CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14105|Reply: 16

Cromok Anthology

[Copy link]
Post time 28-5-2009 03:17 PM | Show all posts |Read mode
baru tadi aku bace kat paper, Warner Music released 1 compilation album ..boxset lbh kurang ar..
Rasenye boleh dijadikan koleksi bg para penggemar legenda Metal Malaya ... opinions akulah..
korang tak minat ker band Cromok???
ker ader thread Cromok sblm nie , yg aku sndrik x ambek tau ..

refer kat BH online nie

KUMPULAN pertama yang memperjuangkan irama trash metal ini dianggotaiSam, Miji, Karl dan Din ditubuhkan ketika mereka menuntut di UniversityOf Wollongong, New South Wales, Australia.

Bagaimanapun, mereka cuma merakamkan album pada 1991 selepasmenyertai EMI. Penerbitan album yang memilih Image Of Purity sebagaijudul itu juga menamatkan kemarau produksi Inggeris tempatan selepaslebih 10 tahun tidak dilahirkan.

Apa yang menarik mengenai Cromok, album itu berjaya meraihkutipan platinum biarpun ia diedarkan tanpa publisiti meluas. Apatahlagi mereka juga terpaksa berdepan cabaran hebat apabila kesemua lagudalam produksi itu diharamkan penyiaran oleh stesen radio tempatan.

Namun kumpulan ini masih gagah bertahan dengan sokonganpeminat. Membawa muzik mereka lebih kreatif dengan balutan nuansaMelayu menyerlahkan lagi nama Cromok di mata peminat muzik tempatan.

Sepanjang bersama EMI, Cromok menghasilkan enam album penuh serta sebuah kompilasi; Mean, Meaner, Meanest pada 1999.

Pada 2000, mereka kembali dengan album remasted, Image OfPurity dan pengaruh Cromok ternyata masih meluas apabila setiap albummereka diterima baik pencinta muzik.

Menerusi Anthology, Warner Music menghadirkan semula kesemuaenam album itu dalam set kotak eksklusif yang menjalani proses digitalremastering.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2009 03:18 PM | Show all posts
sorilah ...terbagi link torrent lak ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 03:59 PM | Show all posts
box set? bile nak kuor box set cromok nih...  kalo kuor box set bagus ler..
sape artis melesia yg pernah kuor box set yerk? hehehheh
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 01:18 AM | Show all posts
Bagi orang yang dah melewati 50+  aku kurang mengikuti group2 yang dikategorikan dgn mcm2 nama death/speed/niu metal dsbg nya  .Bukan tak berminat cuma aku tak dapat menghayati irama sebegini tapi aku menjadi peminat Cromok sejak kemunculan album pertama lagi.
Sejak muncul dgn satu jenis muzik yang baru dgn album Image of Purity aku telah membeli album tu pada 1991.
   TERINGAT aku masa kemunculan album pertama tu ada satu rancangan radio disaluran Inggeris RTM (muzikal)malam minggu .DJ perempuan siap buat promo pasal kumpulan ni yang katanya popular di Australiia...bla..bla..bla..
Tunggu punya tunggu dia putarkan lagu METALLURGICAL .....tapi tang intro ada tu saja.. tu pun sebab rentak ULIK MAYANG kot..
Masa tu RTM mmg "keras"dalam bab memutarkan "benda benda dari barat yang merosakan generasi muda"kita..
MASA TELAH MEROBAH SEGALA PERATURAN TU.
Kekadang aku merasa pelik jugak dgn "sumpaahan"yang kena dgn kumpulan2 muzik ni.Bila sudah mula meniti kemasyuran akan berlakulah pengunduran anggota .Ini juga berlaku dgn CROMOK.Apa masaalah yg menyebabkan Din menubuhkan D'Cromok ? Nampak mcm satu cara protes dari Din dgn menggunakan nama CROMOK dgn penambahan D'.
Ada yang mengatakan konsep muzik Cromok ni Speed Thrash dan ada yang cakap Thrash Metal..mana yang betul.?Aku bukan arif dgn genre muzik baru ni..




[ Last edited by  adam75 at 31-5-2009 01:24 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 02:06 PM | Show all posts
style nyanyi Cromok mcm Teutonic Thrash atau band2 thrash metal dari Jerman cam Kreator, Sodom dan Destruction manakala muzik style Bay Area Thrash cth band Metallica, Exodus, Megadeth

rasanya Cromok main Thrash Metal.. Megadeth pon kalau xsilap pernah genre dia dilabel Speed/Thrash metal..mungkin sebab ada sstgh lagu yg laju tempo dia sebab tu dipanggil speed/thrash...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 12:46 AM | Show all posts
Dgr crita walaupun Cromok femes  main live show kat sekitar tempat dorang blajar kat Australia tue, tapi bila balek Malaysia Cromok tak brapa nak join scene u/g tempatan.
Dgr kata Karl , yg dia mmg tak follow pun scene metal tempatan .
dorang penah ckp "We only play what we like to play"卻ecare x langsung bagi aku "we only hear what we only want to hear" ..
mungkin dgn care ini , band Cromok still kekalkan elemen metal kemelayuan dorang , disadur dengan background muzik Trash bawaan omputeh nun.
Kalau dgr byk sgt, takut serabut lak kepale. Terlampau ikut sgt pengaruh band2 laen..
Pade aku kejayaan dorang dalam menghasilkan lagu2 melayu metal tue mmg setanding dgn band2 metal omputeh.
Mmg ada originaliti dan karya agung spt Ulik Mayang tue mmg ngetop!! bak kata Wak Suparjo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2010 09:00 PM | Show all posts
asal x ramai org dlm thread cromok ni..layan pa lagu2 dorang....kalo tgh2 marah2 kew,ley layan lagu mereka...trus cool jew...

korang de dgr pasal band CROPOX? Ley tahan la dorang nih...aku salute ngan drummer nya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 10:59 AM | Show all posts
cromok memang best......
aku ada semua album dia.....
cuma skarang nih dah kurang ckit dgr2 lagi binggit nih.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2010 01:33 PM | Show all posts
basically Cromok femes dekat ostolia sebab mat metal belah sana menganggap thrash cromok ni unik apatah lagi dengan unsur unsur kemelayuan dia tu.. takde band ostolia yang main thrash dengan elemen elemen melodic secara asia macam cromok.. Tapi memang cromok masa tu agak femes di ostolia.. kalau tak, takkan diorang dioffer open untuk Motorhead masa depa tour ostolia dulu. Masuk majalah semua..

tapi cromok tak jadi open untuk Motorhead sebab masa tu Din ambik keputusan untuk balik malaysia.. depa tak sempat nak cari pengganti sebab kesuntukan masa nak prektis.. Aku rasa cromok kecewa.

din pulak bukan protes tapi dia sambung perjuangan cromok tapi seorang diri. Aku syak ada sedikit animosity diantara arwah dengan cromok. Mungkin sebab cromok kecewa keputusan dean untuk balik sedangkan peluang keemasan untuk meniti kemasyhuran dengan open untuk band lagenda macam motorhead.

Sempat rilis 2 album, seven years seven day part 1 and 2. Yang main bass untuk Dcromok adalah Rob manakala yang main drum adalah Ly. Dua dua adik beradik ni adalah pemain bass dan drum untuk kumpulan lagenda death metal pasir mas, Suffercation. Lagu lagu yang terkandung pulak adalah lagu lagu yang dutilis untuk cromok. Untuk 7 years 7 days part 2, Dcromok menjemput vokalis jemputan dari band band lagenda death metal malaysia iaitu Jaei Sil Khannaz, Ijall dari Suffercation dan Stone dari Silent Death.

yang menariknya, dalam album kedua cromok, forever in time, Din langsung tak dikredit malah namanya tak disebutpun dalam thanklist FIT..

din balas dlam thanklist album kedua Dcromok 7 years 7 days part II, dengan tulis, Sam Miji and Karl, thank you for not mentioning me in your FIT. sarcastic. Aku rasa dean pun tak tahu kenapa Cromok kecewa dengan dia.

So dalam Yours Truly, cromok balas balik dengan tulis dalam Thanklist dia.. A very special mention - Din. Sarcastic.

walau apa pun, menunjukkan dua dua pihak mengikuti perkembangan masing masing. Dean pun dah meninggal dunia.

Karl pun dah kembali dalam Cromok. Bagi aku secara personal nya aku lebih prefer Karl punya solo dari Hillary sebab Hillary punya solo lebih kepada teknik dan itu menyebabkan dia punya solo impressive tapi takde yang melekat dalam hati. sedangkan karl pulak solo dia lebih kepada melodi yang sedap sedap sebab tu solo solo dia melekat. Aku hanya beli album yang classic line up. Bila hillary masuk, aku dah tak berminat.

itu aje lah.. hehehe. Oh ye. dekat youtube ada beberapa clip Cromok masa tengah perform kat ostolia circa late 80s.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 02:10 AM | Show all posts
even sam sndiri mentioned yg dia lg prefer Karl dr Hillary
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 10:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by paes at 16-5-2010 10:57

aku da beli box set.. ada 6 CD as for 6 album..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 11:34 AM | Show all posts
aku da beli box set.. ada 6 CD as for 6 album..
paes Post at 16-5-2010 10:54



    Set box berapa harga,,,,? Boleh gak buat collection..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 10:29 AM | Show all posts
http://thebulletbelt.blogspot.co ... omok-interview.html

Basically interview yang aku buat dengan Karl via Facebook.. hihihi.. dia tak pernah dengar lagu Cromok yang diterbitkan selepas dia blah..

Excerpt:

7- Did you bought any of the post Yours Truly albums? What do you think about the all the albums recorded with Hillary Ang?
-I have never heard any of their songs!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 02:10 AM | Show all posts
Nak up kan balik...... Teringat pulak kat Kumpulan Ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:23 AM | Show all posts
Bulan depan nak bawak anak teruna aku pi tengok Cromok di KL LIVE.... (Dia pun dah mula naik lemak nak ikut sbb haritu dah bawak pi tengok Whitesnake Forevermore Tour.....)
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 02:21 AM | Show all posts
aku penah tgk cromok perform live. aku respek betul dengan sam punya sore. dia punya expresi takde meneran lansung.sambil nyanyi sambil senyum.pergh terkesima aku tgk performance diorang.memang legend ar cromok. dalam2 banyak2 lagu aku paling suka eror dan dying to live.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2013 01:18 AM | Show all posts

Hmmm...



Kalau tak silap aku Scrmok ni ada kompilasi terbaru kan...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.100467 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list