CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12800|Reply: 82

Kisah seram 16 tahun lalu...

[Copy link]
Post time 18-6-2009 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Setelah beberapa lama aku hanya membaca kisah-kisah seram dlm ni, tibalah masanya aku pula menceritakan kisah seram yg pernah berlaku dalam hidup aku.

Kisah seram ni berlaku pada aku pada tahun 1993 dimana aku masih menuntut disebuah sekolah menengah (form 1) di Alor Setar, Kedah.

Aku mmg penakut dulu ni,kalau org 'gempaq' aku hantu ja mmg aku akan terus cabut ja.Nak tlg buang sampah pada waktu mlm pun aku takut walaupun jarak rumah aku dgn tong sampah besar hanya 20 langkah ja!
Mmg aku penakut sgtla..Kalau org usik aku takut dan aku akan menangis!

Setiap hari aku ke sekolah dgn mengayuh basikal. Kadang2 sorg, kadang2 bersama kwn2. Biasanya aku akan keluar rumah pada jam 6.15am (mmg gelap sgt la time ni tp semangat nak g menuntut ilimu!)
Pada waktu pulang pula aku selalunya akan ikut jalan shortcut.Kalau ikut jalan ni, mmg cepatla sampai rumah.Mmg betui2 shortcut punyala!Tapi bila dah ikut jalan ni,terpaksalah aku tempuhi satu tempat yg mmg 'keras'   dalam satu kampung ni.tempat yg dikatakan itu adalah sebuah rumah yg telah lama ditinggalkan.Walaupun rumah ini tiada berpenghuni, tetapi ianya kelihatan seperti berpenghuni. Maksud aku,persekitaran rumahnya sentiasa bersih. Kain langsir juga ada 'benda' yang menbuka dan menutupnya. Begitu juga dengan tingkap dirumah itu.

bersambung....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2009 11:35 AM | Show all posts
ler... mana sambungannye... tgh feeling2 baca...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:37 AM | Show all posts
laa.....kalo nk sambung pun...biarla bturut2...
jgnla gap sgt....xbest!
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:41 AM | Show all posts
Tunggu dihari dan masa yang sama, minggu hadapan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:44 AM | Show all posts
yuhuuuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:44 AM | Show all posts
aku baru nak seronok baca dah bersambung pulak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2009 11:49 AM | Show all posts
apa la salahnya terus jer sambung citer, org tgh dok feeling, dia boleh cut lak ngan iklan...ada penaja gak ker????
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:49 AM | Show all posts
Bagi penaja2 lalu dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2009 11:50 AM | Show all posts
adeh...mcm dah jd trend plak sambung2 citer ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:50 AM | Show all posts
mana sambungannyaa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:58 AM | Show all posts
dah jadik cam trend la plak...mcm drama bersiri....mesti ada sambung2nya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:59 AM | Show all posts
kalau x sambung dlm masa 2 hari....kemungkinan thread akan ditutup..

potong stim tul la..

[ Last edited by  medangmru at 18-6-2009 12:04 ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:59 AM | Show all posts
to be continued-
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 12:02 PM | Show all posts
erm..sambung pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by ducati7 at 18-6-2009 11:59 AM
to be continued-


adessssssssssssssss.....

( pinjam avatar ko jap...)
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 12:11 PM | Show all posts
laaaaaa.......mana sambungan nye......

dok feeling2 baca neh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2009 12:15 PM | Show all posts
sambungan plss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2009 12:18 PM | Show all posts
Sambungan

Sori wei..Aku taku type panjang2 satgi juuling lak mata angpa membacanya!

Didepan rumah puaka ini terdapat sebatang anak sungai. Bagi mereka yg nak lalui jalan ini,terpaksalah merentasi anak sungai dgn mengunakan jambatan usang yg ada betul2 didepan rumah. Jambatan ini kecil ja lebarnya,yg berjalan kaki @ berbasikal ja yg boleh gunakan jambatan ni.Dah tu, kalau guna basikal tak boleh lak naik jambatan sambil mengayuh,kena pula sorong ja basikal tu.

Aku dan kawan2 mmg mengetahui yg rumah itu berpuaka,tapi kami mmg suka ikut jalan shortcut ni gak!Kalu aku sorg2 mmg aku takkan ikut jalan ni la..Mmg aku xberani la!
Penduduk kampung yg berhampiran pun jarang ikut jalan ni,sbb tu jalan ni semakin sempit sbb rumput dan lalalng semakin panjang.

Wei...Aku dah tak tau nak buat karangan dh..Aku terus cerita kat part yg aku jmpa hantu ja la..


Ok, ceritanya camni..Suatu hari tu (Sabtu) aku kena pergi sekolah.Aku sorg2 ja sebab kawan2 lain cuti hari tu. Aku dapat anugerah cemerlang, jd sekolah aku anjurkan hari penyampain hadiah pada hari tersebut.

Aku macam biasala,jam 6.15am ja aku dah siap untuk ke sekolah.Mmg gelap lagi la time tu.Mmg selalunya bila sampai sekolah ja, aku la yg buka lampu koridor kat blok depan tu.
Ok, keluar ja dr rumah, aku kayuh la basikal.Kali ni aku sorg dan aku takkan ikut jalan shortcut tu la!Aku ikut jalan biasa (jalanraya ni).Dalam 20 minit aku mengayuh basikal, cuaca semakin gelap ditambah lak dgn angin yg agak kuat.

Pastu hujan lak turun. Aku pun amik keputusan berhenti dibawah pokok kat tepi jalan tu. Aku mmg sentiasa bawa baju hujan. Sedang aku dok tgh sarungkan baju hujan, tiba2 aku dengar suara yg sayup2 memanggil nama aku. Aku pun toleh la tgk mengikut arah suara tersebut.Tak ku sangka,aku berhenti betul2 berhadapan dengan rumah puaka yg aku ceritakan tadi. Cuma jaraknya adalah jauh..Lebih kurang 300meter dari tempat kau berdiri untuk pakai beju hujan.
Dekat rumah tu ada sepohon pokok yg besar.Aku perhatikan betul2 ke pokok tersebut dan aku dengar lagi suara memanggil aku.

Aku cuba tajamkan mata,nak tgk siapa yg memanggil aku.Tiba2 aku nampak satu kelibat..Lembaga yg berpakaian putih dibawah pokok besar berhampiran rumah puaka itu.
Lembaga itulah yg memanggil aku dan aku terpaku melihatnya.Aku sedang ketakutan.Aku dah tak boleh nak buata apa lagi!Terpaku aku kat situ!Kemudian lembaga itu naik pokok besar tu.Pastu bila dah sampai kat atas pokok besar tu,dia panggil nama aku lagi dah kali ni dia terbang menghala kearah aku!
Aku nampak lembaga putih ni semakin menghampiri aku dan dgn sedikit ilmu yg ada,aku cuba baca apa2 yg ptut.Mulut aku dh terkunci time ni.Aku dapat baca dalam hati ja!

Dan setelah makin dekat aku dapat perhatikan wajah lembaga tersebut.Wajahnya hodoh..seperti wajah monyet dan berwarna hitam. Rambutnya panjang seperti kain putih yg dipakainya.Sekaranmg dia bbetul2 berada didepan mataku dan apabila dia dah hampir sgt dgn aku, tiba2 dia hilang..Mungkin kerana apa yg aku baca dalm hatiku ini.

Fuh...Lega kau rasa time tu beb! Bila dah lembaga tu hilang,hujan pun berhenti dan langit pun cerah!Aku rasa cam mimpi ja..

Dan aku ambil keputusan untuk pulang kerumah.Tak jadi g sekolah dah!Sampai rumah ja aku terus masuk dan berehat.Aku tak bercakap dengan sesiapa pun!
Petang tu baru aku ceritakan pada ibubapa aku sebab apa aku tak jadi g sekolah.
Ptg tu juga ada kwn2 dtg rumah dan aku tak bercakap sepatah pun dgn mereka. Mereka pun pelik dgn aku.
Setelah tu aku demam seminggu!Dari apa yg aku ceritakan pada ibubapa dan saudara mara aku,diaorg berpandapat yg lembaga putih yg aku lihat itu adalah "langsuir" @ "pontianak"!

Dan semenjak kejadian itu, aku telah berubah..Dari seorg yg penakut, aku telah menjadi seorg yg agak berani.

[ Last edited by  fuel_i at 18-6-2009 12:25 ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 12:19 PM | Show all posts
lorrr,xde sambungan lg ker??
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 12:20 PM | Show all posts
ohhh dh ada..sorry tuan tanah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.085646 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list