CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24486|Reply: 131

Jangan Pandang Belakang Congkak

[Copy link]
Post time 13-5-2009 11:11 AM | Show all posts |Read mode
SINOPSIS FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK


Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika.

Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.

Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johanpula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir.

Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah,sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.

Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut danapabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu.

Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung.  Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.

Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya.  Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit.  Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlakupada diri mereka.  Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu.  Ada yang mengatakan makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir telah kembali mengganas.
         
Pak Mor dipanggil semula.  Pak Mor kemudiannya menyatakan yang makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir dahulu telah berkeliaran untuk mencari orang yang sanggup menjaga mereka.  Pak Mor menyatakan jika makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir itu berjaya mendapat mangsanya 3 malam berturut-turut maka mereka telah berjaya mendapat orang yang boleh menjaga mereka dan kampung itu tidak akan aman selama-lamanya.

Apakah nasib Punai, Asmat dan Johan? Siapakah sebenarnya Mustika?Nantikan filem ke 31 dari MIG Production Sdn Bhd., JANGAN PANDANGBELAKANG CONGKAK.

POSTER FILEM



SIARAN AKHBAR


Metrowealth (MIG) akan muncul dengan filem terbaru berjudul JanganPandang Belakang Congkak arahan Ahmad Idham. Filem bergenre komediseram ini telah menjalani pengambaran di sekitar negeri Perlis dantelah berakhir di Alor Setar. Termasuk promosi dan pengedaran JanganPandang Belakang Congkak dijangka menelan kos sebanyak RM1.6 juta.



Filem ini membariskan pelakon seperti Mazlan Pet Pet, Cat Farish,Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Piee, Dina (Malaysian Idol),Zarina AF, Mas Muharni, Den Wahab, Bob Kuman dan ramai lagi.  


Jangan Pandang Belakang Congkak  merupakan sebuah filem yang akanmembawa konsep komedi seram dengan sedikit unsur-unsurpercintaan. Keistimewaan filem ini berbanding filem-filem lain yangsatu genre dengannya adalah, ia menggabungkan elemen seram dengankomedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem yang bercorak beginitetapi dirasakan formula ini mampu menarik minat para penonton.


Ditambah pula dengan sejarah filem Jangan Pandang Belakang danCongkak yang mencapai kutipan box office maka dengan itu  dirasakandengan menggabungkan kedua-dua tajuk menjadi  satu - Jangan PandangBelakang Congkak ini akan menarik lagi minat penonton untuk menyaksikanfilem ini.

Jangan Pandang Belakang Congkak akan menemui penonton seluruh Malaysia bermula 4 Jun ini.  

GAMBAR SNEAK PREVIEW








GAMBAR BELAKANG TABIR





[ Last edited by  Syd at 13-5-2009 11:14 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2009 11:18 AM | Show all posts
cite baru...cite hantu lg? ni msti lawak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 11:36 AM | Show all posts
mcm best je cite nih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 11:57 AM | Show all posts
mcm best jerr
citer antu lawak
mcm zombie kampung pisang dulu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 12:08 PM | Show all posts
ahmad idham niie suke sgt combine2 cite
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 12:13 PM | Show all posts
macam citer lawak jek
bleh layan kot,bace sinopsis cam best
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-5-2009 01:12 PM | Show all posts
gambo ni lawak laa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2009 01:24 PM | Show all posts












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2009 01:26 PM | Show all posts
sinopis x hengat sampai ke ending..terus x thrill..

mana pic Lisa?
xde pon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2009 01:40 PM | Show all posts

Reply #9 nashrudean's post

ku ingat ku dah tepek gambo2 tu kat posting #8
takde yek..

harus laa hantu nih dah mula membalas dendam
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 05:47 PM | Show all posts
seboley2 david teoh nak enteprem
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 07:46 PM | Show all posts
jalan citer cam best jek..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 08:19 PM | Show all posts
ni musti mcm scary movie nih...buat lawak bengap.. 1st imrpresen aku masa tengok poster citer ni kat cinema, adalah : Hampeh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 02:23 AM | Show all posts
Another must-watch movie. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 04:36 AM | Show all posts
sinopsis/jln citer dah best... tp bila jd movie... hampeh. selalu mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 08:58 AM | Show all posts
apsl aku rasa cam tak logik psl tak tahu sape datuk die.....
ala2 cite congkak.... makcik misai takde motif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 11:01 AM | Show all posts
bile ditayangkan ni??
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 03:46 PM | Show all posts
leh layan la nak pakat gelak... ok la kot dari cite sifu n tongga tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 11:33 AM | Show all posts

Jangan Pandang Belakang Congkak

Aku tengok preview dia kat astro..nampak memamg lawak gila.....lawak seram...

tapi rasa mg syok ni....ada apa apa komen yg korang tahu

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 06:32 PM | Show all posts

Peluang nak jadi bintang filem

masa aku gi minum aku amik majalah utusan...
aku nampak ni
http://www.flickr.com/photos/27805040@N08/3553508988/
(gambar bukan aku nya)

www.kuatberlakon.com

ade bagi tip lagi tuh..filem ape agaknya pemenang tu dpt..

[ Last edited by  mohdmuhd at 25-5-2009 18:33 ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.103184 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list