CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 772|Reply: 2

UMNO Pulau Pinang akan pantau pengurusan baru MAINPP

[Copy link]
Post time 31-7-2009 09:07 AM | Show all posts |Read mode
UMNO Pulau Pinang akan pantau pengurusan baru MAINPP   
                               GEORGETOWN:Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, akan memantau corak pentadbiranYang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang barubagi memastikan hal ehwal agama dan kepentingan umat Islam di negeriitu sentiasa terjaga, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad ZahidHamidi.

"Kami akan memantau sampai ke liang lahad (umpamanya) dalamsoal pengagihan wang zakat supaya ia sampai kepada asnaf tanpa mengirapegangan politik," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BadanPerhubungan Umno Pulau Pinang di sini, hari ini.

Yang Dipertua MAINPP sekarang, Shabudin Yahaya, yang dilantikketika Barisan Nasional (BN) menguasai negeri itu, dipercayai akantamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini, dan penggantinya akandipilih kerajaan pakatan pembangkang yang kini mentadbir Pulau Pinang,tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong kerana hal ehwal agamadi negeri itu terletak di bawah Seri Paduka Baginda.


"Maka, sesiapapun yang diperkenankan oleh Tuanku, kita akur," katanya yang juga Menteri Pertahanan.

Beliau berkata, dalam hal pelantikan itu, Umno Pulau Pinangjuga mencapai kata sepakat dengan kerajaan negeri dalam pemilihanpengerusi dan jawatankuasa kariah masjid di negeri itu asalkan iadibuat dengan mengambil kira kepentingan ummah dan tiada agenda untukmemecahbelahkan mereka.

"Jangan kata Umno dan Barisan Nasional di Pulau Pinangmenentang apa jua keputusan kerajaan negeri, kita tidak menentang"katanya. - Bernama



----------------------------------------

amngok ingat Majlis Agama Negeri keje nya kira duit zakat je.. kekekeke.. kalau bab duit laju je depa..


yg fardhu ain/kifayah lain tolak ketepi.. bab solat, puasa dll x amik kisah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2009 09:08 AM | Show all posts
prfttttttttttttttttttttttttttttttttttttt UMNO......
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 10:00 AM | Show all posts
sampai kepada asnaf ke sampai ke kroni????

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.262327 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list