CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12405|Reply: 47

[R-TV] Anak Wayang : HAIRI juara, Tahniah!

[Copy link]
Post time 3-3-2009 07:15 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 1-8-2009 03:12

Dengarnya... Astro nak terbit program realiti Anak Wayang   
Oleh Normah Becok


MENJADI wanita cantik dan sering diperhatikan ramai ada kalanya diri Cik Normah ini sering disangka seperti anak wayang. Tapi hakikatnya Cik Normahhanya wartawan yang dikurniakan kecantikan semula jadi, berbadan seksi dan menggiurkan, jelita dengan kulit halus-mulus yang sekali pandang boleh dianggap sebagai selebriti. Ini belum lagi jadi anak wayang, tapi peminat sudah ramai. Kalau Cik Normah jadi artis, tak mustahil nama Cik Normah akan disenaraikan sebagai calon top 5 ABPBH.

Terlanjur menyebut perkataan anak wayang, Cik Normah dapat tahu Astro ini bakal menerbitkan program realiti berjudul Anak Wayang.Program yang dibeli hak penyiarannya kalau tak silap dari negara Columbia akan muncul secepat mungkin.

Dijangka selepas tamatnya AkademiFantasia (AF) musim ketujuh.

Mungkin sudah tiba masanya, program seperti AF itu dihentikan seketika atau kerana masyarakat di Malaysia sudah lama disajikan dengan pertandingan nyanyian itu hingga jadi muak akhirnya. Lalu, Anak Wayang dikatakan bakal menjadi fenomena baru selepas AF7 berakhir.
        
Anak Wayang ini adalah program pencarian bakat baru dalam dunia lakonan yang akan diserap menjadi pelakon untuk drama penerbitan Astro sendiri. Kalau tak silap Cik Normah, pendekatannya masih seperti AF yang mana ada tenaga pengajar yang membimbing dan peserta ini akan diberikan tugasan dalam bidang lakonan.

Baguslah, Cik Normah harap usaha murni seperti Astro ini akan membuka mata ramai orang. Hebat juga perancangan Astro tahun ini. Ingat tak sebelum ini, Cik Normah pernah tulis akan muncul saluran khusus komedi. Tup tup, Anak Wayang pula. Lepas ini apa pula. Agaknya macam mana sambutan, AF7 tahun ini, ‘sendu’ ke? Upsss!

[ Last edited by  Syd at 29-5-2009 17:10 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2009 08:31 AM | Show all posts
huuh..
da bosan da tgk af..
da biase..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 06:33 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

nun anak wayang berlambak kat dlm banglo AF nun
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 10:06 AM | Show all posts
Audution dah pernah buat...

Plus...perlu ker...


Bukan ker rancangan melahirkan pelakon nie dah ada....
iautu rancangan

AKADEMI FANTASIA....


kalau ada anak wayang...susah la plak peserta AF nak cari makan...
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 12:06 AM | Show all posts
perlu..

nak juga cari pengantti yg mcm rita ke..sofea jane ke..ada rupa dan berbakat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 04:22 PM | Show all posts
Astro Mencari Anak Wayang



Teks Oleh Thani Hasbullah
Foto Oleh Mazlan Yunoz


KUALA LUMPUR, 25 MAC 2009:  Program realiti TV yang bertujuan mencari bakat baru dalam dunia lakonan, Anak Wayang bakal mewarnai dunia hiburan dan akan melahirkan bintang-bintang baru dalam bidang lakonan tanah air.

Projek terbaru Astro yang disifatkan antara yang termahal ini akan mula bersiaran sejurus selepas Akademi Fantasia ke-7 (AF7) tamat, iaitu pada 22 Mei 2009.

Konsep pertandingan yang didukung oleh dua buah saluran iaitu Astro Ria dan Astro Prima ini memperlihatkan para peserta bertanding untuk memegang lima watak iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha untuk drama bersiri 50 episod berjudul Kecuali Cintamu, yang akan ditayangkan di Astro Prima.

"Uniknya projek ini apabila kami akan mencari calon-calon bagi pemegang lima watak utama dalam drama bersiri pada setiap minggu. Lima watak tersebut kemudian perlu mengekalkan mutu lakonan mereka dalam drama bersiri di Astro Prima kerana tiga watak akan dimatikan dan memberi pilihan kepada penonton untuk memilih hanya seorang yang layak bergelar Anak Wayang melalui undian SMS.

"Dengan kata lain Anak Wayang terdiri daripada sebuah program realiti dan sebuah drama bersiri yang berlangsung serentak. Program Realiti ditayangkan di Astro Ria manakala drama bersiri disiarkan di saluran Astro Prima. Ia akan berlangsung selama 10 minggu," kata Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah ketika bercakap pada Majlis Sidang Media memperkenalkan Anak Wayang, di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac), Sentul.

Pada setiap minggu, para peserta akan menerima didikan dalam dunia lakonan di bawah bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang lakonan. Panel juri yang ditetapkan pula akan menilai prestasi mereka dan memilih hanya dua peserta untuk mara ke hadapan. Nasib dua peserta ini akan ditentukan oleh undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Bagi mengetahui keputusan undian SMS, penonton perlu menyaksikan drama di Astro Prima pada setiap minggu.

Bagi mencari 25 bakat untuk bertanding, ujibakat bakal diadakan di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru pada 4 & 5 April, Bayview Hotel, Pinang (11 & 12 April) dan Shah Alam City Centre, Shah Alam (18 & 19 April).

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur diantara 18 hingga 35 tahun dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak syarikat produksi drama mahupun pengurusan artis. Mereka yang berminat hanya perlu datang ujibakat dengan membawa salinan kad pengenalan beserta dua keeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang).

Sesi ujibakat pada tarikh berkenaan akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang. Program ini dikendalikan oleh pelakon popular Rusdi Ramli dan Fazura.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2009 03:12 PM | Show all posts
cam menarik jer konsep rancangan ni kan....

bye bye AF...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 09:41 PM | Show all posts
mcm menarik... tak rugi mencuba ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2009 10:10 AM | Show all posts
Drama episod 'Kecuali Cintamu' platform 'Anak Wayang' cungkil bakat



Barisan tenaga pengajar Anak Wayang musim pertama

SETELAH selesai isi ujibakat di tiga buah negeri di mana lebih daripada 4,000 peserta untuk diuji bakat, program realiti baru 'Anak Wayang' bakal mencetuskan satu fenomena baru tidak lama lagi.

Fenomena luar biasa ini bakal mewarnai industri ini seperti yang dikecapi semasa program realiti Akademi Fantasia sejak tujuh tahun dulu.

Barisan pelakon yang akan membintangi drama bersiri 50 episod juga akan diumumkan. Drama berepisod ini akan menjadi platform utama bagi calon-calon Anak Wayang bertaruh nasib yang mana drama berjudul Kecuali Cintamu itu akan bersiaran di Astro Prima.

Projek mega Anak Wayang yang bakal bersiaran pada bulan depan di saluran Astro RIA dan Astro PRIMA akan menampilkan tenaga pengajar berkaliber untuk mencungkil bakat pelajar.

Mereka terdiri daripada pelakon dan pensyarah teater; Marlia Musa, pelakon harapan menerusi filem 1957: Hati Malaya di Festival Filem Malaysia ke-21, Mohd Kamaruzaman Taib (Che Kem), pelakon, penggiat teater dan juri tetap Raja Lawak yang tidak asing lagi Fauziah Nawi serta pensyarah dari Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif serta juri tetap Sehati Berdansa 2; Hamzah Tahir.

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA, Khairul Mizan Shagul, barisan tenaga pengajar pilihan adalah bertujuan mewarnai dan merencahkan lagi perjalanan hidup calon-calon Anak Wayang pada musim pertama ini

"Kami ingin melahirkan seorang yang layak untuk digelar sebagai Anak Wayang pertama dari Astro.

"Kami percaya setiap seorang daripada tenaga pengajar yang telah dipilih ini mempunyai kekuatan yang tersendiri di samping pengalaman yang meluas dalam bidang seni lakon layar dan persembahan pentas untuk dikongsi bersama bukan sahaja dengan calon-calon Anak Wayang tetapi juga di kalangan para penonton.


Hos Anak Wayang, Rusdi Ramli dan Fazura

"Persetujuan dan komitmen mereka untuk sama-sama mendidik pelapis-pelapis seni negara amat kami hargai dan kami pasti musim pertama program realiti mencari bakat lakonan Anak Wayang ini akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran mereka," jelas Khairul.

Tugas serta pengkhususan telah diberikan kepada barisan tenaga pengajar bertujuan untuk memberikan penekanan bagi setiap aspek sudut lakonan.

Marlia Musa akan bertindak selaku guru lakonan yang akan membimbing calon-calon dalam melakonkan watak-watak yang diberikan. Pengalaman, latar belakang dan pencapaian yang dicapai olehnya tidak perlu dipersoalkan lagi apabila dia pernah menggondol Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik seawal penglibatannya dalam bidang seni lakonan lagi.

Individu yang berpengalaman luas dalam bidang seni persembahan untuk pengkhususan teater seperti tradisional dan kontemporari serta pelakon utama bagi filem 1957: Hati Malaya; Mohd Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Che Kem ini pula akan memainkan peranan selaku guru skrip & analisa dalam program realiti Anak Wayang ini.

Pengalamannya dalam bidang seni persembahan dan penulisan skrip juga pastinya sebuah bonus untuk dikongsi bersama dengan calon-calon Anak Wayang dalam kelas-kelas lakonan yang akan diikuti mereka kelak.

Sementara itu, Astro menyandarkan tanggungjawab kepada dramatis kelahiran negeri Perak; Fauziah Nawi untuk membimbing calon-calon sebagai guru lakonan dan vokal.

Pengalaman Fauziah membintangi berpuluh-puluh buah drama TV serta mengarahkan teater pastinya akan membantu para pelajar dalam penghayatan dan ekspresi muka dalam setiap lakonan yang ingin ditonjolkan. Baru-baru ini dia juga telah menerima Anugerah Karyawan Seni Negara ( Pengarah ).

Hamzah Tahir, juri tetap bagi rancangan Sehati Berdansa musim kedua pula telah diberi kepercayaan untuk membimbing para pelajar selaku guru olah tubuh.

Hamzah yang juga merupakan seorang pendidik dalam bidang seni artistik dan persembahan ini pernah terlibat dalam pelbagai jenis seni persembahan tidak kira sama ada persembahan tarian, teater, sitkom, ekperimental dan drama.

Kehadiran Hamzah bagi melengkapkan barisan tenaga pengajar Anak Wayang yang pertama ini akan membantu calon-calon mendalami ilmu tentang cara-cara untuk menghayati sesebuah watak dengan hanya mengekspresikan gerak tubuh badan.

Di majlis yang sama; projek mega Anak Wayang juga turut mengumumkan barisan pelakon yang akan menerajui drama bersiri 50 episod yang akan menjadi platform utama bagi calon-calon Anak Wayang bertaruh nasib yang berjudul Kecuali Cintamu yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat, jam 8.30 malam, selama satu jam bermula pada 25 Mei depan.

Nama-nama pelakon hebat seperti Nanu Baharudin, Haleeda, Mustapha Kamal, Janet Khoo dan Aman Shah dijangka akan membekaskan impak kepada para penonton melalui lakonan mereka.

Selain itu, wajah-wajah segar dunia lakonan seperti Siti Saleha, Riz Ainuddin dan Sabrina Hassan dijangka akan turut menyengat dengan lakonan mereka.

Drama bersiri Kecuali Cintamu juga dijayakan oleh Liza Abdullah, Roslan Salleh, Tasha Aziz, Pushpa Narayan, Ezani Nizariff, Ainul Aishah dan Shah Hassan.

Menurut Pengurus Saluran Astro PRIMA, Nizam Sani, mereka yakin para penonton akan tertarik untuk mengetahui kesinambungan drama bersiri ini pada setiap hari apabila ditayangkan kelak kerana kekuatan jalan cerita dan di samping barisan pelakonnya yang mantap.

Kecuali Cintamu merupakan sebuah kisah kehidupan yang dekat di antara kebanyakan dari kita yang terpaksa mengharungi suka-duka bercinta dan asam garam kehidupan dalam alam rumah tangga serta dunia kerjaya.

揇rama ini akan menjadi lebih hebat dengan kemasukan watak-watak sampingan yang terdiri daripada calon-calon Anak Wayang yang memenangi undian SMS tertinggi pada setiap minggu bagi merebut lima watak tambahan yang telah ditetapkan iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha,
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 01:38 PM | Show all posts
best ke rancangan ni agaknyer ekh....

suprise.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 05:07 PM | Show all posts
Jom Kenali 25 Calon Anak Wayang



Teks oleh Roslen Fadzil


KUALA LUMPUR, 29 MEI 2009: Debaran Anak Wayang kini telah bermula. Sebagaimana yang dijanjikan, Astro telah bersedia untuk memperkenalkan kepada anda 25 peserta yang layak bertanding untuk program realiti TV terhebat bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang lakonan itu.

Kesemua mereka mempunyai bakat tersendiri selain personaliti, aura dan gaya. Mungkin juga mereka adalah rakan anda, saudara mara malah bakal menjadi idola baru anda. Jadi inilah masanya untuk anda mengenali wajah-wajah mereka sebelum mereka dan bertanding untuk watak masing-masing.

Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini 5 watak saingan itu adalah Jururawat, Mekanik, Pengurus Acara, Konco Samseng dan Pembantu Peribadi.


Jadi, 25 peserta tadi telah dipecah-pecahkan kepada 5 kumpulan dan mereka hanya akan bertanding bagi salah satu watak sahaja mengikut kesesuaian masing-masing. Setiap Jumaat, menerusi Pentas Anak Wayang di Astro Ria, anda akan dapat melihat setiap kumpulan dengan 5 peserta itu bersaing untuk merebut watak masing-masing dan kemudian berpeluang berlakon dalam siri Kecuali Cintamu di Astro Prima yang mula ditayangkan sekarang (Isnin - Jumaat).

Seterusnya, daripada 5 peserta, hanya 2 terbaik sahaja akan terpilih untuk diundi (AWUNDI), bermula Jumaat, jam 10.30 malam hingga Ahad jam 12 tengah hari. Keputusan siapa terpilih antara 2 peserta itu akan hanya kita ketahui dengan menonton siri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada hari berikutnya, Isnin, jam 8.30 malam.

Saingan Anak Wayang akan bermula pada 5 Jun 2009 (Jururawat), 12 Jun 2009 (Mekanik), 19 Jun 2009 (Pengurus Acara), 26 Jun 2009 (Konco Samseng) serta 3 Julai 2009 (Pembantu Peribadi).


Berikut adalah nama peserta dan watak saingan mereka:


A. JURURAWAT
1. Nur Dayana Kamsun Baharin (DAYANA) - Kuala Lumpur, 18 tahun - Pelajar
2. Norria 'Adelina Abdullah (DELINA) - Kedah, 22 tahun - Pegawai Khidmat Pelanggan
3. Nor Shafiza Iskandar Azizan (FEEYA) - Johor, 20 tahun - Pelajar
4. Juwieta Haniem Rahmat (JUWITA) - Pulau Pinang, 23 tahun - Pelajar
5. Widya Irani Mohd Nasir (WIDYA) - Pahang, 26 tahun - Pekerja Restoran


B. MEKANIK
1.Afzan A Rahman (AFZAN) - Pahang, 27 tahun - Pelakon Baru
2.Amar Mohd Baharin (AMAR) - Kuala Lumpur, 24 tahun - Model Sambilan
3.Syed Hasan Nabil Al-Habshi (BIEL) - Pulau Pinang - 21 tahun - Pelakon Baru
4.Mazlan Mokhtar (LAN) - Pahang, 26 tahun - Berkerja Sendiri
5.Lokman Sokran (LOKMAN) - Johor, 34 tahun, Eksekutif Pemasaran


C. PENGURUS ACARA
1. Faizatul Akmal Abdullah (EIZ) - Kedah, 22 tahun - Pelajar
2. Mohd Hafiz Firdaus Md Noor (FIZZ) - Kedah,  22 tahun - Pelajar
3. Mohd Hairi Safwan Aznan (HAIRI) - Kedah, 21 tahun - Pelajar
4. Maisarah Sojangi (MAI) - Selangor, 19 tahun - Pelajar
5. Meoki Tong May Lan (MEOKI) - Pulau Pinang, 30 tahun - Pengusaha Meoki Academy


D. KONCO SAMSENG
1. Hafiz Halim (HAFIZ) - Selangor, 21 tahun - Pelajar
2. Mohd Shah Rezza Abdul Rahman (MSREZA) - Johor, 24 tahun - Juruteknik
3. Rosli Mohd Nor (MURSHED) - Pulau Pinang, 34 tahun - Pengurus Kafe
4. Afian Giman (YANZ) - Johor, 31 tahun - Berniaga
5. Yufazli Yusof (YUZZ) - Perak, 26 tahun - Jurulatih Sambilan


E. PEMBANTU PERIBADI
1. Noor Arlinda Lajis (ALYNN) - Johor, 23 tahun - Penyanyi
2. Nur Amirah Mohd Kamil (MIA) - Kelantan, 19 tahun- Pelajar & Pelakon Sambilan
3. Nurin Aziyana Jamali (NURIN) - Johor, 21 tahun - Pelajar
4. Fyzreen Damira Ahmad Farid (REEN) - Pulau Pinang, 22 tahun - Pelajar
5. Ooi Nor Wen (RUBY) - Perlis, 22 tahun - Pelakon Baru


Bagi mengundi (AWUNDI) mereka, sila taip AWUNDI NAMA atau AWUNDI,3/5/10>NAMA PESERTA ke 32999. Contoh: AWUNDI3 JUWITA ke 32999. Talian Tetap: Dail 13721/13723/13725/13730 untuk 1/3/5/10 undian dan tekan 1. Kadar premium untuk setiap undian 50 sen. Kadar Telco tertakluk kepada syarat dan terma di www.astro.com.my.

Bagi makluman anda program Sesi Anak Wayang (diari dan perkembangan peserta) yang dihoskan oleh Fazura akan ditayangkan di Astro Ria setiap Isnin-Rabu jam 9.30 malam. Pentas Anak Wayang (pertandingan) yang dihoskan Rusdi Ramli ke udara setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula 5 Jun 2009.  Siri Kecuali Cintamu ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin - Jumaat lakonan peserta Anak Wayang yang berjaya setiap minggu bersama pelakon terkenal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 05:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2009 10:02 PM | Show all posts
tgh layan 'diari' anak wayang

mcm dok tgk 'diari' AF plak

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 10:41 PM | Show all posts
layan gak anak wayangg nihh lawa lawa and boleh berlakon semuanyer tapi cam ader something wrong skitt maybe baru kowtt aku suker yg peserta ke 2 tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 10:47 PM | Show all posts
tapi make up dorangg ya ampumm cam dragg occayyy especially juita
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 10:53 PM | Show all posts
aku suka Dayana...cute & berlakon pun best..slamba je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2009 12:44 PM | Show all posts
boleh tahan gak pentas anak wayang semalam.
time task spontan dengan johan paling lawak..
yg lelain biasa jer.

sikit video nyer :-

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 02:01 AM | Show all posts
Dayana best...tgk dia berlakon teringat kat Scha....

Sapa tah yang muka sejibik Lisdawati tu...sejibik kan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 02:16 AM | Show all posts
feeya lg cute la
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 03:21 PM | Show all posts

Balas #18 Rhyno\ catat

kan. dayana muka punya lebih kurg mcm scha plak.
lawak betul la lakonan jururawat, jalan crita dia lawak tul la, kalu mcm tu, kalu keja yg kat pejabat pun bleh jgk. mana laras bahasa jururawat yg prof a razak ckp kan tu. ni lbh kurg adegan cintan-cintun kat pejabat. apa la.
lakonan spontan ngan d basikal tu pun lawak. dah mcm tahap raja lawak dah.
pilih kasih rasanya lbih berkualiti, sbb menyeluruh... lakonan, sajak, teater.
huhu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.264892 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list