CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
Post time 6-8-2006 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by JalakLenteng at 6-8-2006 08:36 AM
Ni thread keratan akhbar siti saja ka?



:lol itula psai..meluat2 pun depa tempek jugak terutama sekali hat dok ebersea tuuu...:nyorok:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2006 11:33 AM | Show all posts

Reply #61 Nikotina's post

dok obersee...apa tu niko???
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 11:36 AM | Show all posts

Reply #62 7276's post

makcik alahai la...dia meluat sgguh,nak baling teloq la nak baling kasut laa tp dok paste gak psai depa
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 11:54 AM | Show all posts

Reply #63 Nikotina's post

alaaa dia meluat sebab dok jauh..
tah tah kalau dok sini awai lagi dia pi kl..
nu nak bawa anak pi tgk keta kuda....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 11:57 AM | Show all posts
benaqnya aku meluat kat orang media tu..awat bodo sgt. takdak cerita lain dah ka....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 11:58 AM | Show all posts

Reply #65 alahai's post

la...depa kan makan gaji...kalau tak cerita..kena fired....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2006 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by alahai at 6-8-2006 11:57 AM
benaqnya aku meluat kat orang media tu..awat bodo sgt. takdak cerita lain dah ka....


dah org suka dok baca...cuba takdak org amik tau,takdak la depa buat cerita tu.tu la akhbar melayu..menang AF pun masuk muka depan..haram jadah sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 12:05 PM | Show all posts
mat bangla macam shah rukh khan....:bgrin:


Ugut minta wang

Oleh ZAINUDDIN ZAIN

KUALA LUMPUR: Akibat `cair? dengan wajah tampan lelaki warga Bangladesh, seorang wanita tempatan terpaksa membayar wang pampasan sebanyak RM1,000 sebulan kepada lelaki itu bagi mengelak kisah dan gambar intim mereka disebarkan kepada orang awam.

Julia, 30-an, eksekutif kanan sebuah syarikat swasta di sini, mendakwa terpaksa membayar wang sejak setahun lalu selepas gambar mereka berasmara dirakam oleh lelaki gigolo berwajah ala Shah Rukh Khan itu tanpa disedarinya.

?Rasa bangga kerana mempunyai teman lelaki kacak kini berubah menjadi mimpi ngeri apabila saya terpaksa menyaranya bagi mengelak gambar ?hubungan intim? kami disebarkan.

?Saya faham dan sedar saya diugut, tetapi apakan daya kerana saya tiada kekuatan untuk membuat laporan polis.

?Saya bimbang dengan proses naik turun mahkamah, selain tidak dapat bayangkan jika gambar dan nama disiarkan oleh media. Bayangkan perasaan keluarga saya di kampung. Saya juga bimbang kerjaya saya akan terjejas akibat kes ini,? katanya.

Mengimbas kejadian itu, Julia berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang berusia lewat 20-an dan bekerja di sebuah kompleks beli-belah di sini sekitar pertengahan tahun lalu.

?Saya selalu makan tengah hari atau ?window shopping? di situ dan perasan lelaki (warga Bangladesh) itu kerana wajahnya tampan. Satu hari dia menyapa dan menyuarakan hasrat ingin berkenalan lalu kami bertukar-tukar nombor telefon.

?Saya akui kerana terlalu mudah ?mabuk cinta?. Selepas kenal beberapa minggu, dia membawa saya ke bilik sewanya yang kononnya selamat kerana tiada sesiapa. Di situ, saya ?bermesra? dengannya hingga melakukan hubungan seks,? katanya.

Bagaimanapun, Julia berkata, keesokannya lelaki terbabit menunjukkan gambar dia melakukan seks oral dan dalam keadaan separuh bogel.

?Dia juga memberi amaran akan menyebarkan gambar itu jika saya tidak memberinya wang setiap bulan. Dia meminta sebulan RM1,000 supaya rahsia itu selamat dengannya. Saya terkejut dan tiada pilihan kecuali akur kepada permintaannya,? katanya.

Julia percaya kejadian yang menimpanya dirancang dan mungkin ada orang lain di dalam bilik berkenaan merakam gambar mereka.

?Bagaimanapun, ia menjadi pengajaran yang akan saya kenang selama-lamanya. Doa saya kini ialah supaya ?gigolo durjana? itu mati supaya dia tidak menganggu saya lagi.

?Saya menghubungi PPKPA (Pusat Perkhidmatan dan Kaunseling Pekerja Asing) kerana melihat mereka banyak menangani masalah berkaitan pekerja asing.

?Saya cuma berharap kisah saya dijadikan pengajaran bagi masyarakat, terutama wanita kita (tempatan) sekali gus mengelak menjadi mangsa lelaki ini,? katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2006 12:08 PM | Show all posts

Reply #68 alahai's post

sanggup no...ngan bangla pun jadi....oral seks lagi tuh...:geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 12:14 PM | Show all posts
macam tu la kalau bertuankan nafsu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 12:15 PM | Show all posts

Reply #70 Jelma's post

ish..first time jumpa..teruih ikut....kl kl...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 12:17 PM | Show all posts

Reply #68 alahai's post

ish ish..... kesian.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 09:54 AM | Show all posts
Edisi Utara : Bahana fitnah santau
DJ Dolasoh dan Mohd Rashidi Yusof

LENGGONG: Lebih 100 peniaga restoran dan gerai makanan terutama milik orang Melayu di sekitar daerah ini, terpaksa gulung tikar berikutan fitnah santau sejak empat bulan lalu, mengakibatkan orang ramai takut singgah makan minum di situ.

Malah, bandar Gerik dan Lenggong yang menjadi tumpuan ramai berikutan terletak di laluan ke Pantai Timur melalui Lebuhraya Timur Barat, kini lengang berikutan keengganan orang ramai singgah menjamu selera di situ.

Fitnah santau berkenaan semakin diperbesar-besarkan kononnya 22 mangsa di daerah ini menemui ajal akibat terkena santau.

Difahamkan, perbuatan santau kononnya akibat dendam wanita kepada seorang lelaki dipercayai tersebar di Gerik sejak empat bulan lalu sebelum merebak ke Lenggong, Pengkalan Hulu, seterusnya ke seluruh negeri ini sehingga orang ramai kini takut makan di kedai.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Saarani Mohamed, berkata fitnah santau yang dianggap tidak berasas itu mendatangkan kesan buruk khususnya kepada peniaga makanan kerana lebih 100 restoran serta gerai makanan ditutup kerana tiada pelanggan.

?Fitnah santau ini menjejaskan beratus-ratus, malah mungkin beribu-ribu peniaga restoran dan gerai makanan di negeri ini.

?Malah, pekan Gerik sebagai tempat transit pengguna jalan raya antara Pantai Barat dan Pantai Timur yang sebelum ini disinggahi pelanggan kini lengang.

?Lenggong yang terkenal dengan masakan ikan Tasik Raban kini turut terjejas teruk akibat berita yang tidak berasas ini,? katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Makanan Tradisional Perak 2006 di Padang Bunga Raya di sini, kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop, Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perak, Habsah Nordin, Pegawai Daerah Gerik, Abdul Karim Osman dan Ketua Polis Daerah Hulu Perak, Superintendan Mahad Nor Abdullah.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan berkata, beliau kesal kerana ada pihak tertentu sanggup menyebar dan memperbesarkan berita yang tidak pasti itu.

sehingga menimbulkan kegelisahan di kalangan orang ramai.

?Saya juga sedih kerana orang ramai mudah percaya kepada cerita seperti ini dan kemudian menokok tambah sehingga mereka sendiri menjadi gelisah.

?Saya difahamkan memang ada berlaku beberapa orang yang makan di restoran dan gerai makan mengalami batuk dan muntah tetapi sebenarnya ia berlaku kepada individu terbabit sebelum mereka makan di situ lagi,? katanya.

Saarani berkata, individu berkenaan sebelum itu juga disahkan doktor diserang penyakit batuk kering dan secara kebetulan selepas makan di kedai dia termuntah di depan orang ramai sehingga dibuat tanggapan terkena santau.

?Jika hanya melihat peristiwa ini kemudian dijadikan ukuran dan tanggapan tanpa ada bukti kebenarannya, maka ia amat malang sekali.

?Saya berharap supaya tidak ada lagi sesiapa menyebarkan cerita santau ini dan tidak menjadikan perbuatan ini sebagai satu budaya kerana ia akan merugikan khususnya kepada orang Melayu sendiri,? katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 12:57 PM | Show all posts
Berita Harian 7/8/2006

Murid maut leher tersepit besi buaian tapak ekspo
Oleh Betty Subaryati dan Ramli Ibrahim


GUA MUSANG: Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Ciku Tujuh maut apabila lehernya tersepit pada besi buaian pusing dinaiki bersama adiknya di ekspo Bandar Chiku di sini, malam kelmarin.




Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam ketika Mohamad Suhaimi Abdullah, 12, menghulur kepalanya menerusi lubang buaian itu, yang berhenti pada ketinggian 20 meter untuk mengambil pelanggan yang menunggu di bawah.

Tragedi itu disaksikan adik mangsa, Mohd Shukri, 10, yang berada bersama dalam buaian dan hanya mampu menjerit meminta tolong selepas usahanya menarik kepala abangnya yang tersepit tidak berhasil.

Shukri berkata, jentera buaian itu berhenti untuk membolehkan penumpang memasuki buaian di bawah. Ketika itu, abangnya menghulur kepala menerusi lubang buaian untuk melihat persembahan dikir barat diadakan di tapak ekspo itu.

揟anpa kami sedar, buaian itu bergerak menyebabkan kepala abang tersepit pada besi. Saya cuba menariknya, tetapi gagal, saya jerit panggil ayah di bawah tetapi bunyi jentera buaian yang bising.

揝aya terus jerit sampai ayah yang berada di bawah terdengar. Ayah cepat minta buaian dihentikan dan pekerja panjat menyelamatkan abang yang masih tersepit,
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 01:15 PM | Show all posts
Mat rempit
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 01:16 PM | Show all posts

Reply #74 mantan's post

nak naik ndoi pusin kat pesta pulau pinang pun takut kalau camni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2006 01:22 PM | Show all posts

Reply #65 alahai's post

depa nak bagi laku majalah ngan sorat habaq depa saja.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by alahai at 6-8-2006 11:57 AM
benaqnya aku meluat kat orang media tu..awat bodo sgt. takdak cerita lain dah ka....


ari ni crita pasai kursus kawin pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 06:11 AM | Show all posts

betoi la noo, awie kawin lagii..ishh musim orang kawin lain ka la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 06:14 AM | Show all posts

Reply #79 alahai's post

laaa....
nak carik apanyaa...
ingat la sapa yang pi sekali ngan dia tuuu......
aku sampai la dok ingat sapa dok pulun amik gambaq masa aku akad nikah....!!!

hahahahahahha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065152 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list