CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5521|Reply: 128

Aduan Doktor Curi Tulang Tidak Benar!!!

[Copy link]
Post time 4-5-2009 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Aduan Doktor 'Curi Tulang' Tidak Benar - Liow


PUTRAJAYA, 29 April (Bernama) -- Siasatan terhadap dakwaan kononnya pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'curi tulang' mendapati dakwaan itu tidak benar, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai Rabu.

Beliau berkata doktor yang dikatakan 'membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi' di wad kecemasan itu sebenarnya merupakan Pegawai Perubatan Siswazah dan baru selesai memeriksa pesakit terakhir.

"Semasa menunggu kad rawatan pesakit seterusnya yang belum dihantar ke biliknya, doktor itu sekadar menyelak akhbar yang ditinggalkan seorang pesakit atas sebuah troli dan hanya mengimbas tajuk utama akhbar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dakwaan kononnya ada 20 pesakit yang sedang menunggu di Zon Kritikal juga tidak benar kerana siasatan mendapati hanya lapan pesakit yang sedang menunggu, selebihnya adalah waris kepada pesakit.

"Tiga pesakit sedang menunggu untuk dirawat dan lima lagi pesakit asma sedang mendapatkan rawatan," kata Liow.

Ahad lepas, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan mendakwa dua doktor di jabatan kecemasan HKL membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.

Saravanan berkata peristiwa itu berlaku kira-kira 10.30 pagi apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau (Saravanan).



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2009 02:28 PM | Show all posts
how dare diorang tuduh doktor macam ni?....kurang ajar....

kenapa doktor malaysia takut nak stand up for themselves??? Saravanan should write a formal letter to those doctors apologizing!!!!!

sampai hati kata macam tu....kesian doktor malaysia yang kerja macam nak gila....on call 36 jam non stop...macam bangkai bernyawa....baca surat khabar tak sampai 5 minit...dikatanya curi tulang....HOW DARE!!!

aku baru je tau pasal ni...bila baca geram sangat2.....betul2 kurang ajar sesapa yang tuduh macam tu....
even though aku tak kerja kat malaysia.....tapi aku sgt simpati kat doktor malaysia yang hidup tiap2 hari macam bangkai bernyawa....36 jam on call non -stop....tup2 orang dok cakap macam tu....apala punya tak guna orang2 macam tu....

geram sgt2...

aku ni nasib baik kejer kat UK....government impose european working time directive EWTD.....oncall paling panjang 15-jam....tu pun penat giler dah.....aku taktau macam mana doktor malaysia yang 36 jam on-call tu....mesti takde mood

aku pun tak paham kenapa UK dan negara2 eropah boleh impose EWTD ni.....sedangkan malaysia tak boleh....population UK lagi banyak dari malaysia....ratio doktor:patient lebih kurang malaysia dgn UK....

EWTD ni bertujuan untuk safety of the DOCTOR firstly and safety of the Patients secondly.....

cuba bayangkan dah 32 jam on call katala.....tak tido.....dok merawat pesakit...mata pun kuyu lebam, tangan menggeletar......tak ke bahaya tu???? tak bahaya kat doktor dgn pesakit???

kurang ajar betul orang yg dok tuduh doktor curi tulang bila dok nampak diorang minum kopi baca suratkhabar tu....

hmmmm.....aku sgt sgt kasihan kat doktor malaysia......tambah2 yang houseman....aku tau hidup diorang macam kuli batak....

hopefully orang2 malaysia, pesakit2...tolongla sedar benda nih......korang tidur atas katil empuk nyenyak2, bangun pagi breakfast, pegi klinik hospital kerajaan ....kena tunggu 2 jam, nampak doktor minum kopi.....tu pun nak bengang????....tau ke korang doktor tu tidur ke tak malam tu masa korang tgh tidor atas katil empuk korang tu??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2009 02:30 PM | Show all posts
luahan rasa doktor yang penat


SAYA merupakan salah seorang pegawai perubatan di salah sebuahhospital di ibu negara. Buat pengetahuan umum, malam semalam sayapulang ke rumah pukul 9 malam setelah keluar bertugas mulai pukul 7pagi pada hari sebelumnya. Saya pulang setelah habis menjalankan tugas on-call.Cuba bayangkan bekerja selama 36 jam tanpa henti. Mungkin dapat tidursejam dua (lebih baik tidak tidur langsung). Pulang ke rumah denganharapan dapat bermesra dengan anak dan isteri, tetapi ternyata sayaterlalu penat.


Biar saya jelaskan bagaimana tugas seorang doktor secara kasarnya.Kami akan memulakan kerja seawal pukul tujuh pagi dengan berada di wadbagi menyiapkan data pesakit di wad bagi tujuan ward round bersama doktor pakar. Secara amnya, ward round akan tamat sekitar pukul 10 hingga 11 pagi. Ini mengambil kira purata 30 orang pesakit di dalam wad.
Selepas itu, kami mesti bergegas ke klinik untuk merawat pesakitluar. Ini menjawab rungutan pembaca yang mempertikaikan mengapa merekaperlu tunggu lama di klinik pesakit luar. Secara purata kami memeriksadalam 100 - 200 pesakit luar setiap hari. Secara puratanya juga akanterdapat lima hingga tujuh orang doktor di klinik. Jadi seorang doktorakan memeriksa antara 20 hingga 30 orang pesakit.

Harus diingat kami mesti kembali ke wad selepas itu untuk melihatperkembangan pesakit yang lebih tenat di dalam wad. Maka secarakebiasaannya kami akan tamat merawat pesakit dalam pukul 6 hingga 7petang. Tugas itu disambung oleh doktor on call. Maka andainya saya merupakan doktor on call(yang perlu menjaga seluruh hospital, bukan sekadar wadnya) pada haritersebut, saya akan menyambung tugas saya dari pukul 7 malam itu hingga7 malam keesokan harinya di wad dan klinik seperti biasa.


Maka, wahai pesakit hospital kerajaan Malaysia, renungkan danfikirkanlah. Seandainya anda ternampak kami berbual, makan atau membacasurat khabar, sebenarnya kami hanya ingin 'mencuri' sesaat dalam 36 jamitu untuk merasai kehidupan manusia biasa.
DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN
Kuala Lumpur

sumber-Utusan Malaysia


aku nekad i will work in the UK as long as possible...biar berkhidmat kat pesakit UK taper....diorang semua respective of doctors...

aku sanggup kejer A+E hari2 deal dgn org masuk sbb mabuk arak kat UK taper.....even though menyusahkan org....taper....sbb diorang bila dah baik....diorang cakap 'THANK YOU'
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:30 PM | Show all posts
ooo tu macam ka...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by Arissa_Sofea at 4-5-2009 14:25
Aduan Doktor 'Curi Tulang' Tidak Benar - Liow


PUTRAJAYA, 29 April (Bernama) -- Siasatan terhadap dakwaan kononnya pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'curi tul ...


aku heran pasai apa Timbalan Menteri dari MIC sejak dua menjak ni mcm2 perkara havoc dia orang buata!semalam berita TV3 tunjuk 'kebenaran' masalah lebam2 bekas cubit seorang budak sekolah rendah (budak India)!

Timbalan Menteri Pelajaran Dato Dr Fuad Zakarshi kesal kerana Timbalan Menteri berkenaan (MIC) telah  bawa media kerumah budak tu untuk dan tunjuk kesan lebam bekas cubitan gurunya tanpa menyiasat terlebih dahulu!

Al-kisahnya budak tersebut sebenarnya dihukum kerana meraba seorang budak perempuan!! guru sekolah tu la yang cubit sampai lebam budak tu!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:02 PM | Show all posts
aku tersngtlah tak percaya tuduhan mcm tu. sbb aku pun sejak beberapa bln lalu selalu kuar masuk kt emergency HKL tu. elok je doc layan. pesakit pun laju je dorg panggil masuk. tak tunggu lama pun.

aku perhatikan mmg teruk giler doc tu kerja. dr mula aku masuk, ada 2 doc. awal pagi, dlm kol 1 doc sorg tu blk. tinggallah sorg lagi tu. terkejar2 dia periksa sbb punya la byk kes emergency mlm tu. sampai subuh.

then subuh tu, doc yg blk awal pg semalam dh terpacul semula kt emergency room tu. waktu tu masih gelap beb.

kat HKL terutamanya, perkhidmatan makin efisien. setiap pesakit tak tunggu lebih dr 1/2 jam. bukan saja doc yg kerja sampai stay 3 hari kt hospital, tp mana2 post yg kena on call haruslah sedia berjaga kt situ mcm jiran aku dulu.

yang buat tuduhan tu memang dah sah tak pernah masuk pun hospital gomen! tak mainlah pergi hospital gomen ni. kan duit dia berkoyan2. dia tau tuduh jer. kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2009 03:06 PM | Show all posts
Kesiannya kat doktor2 malaysia.. Sedih aku dengar pengakuan doktor2 nih.. yelah kan.. semua org tahu nak mengadu sana sini tapi hanya doktor je yg tahu camana rasanya.. aku yg kerja biasa ni pun.. kalau ada org mempertikaikan kerja aku,mahu nak ditempelengnya muka.. aduss..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2009 03:06 PM | Show all posts
a very tired and stressful doctor is dangerous to both himself/herself and the patients.....



give doctors a break......for all i care, they can take five, drink coffee, read papers whenever they want....it's time society understand what we do.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 03:11 PM | Show all posts

Reply #2 Arissa_Sofea's post

Dear ,

u  tanya  napa doktor malaysia tak stood up

well obviously the doctors have PROVEN THEIR POINTS that they are 't too bothered with such allegationlah..buang masa depa and they are too busy  to layan hak hal macam ni , kan?

tak gitu? lagi pun tak benar pulak tu


lagipun....buat apa kan? nak dapat title datuk sesenang jadi__________?

fill in the gap with suitable job.

hahaa


[ Last edited by  mbhcsf at 4-5-2009 15:13 ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:16 PM | Show all posts

Reply #5 haliem's post

ahaaaa you pun sama kan nampak tak? dulu kes banduan , la ni kes kes macam tu panggil media dulu kan? napa yer
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:20 PM | Show all posts

Reply #3 Arissa_Sofea's post

penat je duit tax kitorang bayar you punye studies  fees dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2009 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by angah_nurul at 4-5-2009 15:06
Kesiannya kat doktor2 malaysia.. Sedih aku dengar pengakuan doktor2 nih.. yelah kan.. semua org tahu nak mengadu sana sini tapi hanya doktor je yg tahu camana rasanya.. aku yg kerja biasa ni pun. ...


terima kasih sbb kesian kat kitorang.....at least kesian pun jadi lah...

korang pernah tgk tak doktor malaysia yang 36 jam on call non stop tak kira lah A&E ke mana2 ke...cuba perati muka diorang...mata kuyu....kelopak mata lebam2, tangan menggeletar, jalan pun bongkok longlai.....tak zalim ke kita tgk diorang macam tu?...macam bangkai bernyawa...

tup2 kantoi baca surat khabar...kecoh satu malaysia....tak zalim ke malaysia ni?

doctor tu habih shift 36 jam tu balik rumah ingat nak main mesra2 dgn anak bini....tapi korang ingat diorang ader tenaga lagi ke nak spend masa dgn anak bini?....anak anak rasa macam mana bila ayah balik makan2, pegi baring tidur....bini rasa macam mana bila husband balik terus terlentok kat atas sofa?

gaji doktor malaysia berapa?...berbaloi ke gaji diorang dgn kerja macam kuli tu???....cuba banding gaji diorang dgn profession yang sama level, say engineering.....berbaloiker??

takper....kitorang boleh terima semua tuh....sbb tu tanggungjawab...untuk bangsa dan negara malaysia tercinta ni...

tapi janganla nak tuduh2 curi tulang, kecoh satu malaysia....sbb ambik lima minit baca surat khabar....memang menyirap!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:21 PM | Show all posts
stakat ni aku berpuas hati ngan doc2 kat HKL...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:21 PM | Show all posts
korang ade dengar tak radio hot FM. ade pendengar call bagitau masa die tibe di wad kecemasan semasa telinga anaknya yang OKU tersiat dan berdarah2 tapi pihak hospital tak mengambil tindakan pastas or at least lap darah sebelum buat ape..

aku tak faham situasi, tapi maybe aku faham perasaan ibu yang ada anak OKU ni macamana..

siap nurse tu sound, kalau akak pandai, akak buat sendiri la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2009 03:27 PM | Show all posts

Reply #11 atira's post

true....but is it just your tax?

what about our tax?....we don't pay tax? our fathers our mothers don't pay tax?...

what about engineers?....don't they get government funds for their studies as well?...how much do they make? how much is their working hours per week? any complaints when they read newspapers while working??

fine, we are paying your tax money when we serve, we work....just bear in mind that we are human tooooooo....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:34 PM | Show all posts

Reply #15 Arissa_Sofea's post

common Dr think about the privileges you all gonna have kot once u are in U52
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2009 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by slaughters at 4-5-2009 15:21
korang ade dengar tak radio hot FM. ade pendengar call bagitau masa die tibe di wad kecemasan semasa telinga anaknya yang OKU tersiat dan berdarah2 tapi pihak hospital tak mengambil tindakan past ...


tindakan pantas tu macam mana?....berapa lama baru anak dia kena rawat dgn hospital staff?

ko tau tak kes macam mana yang kitorang jumpa kat A&E tu? cuba bayangkan ada lima orang pesakit kata la...satu orang doktor

satu pesakit anak akak tu telinga tersiat luka berdarah, satu orang tua accident kat rumah patah tulang pinggul, satu orang sakit dada kena heart attack, satu orang asma yang nafas tercungap2, muka biru sesak nafas, satu overdose ubat, mulut berbuih....

cuba ko bagi opinion ko...mana satu kitorang patut settlekan dulu??......cuba bayangkan sorang patient emergency macam ni berapa lama agak2 kitorang boleh settlekan? setengah jam? sejam? dua jam?

sebab tu ader sistem triage kat A&E.....klassifikasikan kes ikut urgency....

kalau tak pernah kerja kat A&E, jangan cakap banyak....jangan dok kata "telinga berdarah2, tader orang pun datang buat apa2...terpaksa tunggu 2-3 jam....apa la punyer A&E staff"

telinga berdarah vs. asma sesak nafas.......mana dulu yang akan mati within the next 1 hour???

kalau rasa resah sgt dgn layanan hospital kerajaan...pergi swasta nun.....

kumpul duit hantar anak belajar tinggi bagi jadi doktor....beli buku kat anak2....jangan bazir duit gi text sms AFUNDI sana AFUNDI situ....jgn kecik2 dok ajar anak menyanyi....nak suruh jadi macam Datuk Siti Nurhaliza.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:42 PM | Show all posts

Reply #17 Arissa_Sofea's post

doktor kat malaysia ni underpaid as compared to other countries... betul ke sofia? please verify my statement...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:49 PM | Show all posts

Reply #17 Arissa_Sofea's post

Arissa

obviously the public  did not about this, that's why they complaint. Depa  tak faham jgn marah - marah. U need not go to that level.

Just made a point that :

in asthma , kalau good management senang hidup ler kalau poor pesakit senagn jer mati , tak leh  nafas

yg telinga  berdarah tu, tengoklah kan status dia ....kalau boleh tuinggu 2-3 jam dan superficial wound tak pa lah though mencemaskan jugaklah sebab darah ni..

lagi pun ni psychological aspect of a patient :

depa self - centred ( sick role punya mentality ) depa wanted to be attended to , macam org sakit , kita sakit , depa cemas coz they do not know

tapi, depa punya cara tu salah terus buat accusation, terus complaint and without knowing anything , ni juga cabaran sebab nak terangkan macam mana yer ? hehehhee

takkan nak  terangkan acute asthma attack?

ni lah di mana sapa sapa PTD ker , yg dok buat dasar berjela jela

kena  kat MOH tu

kena

a) identify nurse specialist  or post post yg perlu diwujudkan untuk manage these cases,
b) kena faham yg doctors  tak cukuo tangan
c) BUKAN SETAKJAT PROfesyen doctors jer  yg lain pun tak cukup

sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:51 PM | Show all posts
takpela dr2 sekalian...buat je keje anda...nasib2 jumpa pesakit bernama sivakumar timb menteri ui...boleh bagi kaunseling kerjaya dr sket kat die.....buatla keje dgn ikhlas ..org complaint2 tuh biasela...sume kerjaya berdasarkan khidmat/servis mesti ada complaint...kalau takde org complaint itu tandanye anda terlebih bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.071837 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list