View: 19868|Reply: 111
|
NOVEL : BIARLAH YM BERBICARA
[Copy link]
|
|
BAB 1
AKU cuma mampu tunduk,
menyembunyikan wajah seboleh
mungkin. Memang salah aku.
Takkan nak menjawab pula. Dia bos... aku ni?
"Awak ni kenapa? Ada masalah ke?"
Laju aku menggeleng sambil mempamerkan
sedikit senyum yang tidak begitu manis. Apa lagi yang aku
mampu lakukan? Cuma senyum itulah buat menutup
kecuaian sendiri.
"This is not the first time, you know? Hari ni dah
tiga kali awak buat silap. Itu dengan saya, dengan orang lain,
tak tahulah! Cuba terus terang dengan saya, apa masalah
awak sebenarnya?"
"Saya yang tak buat betul-betul. Memang salah
saya. Maafkan saya Encik Firdaus. Lepas ni saya akan lebih
hati-hati…"
Encik Firdaus menatapku dengan renungannya
yang mengancam. Membuat aku hampir terduduk, di kerusi
di hadapannya. Sekali lagi aku tersenyum. Kali ini aku pasti
akan rupa senyumanku. Senyuman gabra. Siapa yang tahan
direnung jejaka sekacak Encik Firdaus?
"Saya keluar dulu ya, encik. Saya ambil file debtor
yang encik minta tu." Aku bersuara lemah. Hairan dengan
kecuaian sendiri. Kenapa perkara sebegini remeh pun, aku
boleh silap?
Encik Fidaus diam. Dia memandangku dengan
pandangan tidak mengerti. Perlahan aku menggaru kepala
yang tidak gatal. Cuba buang jauh-jauh perasan yang mula
bertenggek di ranting jiwa. Janganlah pandang saya macam
tu, encik. Perasan saya nanti! detik hatiku.
"Encik…" panggilku perlahan. Manalah tahu kalaukalau
Encik Firdaus sedang berangan. Tidak sedar sambil
berangan, matanya tertancap padaku. Aku tersenyum dalam
diam.
"Hmmm… tak payah dulu. I nak keluar lunch.
After lunch pass it to me. Okay!"
"Kalau macam tu, saya keluar dulu ya?"
Encik Firdaus mengangguk.
Aku pula berundur perlahan. Tidak sabar untuk
keluar dari bilik berhawa dingin yang tidak mendinginkan
langsung itu! Cuma wajahku yang terasa pijar bila bertentang
mata dengan bos yang tampan itu.
"Diya…"
Langkahku terhenti. Terasa mahu gugur jantung
tatkala mendengar Encik Firdaus memanggil namaku. Tidak
pernah dia memanggil singkatan namaku. Aku berpaling.
"Fail ni? This is not what I want. Isn’t? So, keep it
back."
Aku tersengih malu sambil mengangguk laju. Cepat
aku mencapai fail yang dihulur oleh Encik Firdaus. Dan cepat
juga aku bergerak keluar dari bilik itu. Tidak sanggup untuk
melihat senyum lucu Encik Firdaus.
Fail di tangan kuletak seketika di atas meja. Kejap
lagilah aku simpan. Mataku tajam memandang skrin
komputer. Mencari-cari Window yang aku rindu. Tidak ada.
Aku mengeluh hampa. Mana dia pergi? Sudah hampir
seminggu dia menghilang. Tidak mahu menjawab semua
pesanan yang aku titipkan. Marahkah dia padaku? Marahkah
dia apabila terlalu sering aku menolak ajakannya untuk
bertemu? Terdetik rasa hiba di hati. Terasa aku kehilangan
sesuatu apabila tidak dapat membaca patah bicaranya di skrin
komputer.
"Hei, Diya! Apahal?"
Aku tersentak. Mengerling sekilas pada teman di
sebelah. Kemudian mataku terpaku kembali pada skrin
komputer.
"Bismillahirrahmanirrahim..." Perlahan aku klik
pada ikon Yahoo Messenger di sudut skrin komputerku.
Melihat kalau-kalau dia online saat ini. Ada! Dia ada, tapi…
kenapa pesanan dan sapaanku yang berbakul-bakul itu tidak
dibalasnya? Sampai hati…. Sebak rasanya dadaku saat ini.
"Diya…"
Aku berpaling. Mengangkat kening tanda bertanya.
Mulut terasa berat untuk kubuka.
Sharifah tersengih.
"Apa hal?" soalnya sekali lagi.
"Apahal apa?" Soalannya kujawab dengan soalan
juga. Tidak faham akan maksud pertanyaan teman sekerjaku
itu.
"Kenapa Encik Firdaus panggil kau?"
"Minta fail laaa."
"Hari ni, dah empat kali dia panggil kau. Kenapa
ek? Semenjak dua menjak ni… selalu sangat aku tengok dia
panggil kau."
Aku tersengih. Mana tak selalu… aku asyik buat
silap aja. Semuanya pasal mamat poyo yang tengah buat aku
sedih ni.
"Kenapa ek?" Sharifah bertanya lagi.
Aku tidak terus menjawab. Masih menatap skrin
komputer di hadapanku. Mengharapkan ada keajaiban yang
akan berlaku. Tak ada pun!
Aku sedikit terperanjat tatkala jemari Sharifah
menolak perlahan bahuku. Aku menoleh. Sharifah
mengharapkan jawapan daripadaku rupa-rupanya.
"Entah… dia minat kat aku kut!" balasku selamba.
Sebenarnya tiada mood untuk melayan celoteh Sharifah yang
memang tiada noktah itu.
"Ek hmmm…"
Suara itu membuatkan wajahku membahang. Aku
tunduk memandang meja. Malunya! Kenapalah dia muncul
pada saat-saat ini? Kenapalah mulut aku cabul sangat? Ish,
malunya aku!
Sharifah tersengih sambil mengetuk-ngetuk meja.
Sengih yang mencabar kewibawaanku.
"Siapa yang minat kat awak?"
Aku mendongak perlahan. Dalam terpaksa, aku
cuba untuk bertentang mata redup milik Encik Firdaus. Tak
guna punya mulut! Sanggup malukan tuannya sendiri. Lepas
ni… kena hantar pergi sekolah ni. Ajar hormat tuan sikit.
"Errr… Mat Bangla kat production encik. Dia selalu
kacau saya. Ha… betul tu… betulkan, Sherry," ujarku
tergagap-gagap sambil memandang wajah Sharifah yang
mengulum senyum.
Sharifah mengangguk laju menyokong kata-kataku.
Sekali pandang, reaksi Sharifah nampak berlebih-lebih pula.
Encik Firdaus tersenyum manis. Aduh… dia tak
tahu ke, senyumannya tu boleh buat orang tergoda?
"Tak keluar lunch ke? Jomlah, saya belanja,"
pelawanya sambil tersengih.
"Errr... tak apalah! Dah kenyang encik…"
"Sharifah?"
"Encik belanja?"
"Yes. All on me. Jom la, ajak staf lain sama. And
you… Diya, jom la!"
"Saya betul-betul kenyang. Terima kasih."
"Sure?"
"Yes!"
"Kalau macam tu, nak buat macam mana, ya tak?
Agaknya, tunggu Mat Bangla awak belanja ya?" gurau Encik
Firdaus.
"Eh, mana ada… tak adalah!" jawabku malu-malu.
Sejak bila pula Encik Firdaus pandai bergurau dengan staf ni?
Ish… musykil betullah! Agaknya hati tengah senang kut?
"Sharifah… shall we?"
Sharifah mengangguk sambil mengangkat
punggung.
Encik Firdaus bergerak ke ruangan penyambut
tetamu.
Sharifah pula berlari-lari kecil sambil tersengih
memandangku. Aku mengeluh perlahan sambil menongkat
dagu. Mataku kembali kaku memandang Yahoo ID yang
kurindu. Manalah dia pergi? Kenapalah dia buat aku macam
ni? Tidak tahukah dia betapa beratnya beban rindu yang
kutanggung saat ini? I miss you sayang!!! jerit hatiku tibatiba.
Sayang? Siapalah sayang tu? Hesy! Memang aku dilanda
perasaan tahap kronik ni. Kalau dibiarkan boleh melarat jadi
sakit jiwa ni. Tak nak!!!
Penulis : Hanni Ramsul
[ Last edited by MUZRI at 7-4-2009 00:25 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cont' pls......
syok gak citer nieh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 khaieza86\ catat
pada penulis..Hanni Ramsul tahniah...1st baby nak keluar bulan..rasanya PBAKL ni kan..... ..dah lama tunggu cite ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 fizziany's post
orang buta yang celik yer fizz |
|
|
|
|
|
|
|
yang nih dah di edit oleh editor... hehehe.. tunggu sambungan esok... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 2
CHARMING: Hai sweet!
Hampir meloncat aku dari kerusi. Setelah hampir
dua minggu, akhirnya aku dapat juga melihat Window ini.
Window yang sangat-sangat aku rindu. Terasa senyumku saat
ini mekar bak jambangan mawar merah segar di atas meja
penyambut tetamu. Sukanya hati aku. Bahagianya aku.
Ugly Betty: Hi…
Ugly Betty: Mana hilang? Lama x dengar citer. I
tegur pun x nak jawab.
Charming: Ada. Cuma…
Ugly Betty: Cuma apa?
Charming: Saja nak bagi u rindu. Ajak jumpa tak
nak!
Aku tersenyum. Indahnya hari ini. Nasib baik aku
batalkan niat untuk mengambil cuti sakit. Kalau tidak,
kempunanlah hendak bersembang dengan Charmingku ini.
Ugly Betty: Ingat dah lupa kita…
Charming: Mana boleh lupa. Kalau orang tu… tak
taulah pulak. Kan?
Aku tersenyum lagi. Bahagianya.
Deringan telefon sedikit mengganggu. Dengan
agak malas aku mencapai gagang. Kenapalah perlu ada
gangguan pada saat- saat indah seperti ini?
"Diya… masuk bilik saya kejap!"
Ha? Aku termangu. Ini betul-betul gangguan. Tak
nak! Aku tidak mahu ke mana-mana pun. Aku ingin berada di
sini. Bersama Charmingku. Aku tak nak!
"Kenapa encik?" soalku agak lemah. Harap-harap
dia mendengar suaraku yang lemah bagai orang sakit ini.
Encik Firdaus membatalkan niatnya untuk berurusan
denganku. Bukan malas hendak bekerja, tetapi kerja yang
Encik Firdaus hendak bagi ini, tidak kena pada masanya.
Tunggulah aku selesai bersembang dengan Charmingku
dulu.
"Masuk!" Cukup tegas arahan daripada Encik
Firdaus.
"Yalah…" jawabku lemah.
Mengacau betul! Orang baru nak berjiwang. Encik
Firdaus ni… memang dengki tau!
Ugly Betty: Kejap ya... bos panggil la!
Aku diam seketika. Menunggu balasan. Tiada.
Merajuk ke dia? Sudahnya aku cuma mengeluh kecil. Encik
Firdaus ni… Perlahan-lahan, aku mengetuk pintu biliknya.
Harap-harap Encik Firdaus tidak dengar. Bolehlah aku
berlalu dengan senang hati. Terdengar suara menyuruh aku
masuk. Dengar juga… rungutku sendiri. "Ada apa encik?"
Encik Firdaus mengangkat mukanya. Kemudian
tersenyum lawa. "Can you do me a favour?"
Aku merenung wajah Encik Firdaus. Menunggu
arahan sebenarnya.
"Boleh?"
Aku mengangguk. Ada ke tanya macam tu. Dah
namanya aku ni pekerja, memanglah kena buat kerja. Lainlah
kalau minta keluar dating ke… makan malam ke... barulah
tanya boleh ke tak? Aku tersenyum kecil. Mimpilah aku
hendak keluar dating dengan bos yang handsome ni.
"Okey. Awak tolong buat filing untuk semua
dokumen tu!" arah Encik Firdaus sambil memuncungkan
mulut ke arah meja bulat di satu sudut biliknya.
Aku akur sambil melangkah perlahan ke meja yang
dimaksudkan. Mataku tertumpu pada beberapa dokumen di
atas meja. Kebanyakannya bil dan penyata bank yang
kelihatan seperti milik peribadi. Keningku sedikit berkerut.
"Betul ke encik nak saya buat filing ni?"
"Yalah. Kenapa?"
"Tapi… ni semua macam dokumen peribadi aja."
"Memanglah. Saya nak awak failkan semua.
Arrangelah macam mana pun. Janji, I can access it. Fast and
easy. Boleh?"
Aku diam. Ini bukan kerja aku! Kenapa dengan
Encik Firdaus ni? Dia nak mengurat aku ke? Biar betul… Aku
menguntum senyum. Perasannya!
"Saya tahu. Sepatutnya secretary saya yang buat.
Tapi hari ni, Lisa cuti. So, can you do it for me?"
Aku sengih. Malu. Encik Firdaus seolah-olah dapat
membaca apa yang ada di dalam fikiranku. Bahaya ni! Aku
duduk sambil membelek dokumen. Berfikir cara filing yang
paling efisyen. Kononnya macam aku ni expert la. Puas aku
berfikir, tetapi buntu. Fikiranku lebih pada Charmingku yang
kutinggalkan di luar.
"Errr… encik…"
"Yes. Any problem?"
Cepat-cepat Encik Firdaus bertanya sambil
mengangkat muka menatapku tajam. Aiseh! Ni yang buat aku
kelu ni.
"Errr… boleh saya buat kat luar? At my desk?"
Encik Firdaus tidak menjawab. Cuma renungannya
yang memberitahu aku, bahawa cadangan aku ditolak sama
sekali.
"Kenapa? Ada masalah ke kalau buat kat sini?"
"Tak. Bukan macam tu… cuma…"
Encik Firdaus terus memandang menanti jawapan.
Aku tunduk. Buat-buat sibuk menyusun kertaskertas
di hadapanku.
"Diya… I’m waiting. Cuma apa?"
"Tak ada apa-apa encik. Saya buat sekarang!"
Encik Firdaus mengangguk perlahan. Kemudian
kembali tunduk meneliti fail di tangannya.
Aku mengeluh lemah. Selamat jalan Charming!
Mesti selepas ini, dia akan menyepi lagi. Dan aku akan
kembali merindunya. Ini semua Encik Firdaus punya pasal!
Kenapa perlu dia minta aku buat semua ini pada saat-saat
yang sebegini penting. Menyampah! Agaknya aku memang
tiada jodoh dengan Charming. Tetapi, aku betul-betul
sukakannya. Aku betul-betul diburu resah apabila tidak
dapat berbicara dengannya. Biarpun hanya jemari yang
menjadi medium bicara, namun itulah yang membahagiakan
aku sekian lama. Aku bahagia melayan patah bicaranya.
Nampaknya selepas ini, aku perlu kuat untuk belajar
melupakan seorang insan bergelar Charming. Sedihnya…
Aku mengangkat muka. Dalam diam aku merenung
tajam pada Encik Firdaus yang leka dengan kerja-kerjanya.
Bagai tersimpan rasa geram yang tidak berpenghujung di
hati ini walaupun aku tahu ini semua bukan salah Encik
Firdaus. Lelaki itu yang sebenarnya tidak serius denganku.
Itulah kenyataannya. Tetapi, entah kenapa perasaan yang
berbunga ini menafikan kenyataan itu. Perasaan yang
berbunga ini sanggup menanggung peritnya sebuah
kerinduan yang tidak berbalas. Bodohnya aku!
Aku kembali tunduk, membuat kerja yang disuruh
dengan tidak sepenuh hati. Selepas ini, kalau Encik Firdaus
marah-marah lagi, gara-gara aku buat salah, aku tak kisah.
Saat ini aku hanya ingin melayan perasaanku sahaja. Melayan
rasa kecewaku pada Si Charming. Melayan rasa geramku
pada Encik Firdaus. Melayan rasa sedihku, pada kebodohanku
sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
besarkan tulisan? hehe... kasi jelas dan terang.,.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kaypo at 6-4-2009 15:38
pada penulis..Hanni Ramsul tahniah...1st baby nak keluar bulan..rasanya PBAKL ni kan..... ..dah lama tunggu cite ni.
Yeessss..sya bersetuju dengan cik kay, Hanni Ramsul memang berbakat. Setiap karyanya menjadi igauan pembaca. Jikalau teman-teman ingin mengetahui lagi bakat Hanni Ramsul masuklah di blog ini...
http://manisnyakenangan.blogspot.com/
kepada Hanni Ramsul sya ingin ucapkan tahniah n tak sabar rasanya untuk mendapatkan buku Biarlah YM Berbicara..... |
|
|
|
|
|
|
|
next......
makin best lak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf saya mencelah sedikit.... ni saya copy dari blog penulis sendiri.
Novel ni sudah terbit dan akan berada dipasaran inshaallah pesta buku nanti....atau anda boleh buat pembelian secara online seperti yg tertera dibawah ini.
Beli Secara OnlinePotongan Sebanyak RM4 Untuk pembelian online. Harga Runcit . RM20 . Pembelian Melalui online hanya RM16. Apa yang menarik lagi, anda memiliki lebih cepat Novel Biarlah YM Berbicara ini melalui Pesanan lebih awal, Anda akan mendapat novel Biarlah YM Berbicara lebih cepat dari stok yang sampai ke kedai. Bayaran boleh di buat melalui Bank in dan Wang Pos.
Untuk pertanyaan emailkan kpd Hanni Ramsul [email protected] atau pun kepada email [email protected]
Untuk membuat Pembelian dan Pesanan, Sila Emailkan Nama, Alamat, No Telefon ke email [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 qimi08\ catat
cantiknya cover buku Hanni...tahniah KN kerana cover yg menarik..pasti ramai lagi teruja tengok cover dia..belom lagi bace... ..once again...TAHNIAH HANNI...one of my fav. e-novel..yg ditunggu tunggu. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti beli ni
mcm best je |
|
|
|
|
|
|
|
BAB - 3
AKU termangu sambil menongkat
dagu. Leka melayan perasaan
yang tidak menentu. Dua
minggu selepas kali terakhir Si Charming muncul di skrin
komputerku, lelaki itu menghilang lagi. Hancur luluh hati
ini setiap kali melihat bicaraku tidak berbalas. Hancur luluh
hatiku menanti munculnya Window yang aku rindui itu.
Sampai hati dia. Sudahnya lebih seminggu YMku terbiar sepi.
Malas aku nak buka. Buat sakit hati aku aja!
"Diya |
|
|
|
|
|
|
|
best la citer nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh penah baca citer ni kt blog penulis..k.hanni...............mmg best...x rugi beli.............. |
|
|
|
|
|
|
|
er... charming tu boss dia ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #19 sang_arjuna\ catat
Smiley...nak tahu..beli la bukunya..sebab aku pun tak tahu...hahaha..kena tunggu bace buku dia dulu..baru leh bagi jawapan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|