CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5157|Reply: 8

Rubah -

[Copy link]
Post time 14-5-2009 05:44 AM | Show all posts |Read mode
20 minit selamatkan anak rubah


SEORANG anggota agensi perlindungan haiwan memegang anak rubah
yang terperangkap dalam balang kaca di Ilford, Britain.


ILFORD, Britain - Rubah terkenal kerana kepintaran tetapi seekor anak haiwan itu mungkin tekun berburu sehingga kepalanya terlekat dalam sebuah balang kaca, lapor sebuah akhbar semalam.

Anak rubah itu yang bernama Fizzle menerima nasib malang apabila kepalanya terlekat ketika lidahnya menjilat kandungan dalam balang tersebut.

Sebuah agensi perlindungan haiwan menghantar kakitangan-kakitangannya selepas pemilik Fizzle meminta pertolongan.

Pemilik itu menemui haiwan tersebut terkapai-kapai di halaman rumahnya di sini.

Seorang pegawai pembela haiwan, Susan Briggs yang berjaya menyelamatkan Fizzle berkata: "Kami melakukan pemeriksaan dan mendapati kepalanya terlekat dalam balang kaca.

"Kami menyembur air di kepala haiwan itu untuk menenangkannya."

Menurutnya, semburan bagi mengusir lalat turut dilakukan bagi mengelak haiwan itu membiakkan telurnya.

"Kami turut menyembur air ke dalam mulutnya kerana tubuhnya kelihatan seperti kehilangan air," kata Briggs.

Seorang jurucakap agensi perlindungan haiwan itu, Klare Kennett berkata: "Anggota-anggota penyelamat membasahkan leher haiwan itu supaya ia dapat melonggarkan cengkaman pada balang sebelum menariknya keluar."

Menurutnya, operasi menyelamat itu berlangsung selama 20 minit.

- Agensi


**************************************************************************

...not sure what exactly rubah is - macam fox pula.. tapi kalau fox tu musang, kan..
kesian pula tengok anak haiwan ni... nasib baik dapat diselamatkan dari stuck
kat dalam balang kaca tu -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 08:20 AM | Show all posts
Rubah? rubah tu ape ye?
1st time dgr nama binatang rubah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 08:08 PM | Show all posts
selalu baca buku cita kanak2 dulu pasal rubah.
rubah ni macam musang sket
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 11:45 PM | Show all posts
alolo....ciannyer die...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:51 PM | Show all posts
rubah ni kecik sket dr musang,kan?
fox=rubah/musang?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 09:11 PM | Show all posts
seketurunan serigala+anjing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2011 09:57 PM | Show all posts
spesis anjing paling kecik
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:11 PM | Show all posts
so, hukum menyentuh rubah sama dengan anjing ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2011 02:25 PM | Show all posts
Rubah is fox: wild animal with dog family, bushy tail
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.599921 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list