CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 10-11-2013 06:29 PM | Show all posts
Jana kekayaan hasil peperangan



DALAM setiap peperangan pasti ada nyawa yang melayang. Mungkin yang terkorban adalah tentera yang tugasnya mempertahankan negara tetapi ada juga nyawa tidak berdosa menjadi taruhan.

Sudah tentu dalam setiap peperangan nyawa ibarat di hujung tanduk. Namun hakikatnya ada pihak dan syarikat yang membuat keuntungan setiap kali berlakunya perang.

Malah ada yang bersikap sinis, jika dunia aman dan tidak ada peperangan maka ramai yang tidak ada pekerjaan dan syarikat tidak boleh membuat keuntungan. Itu adalah satu dakyah dangkal hanya untuk membenarkan peperangan.

Hakikatnya peperangan tidak pernah memberi manfaat yang jelas kepada manusia kecuali kepada mereka yang gilakan kuasa dan tamakkan harta.

Amerika Syarikat (AS) merupakan sebuah negara yang sering menggunakan alasan peperangan untuk mengabui mata banyak pihak.

Alasan untuk peperangan direka-reka dan dimanipulasi sedangkan kebenarannya ada udang di sebalik batu.

Banyak syarikat dan industri berasaskan senjata yang mendapat keuntungan berbilion dolar hasil peperangan yang direka-reka.

Lebih menjijikkan ada pula pemimpin yang berselindung di belakang perang dengan membenarkannya berlaku, untuk mengaut keuntungan seperti yang berlaku melibatkan Naib Presiden AS, Dick Cheney dan syarikat Halliburton.

Malangnya cukup banyak syaitan bertopengkan manusia hidup senang dengan mengaut keuntungan atas kesengsaraan dan air mata orang lain yang terseksa akibat peperangan.

PERANG VIETNAM

PENYERTAAN AS dalam Perang Vietnam bermula sejak pertengahan 1950-an lagi terutama dalam projek melibatkan pembangunan dan mentransformasi negara itu menjadi sebuah negara moden dan lengkap dengan fasiliti dan kemudahan.

Dengan bantuan kontraktor AS antaranya Universiti Michigan State, firma pembinaan Johnson, Drake and Piper, ramai pakar dan pekerja mahir dibawa masuk.

Antara yang dibawa masuk, anggota polis, pegawai kerajaan, pakar pertanian, pendidikan dan kewangan serta mereka yang mahir dengan propaganda, perisikan dan media.

Bandar Saigon dijadikan ibu negara untuk projek transformasi ini dengan bantuan rejim tentera Ngo Dinh Diem yang mengawal keadaan termasuk membunuh dan memenjara mereka yang tidak sehaluan.

Sistem komunikasi tercanggih dipasang manakala kad pengenalan diperkenalkan bagi memudahkan urusan pemantauan selain Biro Siasatan Pusat Vietnam yang meniru FBI ditubuhkan bagi membantu rejim Ngo Dinh Diem melebarkan kuasa dan pengaruh.

Menjelang 1960 sebanyak AS$1.4 bilion telah dihabiskan untuk misi ini. Namun wang itu ‘ditabur’ sia-sia setelah pemberontakan rakyat berlaku besar-besaran sekali gus mengakibatkan AS meningkatkan jumlah tenteranya.

Daripada 680 anggota tentera, jumlahnya ditingkatkan oleh Presiden John F. Kennedy kepada 16,000 orang. Jumlah tersebut terus diperhebat kepada 23,000 dan 385,000 dan kemuncaknya 542,000 oleh dua presiden berikutnya, Lyndon B. Johnson dan Richard Nixon.

Penambahan jumlah anggota tentera ini turut bermaksud penyediaan lebih banyak kemudahan tentera melibatkan enam pelabuhan, enam pangkalan tentera, 12 lapangan terbang tentera, 20 kem tentera lengkap dengan perumahan untuk 450,000 orang.

Sebanyak AS$700 juta dana tambahan diberikan untuk menjana projek ini dan dianggarkan lebih AS$2 bilion dihabiskan sepanjang perang itu berlangsung.

Menjadikan keadaan lebih rumit hanya sebuah konsortium dari AS diberikan kontrak pembinaan ini tanpa melibatkan sebarang proses bidaan. Syarikat berkenaan RMK-BRJ (Raymond International, Morrison-Knudsen, Brown & Root, and J.A. Jones Construction) diberi gelaran sebagai The Vietnam Builders.

Syarikat ini kemudiannya disiasat kerana didakwa terlibat dalam rasuah dan menaja kempen Presiden Johnson.

Namun yang jelas Perang Vietnam adalah satu kegagalan besar AS dalam bertindak sebagai polis dunia selain gagal dalam peperangan proksi antara AS dan Kesatuan Soviet.

Yang pasti syarikat yang mendapat projek berbilion dolar dalam perang ini adalah pihak yang untung walaupun keuntungan itu berlaku hasil tangisan dan darah manusia yang mengalir.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an-hasil-peperangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2013 06:32 PM | Show all posts
Bangga ketuai balai


Azmi Hashim bergambar bersama beberapa anggota balai di hadapan Balai Polis Salak Selatan Baru.

DIBERI kepercayaan mengetuai sebuah balai bukanlah satu perkara yang mudah buat seorang pegawai polis ini meskipun sudah 25 tahun memiliki pengalaman berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Namun semuanya dapat diatasi hasil gerak kerja yang dilaksanakan secara berpasukan.

Itulah formula yang dilaksanakan Inspektor Azmi Hashim, 48, sejak beliau dilantik mengemudikan Balai Polis Salak Selatan Baru sejak 2006 dengan dua kawasan di bawah pentadbirannya iaitu Desa Petaling dan Terminal Bersepadu Selatan.

"Tidak dinafikan sukar untuk mengetuai sebuah balai, namun segalanya menjadi mudah dan lancar apabila semua anggota dari peringkat bawahan sentiasa memberi kerjasama dan interaksi yang baik dalam apa jua permasalahan.

"Untuk mengatasi jarak dalam perhubungan kerja, saya sentiasa turun padang untuk bertanyakan permasalahan anggota, sentiasa melakukan perbincangan dan menganjurkan program bersama-sama dengan mereka dan Alhamdulillah, formula ini mengeratkan hubungan sepasukan di balai ini baik dalam urusan kerja mahu pun urusan luar," kata anak kelahiran Beranang, Selangor ini.

Menurut Azmi, setiap tahun beliau akan menganjurkan pertandingan karaoke, boling dan futsal sebagai salah satu inisiatif memupuk semangat setiakawan antara anggota dengannya.

Sebagai seorang ketua yang tegas dan komited, beliau menggunakan konsep 'rakan' dengan semua anggota namun tetap bertegas sekiranya ada anggota yang menimbulkan masalah dalam tugasan.

Jelas beliau, isterinya, Musalmah Othman @ Safar, 41, turut mengambil peranan membantunya dalam setiap program yang dilaksanakan serta memastikan kebajikan diberi tumpuan dan hubungan yang baik dengan isteri-isteri anggota balai.

Tujuh tahun menerajui balai berkenaan, Azmi berkata, beliau turut mengambil formula yang sama untuk menjalin hubungan erat dengan masyarakat melalui aktiviti turun padang dalam pelbagai program antara polis dan komuniti.

"Jalinan yang erat antara polis dan masyarakat penting kerana masyarakat adalah mata dan telinga yang dapat membantu polis dalam menangani jenayah dengan berkesan selain meningkatkan lagi kehadiran terutamanya di kawasan berisiko berlakunya jenayah.

"Jadi, saya selaku ketua balai tidak boleh hanya menumpukan kerjasama sepasukan di dalam balai sahaja, tetapi perlu sentiasa turun padang bagi menyedarkan masyarakat pentingnya penglibatan mereka dalam membantu polis mengekang jenayah," jelas bapa kepada tiga cahaya mata ini lagi.

Azmi dalam pada itu turut melahirkan rasa bangga apabila balai kendaliannya pernah dinobatkan sebagai Naib Johan Balai Terbaik Kategori B 2011 yang disampaikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Enam sekampung di Pulapol

MENGIMBAS kembali permulaan kerjaya Azmi sebagai anggota PDRM, beliau sebelum itu hanya melakukan kerja-kerja kampung.

Demi mengubah corak kehidupan lebih baik, Azmi bertekad menghadiri dua temuduga iaitu menjadi guru dan anggota PDRM namun rezekinya lebih berpihak dalam pasukan keselamatan negara.

"Sebulan dalam latihan kepolisan, saya dimaklumkan keluarga yang saya dipilih menjadi guru dan perlu melapor diri. Kerana minat lebih mendalam kepada dunia kepolisan, saya teruskan perjuangan dalam bidang ini," kata anak bekas seorang anggota tentera ini.

Kata Azmi, dia bersama dua rakannya memohon perjawatan dalam PDRM tersebut dan ketiga-tiga mereka diterima masuk dalam pasukan dan duduk dalam bilik asrama yang sama.

Menariknya lagi, semasa melaporkan diri di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, kami bertiga tidak menyangka akan bertemu dengan tiga lagi warga sekampung.

"Peristiwa ini betul-betul tidak disangka-sangka. Enam orang dalam kumpulan yang sama. Kini dua rakan saya salah seorang daripadanya adalah sarjan dalam Unit Marin dan seorang lagi di Unit Tindakan Khas (UTK).

"Ada juga cerita melucukan apabila kami bertiga kena potong rambut semasa latihan, duduk bersebelahan pun kami tidak dapat mengecam muka berikutan semua pelatih adalah hampir sama," jelasnya lagi.

Bercerita pengalaman yang sukar dilupakan sewaktu menjalani latihan ketika itu, Azmi memberitahu, semua pelatih iaitu kira-kira 3,000 orang didenda di atas satu kesalahan.

"Denda itu adalah kami dikehendaki memakai pakaian uniform lengkap kami semua perlu melapor diri di pusat pengawal setiap jam.

"Kami memang dilatih untuk tahan kepada tekanan baik fizikal mahu pun mental. Saya percaya, latihan itu yang menjadikan saya mampu bertahan sehingga kini," ujar anak sulong daripada enam beradik ini.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Bangga-ketuai-balai
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 06:36 PM | Show all posts
Sabung nyawa lawan komunis


Julia de Roche yang mewakili mendiang suaminya David Sta Maria menerima pingat Jasa Malaysia (PJM) daripada Dzulkiflee Mazlan (dua kanan) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PASUKAN tentera British Malaya, merangkumi anggota dari pelbagai kaum tempatan dan tentera dari Britain, Australia dan New Zealand, adalah pejuang kemerdekaan yang kian dipandang sepi.

Meskipun begitu, kenyataannya ialah mereka inilah yang menyabung nyawa untuk menjaga keselamatan negara dari 1947 dan 1971 terutama ketika serangan pengganas komunis kian memuncak di tanah air.

Selepas mencapai kemerdekaan, pasukan berkenaan menjadi sebahagian daripada Angkatan Tentera Komanwel yang terus memainkan peranan penting. Pasukan inilah yang bertanggungjawab membantu mengukuhkan pasukan Tentera Darat Malaysia khususnya dari segi kepakaran untuk menubuhkan pelbagai unit bantuan gempur.

Terbaru, selepas lima dekad berlalu, pengorbanan kira-kira 30 daripada pejuang negara ini akhirnya diiktiraf dengan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) baru-baru ini, kepada yang masih hidup atau balu mereka pada satu majlis di Kuala Lumpur.

Antara yang diiktiraf jasanya kepada nusa ialah seorang veteran yang telah berkhidmat paling lama sebagai tentera British Malaya, meskipun telah meninggal dunia genap 10 tahun lepas.

Mendiang David Sta Maria, anak jati Melaka berketurunan Portugis yang menjadi benteng negara selama 21 tahun iaitu dari tahun 1950 hingga 1971, telah diwakili balunya, Julia De Roche, 78, yang menerima anugerah itu daripada bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.


Bekas tentera British, Baldwin Henderson Miranda (dua kiri) turut membawa bersama keluarganya ke majlis penerimaan Pingat Jasa Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Wanita yang sentiasa menguntumkan senyuman sepanjang majlis kelihatan mengesat air mata terharu apabila nama mendiang suaminya disebut sejurus sebelum pingat itu dianugerahkan kepadanya.

Penerima anugerah yang lain termasuk empat bersaudara berketurunan Serani daripada keluarga besar Jeremiah di Pulau Pinang yang telah berkhidmat sebagai tentera darat dan tentera udara antara tahun 1947 hingga tahun 1968.

Mereka ialah George Henry Jeremiah dan Emile Francis Jeremiah yang kini menetap di Taiping; Randolph Stephen Jeremiah dari Klang, dan Clive Arthur Jeremiah dari Johor yang kini berusia antara 81 hingga 88 tahun.

Masing-masing begitu teruja dengan penganugerahan itu dan sudi menggagahkan diri datang ke Kuala Lumpur dari jauh meskipun dimamah usia.

Sayangnya hanya George dan Randolph cukup kuat untuk menghadiri upacara itu, manakala dua lagi saudara mereka kurang sihat dan terpaksa berehat meskipun berada di Lembah Klang.

Uniknya, hampir semua lelaki dalam keluarga itu terlibat dengan pasukan tentera, malah tujuh daripada sembilan adik beradik lelaki mereka menyertai Angkatan Tentera Komanwel yang berpusat sama ada di Singapura atau di London.

Detik indah

Menerima penghargaan atas jasa dan bakti yang dilakukan lebih setengah abad lepas sudah tentu dikira satu peristiwa besar dalam sisa-sisa kehidupan seseorang warga emas.

Lantas tidak hairanlah apabila ada yang membawa hampir seluruh keluarga seperti Baldwin H. Miranda, 73, yang ditemani isteri, tiga anak dan dua menantu untuk sama-sama menghargai detik indah penerimaan anugerah khas PJM itu.

Miranda mula berkhidmat ketika berusia 14 tahun sama seperti rata-rata bekas tentera British yang lain, dan dia telah mengabdikan diri dalam pasukan itu selama 18 tahun iaitu sehingga hari-hari terakhir pembubaran pasukan itu pada 1971.

Menurut Presiden Persatuan Bekas Tentera British, Che Onn Neamat, seramai 18 lagi veteran dan balu berbangsa Melayu dan enam daripada kaum Cina turut menerima pingat berkenaan.

Ketika menyebut mengenai kepelbagaian warna kulit dan latar belakang rakan seperjuangan, beliau sempat meluahkan perasaan bimbang terhadap generasi masa kini yang kelihatan berpuak-puak hinggakan kerajaan perlu melakukan pelbagai inisiatif bagi menyatupadukan semula Malaysia.

"Konsep Satu Malaysia telah lama wujud dalam kalangan kami, malahan perpaduan dan kerjasama datang secara semulajadi tanpa mengira perbezaan kaum dan agama," katanya.

Beliau percaya antara faktor utama keharmonian dan kesatuan hati mereka ialah corak pendidikan penuh disiplin dan tegas termasuk mereka wajib untuk sentiasa berbahasa Inggeris sepanjang tempoh latihan daripada Army Boys Trade School Singapura hingga tamat perkhidmatan.


George Henry Jeremiah (kanan) dan Randolph Stephen Jeremiah merupakan sebahagian daripada 30 bekas tentera British yang menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bantuan kebajikan

Sementara itu, dua lagi veteran yang mempunyai tempoh perkhidmatan paling lama ialah Kapten Mohamed Mansur Desa, 83, dan Zain Che Mat, 78, masing-masing berkhidmat selama 20 dan 19 tahun bukan sahaja menerima pingat PJM malah cek bantuan kebajikan Persatuan Bekas Tentera Komanwel (RCEL) bersama 18 veteran yang lain.

Che Onn menjelaskan, RCEL adalah satu badan sukarela yang menggunakan wang derma sambutan 'Hari Bunga Popi' yang disumbangkan oleh persatuan veteran serata dunia untuk membantu veteran askar British.

Kedua-dua penganugerahan PJM daripada kerajaan dan sumbangan kebajikan daripada RCEL pusat amat dihargai dan mempunyai erti yang sama, yang mana, PJM adalah bagi memperingati perwira yang berjasa kepada tanah air manakala sumbangan RCEL pula untuk menghargai jasa perwira komanwel kepada pertahanan empayar British sebelum dan selepas merdeka.

Bagaimanapun, pemberian geran kebajikan itu bersifat sekali beri secara tahunan dan kelayakan individu akan dinilai setiap tahun.

"Inilah satu daripada peranan utama persatuan yang membantu menilai dan memastikan mereka yang berhak mendapat bantuan tahunan itu," jelasnya.

Tambahnya, secara keseluruhan, bantuan kebajikan yang telah RCEL salurkan kepada warganegara Malaysia untuk tahun ini sahaja berjumlah RM29,517 melibatkan 20 orang veteran.

Malah, beliau baru sahaja mendapat maklumat terkini yang menyatakan RCEL pusat meluluskan geran kebajikan untuk 20 orang lagi veteran warganegara Malaysia.

Itu dikira jumlah yang agak besar menandakan kejayaan persatuan menjejaki semula sekitar 1,100 orang bekas rakan seperjuangan atau balu yang kini berusia antara 70 hingga 90 tahun.

Bagaimanapun beliau yakin masih ramai yang belum dijejaki, dan memohon agar sesiapa yang mengenali bekas askar British termasuk bekas anggota Sarawak Rangers untuk tampil menghubungi beliau melalui emel onn1941@gmail.com atau menulis surat ke alamat P.O Box 35, Gombak, 53800 Kuala Lumpur. — BERNAMA

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... awabr-lawan-komunis
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 06:39 PM | Show all posts
Dosa yang tak terampun


Anggota Pasukan Pertama Rejimen Infantri Fiji bersama lima mayat komunis yang ditembak mati di Batu Pahat, Johor, pada 18 September 1953.

DALAM memoirnya, ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng mendakwa yang perjuangannya untuk memerdekakan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia adalah atas nama ideologi. Dan dalam usahanya itu, pertumpahan darah tidak dapat dielakkan.

Dia cuba untuk menulis dan mentafsir semula sejarah dalam autobiografi itu namun pemilik nama asal Ong Boon Hua ini tidak mungkin dapat mengelabui mata semua khususnya rakyat Malaysia kerana banyak buku lain seperti The Communist Struggle in Malaya oleh Gene Z. Hanrahan, Hearts and Minds in Guerilla Warfare: The Malayan Emergency 1948-1960 oleh Richard Stubbs, Operation Ginger oleh Yuen Yuet Leng dan Darurat 1948-1960 oleh Ho Hui Ling serta berpuluh lagi buku dan laporan, yang kesemuanya mendedahkan keganasan serta kekejaman komunis bukan hanya kepada penjajah British tetapi rakyat tempatan.

Kekejaman yang menyaksikan nyawa rakyat khususnya pasukan keselamatan begitu murah di tangan komunis dan ketakutan menjadi makanan harian ketika itu, tidak mungkin dilupakan oleh mereka yang memahami sejarah.

Dalam kerakusan untuk menjadikan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, sebagai negara komunis, Chin Peng memilih peluru dan senjata sebagai alat untuk meyakinkan rakyat agar menyokong gelombang merah.

Tempoh Darurat selama 12 tahun sejak 1948 mencatatkan banyak insiden berdarah yang menyayat hati angkara anggota komunis dan tali barut mereka. Serang hendap dilakukan tanpa henti dari Kelantan ke Perlis malah hingga ke Sarawak.

Sejumlah besar harta-benda awam pula menjadi abu apabila komunis membakar kampung-kampung yang tidak memberi kerjasama kepada mereka. Melayu, Cina, India, bahkan etnik lain, semuanya menjadi mangsa.

Sesuatu yang pasti, komunis tidak meninggalkan sekelumit pun catatan manis kepada rakyat negara ini, sebaliknya hanyalah penderitaan dan sengsara, yang traumanya masih terkesan sehingga kini

Seramai 2,083 anggota keselamatan dan tidak kurang 2,000 orang awam dibunuh manakala lebih 2,500 perajurit lagi cedera malah ada yang cacat gara-gara komunis durjana. Kekejaman komunis tidak cukup dengan membunuh malah diceritakan bersikap lebih teruk daripada binatang apabila sanggup menyeksa termasuk mengorek mata mangsa.

Dosa Chin Peng dan komunis hakikatnya memang terlalu besar dan tidak terampun!

Walaupun selepas Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Ogos 1960, Chin Peng dan PKM terus-terusan melakukan keganasan. Mengalih operasi ke sempadan Thailand, serang hendap dan siri pembunuhan terus dirancang yang menyaksikan ramai anggota polis, tentera, renjer dan orang awam menjadi korban termasuk Timbalan Penguasa Polis, Wong Lim Hoon yang dibunuh pada 18 Januari 1973; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim ditembak mati di dalam keretanya pada 4 Jun 1974 dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong turut maut pada 13 November 1975.

Amat memalukan apabila ada kalangan rakyat negara ini kini yang cuba mengangkat Chin Peng sebagai hero negara. Mereka buta apabila membaca sejarah separuh jalan.

Benar, komunis bekerjasama dengan British sebagai anggota Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) menghalau penjajah Jepun keluar dari negara ini. Namun pihak-pihak ini lupa membaca bab yang selepas Jepun tewas, PKM terus mengganas dan bermaharajalela dengan merampas harta-benda penduduk, menculik dan menyeksa orang kampung yang enggan membantu membekalkan makanan untuk mereka dan membunuh sesiapa sahaja khususnya anggota keselamatan yang dianggap menghalang matlamat perjuangan mereka.

Chin Peng cuba memusnahkan asas demokrasi yang baru terbentuk di Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan daripada British dan kemudiannya pembentukan Malaysia dengan menakut-nakutkan rakyat yang cintakan keamanan. Semuanya kerana cita-cita mahu menguasai Tanah Melayu.

Mungkin sebab itu apabila Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani pada 1989 antara kerajaan Malaysia dengan PKM, Chin Peng tidak menyertai lebih 300 bekas anggota komunis yang meletak senjata kembali ke tanah air selepas mendapat pengampunan.

Sehingga ke akhir hayatnya Chin Peng tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Dan kini sudah terlambat untuk dia mengucapkannya. - MARHAINI KAMARUDDIN

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... a-yang-tak-terampun
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 06:41 PM | Show all posts
Selesaikan kes 24 jam


Mohamad Musa (lima kanan belakang) ketika menyertai latihan menembak.

BAGI kebanyakan orang, lokasi jenayah bukanlah tempat menarik bagi mereka mengimbau kenangan indah. Namun tidak bagi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Supritendan (ASP) Mohamad Musa Marsidi, 33.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata, beliau mempunyai kenangan indah di sebuah lokasi kes bunuh di ladang kelapa sawit di Plentong, Johor Bahru, Johor.

Katanya, di lokasi itu beliau terlibat dalam dua kes bunuh yang menyaksikan beliau 'diuji' oleh senior pada kes pertama sementara berjaya menyelesaikan kes dalam tempoh kurang 24 jam bagi kes kedua.

Menurut beliau, peristiwa pertama berlaku ketika beliau baru dua minggu bertugas sebagai pegawai penyiasat (IO) di IPD Johor Bahru Selatan.

"Ketika itu terdapat satu kes bunuh melibatkan dua mangsa telah dibakar dan mayat ditemui tiga hari selepas mereka mati.

"Sebaik sahaja siasatan forensik selesai, seorang pegawai senior mahu menguji saya dengan mengarahkan saya mengangkat kedua-dua mayat yang sudah busuk itu.

Namun disebabkan terlalu teruja dan mahu menunjukkan diri saya pantang dicabar, saya terlupa memakai sarung tangan lalu mengangkat mayat itu masuk ke dalam Land Rover. Tindakan saya itu telah menyebabkan pegawai tersebut terus tergamam," katanya ketika ditemui di IPD Dang Wangi baru-baru ini.

Menurut Mohamad Musa, selang setahun selepas kejadian pertama, berlaku lagi satu kes bunuh di lokasi sama melibatkan kematian seorang lelaki yang ditetak di tengkuk.

"Kali ini saya yang menyiasat kes ini. apa yang menariknya kes ini berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang dari 24 jam setelah semua suspek berjaya ditahan dan bahan bukti ditemui.

"Selepas dua minggu kes ini terus dibawa untuk pertuduhan di mahkamah serta berjaya diselesaikan," ujarnya yang berasal dari Kampung Gitak Baru, Kuching, Sarawak.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... lesaikan-kes-24-jam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 06:44 PM | Show all posts
ATM pamer kekuatan


Kereta kebal Pendekar turut dipertontonkan pada orang ramai sempena Perarakan Raksasa Hari ATM ke-80 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur baru-baru ini.

MENJANGKAU usia 80 tahun mencerminkan kematangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam arena pertahanan dunia.

Dalam usia itu, pelbagai cabaran, halangan, perit getir dan kejayaan telah dilalui oleh angkatan pertahanan negara itu.

Segala suka dan duka yang telah dilalui ATM bagi memastikan maruah serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara menjadi sejarah yang menjadi perbualan rakyat dari dahulu sehinggalah sekarang.

Ramai anggota yang telah terkorban, cacat, cedera sepanjang tempoh 80 tahun penubuhan angkatan itu semata-mata mahu memastikan keselamatan negara yang tercinta dijaga dan rakyat dapat hidup dalam suasana aman serta harmoni.

Tanggal 16 September setiap tahun diangkat sebagai Hari ATM dalam usaha untuk mengingati segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh angkatan itu demi negara.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan ulang tahun ATM disambut dengan meriah di seluruh negara. Bagaimanapun, istimewanya tahun ini, sementelah menjangkau usia 80 tahun, ATM menganjurkan perarakan raksasa yang mempamerkan kekuatan angkatan itu buat pertama kalinya di Dataran Merdeka.

Perarakan yang menggabungkan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu dianjurkan pada 21 September lalu.

Kira-kira 6,000 anggota daripada ketiga-tiga perkhidmatan terlibat dalam perarakan terbesar ATM itu.

Bukan setakat mempersembahkan perbarisan anggota ketiga-tiga perkhidmatan, perarakan raksasa ini turut mempertontonkan aset-aset yang dimiliki oleh angkatan itu, terutamanya aset-aset tempur.

Dataran Merdeka yang sebelum ini menjadi laluan kenderaan berubah wajah pada perarakan raksasa itu apabila kenderaan yang melaluinya bukanlah lagi motosikal atau kereta tetapi kereta kebal, kereta perisai dan bot-bot tempur yang dibawa menggunakan kenderaan pengangkut ATM.

Sepanjang perarakan itu, kira-kira 50,000 pengunjung disajikan dengan aset-aset tempur milik ATM seperti kereta kebal Pendekar, Scorpion, Condor Twin GPMG, Astros unit pelancar berganda, kereta perisai berantai ACV dan AFSV 8x8 yang merupakan aset tempur terbaharu angkatan itu.

Di ruang udara pula, para pengunjung disajikan dengan aksi ekstrem oleh pasukan TUDM menerusi pesawat pejuang F-18 Superhornet dan Sukhoi 30 MKM yang membuktikan bahawa ketumbukan itu komited dalam memastikan ruang angkasa Malaysia sentiasa dipelihara daripada dicerobohi pihak musuh.

Para pengunjung turut ditunjukkan misil serta roket yang menjadi senjata utama bagi pesawat pejuang F-18 Superhornet dan Sukhoi 30 MKM antaranya Sparrow, Sidewider, Harpoon, KH 59 dan KH 31P. Misil-misil ini jarang dipertontonkan kepada umum dan hanya boleh dilihat di pameran-pameran ketenteraan tertentu.

Tidak ketinggalan orang ramai dipertontonkan juga dengan aset -aset sokongan milik ATM seperti hospital medan, bas pergigian, kenderaan komunikasi, dapur medan, kenderaan radar dan kenderaan membawa jambatan.

Selain itu, para pengunjung turut disajikan dengan pertunjukan terjun bebas melibatkan 25 orang anggota dan pegawai, pertunjukan motosikal ekstrem oleh Army Red Warriors dan demonstrasi menyelamatkan tebusan orang kenamaan.

Dalam demonstrasi menyelamatkan tebusan orang kenamaan itu, situasi sebenar digambarkan dengan aksi tembak-menembak dan letupan bom bagi membolehkan orang ramai yang hadir mengetahui kaedah atau operasi yang dilaksanakan oleh angkatan itu dalam misi menyelamat.

Kehebatan pasukan gerak atur cepat membabitkan tiga pasukan elit ATM iaitu Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Pasukan Khas Udara (Paskau) juga mempamerkan kehebatan masing-masing sepanjang sesi perarakan tersebut.

Paling mencuri tumpuan pengunjung adalah persembahan dram tempur yang didendangkan oleh anggota ketumbukan itu. Alunan dram berkenaan bertujuan menaikkan semangat para anggota ketika berjuang di medan peperangan.

Sesuai dengan tema ulang tahun kali ini iaitu ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara, perarakan raksasa yang dianjurkan angkatan itu membuktikan bahawa ketumbukan itu sentiasa bersiapsiaga dalam apa keadaan sekali pun untuk memastikan kedaulatan negara terpelihara.

Perarakan itu juga diyakini telah menyuntik semangat orang ramai yang menyaksikannya, bahawa ATM mampu menjaga keselamatan negara dan mengekalkan keamanan yang telah dinikmati negara bertahun-tahun lamanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... /ATM-pamer-kekuatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2013 06:46 PM | Show all posts
Darfur insafkan Azam


Azamuddin Ahmad ketika menyertai misi pengaman PBB di Darfur.

Setahun berada di Darfur, Sudan mengajarnya erti bersyukur dengan segala kenikmatan dilahirkan, dibesarkan dan berpeluang mencari rezeki di bumi Malaysia.

Mengenang kembali keperitan rakyat negara itu, Inspektor Azamuddin Ahmad yang ketika itu dihantar untuk menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di negara tersebut menyifatkan rakyat Malaysia sangat bertuah dan perlu segera menghentikan sikap mengeluh dan tidak berpuas hati dalam apa jua keadaan dan situasi.

"Jika dibandingkan dengan negara kita yang jauh lebih maju dan lengkap dengan segala kemudahan, Sudan pula diibaratkan 40 tahun kebelakang dari aspek pembangunan negara.

"Bukan sahaja pembangunan malah, keperluan dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal juga amat menyedihkan," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau yang merupakan Ketua Balai Polis Seri Petaling memberitahu, pengalaman berharga di Darfur pada 2010 lalu menginsafkan dirinya betapa bertuah beliau bergelar seorang warganegara Malaysia.

"Konflik pemerintahan sehingga tercetusnya perang saudara di Sudan menjadikan rakyatnya hidup dalam pelarian dan merempat di tanahair sendiri apabila makanan tidak mencukupi malah tempat tinggal mereka juga hanya berbumbungkan daun dan berdindingkan kayu yang dibina sendiri.

"Kehidupan mereka serba kekurangan serta nasib mereka tidak mendapat perhatian dan pembelaan daripada pemimpin mahupun pihak yang berkenaan.

Tambahnya, kehidupan miskin pelarian di Darfur itu dipercayai berpunca daripada tindakan kerajaan negara itu yang membelanjakan dana serta wang untuk membeli senjata api dan melengkapkan teknologi peperangan bukannya digunakan untuk membela nasib rakyat.

Sehubungan itu, beliau berazam dalam diri akan mendidik anak-anaknya untuk mensyukuri segala pemberian yang dinikmati ketika ini.

Azamuddin seorang yang gemarkan cabaran turut berkongsi cerita mengenai minatnya yang mendalam terhadap aktiviti sukan lasak yang sering disertainya ketika berkesempatan.

"Jika ada masa terluang, saya suka mendaki gunung dan setakat ini, saya telah berjaya menawan gunung Rinjani di Lombok, Indonesia.

"Suatu hari nanti, jika diberi peluang saya ingin cuba mendaki gunung yang lebih tinggi dan mencabar sekali gus dapat mempertingkatkan stamina dan kecergasan saya," tambahnya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... arfur-insafkan-Azam
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 06:48 PM | Show all posts
Ratu skuasy di awan biru


Nicol Anne David bersama Pegawai Esekutif Pulatibang1, Mejar Khairol Muzambi Salehin dengan berlatarbelakangkan Pesawat Latihan Tentera Udara PC-7 MKII ketika mengadakan lawatan ke Kolej Tentera Udara (KTU) di Alor Setar baru-baru ini.

DI sebalik kesibukan beliau di gelanggang ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David sempat meluangkan masa melawat Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas Alor Setar pada 18 September lalu dalam melaksanakan komitmen sebagai duta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kedatangan pemain nombor satu dunia ini turut disambut penuh kemesraan oleh warga KTU tatkala Nicol yang segak menggenakan uniform pasukan keselamatan itu turun dari pesawat khas yang menerbangkannya dari Pulau Pinang.

Lawatan itu merupakan yang pertama bagi Nicol sebagai duta TUDM dalam mendekati kehidupan jurulatih dan pelatih di KTU setelah dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela TUDM pada September tahun lepas.

Beliau memilih untuk bersama warga KTU yang disifatkan sebagai salah satu anggota penting dalam TUDM lantaran di situ permulaan lahirnya pejuang-pejuang pasukan keselamatan ini.

Sepanjang lawatan Nicol sempat beramah mesra dengan warga KTU dan mendekati kehidupan pelatih dan jurulatihnya selama lebih setengah hari diiringi oleh pegawai KTU termasuk Komandannya, Kolonel Sardon Hassan.

Kemuncak lawatan adalah apabila Nicol diberi penghormatan untuk menaiki pesawat latihan Pilatus PC7 MK II selama setengah jam dalam penerbangan antaranya sekitar Alor Setar dan Langkawi.

Beliau menaiki pesawat yang dikemudikan oleh Mejar Khairol Muzambi Salehin yang kemudian menggambarkan pengalaman itu berbaur antara teruja dan mencemaskan namun cukup berharga.

"Saya begitu bangga dan terharu kerana terpilih untuk menaiki pesawat ini yang menjadi sebahagian daripada TUDM. saya rasa bukan semua diberi peluang ini.

"Ia satu pengalaman yang berbeza daripada cabaran di gelanggang malah pencapaian saya sebagai atlet negara sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita pada lawatan tersebut.

Menurut pemain nombor satu dunia ini, beliau juga amat teruja dan menghargai pengalaman baharu menaiki pesawat itu yang disifatkan sebagai berbeza daripada cabaran di gelanggang skuasy sebelum ini.

Pada lawatan yang sama, selain meninjau kehidupan warga KTU Nicol turut memberikan ceramah motivasi selama 30 minit kepada kira-kira 350 warga KTU di pusat latihan tersebut.

Dalam ceramah tersebut, atlet berusia 30 tahun ini banyak bercerita tentang pengalaman jatuh bangunnya dalam dunia sukan tersebut sebelum mencipta kejayaan sebagai pemain nombor satu dunia.

"Saya menjadikan kegagalan sebagai titik tolak kepada kejayaan saya bukan sesuatu yang menjatuhkan saya. Kegagalan menjadikan saya orang lebih baik," katanya memberi perangsang kepada jemputan.

Selain itu, beliau turut berharap semangat juangnya itu dipinjam oleh pelatih di pusat latihan tersebut terutama dalam menggapai impian mereka bergelar juruterbang dan berjuang untuk negara.

Kata Nicol yang merangkul kejuaraan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB untuk kali kelapan baru-baru ini, sebagai duta TUDM beliau berhasrat untuk mengadakan lebih banyak kerjasama dengan pasukan keselamatan tersebut pada masa depan.

"Siapa tahu pada masa depan saya berpeluang untuk belajar mengemudikan pesawat TUDM pula nanti," katanya yang melahirkan hasrat untuk memiliki lesen terbang satu hari nanti.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... uasy-brdi-awan-biru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2013 06:50 PM | Show all posts
Penghargaan tidak disangka


Syed Hazril Erza (dua dari kanan) bersama anggota polis lain sentiasa membuat rujukan harian untuk melancarkan tugas mereka.

PETANG itu rutin harian Lans Koperal Syed Hazril Erza Tuan Ab. Razak berjalan seperti biasa iaitu menyusuri sebahagian Lebuh Raya Persekutuan bagi memastikan perjalanan trafik di sekitar kawasan itu berjalan dengan lancar.

Menunggang motosikal jenis Honda CBX 750 sekitar pukul 5.30 petang, anggota polis berusia 26 tahun itu sedar trafik sepanjang lebuh raya itu padat.

Tetapi baginya senario berkenaan bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana merupakan hari bekerja iaitu Khamis (26 September 2013).

Tambah pula ketika itu waktu puncak iaitu ramai warga kota mula membanjiri lebuh raya menuju ke rumah masing-masing sama ada di Subang Jaya, Shah Alam atau Klang.

Tetapi rondaannya sedikit terganggu apabila melihat barisan kenderaan menghampiri susur masuk jejambat Hotel Hilton di Petaling Jaya terlalu perlahan malah ada yang membunyikan hon tanpa henti.

Ketika itu, benak fikiran Syed Hazril Arza mula meneka-neka puncanya, antara ada kenderaan yang rosak atau berlaku insiden menyondol bumper belakang kereta.

Sangkaan pertama pemuda berasal dari Ajil, Terengganu itu tepat setelah dia melihat sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna putih dengan lampu kecemasan terpasang berhenti di tepi jalan berhampiran susur jejambat berkenaan.

Dia kemudian melihat seorang wanita, berbangsa Cina dan berusia 20-an berada di dalam kereta berkenaan. Apabila dipandang ke bawah, tayar kereta itu kempis.

"Tanpa bertanyakan nama wanita itu, saya meminta untuk menghulurkan bantuan kepadanya dan wanita itu bersetuju. Melihat keadaannya saya rasa dia sendiri tidak tahu apa harus dilakukan dalam situasi itu.

"Ketika itu apa yang saya tahu, saya harus cepat menukar tayar tersebut kerana trafik semakin bertambah. Jika tidak dialihkan, pasti laluan itu bertambah sesak," kata Syed Hazril Erza ketika ditemui di Unit Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, ujar Syed Hazril Erza, tayar simpanan kereta berkenaan itu juga kempis seolah-olah pancit namun dia tetap menukarkan tayar itu bagi membolehkan kereta tersebut bergerak.

"Saya kemudian mengarahkan wanita itu membawa kereta terbabit ke stesen minyak berdekatan untuk dipam angin tayarnya. Sementara itu, saya mengiringinya dari belakang.

"Namun sangkaan saya tepat apabila tayar simpanan itu memang pancit. Saya membuat keputusan untuk sekali lagi mengiringinya ke kedai tayar berhampiran dan meninggalkannya apabila merasakan bantuan itu telah mencukupi," jelasnya.

Mengulas lanjut, suami kepada Ani Nabilah itu berkata, keesokan harinya dia menerima panggilan seorang rakan setugas yang memberitahu, kisahnya menolong menukar tayar kereta menjadi popular di laman sosial Facebook.

"Saya anggap perkara itu sekadar gurauan tetapi apabila melihat sendiri status yang dimuat-naik wanita yang bernama Phyllis Kong, saya cukup terkejut.

"Saya hanya melakukan pertolongan biasa dan menjadi tanggungjawab kami untuk melancarkan perjalanan trafik meskipun menukar tayar kereta sebenarnya bukan 'kepakaran' polis trafik," katanya.

Ujar Syed Hazril Erza lagi, dia tidak menyangka, status Facebook Phyllis Kong menjadi popular selama beberapa hari dan dikongsi oleh pemilik laman sosial lain.

"Dalam gambar yang dimuat-naik itu, tidak kelihatan wajah saya tetapi menunjukkan saya sedang membantunya menukar tayar. Saya tidak tahu pun bila wanita itu menangkap gambar saya malah tidak sempat berkenalan dengannya.

"Jika saya tahu dia akan memuat-naik di Facebook pasti akan saya larang kerana apa yang dilakukan itu bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk tetapi tugas saya sebagai polis iaitu berkhidmat untuk masyarakat," katanya.

Jelasnya lagi, perbuatannya hari itu juga adalah atas dasar kemanusiaan semata-mata dan tidak layak menerima pujian daripada masyarakat.

"Sebenarnya banyak lagi perkara yang lebih besar dilakukan setiap anggota polis selain menukar tayar pengguna jalan raya. Perkara ini juga amat kecil dan sebagai anggota trafik yang ditugaskan meronda kami sentiasa berdepan dengan masalah begini.

"Mahu atau tidak, kami wajib menghulurkan bantuan. Jika tidak ia bukan membebankan seorang individu sahaja tetapi pengguna jalan raya lain kerana masalah kecil sebegini," ujarnya.

Tambah bapa kepada dua cahaya mata ini, individu yang paling layak menerima penghargaan adalah Phyllis Kong memandangkan gadis itu betul-betul menghargai tugas seorang polis.

"Gadis bernama Phyllis Kong yang harus mendapat penghargaan kerana dia tahu menghargai kami semua. Saya ucapkan terima kasih padanya," katanya.

Kisah Phyllis Kong dan Syed Hazril Erza yang membantunya menukar tayar kereta bukan sahaja mendapat pujian orang ramai malah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga.

Menurut status Phyllis Kong itu, semasa kejadian, dia merasa tertekan disebabkan banyak kereta yang membunyikan hon kepadanya kerana telah menambah kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi kerana cuaca yang panas.

"Mujurlah, datang seorang anggota polis trafik yang baik hati telah membantu saya menukarkan tayar yang pancit dengan tayar gantian," katanya dalam status tersebut.

Menurutnya lagi, mereka kemudian pergi ke stesen petrol berdekatan untuk mengepam angin namun malangnya tayar gantian itu juga mengalami masalah.

Kata Phyllis, anggota itu terus mengiringinya dengan motosikalnya ke sebuah lagi stesen petrol yang terdapat kedai tayar sambil melancarkan trafik di pusingan U semata-mata untuk beri laluan kepadanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... gaan-tidak-disangka
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 06:52 PM | Show all posts
Bangga dengan kerjaya polis


Inspektor Mohd. Suhaibi Sulong ketika bertemu dengan pengadu di Balai Polis Pantai baru-baru ini.

BAGI Inspektor Mohd. Suhaibi Sulong, beliau merupakan antara insan bertuah kerana ditakdirkan untuk meneruskan kerjaya turun-temurun dalam bidang kepolisan yang sebelum ini diwarisi kedua ibu bapanya.

Pegawai polis muda yang baru berusia 30 tahun ini kini bersemangat untuk meneruskan tanggungjawab mengawal keselamatan negara apabila diberi tugas sebagai Ketua Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur.

Dia yang dilahirkan dalam keluarga polis memilih kerjaya dalam pasukan keselamatan itu untuk sama-sama menabur khidmat bakti kepada negara tercinta.

Bukan ibu bapanya sahaja terlibat dalam pasukan keselamatan, malah datuknya juga merupakan bekas tentera Diraja Johor malah lebih lengkap apabila dia bertemu jodoh dengan anggota polis juga.

Sebaik sahaja menerima tawaran menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak pada Disember 2005, tiada apa yang boleh diluahkan Mohd. Suhaibi selain rasa gembira di dalam hati.

Jiwa bergelora untuk menjalani latihan itu sekali gus membuatkannya tidak sabar untuk menjalankan tugas-tugas sebagai seorang pegawai polis.

"Ibu saya, Sarjan Salbiah Mohamad, 56, baru sahaja bersara pada awal tahun ini dan bapa, Koperal Sulong Ahmad, 58, yang kini masih berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor adalah orang paling gembira apabila saya terpilih untuk menjadi warga PDRM (Polis Diraja Malaysia) ketika itu.

"Saya memasuki dunia kepolisan kerana minat dan amat berbangga terpilih untuk berada dalam keluarga besar PDRM ini," jelas anak kedua daripada tiga beradik ini.

Sebelum menjadi polis, Mohd. Suhaibi pernah cenderung untuk memasuki tentera kerana sewaktu pengajiannya di universiti dia merupakan pelatih Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes).

"Apabila melihat tawaran memasuki polis di surat khabar, hati saya tiba-tiba terbuka untuk mengisi borang dan menyertai. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya dan paling menggembirakan adalah terpilih untuk menjalani latihan.

"Mungkin dibesarkan dalam dunia kepolisan sejak kecil, jadi tiada sebarang masalah untuk saya terima apa sahaja cabaran ketika menjalani latihan," ujarnya yang turut amat meminati semua aktiviti lasak.

Menjadi pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, Sabah adalah tugasan pertama sebaik sahaja Mohd. Suhaibi tamat latihan di Pulapol.

"Bertugas di sana sebenarnya banyak memberi ruang kepada saya untuk mempelajari semua bidang kerja termasuk kerja-kerja perancangan, pencegahan dan pengurusan balai.

"Dengan kekuatan anggota yang terhad di balai, kami semua perlu memaksimumkan tugasan agar semua perkhidmatan kepada masyarakat di sekitar dapat diberikan yang terbaik," ujar anak kelahiran Batu 6 di Skudai, Johor ini.

Jelasnya, lebih kurang setahun berkhidmat di balai itu dia kemudian dipindahkan pula ke IPD Beluran, Sabah.

"Pengalaman berkhidmat di Sabah benar-benar mengajar saya untuk lebih kental dan berdikari. Dengan kekuatan enam orang anggota, segalanya perlu dilakukan sebaik mungkin agar masyarakat menerima khidmat yang terbaik daripada kami.

"Saya masih ingat ketua balai pada masa itu, Supritendan Fadil Mohd. Ali. Beliaulah insan yang tidak kekok untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam menjalankan tugas," jelas beliau yang aktif menyertai aktiviti skuba ketika waktu senggang.

Pada 2008, beliau dipindahkan ke IPD Gerik, Perak dan selepas dua tahun menjadi pegawai penyiasat di sana Mohd. Suhaibi diberi kepercayaan untuk mengetuai Balai Polis Gerik.

Menyentuh prinsipnya dalam menjalankan tugas termasuk ketika menjadi Ketua Balai Polis Gerik dan kini Balai Polis Pantai, Mohd. Suhaibi berkata, dia berpegang teguh kepada kesetiaan kepada negara dan patuh akan arahan pucuk pimpinan PDRM.

"Itulah yang saya terapkan dalam diri termasuk kepada anggota-anggota bawah seliaan di balai agar misi dan visi PDRM dapat dilaksanakan sebaiknya.

"Masyarakat yang datang ke balai bukan dalam keadaan gembira kerana mereka datang untuk meminta bantuan. Jadi perkhidmatan yang terbaik penting agar PDRM terus dipandang sebagai sebuah agensi yang disegani baik imej atau reputasinya," katanya lagi yang pernah mendapat pelbagai penghargaan sepanjang berkhidmat dalam pasukan tersebut.

Antaranya penghargaan diterima beliau dari Ketua Polis Perak atas kejayaan dan perkhidmatan cemerlang ketika menjadi Ketua Balai Polis Gerik dan penghargaan oleh Ketua Polis Daerah Brickfields.

Kini, beliau memfokuskan tentang keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di dua kawasan pentadbirannya iaitu Pantai Dalam dan Bangsar termasuk dua balai komuniti di bawah jagaannya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... engan-kerjaya-polis
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 06:54 PM | Show all posts
Perintis pasukan Cantas Khas Wanita


Pasukan Cantas Khas Wanita lengkap bersenjata.

BERMULA 8 Oktober lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantapkan usaha memerangi jenayah dengan memperkenalkan pasukan Cantas Khas Wanita yang memberi tumpuan khusus kepada keselamatan golongan suri rumah dan pelajar sekolah.

Apa yang menarik, pasukan yang direalisasikan daripada idea Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar itu tampil dengan memakai pakaian operasi lengkap, mesingan MP5 serta pistol seperti Unit Tindakan Khas (UTK).

Misi mereka ialah 'mencantas' elemen-elemen gengster atau kongsi gelap daripada menular kepada pelajar sekolah dengan memberi tumpuan kawalan keselamatan di kawasan sekolah dan perumahan serta lokasi-lokasi berhampiran.

Buat permulaan, pasukan tersebut terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota yang dipimpin oleh Supritendan Suryani Sungit dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, operasi pasukan khas itu akan tertumpu di kawasan sekolah menengah sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.

Katanya, pemantauan di lokasi tersebut bertujuan mengawal serta membendung kegiatan ahli-ahli kongsi gelap yang cuba merekrut pelajar sekolah.

"Kita akan pastikan tiada unsur-unsur kongsi gelap cuba mendekati pelajar di luar kawasan sekolah dan inilah tanggungjawab pasukan Cantas Khas Wanita untuk memastikan tiada elemen merekrut anggota baru kongsi gelap di sekolah.

"Selain itu, pasukan ini juga akan memastikan keselamatan suri rumah yang menjalankan aktiviti harian seperti ke pasar supaya mereka berasa selamat," katanya ketika ditemui semasa menyertai operasi pertama pasukan Cantas Khas Wanita berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rampai di sini baru-baru ini.

Abdul Jalil berkata, setelah diperluaskan di peringkat negeri nanti, pasukan ini akan dianggotai oleh pegawai dan anggota wanita daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan diketuai oleh pasukan daripada D7.

Mengulas lanjut mengenai peranan pasukan terbabit, Abdul Jalil berkata, golongan tersebut akan mendekati golongan suri rumah bagi bertukar-tukar maklumat selain memberi penerangan mengenai langkah pencegahan jenayah dan keselamatan.

"Kita berharap guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat memberi bekerjasama erat dengan menyalurkan maklumat kepada pasukan Cantas Khas Wanita bagi menjaga keharmonian kawasan sekitar sekolah," ujarnya.

Menurut Abdul Jalil, pihaknya mendapat maklumat terdapat cubaan kumpulan kongsi gelap yang cuba merekrut pelajar di luar kawasan sekolah khususnya golongan yang bermasalah.

"Tumpuan mereka (ahli kongsi gelap) akan mendekati pelajar bermasalah bagi menjadi wakil untuk mereka merekrut pelajar di dalam sekolah pula.

"Kebiasaannya pelajar-pelajar ini akan diumpan dengan wang ringgit bagi membolehkan mereka rapat dengan ahli kongsi gelap," ujarnya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -Cantas-Khas-Wanita
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 06:56 PM | Show all posts
Kerjaya polis paling stres


PDRM dicadang memperbanyakkan latihan atau aktiviti seperti kursus ketenangan jiwa dan kursus mengatasi stres untuk anggotanya. - Gambar Hiasan

INSIDEN tragis melibatkan seorang anggota polis yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum membunuh diri baru-baru ini di Ledang, Johor, menunjukkan soal tekanan mental yang dialami anggota keselamatan tidak boleh dipandang remeh.

Tekanan jiwa yang dihadapi mereka, baik dalam soal peribadi mahupun profesion wajar diberi perhatian bagi memastikan mereka tidak mengalami stres kritikal sehingga mengambil tindakan di luar jangkaan.

Ini apabila membabitkan mereka dalam pakaian seragam biru, akibatnya sangat berbahaya memandangkan mereka memegang senjata api.

Satu hasil kaji selidik yang pernah dijalankan dari tahun 2007 hingga 2009 oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati 53.7 peratus daripada 453 anggota pasukan keselamatan di enam balai polis di Wilayah Persekutuan mengalami stres tempat kerja.

Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian itu juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota biasa, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Insiden di Johor itu bukan pertama kali direkodkan. Dalam satu lagi kejadian menyedihkan pada 26 April 2012, Konstabel Mohamad Sobri Md. Sidik, 22, yang bertugas di Istana Anak Bukit, Kedah, maut di tepi pintu pagar Istana itu akibat ditembak rakan setugas dipercayai akibat perselisihan faham.

Manakala pada April 2011, seorang konstabel ditemui mati dengan satu kesan tembakan di kepala dalam biliknya di kuarters balai polis Salak Selatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Pada Feb 2011 seorang sarjan juga ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Jalan Mahang, Puncak Alam 2, Selangor.

Pada Disember 2009, seorang sub inspektor pula ditemui mati dengan kesan tembakan di pejabat cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu. Dalam ketiga-tiga kejadian itu tekanan jiwa kerana masalah keluarga atau kerja tidak dapat ditolak.

Malah baru-baru ini juga Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang konstabel untuk membayar ganti rugi sebanyak RM585,000 kepada bekas isteri dan abang iparnya kerana kecederaan yang dialami mereka selepas ditembak lelaki itu tiga tahun lepas di Pantai Dalam.

Kesemua kejadian itu jelas menunjukkan bahawa isu tekanan mental anggota polis perlu diberi perhatian serius termasuk dengan melaksanakan pemeriksaan kesihatan mental menyeluruh serta mengambil langkah pencegahan dan pemulihan bagi mengelak perkara tidak diingini.

Dalam pada itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar pula mencadangkan agar PDRM memperketatkan proses pengambilan anggota dengan menyelitkan ujian psikologi atau stres bagi mengesan peringkat awal masalah kesihatan mental yang adakalanya disebabkan keturunan.

"Sebelum pengambilan anggota, adalah perlu dibuat pemeriksaan latar belakang dan juga 'stress test' atau ujian tertentu oleh pakar bagi memastikan mereka tidak mempunyai masalah daripada segi mental kerana tugas kepolisan ini amat mencabar dan menuntut ketahanan mental dan fizikal.

"Jika dari awal didapati mereka tidak mampu untuk menangani stres, sudah tentu mereka tidak sesuai untuk menyarung uniform biru," katanya.

Bagaimanapun, bagi anggota sedia ada, PDRM perlu memperbanyakkan latihan atau aktiviti seperti kursus ketenangan jiwa dan kursus mengatasi stres yang direka khas bagi menangani masalah suasana kerja dan kehidupan yang menekan.

Selain itu, Akhbar juga mencadangkan supaya diwujudkan unit khas kaunseling.

"Anggota polis yang berasakan mereka mempunyai masalah pula perlu bersikap lebih terbuka untuk ke kaunseling... ada anggota yang mungkin tidak mahu dan segan suarakan tekanan yang dihadapi mereka membuatkan apa yang disimpan itu akhirnya 'meletup' dan berlaku sesuatu di luar jangkaan," katanya.

Pertingkat Pemantauan

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin pula baru-baru ini berkata PDRM akan mempertingkatkan pemantauan serta pemeriksaan kesihatan mental anggotanya bagi memastikan mereka yang mengalami tekanan perasaan dapat dibantu dari awal.

Beliau berkata langkah itu perlu dilaksana segera untuk memastikan tiada anggota atau warga PDRM hilang pertimbangan lalu bertindak di luar batasan, selain mencari jalan penyelesaian terbaik supaya kejadian seumpama itu tidak lagi berulang.

"Kita perlu membantu pegawai atau anggota yang berdepan masalah. Jika ada yang mengalami tekanan perasaan sebagai contoh, kena ada usaha untuk membantu menyelesaikan masalah itu," katanya.

Justeru adalah amat penting dalam usaha pasukan itu menjaga keselamatan negara dan awam, kesihatan mental warganya tidak sesekali diabaikan, sekaligus meningkatkan motivasi dan prestasi kerja mereka.- Bernama

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -polis-paling-stres
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 06:58 PM | Show all posts
Uji kesiapsiagaan logistik


Panglima MPLTD, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Razif Idris menanggalkan toha sebagai simbolik upacara penutup eksesais Molar Mountain 1/2013.

MENYEDARI kepentingan kesiapsiagaan keperluan logistik ketika menghadapi situasi konflik seperti mana kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah Februari lalu, Tentera Darat (TD) menerusi Markas Pemerintahan Logistik mereka menganjurkan Eksesais Molar Mountain 1/2013 dari 21 hingga 25 Oktober lalu.

Eksesais berkenaan dilaksanakan dalam bentuk ‘Command Post Excercise (CPX)’ dan berkonsepkan bantuan logistik barisan keempat kepada semua formasi untuk menambah baik kesiapsiagaan pengurusan logistik TD.

Sepanjang latihan itu, kecekapan pegawai dan anggota terlibat diuji khususnya dalam aspek merancang perolehan serta bekalan yang diperlukan oleh pasukan di barisan hadapan.

Selain itu, doktrin serta arahan yang telah dikeluarkan turut dinilai untuk melihat sejauh mana keberkesanan eksesais tersebut.

Panglima Pemerintahan Logistik TD, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Razif Idris dalam ucapan penutup eksesais tersebut meluahkan rasa puas hati terhadap perjalanan latihan yang julung-julung kali diadakan itu.

Beliau juga memuji Tim Perancang Eksesais kerana tampil dengan idea pelaksanaan latihan secara bersama dengan menggunakan ‘Joint Military Appreciation Process (JMAP)’.

“Suka saya maklumkan bahawa formasi logistik TD merupakan formasi yang pertama dalam angkatan ini mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan doktrin ‘Joint Logistic Planning Process (JLPP)’.

“Sudah sampai masanya untuk kita lebih banyak menggunakan JMAP. Ini adalah kerana di dalam spektrum peperangan masa kini konsep gabungan (joint) adalah lebih praktikal dan berkesan. Syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam eksesais ini" kata beliau.

Selain pasukan logistik TD, eksesais tersebut turut dibantu oleh staf Markas Pemerintahan Medan TD.

Mengulas lanjut, Mohd. Razif berkata, terdapat empat objektif utama menerusi pelaksanaan eksesais yang julung-julung kali diadakan itu.

Ujar beliau, objektif paling utama ialah mempertingkatkan kecekapan staf Markas Logistik TD dalam merancang perolehan dan perbekalan untuk pasukan pangkalan serta pasukan logistik barisan hadapan.

Katanya, pelaksanaan eksesais itu juga bagi mempertingkatkan kebolehan pegawai logistik pasukan pangkalan dalam melaksanakan operasi bantuan logistik barisan keempat.

“Selain itu, eksesais ini juga bertujuan menilai keupayaan Markas Logistik TD dan pasukan pangkalan dalam pelaksanaan bantuan barisan keempat serta menilai keberkesanan manual-manual doktrin dan arahan-arahan yang berkaitan," jelas beliau.

Menurut Mohd. Razif, memandangkan eksesais ini telah dapat mencapai objektif yang telah digariskan, namun beliau percaya masih terdapat ruang-ruang untuk penambahbaikan.

“Sebelum kita ‘berlari’, sudah tentu kita perlu ‘merangkak dan berjalan’ terlebih dahulu. Eksesais ini diharap akan dilaksana secara berterusan supaya kita mampu ‘berlari’ setanding dengan perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Razif amat berharap Eksesais Molar Mountain yang dijalankan itu mampu menambah baik pengurusan sistem logistik dalam TD khususnya dan ATM amnya.

Katanya, eksesais itu akan mempertingkatkan kesiapsiagaan Markas Pemerintahan Logistik TD sekiranya timbulnya konflik pada masa hadapan.

&#147engalaman insiden pencerobohan di Lahad Datu telah banyak memberi pengetahuan serta pengalaman berguna kepada anggota Markas Pemerintahan Logistik TD dalam menghadapi peperangan sebenar sebagai formasi yang memberikan bantuan logistik barisan keempat.

“Saya berharap pengetahuan yang diperolehi sepanjang eksesais ini dapat diaplikasikan sepenuhnya bukan sahaja ketika latihan tetapi juga operasi-operasi pada masa hadapan," katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... iapsiagaan-logistik
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 06:59 PM | Show all posts
Unit K9 terlibat Op Cantas Khas


Unit K9 menjadi elemen baru dalam operasi pencegahan jenayah dalam Op Cantas Khas.

UMUM mengetahui Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan anjing pengesan semasa menjalankan siasatan untuk mengesan barang-barang kes sebagai bukti dan suspek yang terlibat melakukan jenayah.

Anjing yang digunakan pula bukanlah sebarangan haiwan sebaliknya sudah beri latihan khas dan berupaya bertindak balas secara positif ketika khidmatnya diperlukan.

Bukan sahaja membantu dalam kerja-kerja forensik, anjing digelar Unit Anjing Pengesan (K9) ini juga terlibat membanteras aktiviti penyeludupan terutama dadah.

Keberkesanan anjing K9 tidak dapat disangkal apabila banyak kes yang mengunakan khidmat haiwan ini berjaya diselesaikan terutama sekali kes pembunuhan.

Walaupun jarang digunakan untuk tugas rondaan cegah jenayah, anjing K9 tetap menjadi aset berharga bagi PDRM dalam menghapuskan anasir-anasir negatif yang boleh menggugat keselamatan awam.

Terbaharu, Op Cantas Khas yang dilancarkan bertujuan mengekang jenayah jalanan dan kongsi gelap kira-kira kurang enam bulan, turut mendapatkan bantuan Unit K9 ketika menjalankan operasi.

Elemen terbaharu itu digunakan berikutan anjing K9 dilihat sangat efektif dalam mengesan senjata api dan peluru yang disembunyikan oleh penjenayah atau penyeludup senjata api.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd. Jalil Hasan, penugasan Unit K9 akan dipertingkatkan di kawasan sempadan khususnya di laluan pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

"Kita telah melatih anjing-anjing yang baru diperoleh dengan kemahiran mengesan senjata api, dadah dan jenayah-jenayah lain.

"Ketika ini, kita telah menubuhkan dua pasukan khas dengan kekuatan 12 anggota dan 2 pegawai dari Ibu Pejabat Bukit Bukit Aman untuk membantu perjalanan Op Cantas Khas.

"Selepas ini, kita akan perluaskan khidmat Unit K9 di peringkat kontinjen dan Op Cantas Khas diaktifkan pula di kawasan sempadan," katanya ketika ditemui wartawan Mega Polis ketika mengadakan Program 'Omnipresent' Bersama Pasukan Op Cantas Khas Wanita dan Unit K9 di Hospital Ampang baru-baru ini.

Bagi memastikan Op Cantas Khas membuahkan hasil yang positif, sebanyak 45 ekor anjing pengesan baru telah dilatih di Unit K9 yang berpusat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini dan Seksyen K9 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor pada 8 Julai hingga 26 Oktober lalu

Anjing yang dilatih itu terdiri daripada 30 ekor baka 'German Shepherd' untuk pelbagai keperluan, tujuh ekor anjing narkotik baka 'Labrador' dan lapan lagi anjing 'Labrador' untuk mengesan bahan letupan.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ibat-Op-Cantas-Khas
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 07:01 PM | Show all posts
Semangat Osiou Oh Kamanang masih membara

PENAMPANG 6 Nov. - Kerinduan yang tertahan sejak berpuluh tahun lalu semuanya terubat apabila lebih 40 bekas anggota Sabah Ranger yang kemudiannya dikenali sebagai 2 Rejimen Renjer Diraja (2RRD) hari ini bertemu buat kali pertama sejak penubuhannya pada 1963.

Apa yang menariknya, langsung tiada batasan, sama ada anggota biasa atau pegawai pangkat tinggi semuanya mampu duduk semeja mengimbas kembali pengalaman pahit dan manis semasa menyabung nyawa mempertahankan keselamatan negara.

Malah sesekali terdengar gelak tawa para pahlawan negara itu apabila menceritakan kenangan yang melucukan.

Bekas Pegawai Memerintah 2RRD, Brig. Jeneral (B) Datuk Hon Mun Loong berkata, tujuan utama penganjuran majlis pertemuan semula itu ialah bagi mengeratkan silaturahim yang terputus sejak sekian lama, selain daripada untuk menjaga kebajikan para anggota yang tidak bernasib baik.

"Majlis julung kali ini seboleh-bolehnya akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi mengumpulkan seluruh anggota yang bertaburan di seluruh negeri. Kawan-kawan dalam kumpulan yang hadir hari ini akan menggerakkan jawatankuasa bagi merealisasikan hasrat ini," katanya kepada pemberita selepas majlis itu di Kem Lok Kawi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Briged Kelima Infantri, Brigadier Jeneral Datuk Ranjit Singh Ramday.

Sabah Ranger yang menggunakan slogan Osiou Oh Kamanang (Siapa Berani Menang dalam bahasa Kadazan) ditubuhkan pada 16 September 1963 bagi menghadapi konfrontasi Indonesia, sebelum ditukarkan kepada 2RRD pada 1965 selepas Sabah bersama Sarawak dan Malaya menubuhkan Malaysia.

Sementara itu, salah seorang pegawai 2RRD, Kapten (B) Terence Stahlmann, 68, mengakui perasaannya bercampur-baur, gembira kerana berpeluang berjumpa semula dengan bekas rakan-rakan seperjuangan tetapi sedih kerana mengenangkan ramai daripada mereka telah meninggal dunia.

"Saya sanggup menangguhkan segala urusan lain demi untuk menghadiri majlis penuh bermakna ini," katanya yang merupakan bekas pemenang dua pingat emas acara tinju dalam Sukan SEAP 1965 di Kuala Lumpur dan 1967 di Thailand serta memenangi gangsa dalam Sukan Asia 1968.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... anang-masih-membara
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 07:02 PM | Show all posts
TLDM terbangkan bayi ke IJN


Bayi berusia sembilan hari yang diterbangkan menggunakan pesawat Super Lynx milik TLDM dikejarkan untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, kelmarin.

IPOH 8 Nov. - Seorang bayi berusia sembilan hari diterbangkan menggunakan pesawat Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

TLDM dalam kenyataannya berkata, bayi tersebut yang mengalami komplikasi jantung dan memerlukan pembedahan segera di IJN diterbangkan dari KD Rajawali, Pangkalan TLDM Lumut, kira-kira pukul 4 petang.

Kata kenyataan itu, bayi tersebut yang diberikan bantuan inkubator diiringi ibunya, N. Kokilah, 17, dan Dr. Lai Chee Seng, tiba di Hospital Kuala Lumpur kira-kira setengah jam kemudian.

"Pesawat Super Lynx dari Skuadron 501 itu menjalankan operasi berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan dari Hospital Seri Manjung pada pukul 2.30 petang.

"Penerbangan ini dikendalikan oleh Leftenan Komander S. J. Jason, dibantu Leftenan Komander Syed Muhammad Shafiq Syed Husin dan Kuater Master Udara Bintara Muda Helmy Mohd. Ramli," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, penerbangan tersebut berjaya mempercepatkan tempoh perjalanan iaitu hanya 30 minit berbanding laluan darat yang memakan masa lebih empat jam dari Lumut ke Kuala Lumpur.

"Penerbangan ihsan ini membuktikan keprihatinan TLDM kepada warga Malaysia yang memerlukan bantuan kecemasan dan antara tanggungjawab sosial TLDM dalam mendukung amanah, selain mempertahankan maritim negara daripada ancaman musuh," kata kenyataan itu.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... bangkan-bayi-ke-IJN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2013 07:04 PM | Show all posts
TUDM, RSAF setuju laksana semula latihan bersama - Zulkifeli


ZULKIFELI Mohd. Zin (tengah) berganding tangan bersama ketua-ketua tentera negara asing yang terlibat dalam Eksesais Bersama Lima 2013, di Pulau Pinang, semalam.

BUTTERWORTH 8 Nov. - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) sepakat melaksanakan semula latihan bersama membabitkan penggunaan ruang angkasa dan pangkalan udara kedua-dua negara yang dihentikan pada 1998.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, persetujuan itu dicapai berikutan tahap operasi yang semakin meluas termasuk bilangan pesawat mencukupi selain kemudahan serba canggih serta lengkap di pangkalan udara masing-masing.

Menurutnya, menerusi Perjanjian Membantu Pangkalan (BSA), pesawat kedua-dua angkatan udara akan saling membantu dan bekerjasama ketika pelaksanaan pergerakan.

"Sebagai contoh, jika TUDM dijemput untuk menyertai pameran atau pertunjukan di Singapura, pesawat kita tiada masalah untuk memasuki ruang udara republik itu dan ditempatkan di pangkalan udara di sana.

"Kesepakatan ini mencerminkan kematangan kerjasama angkatan tentera kedua-dua negara, sekali gus akan meningkatkan keupayaan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) secara keseluruhan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Eksesais Bersama Lima 2013 di Pangkalan Udara Butterworth di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Angkatan Tentera Singapura, Leftenan Jeneral Ng Chee Meng; Ketua Angkatan Tentera Australia, Jeneral David John Hurley; Ketua Angkatan Tentera New Zealand, Leftenan Jeneral Richard RHYS Jones dan Komodor Udara Nick Bray yang mewakili Ketua Angkatan Tentera United Kingdom.

Eksesais berkenaan merupakan latihan ketenteraan darat, laut dan udara yang menggabungkan lima negara di bawah FPDA iaitu Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.

Latihan yang akan berakhir pada 21 November ini melibatkan kira-kira 2,000 pegawai dan anggota, 68 pesawat serta 10 kapal dari kelima-lima negara.

Terdahulu dalam ucapannya Zulkifeli memberitahu, FPDA telah berjaya meningkatkan tahap keselamatan serantau sejak lebih empat dekad lalu dan akan terus menjadi komponen penting itu.

Jelasnya, perkembangan landskap keselamatan masa kini telah mencetuskan cabaran baharu kepada rantau ini.

"Cabaran kompleks sebegini sebaik-baiknya ditangani secara kerjasama dengan negara-negara serantau," ujarnya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... bersama---Zulkifeli

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 09:43 AM | Show all posts
Puas jadi polis


GEORGE Nyipa menunjukkan sijil penghargaan yang pernah diterimanya.

Begitu juga dengan Ketua Balai Polis Brickfields, Inspektor George Nyipa, 35, tentang kecenderungannya terhadap dunia kepolisan meskipun bukan berlatar belakangkan sejarah keluarga yang terlibat langsung dalam pasukan keselamatan.

"Kalau hendak bercakap soal minat, saya sendiri tidak tahu minat itu bermula dari mana dan apa yang membuatkan saya bertukar minat dari pengajian mekanikal kepada dunia kepolisan.

Apa yang pasti saya amat teruja untuk mengetahui secara mendalam segala selok belok dunia kepolisan ini terutama perundangan dan aspek penyiasatan kes-kes jenayah sehingga proses menuduh pesalah di muka pengadilan," ujar anak kelahiran Baram, Sarawak itu.

Sebaik sahaja menerima tawaran menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak pada 1 Disember 2004, tiada apa yang boleh diluahkan pegawai muda berketurunan Kayan ini selain rasa teruja dan gembira.

"Selepas mengetahui tawaran pengambilan pegawai baharu, saya terus mengisinya dan tidak sangka dipanggil untuk menjalani ujian saringan.

Minat punya pasal dengan dunia polis sehinggalah ketika melakukan ujian fizikal, saya lupa tentang kecederaan lutut yang dialami akibat bermain bola dan tetap bersungguh-sungguh agar terpilih untuk menjalani latihan sebagai anggota," kata anak keenam dari tujuh beradik itu.

Jelas beliau, ibunya, Mujan Lai, 64, dan bapa, Nyipa Emang, 75, serta ahli keluarga sama sekali tidak pernah menghalang minatnya untuk memasuki dunia kepolisan sekali gus menjadi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) meskipun dia nekad meninggalkan pengajiannya demi cita-cita disukainya.

"Sebenarnya sebelum menjadi polis, saya merupakan pelatih Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sewaktu pengajian di universiti.

Saya rasa puas meskipun terpaksa bertindak meninggalkan pengajian demi sesuatu yang diminati dan mempelajari pelbagai perkara baru pada setiap hari dalam dunia kepolisan ini," jelasnya.

Katanya, terdapat beberapa rakan sekampung turut menjadi polis dan berkhidmat untuk negara meskipun berasal dari kaum minoriti di Sarawak.

Memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas setahun menjalani latihan di Pulapol, ujar George, suasana bertugas jauh lebih hebat dan penuh dengan cabaran berbanding sewaktu latihan yang dianggapnya amat menguji ketahanan fizikal.

"Memasuki penugasan sebenar, setiap anggota perlu kuat bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi termasuk ketahanan mental kerana menjalani latihan dan mengharungi suasana penugasan di alam kerja sebenar jauh berbeza.

Setiap hari dalam bidang polis adalah hari kita belajar sesuatu dan semua warga PDRM perlu pantas dengan perubahan dan ilmu semasa apatah lagi permintaan masyarakat terhadap perkhidmatan polis sentiasa berubah seiring peredaran masa kini," katanya.

Menyentuh prinsip beliau dalam menjalankan tugas serta sebagai ketua balai, George berkata, pendekatannya mudah iaitu sewaktu bekerja setiap anggota perlu ada perasaan komited, amanah dan tegas dan fokus ketika melaksanakan satu-satu tugas.

"Biarlah sewaktu kerja kita betul-betul fokus dengan pekerjaan agar apa sahaja tugas terutama perkhidmatan kepada masyarakat dapat diberikan yang terbaik kerana itulah yang diharapkan mereka apabila tiba di balai polis.

Namun, perkhidmatan polis akan menjadi lebih sempurna sekiranya masyarakat turut sama memainkan peranan dengan menjadi sub sokongan dalam usaha PDRM menentang jenayah di negara ini.Kedua-dua pihak saling memerlukan dan perlu didokong dengan jalinan kerjasama kukuh demi menjaga keamanan dan ketenteraman setempat serta keselamatan negara khususnya," ujarnya.

Tugas baharu sebagai Ketua Balai Polis Brickfields yang mengendalikan pengurusan balai serta kira-kira 200 anggota sejak Oktober 2010 lalu banyak mengajar dan mematangkan beliau dalam memimpin pasukan selain menjadikannya lebih berinteraksi secara terus dengan masyarakat.

"Saya mengambil pendekatan secara langsung dengan penduduk-penduduk di bawah pentadbiran dengan memperbanyakkan program bersama mereka selain memberi nombor telefon sendiri untuk dihubungi tanpa sekatan masa agar apa sahaja masalah atau aduan berkaitan jenayah dapat disalurkan secara pantas.

"Pendekatan ini jelas mendapat maklum balas positif dan inilah antara cabaran yang perlu dilaksanakan polis untuk meyakinkan masyarakat supaya mereka mempunyai perasaan yakin dengan keselamatan walau di mana mereka berada," jelasnya.

Empat kawasan bawah pentadbirannya ialah Lapangan Terbang Sungai Besi, sekitar Istana lama, Jalan Traver dan Jalan Kucai Lama.

George memberitahu, beliau pernah menjadi salah seorang penerima penghargaan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kejayaan meningkatkan persepsi positif dan rasa selamat masyarakat Malaysia pada 2011.

"Penghargaan bukanlah sesuatu yang saya harapkan apabila memasuki dunia kepolisan. Namun apabila ia diberi, saya menghargai dan saya percaya mana-mana polis akan terasa pengorbanan atau baktinya pada nusa dan bangsa dihargai," ujar beliau.

George mendirikan rumah tangga dengan teman sekampungnya, Juliana Emang, 35, pada 30 Disember 2005.

Jelas beliau, isterinya amat positif dan memahami kerjayanya serta tidak merungut meski pun masa terluang bersama keluarga adakalanya amat terhad.

"Jika ada masa terluang, saya gemar habiskan masa bersama mereka," ujar beliau sambil menambah isterinya pernah bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat sebelum mendirikan rumah tangga.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... _01/Puas-jadi-polis
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 09:46 AM | Show all posts
Helah lanun elak dikesan


Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar

PELBAGAI helah dilakukan oleh lanun sekitar kawasan perairan Selat Melaka daripada dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi mengelak diri mereka daripada dicekup pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, penjenayah berkenaan biasanya akan memasang lampu mirip bot nelayan tempatan bagi mencari mangsa.

"Bot nelayan yang dirompak juga ada yang ditukar nombor pendaftaran dan warna catnya bagi mengelakkan daripada dicam. Peralatan seperti enjin, penjana lampu dan alat elektronik seperti Sistem Kedudukan Global (GPS) turut dicuri.

"Mereka lebih gemar merompak di kawasan yang benar-benar berdekatan dengan sempadan perairan negara bagi membolehkan segera melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Puzi berkata, berdasarkan rekod Maritim Malaysia, sebanyak 627 bot nelayan asing telah berjaya dirampas kerana cuba memasuki perairan negara dengan nilai rampasan berjumlah RM250 juta.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, lebih 300 daripadanya melibatkan individu berasal dari Vietnam.

Selain itu katanya, Maritim Malaysia turut berjaya mengekang rompakan membabitkan kapal dagang di kawasan perairan seluruh negara sejak 2009 dengan hanya dua kes dilaporkan pada 2011.

Menurut beliau, jumlah tersebut menunjukkan penurunan mendadak jika dibandingkan pada 2004 yang mencatatkan sebanyak 40 kes di perairan Selat Melaka.

" Pemintasan yang kita lakukan pada 2011 telah membuahkan hasil dengan dua perompak telah ditangkap dan didakwa dalam tempoh 20 hari sahaja serta dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan. Dari segi rompakan bot nelayan pula, jumlahnya amat terkawal dan tahun ini kita hanya ada tiga kes, "  katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Polis_&_Tentera/20131113/te_02/Helah-lanun-elak-dikesan Last edited by robotech on 18-11-2013 09:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 09:50 AM | Show all posts
TLDM terima Timbalan Panglima baharu


Abdul Aziz Jaafar (tengah) menyaksikan majlis serah tugas antara Mohammed Noordin Ali (kiri) dan Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dalam majlis Perbarisan Perpisahan Timbalan Panglima Tentera Laut dan Majlis Serah Terima Tugas di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menerima Timbalan Panglima TLDM baharu, Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang menggantikan Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Mohammed Noordin Ali yang akan bersara.

Majlis kenaikan pangkat dan serah terima tugas itu disaksikan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar serta pegawai kanan TLDM di Kapal Diraja (KD) Sri Gombak, Kementerian Pertahanan di sini.

Menurut Abdul Aziz, Mohammed Noordin akan bercuti sebelum menjalani latihan peralihan dan bersara daripada perkhidmatan mulai 15 Mei tahun depan.

"Saya kehilangan seorang yang berpengalaman. Beliau bekerja di bawah kepimpinan saya sudah lima tahun setengah dan banyak membantu saya mentadbir dan mengurus TLDM.

"Tetapi saya amat bersyukur kerana penggantinya merupakan seorang yang cukup berpengalaman," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Jasamu Dikenang, di sini hari ini.

Majlis itu turut meraikan seramai 16 pesara dan bakal pesara TLDM.

Ahmad Kamarulzaman sebelum ini merupakan Panglima Angkatan Bersama dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahmad Kamarulzaman juga pernah memegang jawatan sebagai Panglima Armada berpangkalan di Lumut, Perak dan Panglima Wilayah Laut 2 yang berpangkalan di Teluk Sepangar, Sabah.

Dalam pada itu, Abdul Aziz turut merakamkan penghargaan kepada pesara dan bakal pesara TLDM yang diraikan dalam majlis tersebut.

Menurut beliau, di sebalik kecanggihan sistem dan peralatan yang diperoleh TLDM sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aset utama yang menjadi penentu kejayaan ketumbukan itu ialah sumber manusianya.

"Rata-rata 16 pegawai dan anggota yang diraikan hari ini telah berkhidmat antara 22 hingga 41 tahun dalam TLDM dengan sejumlah 503 tahun perkhidmatan keseluruhannya atau purata 31.6 tahun setiap pegawai dan anggota," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Haiyan di Filipina dari segi penggunaan kapal jika diperlukan.

"Kapal kami sudah bersedia untuk dihantar ke Filipina pada bila-bila masa bagi membantu mangsa yang terjejas akibat taufan di sana," katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... lan-Panglima-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 1.121058 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list