CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2342|Reply: 6

AKU TERTIPU!!! HARAP DAPAT MEMBANTU SAYA...

[Copy link]
Post time 6-8-2009 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by haikal at 13-8-2009 11:01

Post Last Edit by haikal at 7-8-2009 02:12

Salam kepada forumer-forumer semua...

Di sini saya nak berkongsi meluah atas apa yang berlaku kepada saya baru-baru ni. Mungkin forumer sekalian dapat memberikan panduan, komen, sokongan, pandangan, atau apa-apa lah…untuk saya jadikan panduan.

Dipendekkan cerita... saya baru sahaja 4 bulan memulakan bisnes secara sederhana di rumah sahaja dan alhamdullillah bisnes saya ok dan saya telah mendapat pandangan daripada kawan saya untuk memohon pinjaman perniagaan (daripada agensi kerajaan) bagi memperbesarkan bisnes saya, setelah saya pergi ke pejabat agensi berkenaan dan mendengar penjelasan mereka, semua syaratnya ok bagi saya cuma saya 1 syarat nie saya dikehendaki mempunyai pejabat operasi saya sendiri. Tanpa melengah masa lagi, pelbagai usaha saya buat untuk mencari pejabat untuk disewa seperti melalui dari surat khabar, kawan-kawan, internet, surat layang dan macam-macam lagi serta setelah saya survey kesemuanya boleh dikatakan ok dan kesemuanya hanyalah dalam pemerhatian saya kerana kalau boleh saya nak cari harga yang berpatutan tetapi saya faham dalam keadaan sekarang nie mana lah ada yang murah kan... saya harap semua forumer faham, dalam hal ini bukannya sebab saya memilih sangat tetapi harganya agak mahal bagi saya maklumlah saya baru mula nak bertapak dalam dunia perniagaan. Tetapi ramai kawan saya cakap ada yang lagi murah dan diorang pun nak bantu saya setelah mendengar masalah saya, dan setelah sekian lama saya berusaha mencari sehinggalah saya terpaksa akur untuk memilih salah satu pejabat yang saya pernah survey walaupun harganya ama mahal cikit kerana saya tak nak tunggu lama sangat untuk mengembangkan bisnes saya sebab saya takut terlepas peluang dan saya terus hubungi wakil syarikat tersebut untuk memaklumkan berkenaan hasrat saya untuk menyewa pejabat berkenaan, wakil syarikat tersebut telah beritahu saya yang segala berkenaan urusan persetujuan penyewaan untuk pejabat boleh juga dibuat dengan mengisi borang persetujuan di dalam website syarikatnya secara online sahaja dan pembayaran boleh dibuat kemudian dan saya pun telah menyatakan persetujuan saya tetapi pembayaran belum dibuat lagi. Keesokkan harinya kawan saya call, dia dapat tolong carikan pejabat untuk disewa dengan harga yang berpatutan serta saya terkedu sekejap sebab kawan saya lambat cikit nak inform kat saya yang dia dah dapat tetapi saya tetap ikut kawan saya servey pejabat tersebut kerana menghargai pertolongannya dan alangkah terkejutnya saya melihat pejabat tersebut kerana kemudahan yang terdapat  di dalamnya sama dengan pejabat yang bakal saya duduki, tambahan pula harganya memang agak berpatutan. Saya rasa amat binggung dan menyesal sekali sampaikan hati saya berkata " kenapalah kawan aku lambat inform kat aku"!!!, dan setelah saya berbincang dengan kawan saya , kawan saya menyuruh saya menelefon wakil syarikat tersebut dan bercakap secara baik yang saya tidak jadi nak sewa pejabat tersebut (pejabat yg harga mahal), dan saya setelah saya berfikir panjang, saya pun hubungi penyewa tersebut dan menyatakan yang saya tak jadi untuk menyewa pejabat tersebut dan saya bagi macam-macam alasan tetapi wakil syarikat tersebut marah dan menyatakan yang saya harus meneruskan perjanjian yang telah dipersetujui dan wakil syarikat tersebut berkata bahawa setelah saya mengisi borong persetujuan (dibuat secara online) pihaknya akan terus menyiapkan kontrak penyewaan. Dan tambahnya lagi...jika saya tidak mahu membuat pembayaran, dia mahu saman saya kerana saya tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan. Dan saya telah jelaskan, saya tidak pernah sain apa2 perjanjian ataupun membuat apa2 pembayaran, tetapi wakil syarikat tersebut berkata yang saya telah mengisi borang persetujuan dan secara automatiknya saya layak menerima kontrak penyewaan untuk pejabat yang dipersetujui dan sekarang hanyalah menunggu pembayaran daripada pihak saya sahaja seperti yang dijanjikan serta dia akan tunjukkan bukti yang mana saya bersetuju untuk menyewa pejabat berkenaan dan katanya juga mengikut polisi syarikatnya, jika kontrak telah dikeluarkan, penyewa harus mematuhi setiap syarat dan dikehendaki membuat pembayaran deposit seperti yang termeterai dalam perjanjian dan mereka berhak menyaman saya jika saya tidak mahu membuat pembayaran serta dia mahu saya buat pembayaran hari isnin minggu depan dan lepas itu dia terus letak telefon.

Saya dah buntu dah tidak tahu nak buat apa lagi kerana masalahnya saya memang tidak tahu mcm nie jadinya kerana saya ingatkan tidak ada apa-apa masalah jika saya isi borang tersebut kerana pihak penyewa tersebut langsung tidak menyatakan kepada saya jika saya mengisi borang tersebut, ianya dah dikira confirm dan saya harus membuat pembayaran setelah kontrak disiapkan. Ini memang tidak adil, jika saya tahu macam nie konsep, cara dan syarat syarikat berkenaan dah tentu saya tidak akan isi borang tersebut...MENYESALNYA!!! dan setahu saya dalam borang tersebut hanya perlukan butiran tentang diri saya dan nama syarikat saya serta menyenaraikan pejabat dimanakah yang saya mahukan dan selebihnya saya tidak ingat... Saya betul2 berharap semua sahabat forumer2 dapat membantu saya memberikan pendapat dan komen yang bernas untuk menyelesaikan masalah saya ini dan jika tahu di manakah tempat yang boleh saya membuat aduan dan khidmat nasihat tentang masalah saya ini ataupun jika ada agensi kerajaan / swasta yang mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang kontrak yang tidak  munasabah, bolehlah inform kepada saya secepat mungkin ye. Saya minta maaf jika susunan cerita kelam kabut cikit sebab saya betul2 tengah buntu dan tidak ada idea nak buat apa lagi. Kini saya tak tahu nak minta tolong kepada siapa lagi kerana saya tidak mempunyai pengalaman tentang masalah ini dan salah siapa pun saya tidak tahu dan jika forumer-forumer tahu ataupun mempunyai pengalaman boleh berkongsi pendapat, idea untuk menyelesaikan masalah saya ini serta kerjasama kepada semua forumer-forumer amatlah saya hargai...

Terima kasih kerana sudi mendengar luahan masalah saya ini...
AKU PASRAH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 09:17 PM | Show all posts
what's up bro ???
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 09:50 PM | Show all posts
x puas ati pe nye? sengal la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 10:03 PM | Show all posts
uik..

enche' haikal, ko kenapa tetiba meroyan ini..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 10:22 PM | Show all posts
erk..apa kena mengena perasaan tak puas hati ko dengan board ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 12:15 AM | Show all posts
bakponye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2009 10:18 AM | Show all posts
yg aku tak paham.. orang yg dok mereply nih...

ghupenya bile cek balik si haikal ni dah edit semula...

jadi dah ada isu disitu...

yg pastinya yg buat kontrak tu ejen... dah desperate gamaknya takde orang nak guna service dia.. tu yg memaksa tu...
yg ni ko try aje la call kpdnhep Hotline : 1800-886-800 | Tel : 603-8882 5500
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042176 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list