View: 3881|Reply: 75
|
Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda
[Copy link]
|
|
Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda
KUALAKANGSAR: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, hari ini bertitah akanmengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagimemastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistemberkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan.
"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itutidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perludiinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riangmelihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akanberakhir.
"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akanhidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malamtanpa pelita," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setiadan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahunkeputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariahdi sini, hari ini.
Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbolkepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu adalah institusipenting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.
Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskanKesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telahberjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.
Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantuberlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulahlahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.
"RajaMelayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payungmahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.
"Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan,memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secaratersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawabmengekalkan identiti negara bangsa," titah baginda.
Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajahsesebuah negara bergantung pada faktor yang telah memberikannyaidentiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.
"Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakaninstitusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awaldalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identitiasal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkahsedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politikberfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.
"Atasnama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea(Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkatekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri;pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, adarumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulahkeadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di sampingmodal sosial negara bangsa habis termusnah," titah baginda.
Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombangglobalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan bentengbudaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.
Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombakglobalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi danpermintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepatdicurahkan kerana mendengar guruh di langit.
Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekananhendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkantradisidan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yangstatik.
"Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialismebaru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalumenghapuskan identiti asal negara bangsa.
"Warga perlu disedarkan, bahawa tidak semua yang berbentuktradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsirsecara bijak dan ditakrifkan secara arif dapat berfungsi sebagaipemudah cara memajukan negara bangsa. Bahawa elemen-elemen budayabangsa yang menjadi faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalahmodal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan," titahbaginda.
Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan tigaorang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingatsempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Azlan, pada majlispenganugerahan hari ini.
Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad HusniHanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Hadan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr AbdullahFadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yangmembawa gelaran Datuk Seri. - Bernama
-----------------------------
patut mang*** ni g tanya sapa yg persendakan raja2 sebelum ni..
yg DUN Perak jadi mcm ni skrg ni atas keputusan sapa..?
[ Last edited by gasing at 19-4-2009 11:20 ] |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah camtu |
|
|
|
|
|
|
|
ucapan nazrin ni ditujukan kepada siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gasing at 19-4-2009 11:18
Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda
KUALAKANGSAR: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, hari ini bertitah akanmengambil tanggungja ...
Tu keputusan bapak dia. Kalau ikut apa yang aku dengar, Raja Nazrin tak setuju dengan ayah dia. |
|
|
|
|
|
|
|
"Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakaninstitusi, menanamkebencian terhadap institusi adalah langkah awaldalam gerakan ke arahmenghapuskan institusi - lalu menghapus identitiasal negara bangsa.
Tuanku tujukan kepada Lobai2 yg berdemo itu hari.......
Dasar muka tak tahu malu Lobai2 ni.....Bukan nak gi kerja, berdemo jer tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Adil raja di sembah ( hormat ) dan raja zalim raja di sanggah. Teringat sejarah Raja Mahmud mangkat di julang |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tanya korang yer ...... adakah slogan " Raja adil raja disembah, raja zalim, raja disanggah" itu salah ?
nota kaki - soalan diatas tidak kena mengena dgn keadaan apa yg berlaku dinegara ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
daulat tuanku. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 shazuyi\ catat
Jilat Tuanku |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 shazuyi\ catat
Takut apa ? Bukan aku hina dia pun . Lagi pun apa lebih dia ? Mati pun masuk dalam kubuq juga |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hari2mau at 19-4-2009 11:31 Raja Adil raja di sembah ( hormat ) dan raja zalim raja di sanggah. Teringat sejarah Raja Mahmud mangkat di julang bijak2
bijak-bijak..rakyat yg bijak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|