CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13264|Reply: 71

3 brader automall shah alam penipu!!!!

[Copy link]
Post time 22-6-2009 08:52 PM | Show all posts |Read mode
assalammualaikum semua.... aku ada kes ni .. aku cukup2 tak puas ati... aku ada beli kereta unreg kat syarikat 3 brader automall dekat dengan anggerik mall n pkns tu.. syarikat automobil la..

nak jadikan cerita.. masa aku pergi, salesman diorg cukup la baik.. akuusha2 aku memang suka ngan sebijik kereta ni... then aku pun ambilla... salesmen kata kita punya servis tiptop tak mcm naza world.. lgpunsalesmen tu pun baik punya terang.. barang2 semua original cantiklagi.... sebab masa aku nak booking tu aku tgk stering, gear knob,karpet, raio semua takda... dia kata semua ok.. original kereta ni lg..then aku pun setuju la amik.. buat la loan.. loan lepas... then akubayar downpament lebih kurang dekat 60 ribu.. ok.. fine.. diorg katakena tunggu kastam... ok aku tunggu.. lama jugak la.. mcm2 alasan diorgbg... dekat2 3 minggu aku tunggu.... then akhirnya aku suruh diorgpasang dulu barang2 kereta..... aduh.... stering pasang da... dan akuteliti!! ya Allah.. bukan stering original.. diorg bg stering modellain.. dah la koyak2... teruk... salesmen kata kami tak tukar memang dari jepun.. aku pun geram.. ayah aku pun sama.. korangtau dak? aku call boss syarikat tu tuan said tak angkat2.. antar mesejtak balas.. suruh jumpa tak jumpa.. aku datang kedai jer mcm2 alasansalemen tu beri.. ya allah.. servis teruk sangat..... aku suruhtukar.... diorg tanak tukar... then aku n ayah aku amik keputusan....sebab byk bahan bukti.. dalam form diorg ada tulis stering ori,adjustable adsober dan eksos fully mugen... aku cek balik... adsoberbiasa... eksos setengah jer jenama tu.. setengah jenama lain... steringdiorg tukar yg buruk bukan asal punya...:@:@:@:@:@

nak jadikan cerita.. aku hold dulu loan dari bg diorg... aku nak lawannak tribunal tuntutan pengguna... nak dapatkan apa yg aku sepatutnyadapat... diorg mcm takut.. aku tadi datang ngan pegawai.. aku ugut mcmtu.. then diorg janji nak tukar stering.. tapi!! bos dia janji petangni nak jumpa kami sekeluarga.. tunguu2 tak datang!!! antar mesej takbalas.. then aku antar mesej kat salesmen kata bila kereta bolehkeluar? dia hanya jawab esok kowt.. aku kat luar ni..

aduh aku dah panas ati..... korang jangan la terkena... 3 braderautomall shah alam.. aku pk nak failkan tuntutan kat tribunalpengguna.. kalau diorg masih tak bekerjasama... tolong la.. wahai kawan2.. bagi pendapat.... kalau korang tak percaya jom kita gi automall tu... tgk la kereta aku.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2009 09:05 PM | Show all posts
kerete aper ko beli?

aku tgk semua kerete sports
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 09:20 PM | Show all posts
sumer keta mahal kat situ... mmg patut ko ko ngamuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2009 09:37 PM | Show all posts
aku beli dc5 type-r.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 10:11 PM | Show all posts
Selalu gak lalu situ.  Nasib baik tak terbukak hati nak beli kereta kat situ.  

Speaking from experience, I would engage a lawyer to sort out the mess.  

Call around to find out the best lawyer to handle your case.  Usually lawyer's ni initial advice free je.  Bila kita agree that they take our case baru discuss about their fees.   Talk to a few law firms before deciding on your legal representation.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 10:29 PM | Show all posts
SAMAN JE   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2009 10:52 PM | Show all posts
assalammualaikum semua.... aku ada kes ni .. aku cukup2 tak puas ati... aku ada beli kereta unreg kat syarikat 3 brader automall dekat dengan anggerik mall n pkns tu.. syarikat automobil la..

nak  ...
putra_bengal Post at 22-6-2009 20:52


alamak,streering koyak?tak pernah tgk plak bagi benda2 yg koyak.tapi cust mmg patut dpt yg terbaik sbb diaorg byr bukan minta free.selalunya akan jadi mcm ni bila salesman berkata2 yg indah2 kat cust.g tribunal pun o gak bro.just wish u good luck.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2009 10:55 PM | Show all posts
aku masih tak puas ati.. syarikat tu tipu aku mcm2.. kata kastam dah lulus.. tapi masih ada sangkut kat kastam lg pasai cukai... salemen dia dah bgtau hal sebenar... salesmen dah tak tahan kami asyik serang dia jer.... then dier cerita.. dia kena ikut cakap bos dia... salesmen pun tak tau cerita kereta ni leh jadi cam ni.. herm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2009 11:10 PM | Show all posts
fuhhhh.... dahsyatnya kes kau kena.. sampai stering koyak pun dia bagi.

Nasib baik la masa aku amik wish dulu takde kena kencing cam nii...  Dapat kereta yang tiptop condition..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:11 PM | Show all posts
kesian kat kot ...ni yang aku takut kat beli ngan grey importer.

aku rasa baik ko suruh diorg tulis semua menda yang diorg akan buat/pasang kemudian nanti.suruh salesman +bos+ witness sign pastu simpan sebagai bahan bukti utk kemudian hari..paling bagus kalau semua menda yang diorg ckp kastam ke, cukai ke ko documented kan .

aku rasa ko jangan  failkan dulu kat tribunal pengguna lagi .yang penting jangan sign sebarang menda surat yg menyatakan ko dah ambik kete tu.make sure diorg pasang semua menda , then ko puas hati baru sign doted line.

SAtu lagi ,,bagi diorg dead line untuk pasang/betul semua menda yg ko tak puas hati..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:30 PM | Show all posts
fuh..........org kaya nih....DP RM60K.....

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:34 PM | Show all posts
11# cikguranggi

boleh beli sebijik persona atau  2 bijik kancil
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:34 PM | Show all posts
owner dia yg nih ke..????



NAMA: Wan Shariman Abdul Rashid
UMUR: 36 tahun
LAHIR: 27 Februari 1973 di Melaka
JAWATAN: Pengarah Operasi, 3 Brader Auto Mall
ISTERI: Norafizah Abu Bakar
ANAK: Mohd Syafiq Daniel, Nurul Syafiqa dan Nurul Syafiza
PENDIDIKAN: Sekolah Rendah La Salle, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah St John's, Kuala Lumpur; Institut Bank-bank Malaysia (IBBM)


KENDERAAN pertama miliknya ialah sebuah Perodua Kancil tapi kini Wan Shariman Abdul Rashid, 36, dicemburui banyak pihak kerana mampu 'memiliki' kereta mewah seperti seperti Lamborghini, Ferrari, Cayenne dan Hummer.

Semua kereta mewah itu bukan untuk kegunaan peribadinya, sebaliknya ia sebahagian daripada koleksi jualan syarikat 3 Brader Auto Mall yang diasaskan Wan Shariman bersama dua rakannya sejak lima tahun lalu.

Siapa saja yang melalui Jalan 14/6 Seksyen 14, Shah Alam, Selangor, pasti sukar mengalih pandangan terhadap dewan pameran 3 Brader Auto Mall yang begitu gah dengan pelbagai kereta berjenama mewah tersusun di dalamnya.

Wan Shariman yang turut memegang jawatan Pengarah Operasi berkata, 3 Brader Auto Mall menjalankan perniagaan mengedar serta menjual kenderaan import baru serta terpakai berjenama.

"Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk terbabit dalam perniagaan berskala besar seperti ini, sebaliknya memadai dengan kerjaya yang cukup untuk menyara diri serta keluarga.

"Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas saya bertugas di sebuah syarikat permotoran dari luar negara," kata bekas pemain ragbi bawah 23 tahun kebangsaan itu.

Menurut Wan Shariman, kerjaya awalnya ialah di bidang perbankan dan beliau pernah bertugas di dua bank terkemuka di ibu negara sebelum mengalih tumpuan ke bidang permotoran, juga di dua syarikat besar.

"Ketika bertugas di syarikat berkenaan, baru saya mendapat idea untuk menubuhkan 3 Brader Auto Mall apabila menyedari potensi besar pasaran bagi kenderaan import baru serta terpakai," katanya.

Bukan mudah untuk menubuhkan syarikat berkenaan kerana menurut Wan Shariman yang berasal dari Melaka dan dibesarkan di ibu kota, beliau berdepan pelbagai cabaran seperti kewangan selain pasaran.

Menurut beliau, bagi urusan mendapatkan pinjaman serta kelulusan bank saja memerlukannya berusaha keras menyediakan kertas kerja serta pelbagai lagi dan ia mengambil masa hingga enam bulan sebelum semua proses diperlukan selesai.

Wan Shariman berkata, perkara pertama ketika memikirkan idea untuk membuka 3 Brader Auto Mall ialah mendapatkan restu ibu, Birat Amin, 58, bapa, Abdul Rashid Pawanchik, 66, serta isterinya Norafizah Abu Bakar, 38.

"Pada mulanya, mereka bimbang kerana kos untuk memulakan perniagaan berkenaan sangat tinggi, selain keadaan ekonomi pula kurang memberangsangkan. Bagaimanapun, saya berjaya meyakinkan mereka dan syukur, akhirnya mereka memberi restu," katanya.

Menurut Wan Shariman, sebelum memulakan perniagaan berkenaan, beliau serta dua lagi rakan kongsinya menjalankan perniagaan menjual kenderaan secara kecil-kecilan di Seksyen 13, Shah Alam sejak 2003 hingga 2007.

Akhirnya, selepas berbincang panjang, mereka bertiga setuju membesarkan lagi operasi dengan membuka 3 Brader Auto Mall.

"Kami nekad dengan keputusan itu dan pada 1 November 2008, operasi 3 Brader Auto Mall bermula. Selepas kira-kira tujuh bulan membabitkan diri dalam perniagaan, semua yang dirancang berjalan lancar.

"Setiap bulan kami mampu menjual sehingga 15 kenderaan mewah pelbagai jenama, sama ada baru serta terpakai dari Jepun atau United Kingdom (UK)," katanya.

Menurut beliau, ketika memulakan perniagaan berkenaan, ramai pihak sangsi dengan cita-citanya serta dua lagi rakan kongsi dengan membuat pelbagai tanggapan negatif.

Antaranya ialah masa untuk memulakan perniagaan tidak tepat kerana ekonomi dunia sedang merudum, pasaran semakin mengecil dan pelbagai lagi.

"Selepas mendapatkan pelbagai pandangan, banyak perkara negatif terlintas di fikiran kami dan menyebabkan timbul banyak masalah, tetapi itu semua berjaya diselesaikan dengan baik.

"Kami nekad untuk tidak terlalu memikirkan banyak tanggapan negatif, sebaliknya berusaha keras bagi memastikan perniagaan baru diceburi ini mendapat sambutan," katanya.

Wan Shariman tidak akan lupa saat paling getir pada awal pembabitannya dalam perniagaan apabila terpaksa mencagarkan kediaman serta pelbagai lagi harta yang ada semata-mata mahu memastikan pinjaman bank diluluskan secepat mungkin.

Kerana itu beliau nekad tidak menoleh ke belakang lagi kerana berpendapat terlalu banyak masa, tenaga serta pengorbanan daripadanya selain orang sekeliling dicurahkan.

"Saya sudah nekad selain tidak mahu mengecewakan banyak pihak yang memberi sokongan selama ini. Kerana itu, pada saya, tiada istilah toleh ke belakang atau berundur kerana inilah kehidupan saya sekarang.

"Saya tidak mahu terhenti di tengah jalan, sebaliknya memandang ke depan demi masa depan serta cita-cita mengangkat darjat usahawan Bumiputera ke tahap lebih tinggi kerana selama ini perniagaan seperti itu lebih banyak dimonopoli syarikat bukan Bumiputera," katanya.

Dalam masa sama, Wan Shariman turut berhasrat membuka cawangan 3 Brader Auto Mall di utara dan selatan tanah air sebagai satu daripada pelan jangka panjang syarikat selepas kedudukan kewangan serta pasaran syarikatnya kukuh.

"Yang penting sekarang ialah mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai antara pemain utama industri ini.

"Saya anggarkan proses pengukuhan syarikat mengambil masa antara setahun hingga dua tahun dan jika semuanya berjalan lancar, cawangan 3 Brader Auto Mall akan dibuka," katanya.

Sehingga kini, Wan Shariman masih masuk kerja tepat jam 9 pagi dan hanya pulang tengah malam kerana berpendapat ia perlu dilakukan memandangkan syarikatnya masih baru.

Berkaitan keluarga, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada isteri kerana sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga tiga cahaya mata mereka.

Beliau berkata, isterinya dan tiga anaknya, Mohd Syafiq Daniel, 12; Nurul Syafiqa, 9, dan Nurul Syafiza, 6, adalah permata kehidupannya yang paling berharga.

"Kerana itu saya bersyukur dan berterima kasih kepada Norafizah kerana sanggup menjaga anak kami ketika saya sibuk bekerja. Setiap malam, saya periksa kerja sekolah mereka selain membawa semuanya ke mana saja destinasi percutian jika ada masa terluang," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:35 PM | Show all posts
cakap tak serupa bikin rupanya......




Sediakan khidmat servis selepas jualan

BAGI memastikan pelanggan mendapat kenderaan idaman berkualiti walaupun ia jenama mewah terpakai, Wan Shariman sanggup menghabiskan masa hingga dua minggu di luar negara.

Biasanya Wan Shariman akan ke United Kingdom (UK) ditemani 'pakar kereta' syarikat, Mohd Razif Misran, 37, untuk mendapatkan kenderaan sesuai seperti diminta pelanggan.


"Ia satu daripada polisi syarikat kami iaitu memberi kepuasan kepada pelanggan setara dengan wang yang mereka belanjakan untuk mendapatkan kenderaan mewah baru atau terpakai.

"Apabila bertemu kenderaan dikehendaki, kami hubungi pelanggan di Malaysia dan memaklumkannya sebelum memberi penjelasan lanjut berkaitan spesifikasi, keadaannya dan pelbagai lagi supaya dia benar-benar faham," katanya.

Selepas kenderaan dibawa pulang ke Malaysia, syarikat beliau akan melakukan satu lagi pemeriksaan menyeluruh untuk menukar barangan yang perlu kepada yang baru dan pelbagai lagi sebelum ditunjukkan kepada pelanggan bagi memastikan mereka puas hati.

Bagi memastikan pelanggan sentiasa puas hati, Wan Shariman akan berulang ke UK setiap bulan. Setakat ini, hampir 90 peratus tempahan serta pembelian dilakukan menggunakan cara berkenaan.

Selain itu, 3 Brader Auto Mall menyediakan khidmat servis selepas jualan dengan pusat servis berkenaan ada di belakang ruang pameran syarikat.

"Kami lihat kebanyakan syarikat mengimport kenderaan terpakai atau baru tidak menyediakan khidmat servis kenderaan selepas jualan kepada pelanggan dan kerana itu kami mengambil keputusan melakukannya.

"Setakat ini, ia mendapat permintaan menggalakkan kerana mekanik kami mempunyai pengalaman bertugas di pusat servis syarikat permotoran jenama besar dunia," katanya.

Dalam masa sama, Wan Shariman tidak menolak kepentingan jalinan kerjasama dengan usahawan kenderaan mewah import lain kerana tanpanya, sukar untuk memaksimumkan perniagaan.

Beliau turut mengatakan, kekuatan syarikat juga terletak pada 30 petugas yang sentiasa bekerja keras memajukan perniagaan serta komited pada tugas masing-masing.

"etugas adalah aset berharga syarikat dan mereka turut ada peranan besar dalam menentukan jatuh bangun perniagaan ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:37 PM | Show all posts
saman je la......baik kasi puas ati punya

bior ajor skit org camtu

asik menipooo jek keje

cam tu la kalo nak kaye, senang jek....menipu je keje nye
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:38 PM | Show all posts
ni mesti kerja org bawahan yg tukar menda tu semua kot....takan laa bos nak buat menda tu..penat2 kerja siang malam nak naikkan kompeni takan dia nak buat taik pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2009 08:10 AM | Show all posts
saman jelah...fight for ur rights
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 08:39 AM | Show all posts
saman....

pastu, nak lagi best,

antar mesej kat boss dia si seriman tu...  letak sekali link cari ni... biar dia tahu...

yg patut dibuang kerja, kasi buang...

sales man keta skunk ni banyak yg shilaka dari yg baik baik......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2009 08:42 AM | Show all posts
tq all.. aku masih tak dapat kata putus.... aku dan ayah aku semalam masih mencari manager dia masih tak dapat... dia mengelak diri dari kami.. call tak angka... mesej tak balas... suruh jumpa dia tak datang.. YA ALLAH... ada lg manusia yg mcm ni... tgk la... kuasa pengguna selepas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 09:08 AM | Show all posts
19# putra_bengal

aku rasa manager dia pun ada kaitan gak
lau tak...takdelah asyik ngelakjer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.089120 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list