CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 685|Reply: 1

PRK PENANTI- 'Altantuya' menanti di penanti..

[Copy link]
Post time 11-5-2009 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Penanti: Bekas Ketua Wanita PKR ambil borang penamaan calon
PETALING JAYA: Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang menawarkan diri sebagai calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti telah mengambil borang penamaan calon pagi ini.

Beliau mengambil borang kira-kira 10.30 pagi di Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang di George Town.

Aminah, 56, dipercayai orang pertama mengambil borang tersebut setakat ini ketika hari penamaan calon tinggal kurang 14 hari.

"Saya dimaklumkan saya orang pertama mengambil borang," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Aminah, ibu kepada empat puteri berumur telah keluar PKR pada 2007 setelah merasakan perjuangan parti itu tersasar jauh daripada landasan awal penubuhannya sekitar tahun 2000.

Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti diadakan setelah wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu pada 16 April lalu kerana hendak melanjutkan pelajaran di peringkat pascaijazah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mei sebagai tarikh penamaan calon dan 31 Mei ini untuk pengundian jika terdapat pertandingan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2009 03:27 PM | Show all posts

Reply #1 ikanbilis's post



Altantuya@Aminah versi macik2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.060762 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list