CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3191|Reply: 7

Nisaku Sayang

 Close [Copy link]
Post time 8-8-2009 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by liya71a at 10-8-2009 10:57

Beginilah perasaan perempuan kalau dapat tahu yang kekasih hatinya berbelah bagi. Sungguhpun dia tahu yang kekasih hatinya mengasihinya sepenuh hati, namun apa kan daya, sudah takdir ilahi. Dugaaan ini datang dan pergi, menguji kesabaran jiwa dan raga...

"Apa pendapat awak jika abang katakan yang abang sudah jatuh hati pada salah seorang perempuan di ofis abang?"

"Saya tak kisah, ikut suka abang lah.. abang tau yang mana baik dan yang mana buruk. Kalau tanya pendapat saya, sudah tentu saya tidak menyokong ataupun tidak membangkang" sahutnya dengan rasa berdebar-debar. Bagai tamparan pilu hadir dihatinya bila mendengar persoalan yang diajukan usai makan malam tadi.

Lelaki itu diam. Dia merenung ke hadapan. Kosong. Mujur juga ruang tidur ini nyaman dengan angin sejuk dari luar. Petang tadi hujan renyai-renyai berpanjangan, menghantarkan hembusan dingin di waktu malam. Ana masih nyenyak di sisi.

"Apa kata awak telefon perempuan tu dan berkawan dengan dia..? jadi kakak pada dia?"
soalnya lagi.

Nisa terdiam seketika, sengaja melelapkan mata walaupun hatinya dilanda gundah gulana yang teramat sangat.

"Dia mungkin akan kahwin dengan abang jika abang duda" Nisa menjawab.

Dalam hatinya membisikkan, perempuan ini wanita muda yang masih mentah. Sungguhpun dia tidak mengenalinya langsung, malah wajahnya pun tak ingin dia cari, dan tak ingin dia kenali, namun dia tahu bahawa seorang wanita muda, masakan mahu berkongsi kekasih dengan wanita lain.
Sebenarnya perkataan yang keluar dari mulutnya itu bukanlah datang dengan alasan dia tidak suka dimadukan. Tetapi sebagai amaran, bahawa dia tidak mungkin akan diterima oleh wanita baru itu dalam hidupnya.

"Dia kata, dia tak sanggup nak tengok perempuan lain sedih, tak mau lukakan hati Nisa". Suaminya berkata lanjut dalam baringnya. dia lihat dari ekor matanya, suaminya masih belum lelap, cuma memejamkan matanya dengan tenang.

"Oh... okay. I have no comment.. Nisa tak ada masalah dengan abang. Malah Nisa tak pernah nak cari gaduh. Nisa tak pernah cek sms atau handphone abang. Terpulang lah pada abang". dia berkata tenang. Hatinya pilu bagai dihiris belati tajam.

"Abang cuma sms dan email saja dengan dia. Nisa jangan lah fikir yang bukan-bukan".

"Nisa nak pesan dengan abang, jaga aurat. Wanita ni banyak aurat dia, suara kalau dilunakkan pun dah jatuh kepada haram. Apatah lagi sms-sms berusur cinta kepada lelaki bukan muhrim, ye lah, yang bukan suaminya...."
"Nisa nangis ke?"
dia diam. Sebutir air mata pun tidak turun dari pilis matanya. Dia membaca istighfar di dalam hati. Matanya terpejam dan seketika dia terlelap....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2009 06:23 PM | Show all posts
Aduh cerita ni mengingatkan aku pada sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 09:09 PM | Show all posts
citer sedey ni... tak moooo... huhuhu... sambung lg bleh? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 10:43 PM | Show all posts
alahai....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2009 10:55 AM | Show all posts
hehehe.... saje nak kasi sedeyyy skit... ni kena tengah mengarang ayat utk sambungan dier.. huhuhuhu... siap sediakan tisu okayyyy....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2009 11:44 AM | Show all posts
Lagu 'Ayat-ayat Cinta' - Rossa berkumandang dari telefon bimbit Nisa.

Terpapar gambar Ana di skrin telefon, menandakan lelaki yang dikasihi nya yang memanggil dari sebelah sana.

'Assalamualaikum". Sambut Nisa dengan suara serak, terkejut dari tidur dengan lagu Rossa tadi. Dia terlelap semula setelah menunaikan solat subuh pagi tadi. Terlalu mengantuk. Malam tadi sengaja dia mencengkang matanya menghabiskan cerita dari slot cerekarama TV3 yang nampak menarik.

"Waalaikumussalam.., Nisa buat apa tu?"

"Nisa tengah rehat2, budak2 belum bangun lagi". Hari Ahad yang hening. Diluar hanya kedengaran kicauan burung mencari rezeki.

"Nisa tak mau datang ke sini ke? Datang la sini bawa anak-anak mandi kolam"

"Ehmmm boleh juga, tapi Nisa tak pandai nak jalan ke sana la, nanti sesat barat. PD tu kan kena masuk highway, takut salah masuk je" . Nisa menjawab lagi. Suaminya diarahkan menghadiri kursus 3hari 2 malam ke PD. Hotel Ancasa PD tu memang selalu menjadi lokasi latihan dan hari keluarga. Nisa pernah ke sana dalam 3 kali. Semuanya dihadiri ketika Hari Keluarga Suaminya. Terakhir dia kesana bersama keluarga 2 tahun yang lepas, dan dia pun sudah ingat-ingat lupa jalan untuk ke sana.

"Okaylah, Nisa sidai kain dulu, lepas tu terus ke sana ye?"

"Okay, kalau dah sampai telefon abang, nanti abang bagi kunci bilik di lobi. Lagi pun bilik abang apartment 2 bilik. 1 bilik tu kawan abang yang tidur situ, tapi dia hari ni dah balik terus dengan bas. Abang kalau Nisa datang, boleh abang balik dengan kereta"

Nisa bergegas bangun. Anak-anak masih lagi nyenyak tidur di bilik masing-masing. Hanya Ana yang tidur bersamanya. Malam tadi Ana tidak nyenyak tidur. Mungkin teringatkan ayahnya yang sentiasa berada disebelahnya saban malam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2009 11:58 AM | Show all posts
cam sedey je citer nie...pape pn tetap best...

sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2009 01:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by liya71a at 10-8-2009 13:38

"Nisa nak tau, sakitnya bila terluka?" suaminya mula membuka bicara.

"Kenapa abang terluka?, Nisa kan ada..." aku buat-buat tak faham, tika itu aku sudah beranggapan dia maksudkan tentang si gadis di ofisnya.

"Ye lah, perempuan ni complicated kan sayang?"

Nisa tau suaminya sedang cuba memprovoke dirinya.

"Kenapa? Si Raudhah tu buat apa dengan abang yang menyebabkan abang terluka?"

"Mak Raudhah tu sekarang sakit di Kelantan. Dia kena Cikunya. Sakit-sakit sendi. Dan pulak Abang Arif pergi hantar dia all the way to kelantan, tapi bila abang tanya abang Arif, dia kata dia pergi kelantan sebab nak order serunding untuk puasa, bila abang tanya Raudhah pula, dia kata dia dah sampai ke kelantan baru dia tau mak dia tengah sakit cikunya tu... Kan confius yang mana satu yang betul, tak gitu?".

Dalam hati, Nisa dah tau, kenapa nak dicari dan nak diikuti lagi perkembangan si gadis bernama Raudhah itu. Ye lah, apa yang ada, jarang disyukuri, apa yang tiada, sering dirisaukan... Terngiang-ngiang pula di telinganya nasyid dari kumpulan inteam. Dua Cinta.

Nisa terkedu. Tiada sebarang reaksi. Dia menguis-nguis air batu kacang yang hampir cair.
Desiran ombak di pesisiran pantai Ancasa PD itu menenangkan hatinya yang kian resah.

"Abang Arif kan memang seorang yang caring.. Dia kan suka tolong gadis-gadis kat ofis sejak dulu kan?, tu kira dia nak tolong lah tu" Nisa cuba menenangkan hati suaminya. Sambil itu dia cuba mengawal suaranya.

"Ana.... jangan main jauh-jauh tau!.. sini je ye!" Nisa menjerit perlahan pada si gadis kecil yang mula menghampiri ombak pantai. Abang-abang dan kakaknya leka bermain pasir. Walaupun kakak yang sulong sudah berusia hampir 10 tahun, namun bila berjumpa pasir pantai, mereka tidak boleh tidak, mesti mahu juga mencekar pasir yang tidak berapa halus itu.

Walaupun hatinya resah gelisah, tapi dia cuba bertasbih dan bertahmid. Mohon ditenangkan hatinya di saat-saat genting, dan moga dia dapat tabah dan cuba mengawal dirinya dengan lebih rasional. Dia mahu menang, dia tidak mahu kalah dengan bisikan-bisikan syaitan, yang sentiasa membisikkan perkara-perkara negatif...

Nisa tau, walau hatinya walang, dia tidak mungkin tunduk, sepertimana kakak-kakak iparnya yang lain. Yang hanyut setelah rumahtangga ditimpa badai. Dia akan sentiasa mengingati nasihat kedua orangtuanya, tetang rumahtangga memang sentiasa di uji. Dan ujian itulah yang memaniskan rasa...

"Abang tau, abang sekarang tengah cemburu.. Ye lah cemburukan Abang Arif tu.. Walaupun Raudhah masih belum milik abang, tapi sakitnya Tuhan aje yang tau.. Astaghfirullah..."

Nisa mendengar tanpa balasan. Dia diam.

"Nisa nak tau, Raudhah tu bukannya cantik pun, bukannya menarik, tak macam gadis-gadis cantik yang jadi rebutan. Tapi Raudhah tu dari keluarga yang baik-baik. Anak Ustaz. Dan dia pun memang seorang yang simple. Berbaju kurung sentiasa, dan pakai beg galas dihadapan. Memang simple orangnya, tapi kenapa Abang Ariff pun nak bersaing dengan abang?"

"Nisa tak boleh bagi jawapannya, tapi Nisa rasa Abang Ariff tu suka dengan Raudhah kot?"

"Abang tak tau la yang tu, tapi Nisa nak tau tak, kalau Raudhah duduk sebelah Abang Ariff kat ofis tu, Raudha rapat sangat dengan Abang Ariff sampai boleh ketuk2 tangan Abang Ariff dengan pensilnya..."

Nisa terkedu, ingin saja disampaikan pada suaminya supaya berfikiran lebih terbuka. Yang ada dihadapan mata ini lah yang sepatutnya dicemburui.. Tapi Nisa tidak layak untuk menegur suaminya... Bimbang ego suaminya tergugat.

"Abang nak tau, Nisa ni dulu masa muda2 tak pernah pun usik org lelaki sampai macam tu tau, walaupun Nisa rapat dgn kawan abang yang lain masa di kolej, tapi Nisa tak sampai tergamak pun untuk duduk rapat-rapat dan usik-usik mereka. Sungguhpun mereka tu memang Nisa minat sangat..." Nisa terimbas kembali dibenaknya adegan-adegan di kolej sewaktu bergelut dalam memperolehi ijazahnya. Nisa dulu memang bebas, walaupun masih menjaga aurat, tapi Nisa terlupa yang suaranya juga adalah aurat. Seringkali juga Nisa bercakap dengan nada lenggok sengaja mahu mengusik rakan-rakan lelaki sekelasnya... Seringkali bila dia tidak faham sesuatu subjek, maka dia akan cuba rapat pada rakan lelaki yang dikira bijak, untuk memperolehi lebih fahaman (itu maksud dan niat yang dipesong syaitan)...

"Ampunkan Aku YaAllah..." bisik hatinya bila terkenangkan saat dikolej...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061885 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list