CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6409|Reply: 41

Berkasih tanpa restu keluarga

[Copy link]
Post time 24-4-2009 10:44 AM | Show all posts |Read mode
salam semua. sy pinjam username kwn yg nama faez ni sbb sy x pnah daftar dgn forum ni. selalunya sy tumpang baca dibwh username faez saja, dia yg suka lawat forum ni.

sy ada masalah yg perlukan pandangan anda semua sebagai lelaki. sy berusia hujung 30an (thn dpn 40), penah bkawin tp gagal selepas 7 thn, ada anak lelaki sorang, tinggal dgn ex-wife. Sbb kegagalan r/tangga adalah sbb yg tlalu peribadi sy ceritakan, cukuplah kalau sy beritau kami tiada sefahaman... skrg hubungan kami sekadar kawan sbb kami masih pentingkan anak tunggal kami yg berumur 8 thn. Sy menduda hampir setahun setengah sblm sy bertemu seseorang yg membuka pintu hati sy utk membina kembali sebuah keluarga.

Lebih 2 thn lps sy bkenalan dgn seorang gadis yg umur dh agak byk (pertengahan 30an) yg x pernah kawin. Orgnya menarik (pd pandagna mata sy) dan sy dpt rasakan keikhlasan dirinya menerima sy seadanya. Sy brasakan keserasian antara kami & ingin menjadikan dia suri hidup sy. Begitu juga dgn dia, apa lg sbb dia blum pernah ada teman lelaki sblm ini.

Slm kenal dia, sy ingat x ada apa2 masalah walopun sy duda, manakala gadis tu dh byk umur. Tanpa disangka2 rupanya keluarga gadis tersebut jenis yg memandang harta, pangkat & keturunan. Sy bknnya org yg byk harta, kerja biasa2 setakat pegawai rendah di sektor swasta tp sy masih mampu utk hidup menanggung keluarga. Maklumlah sy pun kelulusan setakat diploma. Gadis tu berkelulusan ijazah tp dia menerima sy & x kisah ttg semua ini sbb dia juga bkerja di sektor swasta, gaji pun hampir sama dgn sy (gaji sy lebih sedikit).

Bila dpt tahu anak mereka berkasih dgn sy, keluarga gadis tu terutamanya bapa dia dtg bertemu sy di tpt kerja & beritahu supaya sy jgn ganggu anaknya lagi sbb dia dh aturkan jodoh utk anak dia dgn lelaki lain. Sy tkejut.. katanya lg sy x layak utk anak dia & minta sy cermin diri sy, sy juga dituduh pengikis duit anak gadisnya. Sedihnya hanya Tuhan yg tahu, sy tergamam & hanya dpt berdiam diri saja.

Keluarga gadis tu sblm ni byk kali aturkan jodoh utk kekasih sy tu tp mungkin x ada jodoh sbb kebanyakannya lelaki yg direkomen itu yg menolak kekasih sy setelah mereka dipertemukan. Mungkin sbb kekasih sy ni rangka badannya bersaiz besar, tinggi, berkulit sawo matang dan bkn jenis berwajah ayu / cantik spt model. Tp sebaliknya sy sukakan semua ciri2 yg ada pd dia sbb rangka bdn sy juga saiz besar, sesuai lah dgn dia. Sy bkulit cerah tp entah kenapa sy suka wanita berkulit sawo matang (sama mcm ex-wife sy). Ada juga kekasih sy sendiri yg menolak sbb dia rasa tiada keserasian. Ini berlaku sblm sy kenal dgn dia. Tp lepas kenal dgn sy, ada la 2 kali keluarga dia (tanpa putus asa) rekomen dgn lelaki2 lain, tp kekasih sy tolak mentah2 sbb dia sygkan sy. Kekasih sy x pernah cerita yg dia sedang berkawan dgn sy sbb keluarganya jenis yg melarang anak2 mereka bercinta, kalo nk kawin keluarga yg akan pilihkan. Pendek kata anak2 x diberi hak langsung utk mencari sendiri. Oleh sbb byk kali reject2, kekasih sy membujang hingga kini. Yg bagusnya keluarga dia x pula memaksa dia kawin dgn lelaki2 tertentu sebaliknya dia bebas memilih antara lelaki2 yg direkomen keluarganya.

Entah mcm mana satu hari keluarganya telah mendesak supaya dia beritahu dgn siapa dia sdg berkawan (mungkin ada org nampak & repot kpd bapa dia). Kekasih sy tpaksa ceritakan segalanya, sbb itu bapanya dtg memberi amaran kpd sy. Dia bsumpah akan pastikan sy x akan kawin dgn anak dia. Lepas kejadian tu kami tpaksa bertemu secara sembunyi2 sbb takut bapa dia memasang pengintip. Sy masih mahukan dia & x rela melepaskan dia. Begitu juga dgn dia. Dia pernah minta sy bawa dia lari & nikah di Siam, tp sy x ada keberanian sbb takut timbul masalah lain pula kemudian hari.

Skrg ni dh lebih 2 tahun keadaan kami mcm ni... Sy kecut bile fikirkan ttg ugutan yg pernah diucapka oleh bapa dia. Kami sgt berhati2 setiap kali nk berjumpa, kdg2 terpaksa bertemu di negeri lain. Sy kalau boleh x ingin lg bersua muka dgn bapanya yg garang tu. Ibu dia juga x dpt membantu & ikut saja apa yg bapa dia kata. Sy kasihan dgn kekasih sy, kenapa keluarga dia sanggup buat mcm ni semata2 nk kekalkan tradisi memilih jodoh utk anak2. Kekasih sy beritahu dia x sanggup lg menunggu lama & kerap mendesak sy bawa dia lari. Dia dh kering airmata, dia sunguh2 mahu berkeluarga dgn sy sbb dia hanya setia kpd sy & susah mahu terima org lain. Sy simpati kpd dia sbb kawan2 dia semua dh berkeluarga. Sy tahu dia ingin menjadi isteri & ibu mcm org lain. Setiap kali dia melihat wanita lain membawa bayi atau anak kecil, sy dpt melihat betapa sayunya wajah dia. Bila dia dpt peluang mendukung anak2 kawannya, dia kelihatan bahagia & teruja. Di usianya yg begitu sepatutnya dia telah memiliki zuriat sendiri.

Skrg dia berharap kpd sy agar sy berusaha mengubah keadaan. tp sy buntu, sy x mahu lakukan sesuatu yg membuat keluarga dia bertambah benci dgn sy. Sy juga takut nk buat apa2 tindakan sbb takut keputusan sy akan mengeruhkan lg keadaan... sy betul2 x dpt bfikir lg. Sejak bapa dia tahu kami bkawan, dia dh x boleh keluar ke mana2 lg, semuanya kena kawal. Habis waktu pejabat dia tpaksa balik ke rumah. Tp kalau kami mahu jumpa, dia tpaksa tipu bapa dia yg dia mahu buat OT..itu pun sekali2 saja. Tp kami berjanji x kira apa tjadi kami x akan melepaskan antara satu dgn lain dan mahu harungi dugaan ini bersama2.

Cuma skrg ni sy rasa sudah tiba masanya sy cuba ubah keadaan tp sy x tau apa yg perlu sy buat terlebih dahulu (first step). Sy mahu bincang baik2 dgn keluarga dia, tp rasanya mungkin akan sia2 sbb keluarga dia hanya memilih calon menantu yg masih bujang & x pernah berkahwin, berjawatan besar, bergaji besar, ada rumah besar & berkereta besar yg diimport. Sedangkan sy seorang duda beranak satu, jawatan sederhana, rumah pun dh diberi kpd ex-wife (skrg sedang usaha nk beli lg 1 rumah teres kos sederhana), dan kereta sy hanyalah kereta buatan tempatan (proton). semua syarat yg bapa dia mahu, sy x mampu adakan. Bapa dia juga bkn org yg suka bincang terutama dgn org yg dia dh benci spt sy.

Sy kesal sbb bapa dia masih x sedar2 masa semakin berlalu, umur anaknya semkin meningkat & value pun semakin turun, ttp dia tetap nk tunggu putera raja dari langit dtg meminang anak gadisnya. Bg sy, walaupun dh bergelar pak haji tp bapanya jenis yg sgt2 sombong, angkuh & bongkak. Keluarga dia bukannya kaya pun, nampak sederhana saja namun dihormati ramai. Tp sy sygkan anak dia! Jika anda berada di tpt sy, apa yg akan anda lakukan? Sy pinta komen positif drp anda (tolong jgn minta sy tinggalkan gadis tu sbb sy terlalu syg kpdnya). TQ.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 10:54 AM | Show all posts

Balas #1 faez_syah\ catat

cam salah bod je nih  kat PP lebih sesuai kut???
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 10:56 AM | Show all posts
patut la gadis tu tak kawen2 lagi.
puncanya nampak sangat dari family dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by arasham at 24-4-2009 10:54
cam salah bod je nih  kat PP lebih sesuai kut???



sy sengaja letak di sini sbb mahu minta pendapat drp lelaki sendiri. harap moderator x alihkan. TQ!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:01 AM | Show all posts

Reply #2 arasham's post

aku pon rasa mcm salah bod..mebi sesuai letak kt LP or PP nih??....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:09 AM | Show all posts
tak dpt restu famili mcm susah lar....restu dr parents penting....
sbb kwn aku penah jd janda n skang dah kawin balik, penah bapak dia sound dia "ko langgar la ckp aku. aku bapak ko n org tua. ko tak dgr ape2 jd jgn nanges, komplen2"
bila dia tye aku, aku pon tatau nk ckp camne...

ko dah try berbincang dgn famili dia??.. aku rasa tak elok bawak2 lari ank org wpun anak dia yg minta.. nti esok2 kalo ank sendiri wat camtu mcm mane kte yg jd parents ni rasa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2009 11:10 AM | Show all posts

Reply #4 faez_syah's post

kat bod PP pon ade lelaki what?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:18 AM | Show all posts
kalau anak sdr brcinta dgn org yg sdr x berkenan...ok ke

bila org x berkenan...berbagai alasan akan menyusul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 11:19 AM | Show all posts

Balas #1 faez_syah\ catat

Saya respect tuan umah ni tetap mahu si dia. Klu sy dah lama sy tinggalkan n cari yg lain. (bkn nak nasihat cik tgglkan dia)
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:23 AM | Show all posts

Reply #7 isskandar's post

iyea betol ckp mod.. kt LP n PP ramai laki n ppuan yg komen nti kots....

[ Last edited by  matryoshka7 at 24-4-2009 11:57 ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:27 AM | Show all posts

Balas #1 faez_syah\ catat

...kenapa saya merasa pembula tread ni seperti seorang wanita?.  

Minta maaf ye, there must be a reason kenapa ayah di dara tidak benarkan saudara ini berkasih dgn anaknya, yg mungkin sauda terlepas pandang.  Cuba suruh teman wanita saudara bertanya elok2 pada ayahnya kenapa di halang perhubungan ni, mesti ada sebabnya, saya rasa bukan kerana harta atau pangkat atau apa. It must be something about yourself.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by nurshima at 24-4-2009 11:27
...kenapa saya merasa pembula tread ni seperti seorang wanita?.  

Minta maaf ye, there must be a reason kenapa ayah di dara tidak benarkan saudara ini berkasih dgn anaknya, yg mung ...


kenapa kamu kata mcm tu?

agaknya sy selalu dgr kekasih sy luah perasaan sedihnya kpd sy, sy dpt selami hati dia.

sy rasa mungkin bapa dia malu kalau anak dia kawin dgn duda sy miskin spt sy. Gaji sy kecil, skrg pun masih kena hantar nafkah kpd anak sy & ex-wife. Mungkin bapa dia takut anak dia kebuluran kalau kawin dgn sy. entah lah, hanya Tuhan saja yg tahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by matryoshka7 at 24-4-2009 11:23
iyea betol ckp mod.. kt LP n PP mod ramai laki n ppuan yg komen nti kots....


sy hargai tp sebolehnya sy mahu lelaki yg komen sbb hanya lelaki faham hati lelaki. TQ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by din_atos at 24-4-2009 11:19
Saya respect tuan umah ni tetap mahu si dia. Klu sy dah lama sy tinggalkan n cari yg lain. (bkn nak nasihat cik tgglkan dia)


sy jenis yg x mudah putus asa. sy berpegang kpd prinsip sesuatu yg baik tu bkn mudah nk dpt tanpa sebarangan rintangan. ini mungkin ujian Tuhan kpd sy & kekasih sy tu.

tp sy juga mahu berikhtiar, x kan selamanya sy mahu tunggu & lihat (spt yg sy dh buat 2 tahun lebih ni) sbb ini membuang masa. cuma sy x pasti apa first step yg perlu sy lakukan, sy risau tersalah langkah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by keli at 24-4-2009 11:18
kalau anak sdr brcinta dgn org yg sdr x berkenan...ok ke

bila org x berkenan...berbagai alasan akan menyusul



insyaallah sy seorang yg open. andaikata anak sy nanti mahu kawin dgn janda atau wanita tua sekalipun(walau sesiapa asalkan bkn dilarang agama) sy tidak akan menghalang andai itu membuat dia gembira. sy akan berikan pandangan & nasihat sy kpd dia atas risiko2 yg mungkil akan timbul, tp kalau dia masih mahu teruskan hajat dia, sy x akan halang, & berikan restu. Apapun sy sentiasa berdoa anak sy dpt kebahagiaan & dilindungi Tuhan selalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by <i>matryoshka7</i> at 24-4-2009 11:09 <a href="http://mforum6.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=30827107&ptid=415184" target="_blank"><img src="http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
tak dpt restu famili mcm susah lar....restu dr parents penting....<br />
sbb kwn aku penah jd janda n skang dah kawin balik, penah bapak dia sound dia "ko langgar la ckp aku. aku bapak ko n org tua. k ...
<br />

sy pun ada kawan sepejabat kawin x direstui keluarga awalnya. tp skrg hidup diaorg bahagia sbb keluarga mereka dpt terima akhirnya. ada juga kawan2 yg masih belum diterima keluarga, tp sy lihat mereka sgt tabah & masih boleh hidup bahagia. Sebaliknya ada org kawin dgn restu keluarga pun r/tangga runtuh juga akhirnya - cthnya mcm r/tangga sy sblm ini. Restu bkn boleh menjamin kebahagiaan r/tangga kita.

Sy sdg mencari jalan mcm mana nk dptkan restu drp keluarga kekasih sy itu. Perlu ke sy mandikan mereka dgn wang & emas baru mereka terima sy? Gadis tu sgt baik orgnya tp kenapa ibubapanya bersikap pelik mcm tu. Sy kesiankan dia sbb dia akhir2 ni stress hingga jatuh sakit. Bila dia sakit, dia hanya beritahu sy seorang sbb kalau dia beritahu ibubapanya, mereka akan tuduh sy yg main sihir ke atas keluarga dia (dulu pernah terjadi).

Skrg ni keluarga dia tahu kami masih berhubung, cuma tunggu masa yg sesuai utk menyerang sy lagi agaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 01:07 PM | Show all posts

Reply #1 faez_syah's post

gf u tu tak jelaskan ke kat family dia kenapa dia nak pilih u?
atau dia mmg tak berhak utk menentukan pilihan hidup dia sendiri?

apa pun...gud luck k..

kalau dah jodoh tidak kemana...insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 03:03 PM | Show all posts
dlm family awek ko mesti ader yg sokong/faham dier punyer..
adik beradik ke,mak sedare ke..
ko mintak tolong diorg nasihatkan ayah dier..

td pun ko mention mak dier hanye mampu ikut kater ayah dier kan..
maknanyer mak dier x bantah
tu peluang besar tu.
suruh mak dier slow talk ngan ayah dier
seorg mak mst fhm perasaan ank dier
dah late 30 tp x kawin2 lg..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 05:26 PM | Show all posts
Incik faez... eh-eh... masalah awek incik tu sebijik mcm idup aku gak, bezanye cume aku masih x laku2 lagik......   br je nk masuk umo andartuw nih... iskkkk...   

takutnye kalo aku jadik mcm tu, aku cabut lari je kalo bapak haku stil pakse2 haku nnt... ramai dh forummer kat sini nasihat aku larik je...   tp sampek skrg aku stay sbb x sampek ati... serba-slh la... aku pun rasa mcm nk sakit hotak nowadays....soba je....

Apa kata incik suruh je awek incik tu lari jauh2, pastu kowang nikah la... janji slmt nikah, x kan org paksa kowang cerai plak kan, kan...  pastu terai le bebaik smula dgn kuarga dia...

Kuarga incik x bleh bantu ke gi risik2 or bincang2 dgn makbapak dia yg garang gile tuh... isk... tp takut gak kan nanti x pasai2 kena halau plak, kesian kat makbapak incik... emm... baik toksah lah...

aku paham situasi mcm ni... dpt bapak garang, dia lebih sanggup masuk jel sbb pancung kepala haku drp menanggung maluw! Susah wo nk fujuk2 bapak garang (espeseli bila dia tgh mengamuk, mcm kena rasuk antu tasik bera... huuiii... ngeri seh!!).....

p/s: apapun gud lak la ye... interested plak rasanye nk kenal dgn awek incik... bleh???!!! kalo bleh PM i yo!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 06:01 PM | Show all posts

Reply #1 faez_syah's post

macam-macam....
sian pompuan tue..

nasihat aku...saba jela...
tackle hati family dia tu slow2..
discuss dgn ur lover tu cane..coz dia memang da masak dengan perangai parent dia kan
may ade ruang yg ko leh try lembutkan hati org tua tue
n janganla wat keje bodoh..kahwin lari ke..

pg td aku baru dengar kat era ke hot..tajuk tak ingt
tp basically pasal kenangan x dpt dilupakan mase nak kawen kot..
ade pompuan ni cal..dia kate dia memang tak pernah kawan dgn lelaki coz abg dia sgt garang..
n takde sapepn yg berani approach dia
tp ade one guy ni...mmg bersungguh2 kejar dia..ikut balik sampai umah..trus jmp mak dia
mintak izin nak kawan..
surprisingly,abg dia yg garang tu trus bg je..mayb dia nmpk keikhlasan laki ni or whatsoever...
n after 6 months..dorang kawen...

mayb situasi ko tak same dgn cite ni..
but moral of the story, hendak seribu daya...

[ Last edited by  nakedeyes9 at 24-4-2009 18:06 ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.083061 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list