CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2874|Reply: 47

Kisah sedih

[Copy link]
Post time 6-5-2009 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Aku cilok dari Perak Express

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”

&#8220olis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar  dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

&#8220asai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

&#8220asai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.

Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2009 07:24 AM | Show all posts

Reply #1 digitizer's post

masih ku ingat kejadian black monday kat masjid negara year 2000.  depan mata aku sendiri fru bantai sorang lelaki didalam dewan utama solat.  seb bek lelaki ni dilindungi oleh jemaah yg lain.  paling teruk polis2 nie sumer masuk berlari mengejar lelaki ni dgn kasut2 sekali.

sedih sungguh aku masa tu n org ramai dlm dewan solat sumer bertakbir, depa pukul tak hengat.  dont tell me tis is the same man.  Allah is Great kan!

smpi hari ni kalo aku gi masjid negara masih trauma dgn kejadian tersebut.  masa tu tengah sibuk kes AI sedang dibicarakan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 07:24 AM | Show all posts
Muahahaha... Ntah betul ntah tidak.. Mahathir direct bagi arahan kat fru sorg-sorg suh pukul org
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 07:32 AM | Show all posts

Reply #3 BlueHand's post

aku tak tau ler betul ker idok arahan mahathir tapi mmg perkara fru pukul orang dlm masjid nie mmg benar2 berlaku depan mata aku.

issue dia bukan mahathir kat sini tapi org yg dipukul dlm masjid tu!  btw fru tu mesti dpt arahan dari ketua depa kan?  depa dia orang dpt arahan dari ketua..ketua dia org.  so it goes on until up to the top ek.

anak saper lah yg malang tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 07:36 AM | Show all posts
Mmmmmm....interesting stories...jadikan ikhtibar..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 07:43 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by digitizer at 6-5-2009 07:13
Aku cilok dari Perak Express

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh卆ku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2009 08:26 AM | Show all posts
Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”



Yg Part ni tak bley tahan nak gelak guling2 aku.........
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 08:31 AM | Show all posts
Adakah akan muncul kisah sedih lain

sorang pakcik minta maaf dari satu cyber cafe ke satu cyber cafe

kerana zaman 'muda' nya gemar menyebar fitnah

dan mengada-ngadakan cerita tak benar

di dalam internet

termasuk la tentang sewa kapal terobang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2009 08:35 AM | Show all posts

sial sgt puak politaik tang tak hormat masjid

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 08:42 AM | Show all posts
tuh laa kalu dah bertuhankan manusia dari tuhan yg sebenar.... kotor busuk pun sanggup sembah2, hanggukk2, sujud2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by AinFarisya at 6-5-2009 08:31
Adakah akan muncul kisah sedih lain

sorang pakcik minta maaf dari satu cyber cafe ke satu cyber cafe

kerana zaman 'muda' nya gemar menyebar fitnah

dan mengada-ngadakan cerita tak benar
...



hmm... yang tuh kena tunggu 2-3 tahun lagik... dia akan pusing laa keliling internet pi mintak maap ngan semua org.....

tapi katanya pakcik neh... toreh darah selagi merah... logo tuh laa dia sujudnya... pitnah jadik mainan laa gamaknyaa.....
dia ada pesan harituh.. jaga2 ngan org fasik....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 08:56 AM | Show all posts
kesian org tu,x khusyuk sembahyang dek memerhati polis pencen yg gila itu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 08:59 AM | Show all posts
bukan takat tuhan je marah...ngan sumpah seranah maki hamun orang yang dia pukul dulu yang wat dia jadik camtu...ingat ye..doa orang yang dizalimi tuhan makbulkan terus tau..tadak tangguh2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 6-5-2009 08:45



hmm... yang tuh kena tunggu 2-3 tahun lagik... dia akan pusing laa keliling internet pi mintak maap ngan semua org.....

tapi katanya pakcik neh... toreh darah selagi merah... logo tuh la ...



pastu bang,

adakah akan timbul kisah sedih

sorang lelaki lengkap berbowtie

cium tangan meminta maaf dari setiap org yg turun bas di Selayang

dan menyelongkar sampah di tong sampah DBKL

kerana waktu mudanya banyak dihabiskan

dengan aktiviti menghina stesen bas selayang dan tong sampah DBKL?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 09:04 AM | Show all posts

Reply #2 minahsaudi's post

Aku pun ada masa tu..... memang jelas kesamsingan diorang. Masuk mesjid dengan selamba belasah orang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 09:50 AM | Show all posts

Balas #15 lipans\ catat

dgn memakai kasut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2009 10:37 AM | Show all posts
Allah itu Maha Kuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 10:51 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by digitizer at 6-5-2009 07:13
Aku cilok dari Perak Express

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh卆ku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 12:15 PM | Show all posts
issk,,kalo aku sure aku dah cam sedih kejap....tapi sampai mamak aku ok kot..sbb dapat teh tarik zamreeee ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by digitizer at 6-5-2009 07:13 AM
Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dantawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru NikAziz!


gambar nik ajis bordoa pun boleh dijadikan bahan/poster promosi atau kempen politik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.570151 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list