CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5346|Reply: 0

Undang-Undang Pencerobohan Hak Peribadi

[Copy link]
Post time 22-2-2009 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Karpal Mahu Undang-undang Tegas Pencerobohan Peribadi


KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Pengerusi DAP KarpalSingh mahu undang-undang lebih tegas terhadap pencerobohan hakperibadi, terutamanya selepas penyebaran gambar bogel Anggota DewanUndangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong.

Beliau berkata hukuman bagi pencabulan hak peribadi mengikutSeksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkandenda tidak melebihi RM100, adalah satu penghinaan kecerdikan mana-manaorang.

"Denda itu tidak pernah dinaikkan meskipun selepas hampir 54 tahunOrdinan Kesalahan-kesalahan Kecil ini termaktub. Ini amatmenghairankan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada awalnya, kata beliau akta itu yang tidak memperuntukkansebarang hukuman tahanan, tetapi denda tidak melebihi 100 dollar, namunpada tahun 1955, wang sebanyak 100 dollar adalah satu jumlah besar, itusebabnya ia ditukar kepada RM100.

"Jabatan Peguam Negara seharusnya bertindak segera bukan sahajamemperuntukkan denda lebih besar tetapi juga hukuman tahanan yang lebihberat mengikut Seksyen 14 akta itu," katanya.

Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata JabatanPeguam Negara perlu melihat kepada apa yang beliau sifatkan sebagai"sepenuhnya tidak memadai dan ketinggalan zaman" peruntukan denda yangtidak melebihi RM100 dalam Seksyen 430 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau memberikan satu contoh kes mahkamah Singapura pada 2000yang menyaksikan tertuduh dihukum penjara dua bulan kerana mencerobohhak peribadi seorang wanita menggunakan alat kamera video.

"Mahkamah negara ini perlu merujuk Seksyen 509 Kanun Keseksaanyang memperuntukkan hukuman penjara bagi suatu tempoh yang bolehberlanjutan sehingga lima tahun atau dengan denda, atau kedua-duanyakerana menceroboh hak peribadi seorang wanita," kata Karpal.

Katanya demi kepentingan awam, mahkamah perlu mengenakan hukumanberat terhadap mereka yang didapati bersalah kerana menceroboh hakperibadi seorang wanita, apatah lagi dengan teknologi moden yangmembolehkan kejadian seumpamanya berlaku, yang tidak terjadi pada zamandulu," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049143 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list