CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 5-12-2013 11:19 AM | Show all posts
Editor Media berkampung di Jugra


Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri (lapan dari kanan) bergambar bersama editor media selepas melakukan aktiviti menembak di Lapang Sasar Batu Hampar, Jugra baru-baru ini .

SEBANYAK 67 wakil media tempatan daripada agensi media cetak dan elektronik berkampung di Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Jugra selama dua hari pada 13 dan 14 November baru-baru ini.

Program yang dinamakan Lawatan Editor Kanan Media bersama Kementerian Pertahanan dan TUDM itu merupakan acara tahunan dan kali ini dikelolakan oleh TUDM.

Semua wakil media dibawa ke Rejimen TUDM sebagai salah satu aktiviti bagi mengukuhkan ikatan persahabatan selain memberikan imej positif kementerian itu dan TUDM.

Sepanjang dua hari berada di Rejimen TUDM, wakil-wakil media didedahkan dengan pelbagai aktiviti lasak yang diaturkan khusus untuk mereka.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah flying fox, abseiling€™, menyelam, pertandingan paintball, menaiki bot tempur, treasure hunt€™ menggunakan alat pandang malam di Bukit Jugra dan pertandingan menembak di Lapang Sasar Batu Hampar.

Selain itu, wakil-wakil media juga dibawa menyaksikan pameran statik peralatan-peralatan yang digunakan oleh pasukan khas TUDM (Paskau).

Kemuncak acara lawatan media itu ialah demonstrasi keupayaan Paskau memusnahkan sasaran musuh dengan bantuan pesawat TUDM.

Para wakil media dan tetamu kenamaan telah dipertontonkan bagaimana pasukan komando TUDM melakukan insertion€™, memusnahkan serta extraction€™ dari kedudukan musuh dengan kaedah spie-rig€™.

Majlis penutup program pada hari kedua dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Ackbal Abdul Samad; Pengerusi Program, Datuk Azizon Ariffin dan Pegawai Memerintah Rejimen TUDM, Kolonel Mohamed Nazri Dashah.

Program tahunan itu memberi pengalaman yang tidak boleh dilupakan kepada semua pegawai agensi media yang terlibat kerana secara tidak langsung mereka dapat menyelami bidang dan tugas pasukan TUDM.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... berkampung-di-Jugra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 11:21 AM | Show all posts
Kerjasama ATM, TNI dipertingkatkan di bawah HLC


Zulkifeli Mohd. Zin (duduk depan, empat kiri) dan Jeneral Moeldoko (duduk depan, empat kanan) bergambar pada Majlis Penutupan Sidang Ke-11 High Level Comitte Malaysia-Indonesia (HLC Malindo) di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Operasi dan penyelarasan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dipertingkatkan di bawah Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) bagi memastikan tahap keselamatan kedua-dua negara lebih terjamin.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kerjasama HLC Malaysia-Indonesia (Malindo), antaranya melibatkan perkongsian maklumat dan risikan, operasi rondaan, pelaksanaan aktiviti dan latihan, di samping pembangunan sosioekonomi.

Menurutnya, dalam bidang sosioekonomi, usaha menentukan pembinaan infrastruktur terus dipergiatkan, khususnya di kawasan sempadan darat demi kesejahteraan rakyat jelata di dua buah negara.

"Dari segi keamanan, kerjasama turut dilakukan dari segi mempergiatkan operasi seperti 'pengawasan terselaras' sama ada di daratan, lautan mahupun udara," katanya dalam sidang akhbar selepas Sidang Ke-11 HLC Malindo di sini hari ini.

Sebelum itu, kedua-dua pemimpin tertinggi angkatan tentera tersebut menandatangani Risalah Sidang Ke-11 HLC Malindo yang turut disaksikan pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua buah negara.

Tambah Zulkifeli, pihaknya turut merancang untuk mengadakan Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia (Latgama Malindo) Darsasa-9AB pada 2016, berikutan kejayaan Latgama Malindo Darsasa-8AB pada tahun ini.

"Latihan lain turut diadakan melibatkan gabungan di peringkat perkhidmatan antara TNI Angkatan Darat dengan Tentera Darat, TNI Angkatan Laut dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dan TNI Angkatan Udara dengan Tentera Udara Diraja Malaysia," katanya.

Mengulas sama ada pertukaran maklumat dan risikan turut dilakukan, beliau berkata, perkongsian dilakukan secara bilateral yang berhubung kait dengan ancaman semasa seperti isu keganasan dan jenayah merentasi sempadan kedua-dua negara.

"Kita ada membuat pertukaran maklumat dan risikan, bukan sahaja dari segi ketenteraan menerusi HLC, malah turut berlandaskan Jawatankuasa Sempadan Am (GBC)," katanya.

Dalam pada itu katanya, apa jua ketetapan dan resolusi yang dibuat dalam HLC ini akan disampaikan menerusi laporan kepada GBC antara Malaysia dengan Indonesia pada masa akan datang.

Sementara itu, Panglima TNI, Jeneral Moeldoko berharap kemajuan dan kerjasama yang dijalinkan menerusi perkongsian risikan, operasi, latihan, sosioekonomi dan maritim dapat disepakati secara bersama.

"Kita akan mengambil langkah ke hadapan serta meluaskan segala apa yang boleh dilakukan bagi memastikan keselamatan sempadan kedua-dua negara," katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... katkan-di-bawah-HLC
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 11:24 AM | Show all posts
Tentera lima negara kongsi pengetahuan


Sebahagian daripada pegawai tentera Malaysia termasuk dari negara asing yang terlibat dalam Eksesais Bersama Lima 2013 hadir pada majlis perasmian Eksesais Bersama Lima 2013 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Butterworth, Pualu Pinang baru-baru ini.

MENYERTAI sesuatu program yang sama berkali-kali mungkin membosankan bagi sesetengah orang.

Namun tidak kepada juruterbang pesawat tempur Sukhoi Su-30 MKM, Kolonel Muhamad Norazlan Aris yang telah menyertai Eksesais Bersama Lima (Ex-Bersama Lima) sebanyak lebih 10 kali.

Baginya, latihan bersama pelbagai negara banyak membantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sepertinya.

Pegawai Memerintah No. 11 Skuadron itu berkata, juruterbang terlibat memperoleh kepelbagaian dalam latihan sedemikian.

"Kalau latihan bersama sebuah negara mungkin terhad dari segi aset tetapi eksesais sebegini membolehkan pelbagai aset terlibat.

"Kita dapat melihat penggabungan operasi, bagaimana kerjasama antara beberapa angkatan udara dijalin selain menyeragamkan prosedur operasi standard (SOP).

"Paling penting, kita dapat menggabungkan tugas masing-masing menjadi sebuah angkatan," katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam majlis pembukaan Ex-Bersama Lima 2013 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Angkatan Tentera Singapura, Leftenan Jeneral Ng Chee Meng; Ketua Angkatan Tentera Australia, Jeneral David John Hurley; Ketua Angkatan Tentera New Zealand, Leftenan Jeneral Richard RHYS Jones dan Komodor Udara Nick Bray yang mewakili Ketua Angkatan Tentera United Kingdom.

Eksesais berkenaan merupakan latihan ketenteraan darat, laut dan udara yang menggabungkan lima negara di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) iaitu Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.

Latihan yang bermula pada 6 hingga 21 November itu melibatkan kira-kira 2,000 pegawai dan anggota, 68 pesawat serta 10 kapal dari kelima-lima negara.

Eksesais berkonsepkan latihan pos pemerintah (CPX) diadakan di Pangkalan Udara Butterworth manakala latihan medan (FTX) berlangsung di perairan Laut China Selatan.

Ex-Bersama Lima merupakan latihan gabungan bersama yang diadakan setiap tahun sejak 1971 bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan selain mengeratkan hubungan lima negara terbabit.

Eksesais berkenaan diadakan secara bergilir di antara Malaysia dan Singapura setiap dua tahun sekali.

Pandangan sama turut dikongsi juruterbang pesawat pengangkut C130, Mejar Mardiana Razali dari No. 20 Skuadron.

Menurutnya, eksesais sedemikian baik untuk para peserta menimba pengalaman kerana mereka dapat berkongsi pelbagai pendapat dan pengetahuan.

"Walaupun pesawat negara-negara terbabit sama, SOP masing-masing mungkin berbeza sedikit kerana Malaysia contohnya mempunyai ruang udara yang terhad.

"Perbezaan yang ada banyak membantu TUDM di mana kita boleh berkongsi atau memperbaiki prosedur sedia ada," ujarnya.

Sementara itu, Zulkifeli memberitahu, Eksesais Bersama Lima 2013 mempunyai sedikit kelainan berbanding penganjuran pada tahun-tahun sebelumnya.

Jelasnya, selepas dihentikan 15 tahun lalu, TUDM dan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) sepakat melaksanakan semula latihan bersama atau \cross basing exercise membabitkan penggunaan ruang angkasa dan pangkalan udara kedua-dua negara.

Menerusi Perjanjian Membantu Pangkalan yang diwujudkan, pesawat TUDM dan RSAF boleh saling membantu dan bekerjasama ketika pelaksanaan pergerakan.

"Apa yang dilaksanakan ini pastinya akan meningkatkan kerjasama dua hala di antara TUDM dan RSAF sekali gus memberi manfaat kepada FPDA secara keseluruhan," katanya.

Latihan tersebut melibatkan lima pesawat Hawk MK208 milik TUDM dan lima pesawat RSAF, F-16C/D serta Pangkalan Udara Kuantan, Pahang dan Pangkalan Udara Changi di Singapura.

Pada perkembangan sama, Zulkifeli menjelaskan, FPDA telah berjaya meningkatkan tahap keselamatan serantau sejak lebih empat dekad lalu dan akan terus menjadi komponen penting itu.

Katanya, perkembangan landskap keselamatan masa kini telah mencetuskan cabaran baharu kepada rantau ini.

"Cabaran kompleks sebegini sebaik-baiknya ditangani secara kerjasama dengan negara-negara serantau," tambahnya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -kongsi-pengetahuan
Last edited by robotech on 5-12-2013 11:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 05:37 PM | Show all posts
Mayat masih berdarah



SEJAK menceburi bidang kepolisan 34 tahun lalu, beliau bertekad untuk terus mengabdikan diri terhadap segala tugas yang diberikan.

Ini terbukti apabila beliau tidak pernah memilih atau merungut mengenai tugas yang diberikan hatta pernah mengalami kecederaan di kaki ketika bergelut dengan seorang penjenayah.

Itulah tekad Deputi Supritendan Muhamad Nor Abidin Jusoh, 54, yang kini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Turus Istiadat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Bagi beliau pengalaman ketika berkhidmat sebagai pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru, Johor sebaik sahaja mula bertugas pada tahun 1979 banyak mengajarnya dunia kepolisan.

Ketika itu beliau masih muda dan baru dua tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jadi, darah muda masih mengalir dan berani menyahut cabaran dalam setiap tugasan yang diberikan.

"Selepas mendapat panggilan kecemasan seorang lelaki sedang mengamuk di tepi pantai, saya dan seorang lagi rakan terus menuju ke lokasi kejadian, saya kemudian menerpa ke arah lelaki tersebut untuk mengelakkan dia daripada mencederakan orang awam memandangkan dia enggan menyerah diri selepas diminta berbuat demikian.

"Suspek bertindak agresif dengan melawan dan pergelutan itu menyebabkan saya mengalami kecederaan di bahagian kaki," katanya kepada Gaya Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman baru-baru ini.

Suspek lelaki itu akhirnya berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk menjalani siasatan.

Siasatan lanjut ke atas suspek mendapati, lelaki bertatu itu memiliki 37 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan antaranya samun, pecah rumah dan curi kenderaan.

Tambah Muhamad Nor, pengalaman diserang dan dicederakan penjenayah itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus berjuang sebagai seorang pegawai polis.

Berkongsi lanjut mengenai pengalamannya, beliau memberitahu ada kisah yang lebih menyayat hati beliau yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Pada tahun 2004 ketika dunia dikejutkan dengan berita bencana tsunami yang melanda perairan lautan Hindi, Bandar Aceh, Indonesia antara yang terjejas dengan amat dahsyat sehingga menyebabkan kematian ratusan ribu penduduknya.

Muhamad Nor yang ketika itu bertugas di Batalion 5, Simpang Renggam, Johor antara yang terpilih dipanggil menyertai misi mencari mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut di Aceh dan tugas itu diterima dengan penuh rasa keinsafan.

"Ketika diminta menyertai misi itu, bencana tsunami sudah lebih dua minggu berlalu dan kami diarahkan ke sana untuk sama-sama membantu mencari, mengumpul serta mengkebumikan mangsa yang terkorban.

"Sebaik sahaja tiba di sana, saya hanya mampu beristighfar melihat kemusnahan alam yang telah mengubah bentuk geografi asal bandar Aceh. Mayat-mayat bergelimpangan di merata tempat dan bau busuk juga menusuk ke hidung memandangkan sudah lebih dua minggu mereka mati.

"Perkara yang paling sukar dilupakan apabila saya mengangkat mayat lima sekeluarga yang terkorban di dalam masjid Baitulrahim. Darah segar tidak henti mengalir dari tubuh mereka seolah-olah baru meninggal dunia lima minit sebelum itu tidak seperti keadaan mayat-mayat lain yang sudah pun berbau busuk dan mereput.

"Melihatkan keadaan mayat lima sekeluarga itu benar-benar membuatkan diri saya tertanya-tanya siapakah mereka sehingga mereka menjadi insan terpilih untuk menemui ajal di dalam masjid malah, keadaan mayat mereka juga tidak langsung mereput dan masih berdarah segar," ujarnya.

Hargai tugas di Bahagian Istiadat

TANGGAL 1 Julai lalu, Deputi Supritendan Muhamad Nor Abidin Jusoh memulakan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Pegawai Turus Istiadat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas menamatkan tugasnya sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Segamat, Johor.

Menurut beliau, tugasnya kali ini lebih menumpukan kepada beberapa bidang penugasan utama antaranya menguruskan majlis-majlis rasmi Yang di-Pertuan Agong serta mengatur program dalam setiap lawatan pembesar-pembesar dan pegawai tertinggi polis ke luar negara.

"Tugas yang diberikan kali ini juga saya cuba galas sebaik mungkin walaupun baru beberapa bulan saya berhijrah ke Bukit Aman. Di sini saya mempunyai lebih peluang untuk beramah mesra dengan pegawai dan anggota di bawah saya serta saya diberi kepercayaan untuk sentiasa memastikan acara yang dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong berjalan lancar," katanya.

Selain itu jabatan tersebut juga turut memfokuskan dalam pengurusan a€˜reccea€™ atau meninjau setiap lokasi dan penugasan rasmi Yang di-Pertuan Agong serta menteri-menteri sebelum baginda dan mereka ke luar negara.

"Sebelum baginda dan menteri-menteri ke luar negara, saya serta beberapa pegawai lain perlu pergi terlebih dahulu untuk membuat tinjauan lokasi dalam tugas rasmi yang perlu dihadiri," tambahnya.

Menurut Muhamad Nor, calon-calon penerima pingat keberanian polis serta darjah kepahlawanan pasukan polis juga berada di bawah tanggungjawab jabatannya untuk menjalankan proses saringan sebelum calon diputuskan benar-benar layak menerima darjah dan pingat tersebut.

"Bagi saya setiap organisasi, jabatan atau unit di dalam PDRM amat penting kerana mempunyai peranan masing-masing dalam membantu memantapkan institusi ini.

"Apa yang penting, tugasan yang diberikan perlu dilakukan dengan ikhlas dan jujur bukan semata-mata hanya untuk menempa nama," kata beliau.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ayat-masih-berdarah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 05:40 PM | Show all posts
Rawat lebih 2,000 mangsa



Pegawai Farmasi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Leftenan Kolonel Mohd. Adlan Adnan, 33, yang turut terlibat dalam misi bantuan Taufan Haiyan di Filipina memberitahu, mereka turut merasai kesan daripada taufan itu,

Katanya, angin kuat saki-baki daripada taufan tersebut sekali melanda kawasan bencana hingga khemah terangkat dan ada juga yang terpelanting sejauh 100 meter.

"Mujur kami sempat menahan bucu khemah daripada terpelanting. Kejadian tersebut memberi bayangan kepada kami tentang kejadian sebenar yang melanda mangsa Taufan Haiyan walaupun berlaku dalam masa lima minit sahaja.

"Kejadian itu berlaku pada hari ke-12 kami beroperasi di sana selepas delegasi daripada Korea Selatan melawat khemah kami untuk mengetahui bantuan dari segi apa lagi yang boleh mereka salurkan,"katanya.

Menurutnya, rata-rata mangsa yang terselamat dari bencana alam tersebut pasti mempunyai jangkitan kuman akibat luka di bahagian tubuh mereka.

"Kebanyakan orang kampung di sana yang datang ke khemah kami, terbatuk-batuk dan ada juga yang mempunyai masalah cirit-birit.

"Walaupun tiada kes yang boleh dikategorikan sebagai serius, kami perlu merawat dan mencuci jangkitan yang ada pada mereka sebelum virus itu menjadi lebih kronik,"katanya.

Mohd. Adlan berkata, pasukannya berjaya merawat 2,040 mangsa serta membekalkan 40,000 liter air bersih untuk mereka dan diserahkan kepada Datuk Bandar disana.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... t-lebih-2000-mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 05:41 PM | Show all posts
Sedih lihat kesan Taufan Haiyan



SERAMAI 51 anggota yang terlibat dalam Operasi Bantuan Kemanusiaan Taufan Haiyan di Filipina selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang pada 30 November lalu selepas melaksanakan misi tersebut baru-baru ini.

Pasukan operasi itu terdiri daripada 22 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 16 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), Kementerian Kesihatan Malaysia (6 orang), syarikat Puncak Niaga Sdn. Bhd. (4), Majlis Keselamatan Negara (MKN) (2) dan Kumpulan Sapura (1).

Kepulangan mereka disambut Ketua Staf Markas ATM, Laksamana Madya Datuk Nasaruddin Osman dan Timbalan Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Strategi MKN, Zahari Alias.

Penglibatan anggota terbabit bukan sakadar tanda keprihatinan Malaysia terhadap negara jiran yang dilanda masalah, tetapi penglibatan dalam misi seperti itu turut memberi pengalaman yang cukup berharga kepada mereka yang terbabit.

Pengalaman itu seterusnya boleh digunakan pakai jika berlaku bencana alam dalam negara.

Bagi para anggota penyelamat tersebut, ketika berada di Filipina, mereka bukan sahaja berhadapan dengan kesukaran ekoran kawasan tragedi boleh dikatakan seperti padang jarak padang tekukur, tetapi juga sedih melihat keadaaan mangsa yang terselamat.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Bencana MKN yang juga ketua operasi tersebut, Mohd. Sakri Hussin berkata, lebih 90 peratus rumah di wilayah berkenaan musnah akibat bencana tersebut.

"Banyak bangunan yang hancur dan rosak teruk, namun terdapat juga mangsa menggunakan bangunan tersebut sebagai tempat berteduh," katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Taufan itu yang membadai terutama di wilayah Leyte, tengah Filipina pada 8 Novermber lalu menyebabkan 5,.700 orang terbunuh dan 1,700 lagi dilaporkan hilang. Lebih menyedihkan, kesan daripada taufan itu menyebabkan kehidupan sekitar empat juta orang terjejas.

Mohd. Sakri yang berkhidmat selama 33 tahun di Kementerian Pertahanan dan MKN memberitahu, banyak mangsa tidak mempunyai rumah untuk berselindung akibat Taufan Haiyan yang membadai wilayah tersebut.

"Lebih menyedihkan, rata-rata manusia yang berkeliaran di sana merupakan kanak-kanak yang sudah menjadi yatim piatu akibat ibu bapa mereka yang terbunuh dalam kejadian itu.

"Kami menjangkakan kerajaan mereka memerlukan masa yang agak lama untuk memulihkan keadaan kerana kejadian itu merupakan bencana alam yang amat teruk melanda Filipina," katanya.

Katanya, sewaktu pasukannya tiba di negara tersebut, mangsa lebih mementingkan makanan asas berbanding tempat berteduh dan ubat-ubatan.

"Mereka seakan-akan tidak ambil peduli jika mereka perlukan ubat kerana cedera tetapi berebut-rebut mendapatkan makanan. Ini menunjukkan mereka sangat lapar selepas malapetaka yang menimpa.

"Setelah mendapat sumber makanan, mereka kemudiannya berebut untuk mendapatkan kain bidang ataupun selimut untuk digunakan sebagai peralatan berteduh daripada cuaca yang tidak menentu di sana," katanya.

Operasi tersebut telah diaktifkan oleh Jawatankuasa Bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menghantar bantuan kemanusiaan ke Filipina.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... kesan-Taufan-Haiyan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2013 05:49 PM | Show all posts
AS iktiraf peranan ATM dalam 'Black Hawk Down'


Zulkifeli Mohd. Zin (kiri) menerima Sijil Pengiktirafan Keupayaan Latihan Penuh daripada Tom Kelly dalam majlis penyerahan sijil berkenaan di Telok Kemang, Negeri Sembilan, semalam.

TELOK KEMANG 13 Dis. - Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.

Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah tidak langsung dipaparkan dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM.

Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

"Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.

"Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Keupayaan Latihan Penuh dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam ucapan turut berkata, beliau terharu dengan pengiktirafan itu kerana AS dapat mengenang jasa perajurit tanah air yang terlibat dalam operasi itu.

"Saya juga berterima kasih kerana AS hari ini masih mengenang pengorbanan anggota kami yang terlibat dalam operasi itu walaupun ia telah berlalu hampir 20 tahun lalu.

"Terima kasih kerana mengimbas kembali jasa anggota pengaman Malaysia yang sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anggota AS," katanya.

Dalam kejadian itu, lebih 100 anggota ATM mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera AS yang terperangkap ketika diserang puak militian Somalia di tengah bandar Mogadishu.

Operasi menyelamat itu turut mengakibatkan sembilan anggota ATM tercedera selain mengorbankan nyawa Koperal Mat Aznan.

Bagaimanapun, kisah sebenar itu tidak pernah diceritakan dan pengorbanan besar pahlawan negara yang memainkan peranan utama dalam operasi berkenaan seperti tidak diiktiraf malah anggota ATM seperti tidak wujud dalam kejadian itu seperti yang diuar-uarkan media antarabangsa.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... lam-Black-Hawk-Down
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 05:50 PM | Show all posts
PPM sedia jalin kerjasama peringkat dunia Zulkifeli

TELOK KEMANG 13 Dis. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pusat Pengaman Malaysia (PPM) yang berpusat di Port Dickson akan menjalin kerjasama strategik dengan pusat pengaman sedunia selaras dengan ketetapan 'blueprint' terbaharunya.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, keperkasaan itu adalah sebahagian teras utama daripada tiga inisiatif yang terkandung dalam kerangka kerja pelan tersebut.

"Keutamaan PPM adalah mewujudkan lebih banyak rakan kongsi dalam kalangan pusat pengaman dari negara lain bagi menjadikan PPM sebagai sebuah pusat kecemerlangan untuk melatih anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Jalinan kerjasama ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pembangunan kurikulum dan penyampaian latihan khususnya kepada pelatih, anggota pakar dan profesional," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint PPM di Port Dickson hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera Amerika Syarikat (AS), Tom Kelly bagi menyampaikan pengiktirafan berkenaan.

Menurut Zulkifeli, 'blueprint' itu akan dijadikan hala tuju bagi PPM dalam melahirkan lebih ramai anggota terlatih mengikut piawaian PBB.

"Kita akan menggunakan 'blueprint' ini sekurang-kurangnya bagi tempoh 20 tahun akan datang, namun kita akan menelitinya semula dalam jangka masa setiap tiga hingga empat tahun.

"Ini bagi memastikan dasar itu masih relevan dan sesuai dengan keperluan semasa dan persekitaran," katanya.

Dalam pada itu Kelly memberitahu, pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan atas komitmen ATM untuk menyediakan kemudahan terbaik di rantau Asia Tenggara.

"Kita sentiasa kagum dengan keupayaan Malaysia dalam melatih anggota pengaman serta menyertai operasi pengaman di merata dunia.

"Malaysia juga sentiasa berada di hadapan dalam misi pengaman dan rakyat negara ini perlu berbangga dengan pencapaian dan sumbangan ATM ini," katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... kat-dunia-Zulkifeli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2013 05:53 PM | Show all posts
Perangi jenayah sekitar kejiranan



Mohmad Salleh (lima dari kiri) bergambar dengan pegawai dan pelakon semasa pelancaran Amanita.
Gerakan para isteri dan kaum hawa,

Menjadi mata dan telinga,

Kepada Polis Diraja,

Agar keamanan terpelihara,

Itulah matlamat Amanita.

ITULAH yang ingin digambarkan dalam bait-bait rangkap ketiga lagu unit khas polis dikenali Aman Wanita (Amanita) mengenai pengiktirafan besar daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada golongan wanita dalam membantu usaha membanteras jenayah.

Amanita atau `Peace Ladya€™ merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang bermatlamat menjadikan golongan suri rumah sebagai rakan polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

Inisiatif yang telah digerakkan PDRM sejak Oktober 2012 itu merupakan satu lagi pendekatan pasukan keselamatan yang bertujuan mengukuhkan hubungan erat dengan masyarakat awam khususnya suri rumah dan kaum hawa sekali gus dapat mengetahui setiap masalah berkaitan jenayah di persekitaran tempat tinggal atau sekitar kejiranan kediaman

Awal pelancaran Amanita, hanya sebanyak 168 pegawai wanita dilantik sebagai pegawai turus di peringkat kontinjen dan daerah bagi menjayakan inisiatif tersebut yang berperanan menggerakkan dan menyelaraskan penglibatan dan aktiviti wanita khususnya suri rumah di dalam program keselamatan kejiranan.

Bagi memperkasakan lagi unit tersebut, pada 25 November lalu, PDRM mengumumkan kesemua polis wanita di seluruh negara secara automatik akan bergelar Amanita.

Menyedari hakikat pentingnya jaringan kerjasama dengan semua pihak, inisiatif mendekati kaum hawa disifatkan relevan pada masa kini dalam memainkan peranan sebagai mata dan telinga kepada polis bagi mencegah jenayah dan menjadikan kawasan kejiranan lebih tenteram dan selamat.

Peranan wanita disifatkan penting masa kini dalam usaha mencegah dan membanteras jenayah berikutan 70 peratus wanita di negara ini adalah suri rumah tangga yang adakala mempunyai banyak maklumat dan isu penting yang diperkatakan menerusi 'mesyuarat tingkapa€™ mereka.

Relevannya, masyarakat hari ini harus menghakis mentaliti tidak mahu menjaga tepi kain orang sebaliknya mengambil tahu hal di sekeliling mereka terutama yang melibatkan keselamatan berikutan pelbagai jenayah yang berlaku memerlukan mereka peka dengan keadaan sekitar.

Mengulas soal pelaksanaan unit ini, Amanita akan membuat perjumpaan dengan kaum wanita khususnya suri rumah untuk memberikan penerangan ringkas serta panduan-panduan tentang keselamatan diri dan cara berhadapan situasi cemas selain dilatih tentang peranan mereka sebagai mata dan telinga pihak polis untuk mencegah jenayah di tempat mereka.

Peranan Amanita juga adalah perantara untuk mendapatkan sebarang maklumat khususnya yang berunsur jenayah daripada golongan ini sebelum maklumat yang diperoleh disalurkan pula kepada pihak berkaitan, jabatan atau unit berkenaan yang kemudiannya tindakan diambil ke atas aduan yang diterima.

Tindakan dan inisiatif yang dilaksanakan ini disifatkan selaras dengan tujuan dalam objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu mengurangkan kadar jenayah.

Tidak ketinggalan bagi memperkenalkan unit itu kepada masyarakat awam termasuk agensi-agensi, persatuan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur baru-baru ini melancarkan Amanita peringkat Kontinjen di sebuah hotel di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang melancarkan unit itu bagi kontinjennya memberitahu, sebanyak 949 pegawai dan anggota wanita di bawah pentadbiran IPK Kuala Lumpur secara automatik dilantik sebagai Amanita bagi mendekati golongan wanita, khususnya suri rumah di kawasan masing-masing.

a€œGolongan wanita, khususnya suri rumah adakalanya takut untuk tampil melaporkan dan lebih suka bertindak mendiamkan sebarang permasalahan jenayah termasuk membabitkan perihal kejiranan, sedangkan tindakan itu sebenarnya hanya akan memburukkan lagi keadaan.

a€œDengan wujudnya Amanita, saya berharap golongan wanita, terutama suri rumah lebih berani dan selesa untuk tampil menyalurkan apa sahaja maklumat berkaitan keselamatan dan jenayah di tempat mereka.

a€œSaya yakin program ini akan berjaya merancakkan peranan wanita, terutama suri rumah dalam keselamatan kejiranan di bawah pentadbiran polis Kuala Lumpur dan diharapkan kesemua Amanita yang dilantik berjaya menggerakkan golongan wanita untuk bekerjasama dengan pihak polis ," katanya selepas melancarkan unit khas itu.

Beliau menegaskan, kesemua Amanita perlu berjumpa dan sentiasa berhubung dengan persatuan atau agensi di kawasan masing-masing, sekurangnya sebulan sekali.

a€œSaya percaya keakraban dan keyakinan golongan ini terhadap Amanita dapat melenyapkan jurang serta tahap kebimbangan jenayah dan persepsi terhadap kualiti perkhidmatan pasukan polis, sekali gus mereka selesa untuk menyuarakan apa sahaja tanpa berasa takut.

a€œAmanita sebenarnya tidak sekadar mendekati golongan wanita dengan memberikan tips pencegahan jenayah, sebaliknya turut terlibat menganjurkan pelbagai program termasuk aktiviti sosial seperti gotong-royong,a€ kata beliau.

Mohmad berkata, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kepolisan moden hari ini juga tidak lagi tertumpu kepada elemen fizikal sahaja, bahkan turut dipengaruhi faktor psikologi.

a€œInteraksi dan hubungan yang lebih erat antara polis dan anggota masyarakat amat diperlukan bagi membantu masyarakat memahami setiap usaha dan langkah yang diambil oleh polis.

a€œSaya yakin polis kini bukan sahaja perlu bertindak tegas untuk menangkap penjenayah, tetapi dalam masa yang sama pendekatan mesra rakyat amat diperlukan serta dititikberatkan,a€ jelasnya.

Mohmad berkata, pelancaran Amanita peringkat IPK Kuala Lumpur menterjemahkan kesungguhan pihaknya mendapatkan kerjasama dan penglibatan anggota masyarakat pelbagai peringkat umur, bangsa, latar belakang akademik dan amalan politik untuk sama-sama membanteras jenayah di bawah pentadbirannya.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Undang-undang dan Pendakwaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner S. Sasikala Devi berpendapat, proses jalinan erat bersama masyarakat penting kerana di situlah usaha memupuk kepercayaan, saling menghormati, perkongsian, kerjasama dan persefahaman dapat diwujudkan.

a€œSesuatu jenayah biasanya berlaku disebabkan peluang dan kurangnya kesedaran. Justeru, peranan Amanita akan digerakkan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada suri rumah tentang keselamatan diri, keluarga seterusnya kejiranan.

a€&#156DRM memberi lampu hijau kepada masyarakat untuk mengubah komuniti yang suka menjaga tepi kain orang demi kawasan kejiranan mereka yang lebih selamat dan mencapai kualiti hidup dalam kejiranan,a€ jelasnya.

Beliau memberitahu, sejak Amanita dilaksanakan sehingga kini, sebanyak 419 aktiviti merangkumi pelbagai program telah diadakan di seluruh negara untuk mendekati golongan wanita termasuk program pendidikan serta aktiviti sosial.

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... h-sekitar-kejiranan
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 06:00 PM | Show all posts
Ops Murni bantu mangsa banjir



PERANAN anggota tentera bukanlah untuk mempertahankan kedaulatan negara semata-mata, tetapi juga menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di saat kesusahan.

Itu antara tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketahui umum sebagai barisan hadapan mempertahankan kedaulatan negara.

Ketika negara dikejutkan dengan bencana alam seperti banjir yang luar biasa di wilayah Pantai Timur serta Johor baru-baru ini, anggota tentera terus tampil membantu penduduk yang menghadapi kesukaran.

Selain memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara, ATM turut membekalkan makanan kepada penduduk yang terputus hubungan dan juga membina jambatan bailey menggantikan jambatan yang roboh.

Panglimanya, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin memberitahu, sepanjang musim banjir itu, ATM telah bertindak mengatur segala aset sama ada di darat, laut mahupun udara bagi membantu mangsa khususnya di kawasan yang teruk terjejas seperti di Kuantan, Pahang dan Kemaman, Terengganu.

a€œKita juga menambah aset udara dengan penggunaan helikopter bagi tujuan mengangkut bekalan makanan ke pusat-pusat pemindahan khususnya kawasan pedalaman yang terputus hubungan.

a€œKami sudah bersiap sedia menghadapi banjir sejak September lalu dan juga menubuhkan Ops Murni khusus bagi menjalankan operasi membantu mangsa banjir.

a€œKita juga menggerakkan sejumlah anggota, aset dan bekalan seperti minyak dan makanan sebelum banjir melanda. Apabila banjir mula melanda kawasan seperti Kuantan dan Kemaman, anggota kita telah bersiap sedia sepenuhnya,a€™a€™ katanya dalam sidang akhbar baru-baru ini.

Antara peranan yang dimainkan ATM dalam membantu mangsa banjir ialah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 5 Disember lalu telah melaksanakan operasi tersebut dengan menghantar bekalan makanan kira-kira 2,083 tan untuk penduduk di dua pusat pemindahan di Kuantan, Pahang.

Operasi tersebut turut disertai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dengan sekumpulan wartawan yang menaiki helikopter jenis EC725 Super Cougar dengan membawa bekalan makanan sebanyak 1,102 kilogram di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap bagi keperluan sebanyak 4,000 mangsa banjir di situ.

Sebuah lagi helikopter turut dihantar ke Penjara Penor yang juga membawa bekalan makanan bagi diagihkan di pusat pemindahan di sekitarnya.

Adnan berkata, helikopter terpaksa digunakan berikutan kawasan yang dilanda banjir terputus hubungan darat.

a€œKerajaan negeri dengan kerjasama TUDM akan terus menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir sehingga keadaan benar-benar pulih.

a€&#156ada hari pertama percubaan menghantar bekalan makanan menggunakan khidmat TUDM gagal berikutan tiada kawasan sesuai untuk mendarat.

a€œBagaimanapun, akhirnya kita berjaya menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan selain keperluan asas yang lain,a€ katanya.

Misi bantuan kemanusiaan tidak selesai di situ apabila sebanyak 29 tan bekalan makanan telah dihantar ke beberapa kampung yang terjejas dengan banjir di kawasan Ulu Tembeling dengan menggunakan helikopter Nuri SK61 milik TUDM.

Menurut seorang penduduk di Kampung Bantal, Japrun Ali, 56, dia amat bersyukur apabila bekalan makanan dihantar tepat pada masanya.

a€œKami hanya mempunyai sedikit bekalan dan bantuan yang baru tiba ini membolehkan kami bertahan untuk beberapa hari lagi sementara menunggu banjir surut.

a€œKami tidak dapat keluar kerana air terlalu deras dan amat bahaya kepada bot-bot penumpang, lagipun perjalanan ke Kuala Tahan mengambil masa kira-kira tiga jam,a€ jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, jumlah hujan dalam tempoh tiga hari yang mencecah 927 milimeter (mm) iaitu bersamaan taburan purata hujan untuk tempoh tiga bulan meresahkan lagi perasaan penduduk di Kuantan.

Lebih membimbangkan, sebanyak enam wanita sarat mengandung yang tinggal di beberapa kampong terlibat banjir dan dibawa ke Hospital Jerantut menerusi inisiatif Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penerbangan ihsan TUDM.

Pengarah Hospital Jerantut, Dr. Muhd. Siv Azhar Merican Abdullah memberitahu, terdapat banyak kawasan terputus hubungan kerana jalan raya dinaiki air akibat banjir dan tindakan mengeluarkan ibu mengandung itu amat tepat kerana mereka akan berdepan kesukaran sekiranya tiba waktu bersalin.

Sementara itu, anggota Kor Perkhidmatan Diraja ATM, Lans Koperal Adli Zil-Ikram Abu Bakar, 29, yang bertugas membantu mangsa banjir di Terengganu pula memberitahu, dia mula merasai keperitan yang dilalui mangsa apabila menyertai operasi itu.

a€œApabila bertugas, baru saya tahu bagaimana perasaan mangsa banjir yang kurang kelengkapan dan memerlukan pelbagai bantuan,a€ katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, ketiga-tiga perkhidmatan ATM telah mengatur gerak anggota dan aset bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat banjir.

a€œSetakat ini, keseluruhan penglibatan pasukan dan aset ATM di kawasan yang dilanda banjir ialah sebanyak 143 pegawai dan 1,986 anggota lain-lain pangkat,a€ katanya.

Operasi membantu mangsa banjir itu ketika ini memasuki minggu kedua kerana beberapa tempa khususnya di Pahang masih ditenggelami air.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... bantu-mangsa-banjir
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 06:59 PM | Show all posts
Ops Gasak: ESSCOM tahan 20 individu

KOTA KINABALU 29 Dis. — Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) semalam melancarkan Ops GASAK 2 di Pulau Kalapuan, perairan Semporna yang menyaksikan 20 individu termasuk enam wanita dan lima kanak-kanak ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.

Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan empat bulan hingga 50 tahun ditahan dalam operasi yang bermula seawal pukul 3.30 pagi berakhir kira-kira pukul 2.30 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati seramai sembilan lelaki dewasa, enam wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau pun pengenalan diri yang sah dan telah ditahan pemeriksaan lanjut oleh pihak Jabatan Imigresen.

"Pulau Kalapuan didiami penduduk seramai 665 orang, termasuk 149 lelaki, 235 wanita, 135 orang kanak-kanak lelaki dan 126 orang kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad berkata, Ops GASAK 2 merupakan susulan kepada Ops GASAK 1 yang dilancarkan pada 24 November lalu melibatkan empat pulau iaitu Pulau Pom Pom, Pulau Mataking, Pulau Mabul dan Kapalai.

Beliau berkata OP GASAK 2 antara lain bertujuan untuk pencegahan dan pembersihan kawasan dari penceroboh dan penjenayah termasuk aktiviti dadah dengan modus operandi tertumpu kepada pemeriksaan dari rumah ke rumah.

Mohammad berkata sebanyak 90 rumah diperiksa dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan membabitkan pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah.

Beliau berkata, operasi seumpama itu akan diteruskan di kawasan pulau yang mempunyai penempatan dan kawasan penempatan lain (selain dari Pulau).

Sehubungan itu, Mohammad memohon kerjasama penduduk di kawasan terbabit supaya melaporkan kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) atau mereka yang dalam keadaan meragukan.

Mohammad turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang memberi perlindungan kepada PATI khususnya yang menyewakan rumah kepada mereka.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:28 PM | Show all posts
Op Fajar to Continue

By Marhalim Abbas

KUALA LUMPUR: Op Fajar – the Royal Malaysian Navy anti-piracy escort mission in the Gulf of Aden – will continue at least until this June. RMN chief Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar said on Wednesday that the National Security Council had decided that the mandate for the operation be renewed on a half-yearly basis.

The escort mission for Malaysian International Shipping Corporation started in 2008 and late last year, the government was contemplating ending the mission in the Gulf of Aden as the piracy threat was beyond the range of the escort mission.

Since June 2009, RMN auxiliary vessels, Bunga Mas Lima and Bunga Mas Enam, had been deployed for Op Fajar. These converted container vessels replaced the various RMN vessels which had been deployed for the operations starting 2008.

MISC personnel who are naval reservist sailed the ships while the security element comprised an RMN task force with Paskal commandos backed by a helicopter and embarked flight crew. On Jan 20, 2011, Bunga Mas Lima and the RMN Task Force successfully thwarted an attempted hijacking by Somali pirates on the Malaysian chemical tanker, a MT Bunga Laurel in the Gulf of Aden. On Sept 1, last year, seven Somali pirates captured in the raid were sentenced to eight to 10 years imprisonment after they pleaded guilty to shooting at the Paskal troopers on board the tanker in Gulf of Aden in 2011.

To mark the success of the operations, a coffee table book entitled “Op Fajarwas launched by Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein in November last year. On Wednesday, Admiral Abdul Aziz presented the book to the reporters who were present after he delivered his annual New Year Message to RMN. He even autographed the book.

Source:
http://www.malaysiandefence.com/?p=3918
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:40 PM | Show all posts
9 warga TLDM naik pangkat


BANGGA...Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memakaikan pangkat Bintara Kanan kepada penerima di KD Sri Gombak baru-baru ini.

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada warganya, sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan. Usaha itu termasuk peningkatan kerjaya seperti kenaikan pangkat dan diikuti peningkatan gaji, setimpal dengan kebolehan serta sumbangan masing-masing.

Jumaat lalu, seramai 39 anggota TLDM, terdiri daripada Pegawai Waran termasuk sembilan Bintara dan 18 Laskar Kanan yang bertugas di sekitar Lembah Klang telah dinaikkan pangkat dalam majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM bertempat di Kapal Diraja (KD) Sri Gombak di Kuala Lumpur.

Majlis disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan turut dihadiri Pegawai-pegawai Kanan TLDM sekitar Lembah Klang.

Ketika berucap sejurus selesai upacara, beliau menegaskan, TLDM sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hidup warganya dan berharap kenaikan pangkat tersebut akan dapat menambah semangat dan meningkatkan motivasi warganya untuk terus berkhidmat dalam TLDM.

Menurut beliau, sejak 1 April 2008, seramai 12,803 anggota LLP telah dinaikkan pangkat yang merupakan 84.8 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota LLP TLDM.

Katanya, setiap individu yang layak dan menunjukkan prestasi yang cemerlang akan dipertimbang untuk dinaikkan pangkat dan peningkatan kerjaya.

Pada masa yang sama, beliau turut berpesan kepada mereka yang dinaikkan pangkat bahawa pengiktirafan tersebut adalah sebagai tanda kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi TLDM dan penghargaan kepada warganya

"Ini seiring dengan amanah dan tanggungjawab supaya mereka terus berkhidmat dengan lebih gigih, cemerlang dan berintegriti dalam organisasi TLDM," ujarnya.

Majlis pemakaian pangkat itu katanya, juga merupakan salah satu pemangkin motivasi kepada warga TLDM yang hadir agar sentiasa menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan sehingga mampu mencapai kejayaan dan pengiktirafan daripada organisasi.

Dalam pada itu, kata beliau, banyak kejayaan telah dicapai oleh TLDM membabitkan peningkatan kerjaya warga TLDM, antaranya pada tahun lalu, Skim Pangkat Laskar Kanan (LK) Time Based telah berjaya dilaksanakan.

Skim ini jelas beliau, membolehkan semua anggota TLDM yang berpangkat Laskar Kelas Satu (LK I) dinaikkan ke pangkat Laskar Kanan setelah genap lapan tahun tempoh perkhidmatan.

Atas sebab itu, kata beliau, sepanjang tahun lalu seramai 3193 orang anggota LLP telah dinaikkan pangkat dari LK I ke LK dan sehingga kini, inisiatif tersebut dilihat banyak memberi impak terhadap kualiti perkhidmatan sepertimana yang disasarkan.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut itu turut mengumumkan berita gembira bagi semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu mereka akan menikmati kadar maksimum gaji yang mencatatkan kenaikan antara 5.6 peratus hingga 9.5 peratus melalui penambahbaikan Jadual Gaji Minimum dan Maksimum yang telah berkuat kuasa pada November lalu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz turut menyentuh pengumuman Perdana Menteri tentang pelaksanaan 11 langkah penjimatan bagi sektor awam yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Mengulas perkara itu, beliau menyambut baik dan menyokong penuh usaha drastik kerajaan dalam mengurangkan kos perbelanjaan dan beliau turut menegaskan bahawa TLDM akan terus melipatgandakan usaha melalui beberapa pendekatan ke arah menghasilkan penjimatan dan mengurangkan pembaziran melalui pengurusan yang lebih berkesan.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... a-TLDM-naik-pangkat
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:45 PM | Show all posts
Lonjakan RSD


ZULKIFLEE menerima tabik hormat daripada kontinjen RSD pada majlis sambutan ulang tahun ke-61 RSD, baru-baru ini.

LANDSKAP geostrategik negara telah berubah pada ketika ini. Pencerobohan di Lahad Datu Sabah misalnya, telah mengubah definasi tugas-tugas mempertahankan keselamatan negara.

Setelah tamatnya ancaman pengganas komunis, fokus pertahanan negara lebih tertumpu kepada pembangunan angkatan bagi menghadapi ancaman bersifat konvensional atau symmetrical threat.

Insiden Lahad Datu telah memberi isyarat baharu bahawa fokus pembangunan sistem komunikasi yang pada sekian masanya terarah kepada ancaman bersifat tradisional perlu dilihat semula.

Ancaman bersifat bukan tradisional atau a€˜assymetrica€™ seperti apa yang berlaku di Lahad Datu juga tidak seharusnya dipinggirkan malah perlu terus diperkasakan pencegahannya.

Pembangunan sistem komunikasi yang dirancang juga perlu mengambil kira keupayaan untuk bekerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Kastam dan sebagainya.

Walaupun kerjasama dengan agensi-agensi berkenaan bukanlah sesuatu yang baru namun sistem perkongsian informasi melalui rangkaian komunikasi yang bersepadu perlu difikir dan dibangunkan dengan pendekatan yang lebih positif.

Perkongsian informasi dan keupayaan untuk beroperasi bersama melalui sistem komunikasi yang boleh dipercayai ini mampu memberi nilai tambah kepada keberkesanan sesuatu operasi yang dilaksanakan secara bersama.

Operasi di Lahad Datu juga, telah memperlihatkan konsep Rangkaian Operasi Berpusat (NCO) diaplikasikan walaupun pada skala yang kecil. Atur gerak aset pengesan yang canggih dan pantas telah membolehkan informasi terus disampaikan kepada pembuat keputusan.

Perkara ini mengakibatkan prinsip komunikasi seperti signal follows the chain of command (isyarat mengikut rantaian perintah) yang menjadi panduan selama ini perlu diberi pendekatan dan pengertian baharu.

Lonjakan teknologi telekomunikasi begitu pantas juga menjadi faktor yang lebih merumitkan cabaran semasa dan perkara ini sedang dihadapi pasukan pertahanan kini dan pastinya pada masa hadapan.

Kecanggihan sistem komunikasi awam turut memberi impak kepada prosedur sistem penyaluran dan penyampaian informasi yang lazimnya dipraktikkan.

Penggunaan sistem komunikasi awam seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon bimbit juga merupakan fenomena baru yang mencabar kewibawaan sistem komunikasi dan penyaluran informasi yang disediakan oleh Rejimen Semboyan Diraja (RSD) di dalam sesuatu operasi.

Informasi di kawasan operasi sama ada berbentuk imej, teks malah video mampu disebarkan dengan pantas untuk tatapan semua mereka yang mempunyai capaian kepada ruang siber melalui aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Informasi ini juga terus diperolehi oleh keluarga dan sahabat handai yang kemudiannya menterjemah setiap informasi ini mengikut pemahaman atau persepsi mereka sendiri.

Pada situasi yang lebih buruk, informasi ini dimanipulasi pula oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu dengan tujuan untuk menjejaskan kelancaran perjalanan atau pelaksanaan sesuatu operasi.

Inilah yang dihadapi pada zaman informasi dan ancaman berkenaan wujud melalui alam siber yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja sama ada kita sedari atau tanpa kita sedari.

Dengan itu dapat disimpulkan bahawa alam siber merupakan media yang jika diurus dengan baik akan memberikan pulangan yang positif kepada dan sebaliknya, jika gagal diuruskan dengan baik maka ia berupaya dijadikan senjata untuk mengancam keselamatan semua.

Oleh yang demikian, penguasaan alam siber merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian. Keupayaan ini boleh dicapai melalui pembangunan modal insan yang seimbang dan tersusun.

Perkara tersebut termasuk meningkat dan memperkasakan daya intelektual, kemahiran, komitmen, pembinaan sikap profesional dan kesetiaan yang tinggi bagi menguasai ilmu peperangan elektronik, peperangan informasi dan memahami konsep peperangan moden seperti NCO.

Sesungguhnya kekuatan angkatan masa kini dan masa hadapan banyak bergantung kepada kekuatan dan keutuhan ilmu-ilmu peperangan moden ini.

Untuk itu Pengerusi RSD, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan menyeru semua warga tentera supaya menanam tekad untuk terus meningkatkan kemampuan diri sendiri agar dapat membangun bersama-sama memajukan kor dan seterusnya membantu menghadapi ancaman-ancaman baru yang dinyatakan.

Beliau berkata, usia RSD yang menginjak 61 tahun pastinya akan disulami dengan pelbagai cabaran justeru, beliau mengajak warga rejimen berkenaan untuk bersama-sama memperteguhkan keazaman dan iltizam agar terus menguatkan kesatuan.

"Kekuatan sesebuah organisasi bukan terletak kepada seseorang individu sahaja namun sesebuah organisasi itu turut bergantung kepada individu-individu hebat yang membentuk organisasi tersebut.

"Kesatuan dan keakraban kita sering menjadi contoh dalam Tentera Darat. Ini kerana kesatuan dan keakraban ini bukan sahaja erat ketika dalam perkhidmatan sahaja malah terus kekal walaupun setelah menamatkan perkhidmatan. Ini telah dimanifestasikan melalui Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.

"Persatuan ini merupakan salah satu persatuan yang sentiasa aktif meneruskan program dan aktiviti yang melibatkan warga yang masih berkhidmat dengan pesara-pesara RSD," katanya pada sambutan ulang tahun rejimen itu ke-61 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... /te_01/Lonjakan-RSD
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:46 PM | Show all posts
Sempadan Sarawak, Sabah dengan Indonesia bebas ancaman


Zulkiple Kassim (dua dari kiri) bersalaman dengan anggota Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) yang bertugas bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) di sempadan Malaysia dan Indonesia di Sri Aman, Sarawak, semalam.

SRI AMAN 15 Jan. - Sempadan negara antara Sabah dan Sarawak dengan Indonesia bebas daripada ancaman anasir luar yang boleh menggugat keselamatan.

Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, penduduk yang tinggal di dua negeri yang bersempadan dengan negara jiran itu tidak perlu bimbang kerana keadaan keselamatan di kawasan tersebut adalah terkawal ketika ini.

"Sebenarnya tiada ancaman khusus di kawasan sempadan Sabah, Sarawak dan Indonesia ini kecuali perkara biasa (kes-kes biasa) seperti berlaku di sempadan tempat lain.

"Antara ancaman dihadapi ialah cubaan menyeludup barangan kawalan, senjata, dadah dan pendatang asing tanpa izin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia semasa mengadakan lawatan kerja ke Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Lubuk Antu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Divisyen Pertama Infantri, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar; Pengarah Operasi dan Latihan Tentera Darat, Brigedier Jeneral Datuk Ramli Jaafar; Ketua Staf Am Markas Medan, Brigedier Jeneral Datuk Zamrose Mohd. Zain; Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Nazir Mami serta pegawai kanan Tentera Nasional Indonesia, Angkatan Darat (TNI-AD)Mejar Infantri Jamaludin S.H. Dansatgas Yonif.

Menurut Zulkiple, keadaan keselamatan di sempadan kedua-dua negara terkawal kerana wujudnya kerjasama baik antara Tentera Darat (TD) dengan TNI-AD melalui pelaksanaan operasi bersama dikenali sebagai OP Keris Parang.

Ketika ini, terdapat empat kem operasi bersama di Sarawak dan Kalimantan Barat, manakala Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4KAD) mengalas tanggungjawab bagi operasi bersama itu.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... nesia-bebas-ancaman
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 04:54 PM | Show all posts
TLDM kekal cemerlang



TAHUN 2013 menyaksikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengekalkan tahap pengoperasian aset yang tinggi dan telah melaksanakan semua misi yang diamanahkan.

Berikutan kenaikan peruntukan untuk Program Pertahanan Maritim sebanyak 4.83 peratus pada tahun itu, TLDM telah berjaya melaksanakan aktiviti-aktiviti penambahbaikan yang melibatkan pemodenan peralatan dan menaikkan taraf hidup warganya.

Dalam aspek operasi dan eksesais, TLDM telah melaksanakan sebanyak 323 operasi berkala pada tahun 2013. Selain operasi-operasi berkala tersebut, TLDM turut melaksanakan beberapa operasi khas bagi menangani situasi keselamatan maritim negara sepanjang tahun 2013.

Operasi-operasi tersebut adalah Ops Daulat, Ops Sekat dan Ops Terapung.

Pasukan itu juga terlibat dalam memberi perlindungan keselamatan kepada pekerja yang melaksanakan pembinaan dan pemasangan struktur tetap bagi penandaan titik pangkal sempadan negara dan pembinaan infrastruktur kekal yang terletak di permulaan timur Selat Singapura dan selatan Laut China Selatan.

Selain operasi-operasi ketenteraan, TLDM turut memberi bantuan kepada mangsa bencana alam melalui Ops Murni semasa banjir melanda pantai timur Semenanjung pada bulan Disember lalu.

Kesemua operasi ini telah dilaksanakan dengan cemerlang dan mencapai objektif operasi. Sepanjang tahun itu juga, TLDM telah terlibat dengan 20 siri latihan dan eksesais di dalam dan di luar negara.

Kesemua eksesais berkenaan dilaksana untuk mengekalkan kemahiran warga TLDM serta menguji keupayaan aset-aset ketumbukan berkenaan. Selain melatih warga TLDM, eksesais bersama negara-negara sahabat juga berperanan sebagai medium untuk mengekal dan mempereratkan hubungan diplomatik negara dengan negara-negara terbabit.

Sehubungan itu, adalah penting untuk eksesais-eksesais ini diteruskan pada masa hadapan.

Tahun 2013 turut menyaksikan beberapa perolehan aset baharu dan program pemodenan aset TLDM mula membuahkan hasil. Antaranya adalah pelancaran Kapal Latihan kedua TLDM iaitu ‘Teguh Samudera’, pengoperasian Simulator Kapal Selam Scorpene, penerimaan Misil SM39 Block 2 dan pengoperasian semula Kapal Diraja (KD) Kasturi selepas Program Pemanjangan Jangka Hayat selesai pada 20 November lepas.

Daripada segi pembangunan infrastruktur, sebanyak tiga projek pembangunan prasarana melibatkan Kompleks Bangunan Kolej TLDM (KDSI I), Projek Pembangunan KD Sri Sandakan Fasa Tiga dan Projek Peningkatan Jeti Operasi TLDM telah berjaya disiapkan pada tahun 2013.

Dalam bidang hidrografi, Pusat Hidrografi Negara (PHN) telah mendapat pelbagai pengiktirafan sebagai penguasa berkaitan hal-hal hidrografi negara. Ketua Pengarah Hidrografi telah dilantik untuk mempengerusikan pelbagai jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa Hidrografi Negara (JHN).

Selain itu, PHN turut cemerlang dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pengukuran dan pencartaan.

Dalam aspek bantuan logistik, sebanyak empat buah kapal dan sebuah stesen luar pantai telah menjalani penambahbaikan dan pasang pulih sepanjang tahun lalu. Tujuh buah kapal dan sebuah stesen luar pantai yang sedang menjalani pasang pulih pula dijangka siap pada tahun ini.

Selain itu sebanyak 13 buah kapal dan sebuah stesen luar pantai dirancang bakal memulakan rutin pasang pulih mengikut jadual masing-masing pada tahun ini.

Bagi meningkatkan kesejahteraan warganya, TLDM sentiasa berusaha menambah baik kemudahan infrastruktur pangkalan dan Rumah Keluarga di semua pangkalan TLDM. Sepanjang tahun 2013, TLDM telah membelanjakan sebanyak RM33.7 juta bagi menyelenggara dan memperbaiki kemudahan infrastruktur dan prasarana di semua Pangkalan TLDM.

TLDM juga telah mengekalkan langkah perbelanjaan secara berhemah yang mula diperkenalkan sejak tahun 2010. Hasil daripada perbelanjaan secara berhemah ini, TLDM telah berjaya membuat penjimatan sebanyak RM4 juta dalam perolehan dan perbelanjaan yang dibuat sepanjang tahun 2013.

Hasil penjimatan ini telah digunakan untuk menampung kos pembaikan kapal-kapal TLDM dan pembiayaan kursus-kursus terutamanya di bawah program Foreign Military Sales (FMS).

TLDM sentiasa menitikberatkan dan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan sumber manusia. Penstrukturan semula organisasi TLDM. Pemutihan Penstrukturan semula organisasi ini turut melibatkan proses pemutihan perjawatan di seluruh organisasi TLDM. Dengan pelaksanaan pemutihan perjawatan ini, TLDM dapat memastikan kemahiran dan kepakaran warga TLDM dapat dioptimumkan.

Dalam meningkatkan taraf jawatan anggota dan pegawainya, TLDM turut memperolehi beberapa peningkatan taraf perjawatan yang telah dimohon sejak 2011.

Bagi merealisasikan konsep ‘right man for the job’, pembangunan billet prerequisite (BPR) yang bermula awal tahun 2011 telah berjaya diselesaikan. Sebanyak 15,575 prasyarat jawatan telah dibangunkan berdasarkan keperluan jawatan semasa.

Hasil pembangunan BPR, sebanyak 269 kursus kemahiran dan kepakaran telah dikenal pasti sebagai kursus mandatori BPR.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... LDM-kekal-cemerlang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2014 04:55 PM | Show all posts
Kesinambungan ATM di Lebanon


PASUKAN Malbatt tidak melupakan istiadat Angkat Tentera Malaysia (ATM) walaupun berada di perantauan.

KONTINJEN Batalion Malaysia (Malbatt) 850-1 meneruskan perjuangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misi keamanan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah kedatangan kontinjen tersebut amat dialu-alukan dan mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat tempatan Lebanon.

Senario ini dapat dilihat daripada setiap aktiviti yang dijalankan oleh Malbatt seperti Karnival Perubatan di setiap daerah di kawasan tanggungjawab (KTJ) mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Ada antara penduduk menyatakan layanan anggota Malbatt sangat baik dan anggota serta pegawai kontinjen itu mudah mesra dengan mereka.

Inilah budaya rakyat Malaysia yang membuatkan Malbatt disenangi oleh penduduk tempatan.

Komander Malbatt, Kolonel Arman Rumaizi Ahmad sering kali mengingatkan kepada semua pegawai dan anggotanya supaya sentiasa menjaga tata susila sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan budi bahasa.

Beliau juga menyatakan keutamaan misi ini adalah memberi bantuan yang sebaik-baiknya kepada penduduk Lebanon khasnya yang berada di dalam KTJ.

Tambah beliau, setiap pegawai dan anggota Malbatt perlu menjalankan tugas keamanan dengan amanah dan jujur demi agama, bangsa dan negara.

Penglibatan anggota Malbatt dalam misi pengaman memberikan impak positif kepada negara khususnya pengalaman dan pengetahuan dalam menghadapi konflik.

"Selain itu langkah ini memperlihatkan bahawa Malaysia adalah negara yang prihatin dalam memelihara keamanan sejagat selaras dengan dasar pertahanan negara," katanya.

KTJ Malbatt adalah yang terbesar dalam Unifil dengan 51 daerah yang dibahagikan kepada 4 sektor.

Setiap sektor dipertanggungjawabkan kepada ketua kompeni tempur untuk menjalankan operasi rondaan mengikut sektor masing-masing dan diselia oleh pusat operasi utama yang berada di Markas Malbatt di Kem Marakah UNP 2-1.

Rutin harian operasi adalah menjalankan rondaan di sekitar daerah mengikut tugas tentu yang diarahkan oleh pusat operasi.

Antara tugas tentu rondaan adalah patrol area position ( PAP) iaitu rondaan untuk memantau keselamatan di antara lokasi penempatan penduduk.

Selain itu, Malbatt juga menjalankan operasi rondaan bersama Lebanese Armed Forces (LAF) yang dikenali sebagai Coordinated Area Operation operasi koordinasi kawasan bersama LAF (COAWL).

COAWL bertujuan memberi pendedahan kepada anggota Malbatt tentang operasi bersama dijalankan di samping membantu LAF menjaga keamanan di daerah tersebut.

Malbatt juga menjalankan beberapa siri latihan bersama trup dari negara-negara lain yang menyertai misi berkenaan seperti Eksesais Hidden Dragon.

Konsep latihan adalah memberi perlindungan dan tempat yang selamat kepada orang awam serta staf Unifil sekiranya berlaku pergolakan atau serangan.

Objektif latihan seumpama itu selain meningkatkan kemahiran anggota Malbatt dalam menghadapi pelbagai situasi, ia juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan dengan trup negara-negara yang terlibat.

Selain itu, beberapa jenis tugasan lain yang melibatkan rondaan dalaman juga dilaksanakan oleh Malbatt seperti "base area patrol" (BAP) iaitu rondaan yang dilaksanakan di sekitar penempatan kem Malbatt pada waktu malam dan Rondaan Dominasi Kawasan (UNP ADP).

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ngan-ATM-di-Lebanon Last edited by robotech on 11-2-2014 04:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 04:59 PM | Show all posts
Kehebatan Unit K9



Kecekapan anjing-anjing digunakan dalam tugasan mengesan perkara-perkara berkaitan jenayah.
Cerita di sebalik tirai besi sering memaparkan kisah perjalanan penghuninya yang terpaksa meringkuk di dalam penjara, namun jarang yang berbicara perihal anggota dan pegawai di sebalik tabir kehidupan penjara itu sendiri.

Ini kerana tugas dihadapi mereka amat berisiko tinggi yang terpaksa berhadapan dengan banduan daripada pelbagai latar belakang kehidupan dan jenayah dilakukan.

Begitu yang dilalui Penolong Kanan Komisioner Penjara, K. Anathurai, 50, yang menerajui salah satu unit penting Jabatan Penjara, Unit Pengesan dan Kawalan (K9), dalam melengkapkan kawalan keselamatan dan pencegahan Jabatan Penjara.

Jelasnya yang telah berkhidmat selama 24 tahun, K9 yang ditubuhkan pada 2008, dianggotai seramai 29 orang anggota serta 18 ekor anjing kerja.

“Jabatan Penjara berhasrat untuk menubuhkan unit K9 ini sejak 2003 lagi dan saya antara orang pertama diberi tanggungjawab membuat kertas kerja untuk dibentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

&#147ada Mac 2008, barulah unit ini beroperasi penuh di bawah Unit Keselamatan dan Risikan diketuai oleh Penolong Penguat Kuasa Penjara," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kata Anathurai lagi, Unit K9 Jabatan Penjara memiliki 18 ekor anjing kerja yang terdiri daripada empat jenis baka German Shepherd dan Belgian Shepherd (Malinois) untuk tugas kawalan (protection), manakala baka Labrador dan English Springer Spaniel untuk tugas mengesan (detection).

“Unit K9 umum digunakan jabatan beruniform di seluruh dunia, dengan perkataan ‘Canine’ bermaksud gigi taring, justeru kekuatan yang ada pada anjing kerja ini adalah pada gigi taringnya.

“Dengan kelebihan yang ada, anjing kawalan dapat membantu untuk mengawal rusuhan yang berlaku di dalam penjara dan membantu tugas kawalan penjara," ujarnya.

Dalam pada itu, Anathurai memberitahu, setiap anjing kerja dilatih selama empat bulan sebelum dibawa ke lapangan dengan setiap ekor dilatih oleh seorang pengendali sahaja untuk mengelakkan haiwan itu keliru.

Katanya, unitnya turut mendapat kerjasama dengan konsultan tempatan iaitu The TigerLand Canine Academy yang bertaraf antarabangsa untuk melatih anjing kerja mengikut fenomena dan keperluan tugas yang dilaksanakan.

“Anjing pengesan pula dilatih untuk mengesan tembakau, dadah dan telefon bimbit terlarang dalam kalangan banduan. Setiap pengendali juga dikehendaki untuk berbahasa Jerman dengan anjing yang dikendali ketika latihan," jelasnya.

Jangka hayat bagi seekor anjing kerja ialah selama tujuh hingga lapan tahun kerana satu tahun umur anjing adalah bersamaan dengan tujuh tahun umur manusia.

Lebih istimewa lagi, penjagaan setiap anjing kerja amat dititik beratkan bagi memastikan kesihatan anjing-anjing terjamin.

“Setiap pagi, kandang anjing kerja ini akan dibersihkan sendiri oleh pengendali mereka sebelum di bawa ke ‘tempat perapian’ untuk dibersihkan bulunya daripada jangkitan kutu.

“Ini adalah penting, kerana kebersihan anjing kerja perlu diutamakan supaya kesihatannya terjamin seterusnya merapatkan hubungan anjing dengan pengendalinya," kata Anathurai.

Sementara itu, Anathurai turut memberitahu, Jabatan Penjara juga kini di dalam proses untuk memperluaskan lagi unit K9 tersebut.

“Tahun ini kita akan menubuhkan enam lagi unit yang dikenal pasti menghadapi masalah penyeludupan artikel larangan dan juga terdapat banduan yang berisiko.

“Dari semasa ke semasa kita akan memperluaskan lagi unit K9 ini ke seluruh penjara di Malaysia," jelasnya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 1/Kehebatan-Unit-K9
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 05:13 PM | Show all posts
Khairudin ikut gerak hati


KHIRUDIN Drahman di pejabatnya.

BUNYI bingit siren bomba menarik perhatian Khirudin Drahman yang dalam perjalanan ke pejabatnya di Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Sarawak pagi itu.

Walaupun perlu menghadiri mesyuarat, namun sebagai Ketua Zon Bomba di daerah itu, hati beliau tetap terpanggil untuk a€˜mengekoria€™ anak-anak buahnya menjalani tugas.

Bukan tidak yakin dengan anak-anak buahnya, namun jiwa bomba€™ beliau yang memaksa€™ Khirudin berbuat begitu.

Setibanya di lokasi kejadian di Jalan Tong Sang, Sibu, beliau melihat api sedang marak memusnahkan sebuah rumah teres.

Perasaan beliau cemas sambil matanya tajam melihat pasukan bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.

Namun hatinya sedikit lega setelah diberitahu oleh anggota yang bertugas bahawa tiada mangsa di dalam rumah yang ditinggalkan pemiliknya itu.

Begitupun perasaan Khirudin kembali gusar apabila terpandang seorang pemuda bisu yang merupakan jiran mangsa seolah-olah mahu memberitahu sesuatu dalam bahasa isyarat yang sukar difahami.


BERSAMA rakan-rakan ketika bertugas di Sibu, Sarawak.

Gerak hati beliau percaya pemuda bisu itu memberitahu bahawa masih terdapat mangsa di dalam rumah tersebut.

Tanpa berlengah, Khirudin terus mengarahkan anak-anak buahnya membuat laluan masuk kerana beliau sendiri mahu merempuh ke dalam rumah yang diselubungi asap tebal itu dengan menggunakan topeng serta baju kalis api.

Tindakan berani Khirudin tepat pada masanya, ketika berada di dalam rumah itu dan menjenguk ke arah sebuah bilik, beliau terpandang seorang kanak-kanak Cina berusia sembilan tahun berada di bawah timbunan tilam.

"Saya terus berlari ke arah kanak-kanak itu, mengangkat dia yang pengsan keluar dari rumah itu. Sebaik sahaja keluar dari rumah itu saya terus letak kanak-kanak itu di dalam Land Cruiser saya dan bawa dia ke hospital.

€œAlhamdulillah dia dapat diselamatkan dan hanya mengalami kecederaan ringan," luah Khiruddin yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika menceritakan peristiwa cemas beliau 15 tahun lalu.

Menurut beliau, pengalaman seperti itu bukan sahaja menjadi kenangan manis bagi beliau, namun harus dikongsikan untuk dijadikan pengajaran bersama anggota bomba dan masyarakat.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... din-ikut-gerak-hati
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 05:16 PM | Show all posts
Perkasakan Imigresen


Sebahagian anggota Grup Taktikal Khas Jabatan Imigresen membaca doa sebelum Operasi 6p bersepadu dekat Nilai, baru-baru ini.

Mendepani tugas dalam menguatkuasakan undang-undang yang kian mencabar, kaedah konvensional kini dianggap kurang berkesan, menyebabkan penjenayah mudah meloloskan diri daripada dikenakan tindakan.

Menyedari hakikat perlunya transformasi dalam penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan mengorak langkah mewujudkan pasukan elit dipanggil Grup Taktikal Khas (GTK).

Pasukan yang baru sahaja ditubuhkan ini dilancarkan bagi membolehkan mereka berhadapan operasi ekstrem di lokasi, dengan Negeri Sembilan terpilih sebagai perintisnya.

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pasukan itu yang dilengkapi senjata elit ditugaskan menggempur operasi berbahaya dan berisiko terutama kawasan perjudian, kongsi gelap dan pusat pelacuran.

"Modus operandi penjenayah kini jauh berbeza berbanding dahulu. Mereka menggunakan pelbagai peralatan canggih dan tidak hairanlah jika mereka dapat membaca pergerakan penguat kuasa.

"Jadi penubuhan GTK dilihat tepat pada masanya untuk memperkasakan penguatkuasaan Jabatan Imigresen," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Sebahagian anggota Grup Taktikal Khas Jabatan Imigresen sedang melakukan pemeriksaan terhadap pendatang asing pada Operasi 6p bersepadu dekat Nilai, baru-baru ini.

Faizal Fazri berkata, menerusi GTK, anggota dan pegawai dilatih khas menggunakan peralatan dan kemahiran taktikal untuk berhadapan dengan krisis di lapangan dalam apa juga bentuk muka bumi.

"Ini termasuk sama ada di kampung atau bandar, hutan, paya, pantai, empangan, tasik, sungai atau laut," katanya.

Sebagai pasukan elit, ujar beliau, GTK berkemampuan menjalankan tinjauan, rondaan, risikan, serbuan taktikal, penguatkuasaan undang-undang, siasatan dan pendakwaan, tugasan bantuan serta sokongan am.

"Kesimpulannya, pasukan GTK akan menjadi barisan hadapan yang mampu untuk mengawal keadaan dalam apa juga situasi," katanya.


Pasukan elit dipanggil Grup Taktikal Khas Jabatan Imigresen yang akan memperkasakan lagi jabatan itu.

Malah kata Faizal Fazri, selain kepakaran dan kemahiran asas, setiap anggota dalam GTK akan diberi pendedahan dan latihan berterusan dalam beberapa bidang sebagai suatu nilai tambah kepada pasukan

"Ini bermaksud mereka yang dipilih bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam satu bidang sahaja tetapi lebih daripada itu berdasarkan modul dan latihan kita berikan," ujarnya.

Kata beliau, sehingga kini seramai 83 anggota dari Negeri Sembilan, Melaka dan Perak mengikuti kursus penilaian selama dua minggu di sebuah pusat latihan yang dirahsiakan.

"Mereka akan disaring selepas lulus dalam ujian ketahanan fizikal, mental dan kualiti peribadi serta berkeupayaan untuk bertugas siang dan malam," katanya.

Jelas beliau yang juga Pegawai Pemerintah GTK Negeri Sembilan, kesemua 11 anggota yang telah lulus Program Pemilihan dan Penilaian Anggota (PPPA) akan dihantar menjalani kursus asas operasi taktikal, komunikasi taktikal di lapangan, pertahanan diri, ikhtiar hidup, pandu arah navigasi darat dan laut serta atur gerak bekalan.

Ditanya kaedah operasinya pula, Faizal Fazri memberitahu, setiap aktiviti dan pergerakan pasukan hendaklah sentiasa dilakukan dengan pengetahuan dan melalui arahan daripada Ketua Pengarah Imigresen, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen atau Pegawai Pemerintah yang berkenaan.

Jelasnya sebelum operasi dijalankan, risikan awal perlu dilakukan dan hasilnya hendaklah dilaporkan tanpa gagal kepada Pegawai Pemerintah bagi tujuan analisis dan pembuatan keputusan.

"Setelah berpuas hati dengan analisis dan laporan perisikan berkenaan, suatu Perintah Gerakan boleh disediakan. Jika perlu, waran geledah boleh diperolehi berdasarkan kepada peraturan undang-undang semasa berkuat kuasa," katanya.

Tambah beliau, dengan kewujudan GTK, diharap pasukan Imigresen mampu untuk beroperasi dan menjalankan tugas mencapai objektif jabatan dalam menguatkuasakan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1963.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... erkasakan-Imigresen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.389449 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list