dibuka dan dimasukkan ke dalam mulut.
"Macam mana Zie?" tanya Aleeya.
"Okey," jawab Rozy sepatah.
"Okey aje?"
Kak Ana serasa tidak puas hati. Banyaklah okey!
Tadi aku tengok macam apa entah mata dia memandang.
Okey aje dia kata?
"Aleeya lulus. Esok tak payah nak takut-takut."
Balas Rozy tanpa menjawab soalan Kak Ana.
Kak Ana hanya mencebik. Eleh… tahan malulah
tu....!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 01:52 PM | Show all posts
wah best gak cter nie....., bleh smbung lagi yer.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 01:21 PM | Show all posts
BAB 3

KAD berwarna merah jambu
yang hampir lunyai itu dibelek
sekali lagi. Lakaran peta ke
rumah pengantin perempuan cuba diamati dan diteliti untuk
kesekian kalinya. Masuk kali ini, sudah tiga kali kad itu dikaji,
diamati dan diteliti untuk mencari lokasi sebenar tempat
yang ingin dituju. Tetapi sampai sekarang masih tidak jumpajumpa
lagi. Jangankan rumah pengantin, satu khemah orang
kahwin pun masih tidak nampak lagi. Sah! Nampak sangat
sudah lama tidak balik kampung sampai hendak mencari
sebuah rumah dekat Kampung Sri Kinta ini pun boleh jadi
sesat larat. Sebijik macam masa mula-mula masuk Kuala
Lumpur dengan memandu kereta sendiri. Masa itu kereta
pun masih bau kilang lagi.
Biasa kalau turun KL dari rumah naik Bas
Nadiputra turun kat Putrajaya Sentral, naik ERL turun
Bandar Tasik Selatan, ambil LRT lepas tu turun la kat manamana
rasa nak turun. Nak turun kat Masjid Jamek boleh. Nak
turun kat Hang Tuah boleh. KL Sentral pun boleh.
Aleeya mengingati semula keadaan yang pernah
dialami semasa mula-mula masuk Kuala Lumpur dengan
tangan sendiri yang duk pusing-pusing stereng kereta
sendiri.
First time drive kat bandar metropolitan itu
memang kecoh. Kecoh sekampung dibuatnya dengan temanteman
serumah aku yang sedia maklum kekecohannya itu.
Yang menumpang, mulut tak berhenti-henti membebel
mengomel itu ini macam mak nenek. Konon nak suruh aku
try pandu uji kereta baru dekat jalan-jalan Kuala Lumpur.
Lepas tu bising-bising kata naik tren lagi senang daripada
drive sendiri. Memanglah senang kalau mau turun KL naik
tren. Tak payah bersusah payah menempuh jam. Cit!!! Ni
semua idea Cik Anis yang mau shopping kat Jalan TAR.
Sebelum pergi sorang-sorang muka confident bajet
master jalan-jalan area KL. Bila dah sesat larat semua tuju
dekat cik driver yang bawa kereta. Aku la tu. Mengata aku
drive macam kura-kura kena sakit asma yang buat telinga ni
naik berdesing dengar. Itu cerita lama. Sekarang cakap aje
mana tempat, mana lubuk, mana area KL mahu pergi.
Pendek kata semua jalan-jalan KL ni aku dah master. Itu pun
lepas dua tiga kali ambik risiko cuba masuk KL lagi. Tetapi
itu KL. Bukan tanah tempat lahir diri sendiri.
Aleeya garu kepala yang sebenarnya tidak terasa
gatal pun. Adat la tersesat kalau first time masuk. Tetapi kali
ini tersesat kat tempat sendiri. Kata anak jati Kampung Pasir
Puteh tempat asal suku-sakat famili sendiri. Walaupun rumah
mak abah dekat Taman Temara, apalah sangat jauhnya
Kampung Pasir Puteh tu dengan Taman Temara. Kampung
Pasir Puteh berjiran dengan Kampung Sri Kinta. Kampung
Sri Kinta kalau dikira pakai jari kaki jari tangan tak payah
susah payah tekan-tekan kalkulator, dalam sepuluh langkah
sudah boleh sampai ke Taman Temara.

Adoyai… macam tak biasa naik basikal jalan-jalan
round-round kampung masa muda-muda dulu dengan Ecah,
Salwa, Norma, Yin semua. Penat round singgah warung Mak
Uda kat tepi lombong pekena ais kepal gula merah atau ais
katuk dengan laksa. Pergh… Masa tu memang tak hengat
menghirup kuah laksa Mak Uda. Best gila! Sekarang mana
nak jumpa lagi ais kepal, ais katuk lagi. Budak-budak sekarang
semua layan ais blended aje. Rindunya saat-saat tu....
Myvi SE berwarna merah cili itu sudah tersadai
berhampiran Kedai Runcit Che Mat. Stres… stres sungguh
kalau terus-menerus keadaan macam ini. Jam di pergelangan
tangan dilihat sekilas. Sudah hampir pukul enam petang. Apa
kes ni... Majlis akad nikah lepas solat isyak nanti tapi sampai
sekarang bayang rumah pengantin pun aku tak nampak.
Aleeya melepaskan keluhan. Macam mana ni? Ingat
senang ke nak solekkan bakal pengantin. Aku ni bukan
bertaraf pro macam Kak Ana. Mahunya dua jam pun belum
tentu pengantin perempuan boleh siap. Pening... pening.
Terasa time-time sekarang ni macam nak telan Panadol
ActiFast aje. Biar kepala ni dapat berfungsi balik secara
normal supaya tau apa yang patut, apa yang tak patut dibuat
dalam keadaan yang genting dan serabut macam sekarang ni.
Kali keempat kad kahwin itu dibelek lagi. Dahi
sudah berkerut-kerut. Perut sudah mula berkeroncong tak
tau irama lagu rentak apa. Haru punya hal. Jalan terakhir
yang nampak adalah ringan-ringankan mulut pergi tanya
pada sesape yang ada kat sini.
Aleeya keluar dari perut kereta dan berjalan menuju
ke Kedai Che Mat. Kalau tak tau buat cara orang tak tau.
Malu bertanya sesat jalan. Ni yang jadi kes sesat jalan ni sebab
malu sangat nak tanya orang kampung mana tempat yang
nak dituju. Sekarang, rasakan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2009 01:22 PM | Show all posts
"Assalamualaikum Che Mat."
Salam dihulurkan kepada lelaki yang hampir seusia
dengan abah itu.
Lama tak masuk kedai Che Mat ni. Banyak yang dah
berubah. Dulu-dulu time kecik-kecik selalu ikut mak
shopping barang dapur kat sini. Yelah, dulu mana ada Tesco,
mana ada Giant dekat Ipoh ni. Kalau datang kedai Che Mat
tak sah kalau tak beli biskut kapal terbang yang rasa pedaspedas
tu singgit. Makin tua Che Mat sekarang.
Isy, ye la... Mana ada orang dalam dunia ni makin
muda. Semuanya makin tua. Dah lumrah alam. Yang tua
berjiwa muda, miang-miang keladi tua tak sedar diri tu
ramai. Makin ramai. Cuba aje tengok dekat Mutiara Dangdut.
Confirm yang spesies rumah kata pergi, kubur kata mari
berlambak-lambak bergelek di tengah-tengah lantai tari.
"Waalaikumussalam."
Lelaki yang dikenali dengan nama Che Mat itu
menjawab salam yang diberikan. Cermin mata yang tadinya
terletak elok di atas buku log tebal dipakai semula. Mahu
mengecam wajah gerangan yang tiba-tiba datang memberi
salam. Ingat-ingat lupa. Muka macam kenal tetapi tidak ingat
siapa.
Aleeya tersenyum melihat gaya Che Mat yang
berada di hadapannya itu. Lawak betul la Che Mat ni. Ia-ia aje
dia nak cam muka aku ni.
"Che Mat, ini Leeya la. Anak Sahimi yang berniaga
kedai makan kat tepi lombong Taman Temara tu dulu."
Che Mat garu kepala. Barangkali cuba mengingati
siapa budak yang datang dari ceruk mana memperkenalkan
diri sebagai Leeya ini.

"Leeya mana pulak ni?" Che Mat bertanya sekali
lagi. Ditenung Aleeya dekat-dekat.
Hampir terkebelakang Aleeya bila Che Mat
merenungnya dekat-dekat sebegitu.
Che Mat nak buat pengecaman ke atas muka aku
ataupun nak ambil kesempatan ni? getus hati Aleeya. Tidaklah
sampai mahu mengata di depan-depan. Aku masih punya
nilai moral yang tinggi. Tahu bagaimana caranya untuk
menghormati orang tua.
"Aiseyh Che Mat ni. Leeya pun boleh lupa. Ni Leeya.
Aleeya. A-L-E-E-Y-A."
Sengaja Aleeya menekankan sebutan namanya itu
dan mengeja seketul-seketul.
"Anak Sahimi yang dulu berniaga kedai makan kat
tepi lombong Taman Temara tu. Yang kecik-kecik dulu selalu
beli biskut kapal terbang pedas-pedas."
Masih mengulangi dialog yang sama macam tadi
cuma kali ini dengan lebih terperinci dengan gaya yang
bersungguh-sungguh. Bukan senang nak mengingatkan
golongan veteran macam Che Mat ni yang confirm memori
dah berkarat.
Che Mat masih cuba mengingati siapa budak
perempuan yang tiba-tiba datang ke kedainya ini. Dahinya
berkerut-kerut.
Ketika itu, masuk seorang pemuda ke dalam kedai
runcit Che Mat.
Aleeya sekadar memandang sekilas.
"Pak cik, ubat nyamuk kat mana?" Pemuda itu
bertanya.
"Dekat belakang tu."

Jari telunjuk Che Mat dihalakan ke satu rak di
bahagian belakang tempat ubat nyamuk diletakkan.
Pemuda itu hanya menuruti.
Che Mat hanya menghantar pemuda itu ke rak di
belakang dengan pandangan mata sahaja. Kemudian matanya
kembali ditala ke arah Aleeya. Dia tersenyum.
"Ooo… ni Leela anak Abang Mie yang dulu tu
berniaga kat kedai makan tepi lombong Taman Temara tu
ye?" kata Che Mat.
Akhirnya! Ingat juga Che Mat ni dekat aku. Dah
berapa kali dibetulkan. Nama aku Leeya. Bukan Leela. LEEYA.
LEEYA... LEEYA... Tapi nak buat macam mana, dah dari aku
kecik lagi lidah Che Mat ni panggil aku Leela. Dah macam
nama anak aci mana entah!
Ye la tu Che Mat oiii! Aku pun tak tau macam mana
boleh terkeluar nama Leela ni. Kalau asal usul nama Nurul
Aleeya tu aku tau la. Mak pernah bagi tau dekat aku dulu. Itu
pun lepas aku tanya kat mak macam mana boleh letak nama
aku jadi Nurul Aleeya. Aku tanya pun lepas kawan-kawan
dekat sekolah tanya mana datangnya nama Nurul Aleeya
sebab diorang kata nama aku lari jauh sangat dengan nama
adik-adik aku yang lain. Lari jauh sampai tak boleh nak kejar
sebab dah termaktub dalam surat beranak. Nama adik-adik
aku Anis Fatiha, Aizat Fahmi dan yang bongsu sekali Ain
Farhana. Kenapa aku seorang aje Nurul Aleeya sedangkan
yang lain semua pakat konon-konon generasi AF.
Mak kata nama tu arwah opah belah abah yang kasi.
Keluar-keluar aje dari dalam perut terus arwah opah tabalkan
aku dengan nama Nurul Aleeya. Kebetulan masa tu mak
dengan abah pun masih tercari-cari nama apa yang nak
diletakkan pada puteri sulung dia orang. Jadi bila arwah opah
beria-ia benar mahu letak nama Nurul Aleeya tu, mak dengan
abah terus setuju. Sampai sekarang aku bawak nama Nurul
Aleeya. Tapi biasa orang panggil Leeya sahaja.
Ini memang Leeya anak Mie yang berniaga kat
kedai makan tepi lombong Taman Temara. Ni tak tau dah
berapa kali repeat dialog yang sama, Aleeya berkata di dalam
hati.
Pemuda tadi datang ke kaunter hadapan tempat
Che Mat dan Aleeya bersembang. Diletakkan ubat nyamuk,
berus gigi dan ubat gigi di atas meja kaunter.
"Berapa pak cik?" tanya pemuda itu. Sempat
bermain mata dengan Aleeya yang berdiri di sebelah.
Aleeya berlagak selamba. Eleh! Nak mengurat la tu.
Aleeya sudah perasan diri.
Che Mat mengira harga satu per satu barang-barang
yang dibeli oleh pemuda itu. Sambil mengira mulutnya
masih lancar mahu bersembang dengan Aleeya.
"Lor Leela dah besor panjang kamu sekarang ni.
Dulu-dulu ni encik, Si Leela ni selalu datang kedai pak cik ni
dengan mak dia. Muka masa tu selekeh, selenga, selebet
semacam aje. Maklumlah masa tu kecik aje lagi. Hingus pun
tak kering lagi. Kalau datang kedai pak cik mesti mintak
biskut kapal terbang singgit kat mak dia."
Lancar mulut Che Mat bercerita kepada pemuda
yang dia sendiri tak kenal. Siap buat lakonan semula
flashback balik macam mana aku merengek mintak mak
belikan biskut favourite aku tu.
Muka pemuda itu pada mulanya nampak macam
blur sebab tidak tahu hujung pangkal cerita terus ikut sama
gelak apabila mendengar cerita Che Mat tentang gadis di
sebelahnya itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2009 01:22 PM | Show all posts
Aleeya naik geram. Apa kena Che Mat ni... boleh
pulak bukak cerita sejarah aku kecik-kecik kat mamat ni!
Adoyaiii... Dah la bagi aku tiga ‘SE’ sekali gus. Bukan special
edition. Tapi ‘selekeh’, ‘selenga’, ‘selebet’. Ngeee… geramnya
aku!
Aleeya menggetap bibir. Tiba-tiba terasa panas
pulak. "Apa Che Mat ni cakap orang macam tu. Itu dulu la...."
"Semua sebelas ringgit dua posen, encik." Che Mat
memberitahu harga kesemua barang yang dibeli oleh pemuda
itu. Kata-kata Aleeya dibiarkan sebentar. Pelanggan mesti
diutamakan dahulu.
"Ini dia duitnya, pak cik."
Selepas membayar pemuda itu terus berlalu pergi.
Sebelum berlalu, sempat dia menoleh dan tersenyum ke arah
Aleeya.
Aleeya yang terperasan dengan reaksi pemuda itu
terus membulatkan mata menahan marah dengan senyuman
sinis yang sah-sah nak mengejek lepas dengar cerita sensasi
Che Mat itu tadi.
"Apa Leela cakap tadi?" Che Mat menyambung
kembali perbualan yang tertangguh sebentar tadi.
Leela... Leela... Leeya la Che Mat. Berapa kali nak
dibetulkan lidah Che Mat supaya sebut nama orang betulbetul.
Sekali lagi Aleeya menggetap bibir. Bengang pun ada.
Dah la kena gelak dengan mamat entah mana-mana tadi.
Harap-harap lepas ni tak jumpa lagi mamat yang tadi tu.
Kalau tak, mahunya aku kena gelak lagi.
Che Mat senyum sumbing melihat gadis di
hadapannya itu membebel pot pet-pot pet. Dulu masa kecil
jika disakat pasti meleleh air mata, air hidung semua keluar.
Bila sudah besar kena sakat, sudah pandai menjawab balik.

"Alah Leela... Che Mat gurau aje la tadi. Sekarang
Che Mat tengok dah lawa, makin manis. Tu yang Che Mat tak
perasan tadi tu." Che Mat membetulkan keadaan.
Aleeya dah naik boring bersembang dengan Che
Mat. Tengok tu! Memanglah... Lidah Che Mat ni dah keras
sebut nama aku Leela. Dah tak boleh dipinda dari Leela jadi
Leeya. Belasah ajelah. Che Mat ni bukan boleh dilayan sangat.
Aku pun ada kerja nak kena buat ni.
"Camni la Che Mat. Aleeya cari rumah ni. Che Mat
mesti tau punya. Mesti kenal dengan orang ni."
Aleeya menunjukkan kad yang sudah hampir lunyai
itu kepada Che Mat. Sebenarnya itulah tujuan Aleeya
berjumpa si tuan empunya kedai runcit ini. Untuk bertanya
di manakah lokasi sebenar tempat yang sedari tadi dicari
tetapi tidak jumpa-jumpa. Macam mana entah boleh
bersembang panjang dengan Che Mat pun Aleeya tidak tahu.
"Ooo... ini rumah Pak Azit. Kamu jalan terus aje.
Lepas tu belok kiri. Dah jumpa. Anak perempuan dia nak
bernikah malam ni. Esok makan kenduri la Che Mat," kata
Che Mat kepada Aleeya. Tangannya turut sama-sama
menunjukkan arah tempat yang ingin dituju oleh Aleeya.
Aleeya mengerutkan dahi. Muka nampak macam
dah confuse. Nak confuse apa lagi ni...! Bukankah tadi Che
Mat dah bagi tau. Ini rumah Pak Azit. Pak Azit mana, aku pun
tak tau. Bukan kenal sangat dengan pak cik-pak cik Kampung
Sri Kinta ini. Pak cik-pak cik Taman Temara tu pun tak habis
beramah mesra lagi. Macam ada yang tak kena la dengan peta
dalam wedding card ni! Hmmm….
"Tapi Che Mat, peta dalam kad ni kata jalan terus
jumpa simpang lepas tu masuk kanan. Bukan kona kiri."
Aleeya cuba membetulkan pandu arah Che Mat tadi yang
dirasakan tidak berapa nak betul kalau mengikut lakaran peta
asal yang terdapat pada muka surat akhir kad jemputan di
tangan.
"La... kamu ni Leela. Kalau dah jalan terus tu mana
nak jumpa simpang ke kanan. Kalau kamu ke kanan jugak
jawabnya masuk dalam lombonglah. Kalau kamu terus jalan
ke depan nak cari simpang kanan alamatnya sampai bebila la
tak jumpa simpang kanan kamu tu. Kalau jalan terus, terus
jumpa jalan mati."
Che Mat menerangkan satu per satu arah jalan
kepada Aleeya. Geleng kepala Che Mat dengan Aleeya.
Ye tak ye jugak cakap Che Mat ni. Nak mampus apa
belok ke kanan. Memang ke lombong la jawabnya. Adoyai…
sah. Ni mesti ada error kat peta dalam wedding card ni. Nasib
la buat orang jauh macam aku nak datang kenduri ke rumah
Pak Azit ni. Jenuh semua masuk lombong nanti.
Aleeya tersenyum. "Okeylah Che Mat. Dah tau dah
nak ikut jalan yang mana satu. Jumpa lagi ek. Terima kasih."
Aleeya terus berlalu keluar dari kedai Che Mat.
Sebelum keluar matanya tertancap pada balang-balang biskut
yang elok teratur di hadapan kedai. Salah satu daripada
balang-balang biskut itu menarik perhatiannya.
"Che Mat, kasi biskut kapal terbang pedas-pedas ni
singgit," pinta Aleeya kepada Che Mat.
Che Mat yang berada di dalam kedai terus keluar.
Menyenduk biskut yang diminta ke dalam plastik kecil dan
memberinya kepada Aleeya.
Bungkusan biskut beralih tangan. Not satu ringgit
dihulurkan dan Aleeya terus berlalu menuju ke keretanya
yang tersadai di tepi jalan.

Di dalam perut kereta, Aleeya tersenyum sendiri
melihat bungkusan biskut di tangan. Dulu masa aku kecikkecik,
kalau beli biskut kapal terbang ni singgit, boleh dapat
penuh satu beg plastik. Sekarang ni, nak kata separuh plastik
pun tak sampai.
Tak sangka... wujud lagi rupanya biskut ni. Memang
nampak klasik. Sekarang nak cari kat mana lagi biskut
seklasik macam ni. Pusing satu Malaya pun belum tentu
boleh jumpa kalau tak kat kedai Che Mat.
Enjin kereta dihidupkan. Tanpa berlengah kereta
terus menuju ke rumah pengantin perempuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2009 08:30 AM | Show all posts
BAB 4

MYVI SE berwarna merah
perlahan-lahan membelok
ke kiri simpang. Itu dia!
Khemah kanopi berwarna putih elok tersergam. Agak besar
juga kenduri Pak Azit yang dikatakan oleh Che Mat tadi.
Makan free la orang Kampung Sri Kinta esok. Kelihatan orang
kampung sedang sibuk menyediakan juadah makanan untuk
kenduri esok. Walaupun sudah masuk dunia Internet, dunia
handphone 3G, dunia wireless tanpa sempadan, adat gotongroyong
tidak pernah dilupakan. Sini kampung. Memang patut
dikekalkan adat bergotong-royong ini. Kalau di bandar, mana
ada orang nak bergotong-royong macam ini. Semua orang
sibuk membina masa depan, membina kerjaya, mencari duit
semata.
Kalau nak buat kenduri-kendara tak payah susahsusah
nak masak, tempah aje dengan catering service.
Jemputan cuma perlu datang makan sahaja. Mungkin kerana
itu orang-orang kota lebih suka buat hal mereka sendirisendiri.
Kadang-kadang tu jiran sebelah-menyebelah pun
boleh buat tak kenal. Nasib aku kenal baik dengan Kak
Hasmah sekeluarga yang tinggal di depan rumah sewa aku di
Putra Damai itu. Itu pun secara tak sengaja, malam-malam
buta pergi ketuk pintu rumah Kak Hasmah sebab nak mintak
suami dia tolong ajarkan macam mana nak pasangkan DVD
player yang baru beli, dekat TV. Dah berserabut wayar
kuning, hijau, merah, putih. Manual dah naik lunyai, tetapi
skrin TV tetap hitam legam. Malam tu pulak masing-masing
nak tunjuk bakat jadi Mac Gyver. Sampai ke sudah, DVD yang
baru dibeli tetap jugak tak boleh berfungsi.
Dan dengan bantuan yang diberikan oleh Kak
Hasmah dan suaminya, maka pada malam itu jugaklah aku,
Anis, Iwa dan Aida melayan Harry Potter sampai ke pagi.
Nasib esoknya hari Sabtu. Dari tahun pertama Harry masuk
belajar di Sekolah Hogwarts sampai la dia masuk ke tahun
kelima. Cerita budak-budak yang ditonton oleh budak-budak
perempuan yang dah boleh nak jadi mak budak pun. Itulah
penangan siri Harry Potter ni. Peminat tak kira usia. Tengah
hari, pakat ramai-ramai, tutup semua tingkap, bentang toto
masing-masing, semua qada tidur. Cittt!!! Baik punya aktiviti
di hujung minggu. Nasib hari tu aku punya kuliah satu hari
dibatalkan. Kalau tak, aku terpaksa jadi halimunan, ghaib
dari kelas sebab nak qada tidur.
Kereta diparkir di tepi jalan berhampiran rumah
pengantin. Dengan dua tangan yang ada, Aleeya membawa
segala peralatan dan pakaian pengantin. Dia menuju ke
rumah pengantin perempuan itu. Semua mata memandang
ke arah Aleeya. Apa aku tertinggal batang hidung di dalam
kereta ke tadi? Semua orang kat sini pandang aku macam aku
tak berhidung aje gayanya. Dup... dap… dup... dap... Bunyi
jantung berdegup kencang macam bunyi enjin motobot.
Belum sempat memberi salam, ahli keluarga si
pengantin perempuan terus menyerbu ke arah Aleeya. Ni apa
hal ni? Dah rasa nak patah balik buat larian pecut seratus
meter bila kena serbu ramai-ramai macam ni. Aleeya ditarik
masuk ke dalam rumah. Ya Allah! Selamatkanlah hamba-Mu
ini. Sungguh aku tidak bersalah di dalam hal ini.
"Apesal mak andam lambat sangat sampainya ni?
Bakal pengantin kat dalam bilik dah tak senang duduk. Mana
ke gayanya pun? Majlis akadnya lepas isyak. Ni nak dekat
pukul tujuh malam, pengantin tak siap lagi."
Suara seorang mak cik yang Aleeya tak sempat nak
berkenalan terus menerjah tanpa sempat memberi salam
mukadimah mesra-mesra terlebih dahulu.
Terkulat-kulat Aleeya. "Mintak maaf, mak cik. Saya
sesat tadi."
Nak tak nak kena mintak maaf jugaklah. Dah salah
aku. Datang lambat. Tapi, bukan salah aku. Wedding card ni
yang salah. Tapi nak salahkan wedding card buat apa. Bukan
wedding card ni boleh mintak maaf pada tuan rumah pun!
Patut salahkan orang yang design wedding card ni. Lepas tu
jangan lupa salahkan tauke kedai printing yang tak hati-hati
bila buat kerja. Sebab dia aku dapat susah.
"Dah sampai ke mak ngah?"
Datang satu suara dari arah belakang.
"Dah sampai dah ni."
Seorang perempuan muda seusia dengan Kak Ana
terus menarik aku masuk ke dalam bilik. Kesian dia.
Termengah-mengah. Nafasnya turun naik. Aku tegak berdiri
memerhati perempuan muda tersebut.
"Dik, tunggu apa lagi. Cepatlah. Akak dah lambat
ni!" Segera dia memberi arahan titah berdaulat menjunjung
kasih kepada Aleeya.

Alamak, mak andam mana pulak Ana hantar kat
rumah aku ni? Gaya blur tak tau apa-apa aje. Sudahlah
nampak budak sangat. Boleh buat ke tak ni?
Aleeya tersentak. Ini ke pengantin perempuan yang
perlu dia solekkan? Macam mana aku boleh berdiri tegak gaya
ala tiang bendera Dataran Merdeka kat dalam bilik ni,
sedangkan orang semua tengah kalut sebab pengantin
perempuan tak siap lagi!
"Ye... ye, kak." Gagap Aleeya berkata. Memanglah
aku tak boleh disergah macam tu. Kalau disergah terus jadi
gagap, nak bercakap pun terkeluar sepatah-sepatah.
"Panggil Kak Lina aje. Ini Aleeya, kan? Jenuh call
tadi. Kenapa tak jawab?"
Sempat wanita yang memperkenalkan diri sebagai
Kak Lina itu berkenalan dengan Aleeya.
Aleeya mengeluarkan handphone dari dalam kocek
seluar jean yang dipakai. Alamak!!! Macam mana boleh tak
perasan bateri handphone boleh kong terus ni. Kong sekongkongnya.
"Bateri kong la Kak Lina." Aleeya berkata sambil
menunjukkan handphone yang sememangnya telah pun
habis baterinya.
"Tak apa la Aleeya. Aleeya tau kan nak buat apa.
Tunggu apa lagi... cepatlah!" gesa Kak Lina. Harap-harap
sempatlah untuk dia bersiap.
Aleeya mengangguk. Beg berbentuk sebuah kotak
itu dibuka. Tu dia... Segala macam alatan solek menyolek
terdapat di dalamnya. Semua berjenama M.A.C. Ni M.A.C
original, bukan yang jual berlambak-lambak tiga sepuluh
ringgit di Gerbang Malam. Tak pun yang dijual di Uptown
Damansara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2009 08:31 AM | Show all posts
Tanpa membuang masa, Aleeya terus menjalankan
kerja yang telah diamanahkan oleh Kak Ana kepadanya. Mulamula
muka pengantin dibersihkan. Krim muka disapukan
terlebih dahulu agar memberi kesan yang lebih cantik apabila
terkena flash kamera. Itu petua yang Kak Ana turunkan.
Bukan suka-suka hati ambik petua yang turun dari langit.
Kemudian muka bakal pengantin disapu dengan
sejenis krim yang dipanggil concealer. Concealer berfungsi
untuk menutup segala macam parut atau kesan-kesan jagat
di muka. Diikuti pula dengan foundation. Untuk muka Kak
Lina yang tak banyak sangat masalah, Aleeya menggunakan
foundation berbentuk cecair. Foundation tadi disapu rata
dengan menggunakan span. Bedak diratakan ke seluruh
muka. Okey, yang asas-asas dah settle.
Sekarang masuk part nak matchkan warna
pembayang mata dengan blusher pulak. Aleeya mahu mata
Kak Lina kelihatan lebih dramatik dan segar pada malam dia
diijabkabulkan. Jadi untuk itu, teknik solekan mata smokey
eyes paling sesuai digunakan. Lagipun majlis akad nikah Kak
Lina berlangsung pada waktu malam. Jadi memang sesuai
sangat. Pipi yang telah pun elok disapu blusher mengikut
kesesuaian warna kulit Kak Lina itu kelihatan cukup
sempurna bak pauh dilayang. Akhir sekali, pemerah bibir
pelengkap solekan. Siap satu kerja.
Sekarang turn untuk siapkan bakal pengantin
dengan segala jenis hiasan yang Kak Ana dah sediakan ini.
Mula-mula dengan cermat Aleeya membantu Kak
Lina mengenakan baju untuk majlis akad nikahnya. Sepasang
persalinan lace dengan potongan kebaya Indonesia
dipadankan dengan kain batik lepas bersusun tingkat di
hadapan menambahkan keayuan kepada si pemakai. Rambut
paras bahu Kak Lina disanggul rapi kemudian ditutup dengan
anak tudung yang siap dijahit dengan manik-manik
Swarovski. Sehelai selendang panjang berwarna senada
dikenakan di kepala. Lilit kanan, lilit kiri, tarik depan, tarik
belakang. Lepas lilit-lilit, lepas tarik-tarik, pinkan sekemaskemasnya.
Veil panjang had pinggang dipinkan di atas kepala
yang telah sedia cantik bertudung. Veil dipasang kemaskemas
agar tidak terjatuh. Sebuah tiara berwarna perak
dengan hiasan batu dan mutiara diletakkan sebagai pelengkap
hiasan di bahagian kepala pengantin perempuan. Tiara tadi
disepit agar kedudukannya teguh dan kemas.
Akhir sekali, seutas rantai panjang dipakaikan di
leher bakal pengantin. Siap!
Aleeya memandang sekali lagi wajah Kak Lina yang
sudah siap disolek. Sentuhan terakhir diberikan ke atas wajah
Kak Lina agar solekan tadi nampak lebih sempurna. Setelah
berpuas hati, Aleeya menyuruh Kak Lina melihat wajahnya di
cermin.
Kak Lina tersenyum. "Not bad. Tak sia-sia Leeya
jadi protege Ana. Betul cakap Ana, Leeya pun ada magic
touch macam dia yang boleh buat sape-sape terkena
sentuhan magic you berdua boleh berubah rupa."
Ikhlas pujian yang diberikan oleh Kak Lina kepada
Aleeya. Sungguh. Nampak cantik. Memang dah jadi lain
daripada yang biasa.
Aleeya hanya tersenyum mendengar pujian yang
diberikan. Bangga wei bila orang puji hasil kerja kita. Dia
sendiri tidak menyangka kurang dari dua jam, si bakal
pengantin siap didandan dan disolek dengan sempurna.
"Aleeya, nanti teman akak pergi masjid ek?" pinta
Kak Lina.
Aleeya membuntangkan biji mata. Ah, sudah!!!
Dikatakan aku cuma berfungsi menjadi mak andam yang
tolong andamkan pengantin aje kat sini. Ni apa kes sampai
mahu pergi ke masjid pun aku kena ikut sekali? Ada dalam
senarai tugas seorang mak andam ke?
"Tak nak la kak. Segan la. Dah la pakai T sama jean
aje ni. Malu la nak masuk masjid pakai macam ni. Sungguh
tak bersopan santun punya anak dara...." Aleeya menolak.
Betul apa! Ada ke dengan pakai Levis skinny jeans
dengan T nak masuk dalam masjid. Buat malu keturunan aje!
"Alah… okey apa! Leeya pakai tudung. T pun lengan
panjang. Kira dah okey dah tu. Akak tak ada kawan nak teman
pergi masjid ni. Tolonglah ye." Kak Lina seakan merayu.
Dahi Aleeya sudah berkerut seribu. Tangan kiri
dipicit-picit ke dahi. Sungguh la... Aku dah pening tapi
dipaksa buat macam-macam. Kes merayu-rayu yang aku
lemah ni... Macam mana ni? Takkan nak cakap dekat Kak
Lina yang baru aku kenal ni aku tak boleh pergi! Aku segan
nak masuk masjid dengan pakaian macam ni. Nanti apa orang
kata. Tak pasal-pasal aku dituduh sebagai anak Melayu yang
tak tau etika berpakaian ketika masuk ke masjid. Malu la
kalau kena tegur pasal benda-benda macam ni. Kelentong aje.
Anggap aku tipu sunat.
"Leeya tak boleh masuk masjid, kak. Sekarang ni
bendera Jepun tengah cantik berkibar."
Baik punya alasan. Itu aje alasan yang rasa-rasanya
boleh diterima pakai oleh semua orang. Padahal baru minggu
lepas aku habis period. He he he… Belasah ajelah.
"La... ye ke?" Kak Lina mengeluh panjang. Macam
bunyi orang kecewa pun ya jugak.
"Tak apalah. Tak dapat teman sampai dalam masjid,
Leeya ikut akak sampai luar masjid pun tak apa. Tunggu kat
luar. Akak nervous ni dik." Sekali lagi Kak Lina cuba
memujuk rayu Aleeya.
Apalah Kak Lina. Selalu orang kata dah dapat betis
nak paha, tapi akak yang sorang ni pulak tak dapat paha, kaki
ayam pun jadi.
Tapi boleh diterima pakai jugak dengan logik akal.
Sekurang-kurangnya kaki ayam kalau dibuat sup memang
sedap. Kalau di restoran Thai mahunya sampai sepuluh
ringgit sepinggan kecil kerabu kaki ayam. Kalau dalam tak
boleh masuk, siapa berani halang aku tunggu pengantin
dekat luar masjid. Kena pergi jugak ke ni?
"Okeylah akak."
Nak tak nak Aleeya terpaksa menurut. Mencinya
aku kena paksa-paksa ni, di dalam hati, Aleeya merungut
sendiri.
"Good. Naik satu kereta dengan akak ye."
"Eh, tak apa la kak. Leeya boleh drive sendiri."
Aleeya cuba menolak. Apa ni? Dah la tak kenal
dengan suku sakat ahli keluarga bakal pengantin ni,
takkanlah nak duduk menumpang dalam satu kereta padahal
kereta sendiri elok tersadai kat tepi jalan tu.
"Naik sekali dengan akak la. Senang. Lepas tu
Aleeya tunggu aje dekat kereta."
Dahi Aleeya berkerut seribu. Aku tak suka diaraharahkan
orang macam ni. Bila la semua ini nak berakhir?
Terasa saat-saat macam ni nak balik rumah, mandi, terus
tidur. Tak payah nak fikir apa-apa pun. Tapi nak buat macam
mana? Aku datang sini atas arahan bos besar Butik Seri
Pengantin. Karang tak pasal-pasal Kak Lina pergi mengadu
dekat Kak Ana. Tak pasal-pasal jugak bayaran dipotong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2009 08:31 AM | Show all posts
Kak Ana bukan boleh jangka apa dia nak buat. Dari
apa yang Kak Lina duk sibuk bercerita dengan aku semasa
aku sibuk-sibuk duk solekkan dia tadi, dia orang berdua dulu
satu kroni masa studi dekat UiTM. Patutlah Kak Ana beria-ia
benar menyuruh aku tolong coverkan kerja dia kat sini.
Member satu kroni mahu kahwin. Tapi dia tak dapat datang.
Terpaksa aku mewakilkan diri. Keluhan dilepaskan.
"Okey."
Ringkas jawapan Aleeya. Walaupun ringkas, tetapi
bernada lemah.
"Hah, macam tu la adik akak... Jom cepat. Semua
orang dah tunggu dekat luar tu."
Dalam kepala Aleeya sempat berfikir-fikir. Patutlah
kakak-kakak berdua ni boleh jadi satu kroni. Kepala dua-dua
sama. Macam mana aku boleh termasuk di tengah-tengah
kepala gila-gila ini pun aku tak tau. Sedar diri. Memang aku
pun kepala boleh tahan gila-gila jugak, tapi aku gila-gila
dengan golongan seusia aku aje. Aku golongan adik-adik,
diorang golongan kakak-kakak, nasib tak masuk grup ‘mak
cik-mak cik ahli mesyuarat tingkap’.
Tiba di pekarangan masjid, kelihatan rombongan
pihak pengantin lelaki telah sampai terlebih dahulu.
Mengikut kata Kak Lina, rombongan pengantin lelaki
bertanggak di rumah mak long Kak Lina yang tinggal tidak
jauh dari masjid ini. Boleh tahan segak bakal pengantin lelaki
Kak Lina ini.
Sementara menunggu majlis akad nikah
berlangsung di dalam masjid, Aleeya hanya duduk di dalam
kereta. Seperti yang dia harapkan. Di dalam kereta, Aleeya
bersandar kepenatan.
Aku pun tak paham kenapalah aku kena berada di
sini. Aku kalau tak disebabkan dipujuk rayu Kak Lina tadi,
rasanya tak kuasa nak turut serta dalam upacara ini. Lebih
baik duduk diam-diam di rumah pengantin. Dah tentu-tentu
boleh makan nasi. Macam lepas ni dah tak ada kerja. Padahal
lepas majlis ini, ada pulak majlis malam berinai besar. Lepas
majlis malam berinai besar pulak, ada acara tangkap gambar
pengantin dalam pakaian pelbagai bangsa pulak. Pukul
berapalah semua ini akan berakhir. Sungguh. Aku memang
dah penat sangat ni. Rasa-rasanya ini yang pertama dan
terakhir aku ambil kerja Kak Ana ini. Nampak senang. Tapi
sebenarnya azab wei….
Sedang asyik Aleeya melayan perasaan, melayan
blues seorang diri, kelihatan jurukamera keluar dari masjid
sambil merakamkan detik-detik manis pasangan yang baru
sah bergelar suami isteri itu. Lalu, Aleeya keluar dari perut
kereta apabila melihatkan semua orang sudah keluar dari
dalam masjid. Aleeya hanya berdiri menyandar di pintu kereta
yang tertutup sambil memerhati Kak Lina dengan suami
tercinta mengabadikan detik-detik manis di dalam hidup
mereka ke dalam lensa kamera. Jelas terpancar kebahagiaan
bila cinta yang suci itu direstui oleh kedua-dua keluarga dan
diakhiri dengan ikatan pernikahan.
"Aleeya!!!"
Lamunan Aleeya tiba-tiba terhenti apabila terdengar
suatu suara memanggil namanya. Aleeya memandang ke arah
dari mana datangnya suara itu. Kelihatan Kak Lina sedang
melambai-lambaikan tangan ke arah Aleeya dan memberi
isyarat agar datang kepadanya. Aleeya dengan segera datang
ke arah Kak Lina. Tisu peket yang telah sedia di tangan
dikeluarkan sehelai, lalu ditekan-tekan perlahan-lahan ke
wajah Kak Lina yang sudah berpeluh itu.
"Berapa kali abang Kak Lina baru lepas tadi?" tanya

Aleeya seakan berbisik di telinga Kak Lina. Sengaja diajukan
soalan yang agak nakal itu kepada Kak Lina.
"Sekali aje, dik," jawab Kak Lina dengan senyuman
mekar di bibir.
"Wahh!!! Terror la abang akak. Ini mesti dah praktis
banyak kali ni...." Kali ini volume suara Aleeya sedikit kuat.
Serentak itu, hinggap satu cubitan di lengan kanan
Aleeya.
"Adui!!! Sakit la kak." Aleeya mengerang perlahan.
Melebih nampak kakak sorang ni. Main cubit-cubit pulak!
"Cover sikit, dik."
Aleeya terus tergelak kecil mendengar jawapan yang
keluar dari mulut Kak Lina itu. Nak cover mendenya? Yang
jadi pengantin Kak Lina, bukan aku! Yang kena cover-cover,
kena kontrol ayu, Kak Lina. Bukan aku!
"Aleeya, jom ambik gambar sekali," usul Kak Lina
sambil menarik tangan Aleeya.
"Eh, tak apa la kak."
Aleeya menolak. Tak biasa. Kak Lina dengan aku
bukan ada apa-apa ikatan persaudaraan pun. Menjadi sahabat
pun bukan. Kenapa mesti jadi minah enter frame pulak ni?
"Jom la. Meh sini akak kenalkan. Ini suami akak.
Muhammad Khairul Irfan. Aleeya panggil Abang Irfan aje."
Kak Lina memperkenalkan suami tercinta.
Aleeya mengangguk sambil tangannya dilambai ke
arah Abang Irfan. "Haa... hai bang."
"Abang, kita ambil gambar dengan mak andam yang
ditempah khas ni sekali ek?"
"Okey." Idea yang dipersetujui oleh si suami.

"Tak payah la kak."
Kepala Aleeya mula berpusing-pusing mencari
alasan. "Hmmm... hah! Mak Leeya kata tak baik kalau ambik
gambar bertiga, kak."
Hentam sajalah. Dah itu aje yang terlintas dekat
kepala masa ni.
"Kalau tak boleh bertiga, kita ambik berempat."
Abang Irfan pula mencelah.
Aleeya membulatkan mata. Kalau aku minah enter
frame. Siapa pulak yang nak jadi mamat enter frame gambar?
"Zain, sini jap."
Suami Kak Lina memanggil seorang lelaki yang
sedang bersembang-sembang dengan pihak pengantin
perempuan. Barangkali adik ataupun saudara-mara suami
Kak Lina.
Aleeya memalingkan muka ke tepi. Dah tak tau
macam mana bentuk muka aku sekarang ini. Dahi dah
berkerut-kerut. Muka dah berminyak. Lesu campur penat.
Macam mana nak ambil gambar dengan mempelai?
"Aleeya!"
Aleeya tersentak. Kenapalah Kak Lina ni suka
sangat main kejut-kejut orang. Kalau ada sakit jantung dah
lama dah jadi arwah.
"Akak ni! Suka kejut-kejutkan orang. Kalau Leeya
ada sakit jantung, alamatnya wassalmulah kat sini." Selamba
Aleeya menuturkannya.
Kak Lina ketawa mendengar kata-kata yang
terkeluar dari mulut Aleeya.
"Sembang apa lagi ni? Hah, Leeya ni kawan abang,

Zain. Zain, ini Aleeya. Tadi Leeya kata mak Leeya cakap tak
elok, kan ambik gambar bertiga. Sekarang dah berempat.
Bagus betul budak ni. Anak yang mendengar cakap mak dia."
Abang Irfan berkata sambil tangan kiri menepuk bahu
pemuda di sebelahnya.
Aleeya mula mengerutkan dahinya apabila
memandang wajah pemuda yang segak berbaju Melayu cekak
musang berwarna putih lengkap bersamping tenunan
Terengganu berserta songkok hitam di kepala. Macam pernah
kulihat muka ini... tapi di mana ya? Mengulang kembali
dialog Yassin Senario dalam filem ‘Senario Lagi’. Macam
kenal. Argh… Kenapa kepala susah sangat nak ingat siapa
dia? Macamlah satu jam tadi pergi telan dua biji pil pelupa
sampai boleh jadi lupa dengan semua benda.
Pemuda itu tersenyum kepada Aleeya.
Aleeya membuntangkan biji mata. Mulut ternganga
luas. Tetapi cepat-cepat ditutup kembali sebelum ada lalat
yang berani masuk. Memanglah aku macam ingat-ingat lupa
dengan muka mamat ni. Ini mamat yang aku jumpa dekat
kedai Che Mat petang tadi. Apa punya petaka datang menimpa
ni! Sungguh. Dunia ini bulat. Dunia ini kecil. Pusing-pusing
pasti kita akan terjumpa dengan orang yang sama. Baru tadi
berdoa supaya tak terjumpa lagi mamat ini. Sekarang, dia
dah berdiri betul-betul depan mata. Kalaulah aku ada magic
power, nak aje aku menghilangkan diri balik rumah sekarang
jugak. Tak pun kalau aku ada selimut yang boleh buat diri
jadi halimunan macam dalam filem Harry Potter tu,
memanglah sekarang jugak aku selimutkan diri aku ni.
"Okey. Sekarang semua ready ye? Berdiri rapatrapat.
Yang cik adik sebelah tu apesal jauh sangat tu? Rapat
sikit. Nanti nampak separuh badan aje dalam gambar."

Jurukamera bertugas memberi arahan kepada kami
agar shoot yang akan diambil nanti nampak cantik.
Aleeya menggetap bibir. Sengaja betullah si
cameraman ni. Ngeee!
"Okey. Ready for take. One, two, three… cheessee."
Aleeya hanya tersenyum bersahaja. Tak tau nak
ditafsirkan macam mana rupa senyuman tadi. Macam kerang
busuk, lala busuk, tiram busuk yang mana satu aku pun tak
berapa pasti.
Mula-mula sekeping. Lepas tu sekeping lagi. Lagi…
lagi… dan lagi. Dalam malu-malu tadi, rasa-rasanya dekat
sepuluh keping la gambar Aleeya tersesat dalam album
kahwin Kak Lina.
Selesai sesi bergambar beramai-ramai bersamasama
ahli keluarga, kedua-dua mempelai mula bergerak ke
rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. Kak
Lina dan suaminya naik satu kereta.
Entah macam mana Aleeya boleh tercampak naik
satu kereta dengan Zain. Nak buat macam mana? Nak naik
kereta dengan pengantin baru, Aleeya segan. Takkan nak
berhimpit-himpit. Nasib baik Si Zain tu kasi offer baik punya
tumpang Chevrolet Optra dia. Walaupun rasa macam malu
nak tumpang sekali, tapi dah tak ada pilihan. Takkan nak buat
keras kepala buat acara maraton, jalan kaki malam-malam
buta ini. Memang jarak tak berapa nak jauh dengan rumah
pengantin. Tapi malam-malam macam ni takut kalau-kalau
terserempak dengan H.A.N.T.U. Mintak simpang.
Nauzubillahiminzalik!
Di dalam kereta, yang dikasi tumpang dengan yang
baik sangat memberi tumpang masing-masing diam sahaja.
Bukan Aleeya malas mahu beramah mesra. Tetapi
takkanlah dia yang nak mulakan dulu. Buat malu muka aje.
Dah la petang tadi punya kes pun belum hilang lagi kesan
malunya. Jangan nak buat hal. Jangan suka-suka nak kasi
malu diri sendiri, hatinya berperi.
Sampai di rumah pengantin, Aleeya terus keluar
dari Chevrolet Optra milik orang yang kasi tumpang itu.
"Thanks."
Sepatah perkataan yang terkeluar dari mulut Aleeya
sebelum dia berlalu pergi.
"Hmmm... Meenachi Leela Ji. Nice to meet you!"
Tiba-tiba datang suara dari belakang.
Mendengar sahaja kata-kata dari belakang itu,
Aleeya terus berpaling pusing kepala lipat maut. Dilihatnya
Encik Chevvy itu sedang tersenyum sambil menahan ketawa.
Kening Aleeya naik sebelah ala-ala penyanyi lentik
Ziana Zain. Mata dibulatkan. Dia mendengus geram. Terus
berpusing dan berjalan laju-laju menuju ke rumah
pengantin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.147600 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list