CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55451|Reply: 277

Kawasaki ER-6N

[Copy link]
Post time 21-6-2008 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Bergaya lagi praktikal

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR

Ramai yang berharap supaya kerajaan dapat mengkaji semula struktur cukai ke atas motosikal berkuasa tinggi (CBU) yang lain bagi membolehkan lebih ramai mampu memilikinya. Malah jentera sebegini juga menjimatkan petrol, mesra alam dan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.





INI adalah berita yang paling gembira bagi peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan. Penantian lebih 10 tahun (sejak krisis ekonomi 1997) akhirnya tamat dengan kehadiran motosikal mampu milik keluaran Kawasaki Motors (Malaysia) menerusi pemasangan tempatan (CKD) model ER-6N.

Model naked ini merupakan satu-satunya motosikal dalam kategorinya yang dijual pada harga RM28,000. Malah, majoriti pihak media tidak menyangka motosikal ini akan dijual semurah itu.

Terima kasih kepada Kawasaki Motors (Malaysia) yang memberi ruang untuk peminat motosikal untuk terus bernafas di kala harga bahan bakar terus meningkat. Kehadirannya memang tepat pada masanya.


SUSPENSI belakang yang menyerlahkan karektor radikal Kawasaki ER-6N.

Kini, sudah ada pilihan untuk pembeli beralih dari empat roda kepada kenderaan dua roda yang praktikal. Jikapun ia tidak sejimat Wave atau Lagenda, sebagai sebuah motosikal, sudah tentu anda boleh mengenepikan bayaran meletakkan kenderaan, cukai jalan yang sudah diturunkan dan penjimatan masa.

Berbeza dengan superbike dan kapcai yang kita tunggang seharian ke tempat kerja, ER-6N adalah sebuah naked yang unik. Ia mampu ditunggang oleh sesiapa sahaja walaupun seorang penunggang amatur.

Direka sebagai kenderaan harian, ER-6N juga sebuah motosikal moden yang dilengkapi dengan sistem pengendalian dan casis yang terkini serta enjin dengan suntikan bahan api yang lebih menjimatkan, mesra alam dan jauh lebih lasak daripada sistem karburator.

Motosikal ini belum lagi berkesempatan untuk saya pandu uji. Namun, mengikut petikan daripada program pelancarannya baru-baru ini, ia adalah sebuah model yang serupa dengan versi import (CBU) yang dilancarkan dua tahun lalu. Sebagai pengimport dan pemasang tunggal jenama Kawasaki di Malaysia, model import sebelum ini juga didatangkan dengan spesifikasi tropika yang sesuai dengan persekitaran Malaysia.


LAMPU belakang dengan reka bentuk menarik dan tidak konvensional.

ER-6N direka untuk penunggang yang inginkan sebuah motosikal berkuasa yang mudah dikendalikan. Malah, konsep asal binaan enjinnya bermatlamatkan sebuah nadi penggerak yang kecil, agar hasil akhirnya nanti menjadikannya sebuah jentera yang kompak dan tirus.

Enjin ini direka bagi menghasilkan kuasa di peringkat pertengahan untuk menjadikan tunggangannya seperti sebuah sportbike. Prinsip ini dicapai menerusi konsep enjin kecil seakan-akan saiz 400cc tetapi dengan kuasa 650cc.

Tidak dinafikan, ketika dilancarkan, reka bentuk motosikal ini mengundang kontroversi kerana ia memecah tradisi Kawasaki dan industri motosikal.

Tiub kerangkanya terserlah, malah suspensi belakangnya langsung tidak disembunyikan. Kerangka

BREK cakera berprestasi tinggi untuk kuasa membrek yang terbaik.

ER-6N ini juga dibina untuk mendapatkan titik roda yang sesuai, posisi tempat duduk yang rendah dan posisi tunggangan paling ideal untuk semua jenis saiz penunggang.

Sistem ekzosnya juga menjadi pertikaian dalam industri kerana posisi peredam bunyi di bawah enjin. Begitupun, mengikut pengalaman saya menunggang ER-6N/ER-6N ABS/ ER-6F dan Versys (kesemuanya berkongsi casis), peredam itulah antara yang menyumbang kestabilan naked ini.

Lazimnya, getaran pada kerangka adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan untuk motosikal dengan peredam di sisi, khususnya jentera yang direka pada titik graviti yang tinggi seperti naked, dual purpose dan motard.


POSISI peredam yang diletakkan di bawah enjin menyumbang kepada kestabilan jentera ini.

Berani untuk saya katakan, ia bakal menjadi motosikal 'kebangsaan' Malaysia tidak lama lagi. Dilema yang membelenggu peminat motosikal tempatan sebelum ini ialah ketiadaan model yang memenuhi ruang antara sebuah sportbike, sebuah moped dan motosikal kecil.

Kalau ada sekalipun, jenamanya bukan buatan Jepun. Jenama luar pula, jika ada, harganya menjadi penghalang. Pada tanda harga RM28,000, ia memang sebuah naked 650cc yang cukup murah di pasaran. Sebagai perbandingan, di Singapura, negara jiran yang mana motosikal berkuasa tinggi ibarat kapcai di sini, harga sebuah Honda CB400 VTECIII ialah RM29,000.

Ia adalah motosikal 'rasmi' bagi penunggang biasa di negara itu. Dibandingkan dengan ER-6N, maka CB400 jauh ketinggalan. Ia hanya berkuasa 400cc dengan sistem penyampai karburator.

Tahniah kepada Kawasaki di atas pelancaran ER-6N dan 250R dan juga perasmian premis baru mereka di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Selepas hampir 20 tahun dalam perniagaan motosikal di Malaysia, Kawasaki nampaknya mampu bertahan dalam kebanyakan situasi dan polisi kerajaan yang sering berubah.


HANYA satu perkara yang hilang di sini, meter sukatan bahan api.

Kini, pasti ramai yang berdoa agar lebih banyak model CBU akan dipasang di sini dan adalah tidak mustahil untuk melihat perkara ini berlaku sekiranya permintaan terhadap motosikal CKD yang sedia ada meningkat.




pada aku kalu rm28k utk 650cc kira orait sgtla... kaler pun nampak macho ajer   aku suka suspension belakang dia.. nampak klass beb!!   kalu la aku leh trade in kapcai aku... cisss     tapi berapa sen sgt... kena buat loan.. ahhh dah tarak utang cari utang lak...  tapi tu ler  maknusia ni ek.. mana leh puas dgn yg ada... ...   moto ni mcm awex gak....  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2008 10:48 AM | Show all posts
naked ..gonjeng la pulok...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 06:39 PM | Show all posts
okay gak moto nie
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 07:07 PM | Show all posts
ekzos tu kena bagi sunat dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 10:13 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

macho gak rider ngan moto ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 11:28 PM | Show all posts
naked bike..my fav!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2008 11:32 PM | Show all posts

eh..28 rib?? biar benarrr..

sori la, aku nengok gambo baru baca article.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 12:37 AM | Show all posts

Reply #7 TanSri's post

28k... hmm.. boley dapat 5 bijik 135LC...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 12:51 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Jom  kita beli.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 01:03 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Baca satu artikel pandu uji pasal moto ni katanya 4L minyak dapat pergi 100km =RM10.80 dapat 100km, lebih kurang 0.108 1 km. Sesapa pernah pakai model ni @ sedara dgnnya i.e Versys komen la sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 11:54 AM | Show all posts

Reply #10 jone's post

agak kuat minyak ni banding ngan ngan kriss aku....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2008 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by Agul at 22-6-2008 12:51 AM
Jom  kita beli.


jom...!!!

ko beli satu utk ko....
pastu ko beli satu utk aku...

deal :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 06:59 PM | Show all posts

Reply #10 jone's post

blade 650 ngan 250 berapa ye fc dia? spa tau?

org kata blade ni jimat minyak.

kalau er6 ni compare dgn blade dari segi jimat minyak, bagus gak sebagai rujukan... boleh tengok banyak ke beza antara 2 ni...
walaupun sah2 ramai yang takmo amik blade.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 07:00 PM | Show all posts

Reply #12 amazed's post

apsal aku rasa macam dalam citer p ramlee je cara bagi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 07:00 PM | Show all posts
aku dengar, walau moto ni 4stroke tapi bunyik dia macam 2stroke. ala ala TZM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 07:03 PM | Show all posts

Reply #15 TanSri's post

placement ekzos dia yang tak tahan tu...

ada tak bunyi original dia kat utube?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2008 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 21-6-2008 09:31
Bergaya lagi praktikal

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR

Ramai yang berharap supaya kerajaan dapat mengkaji semula struktur cukai ke atas motosikal berkuasa tinggi (CBU) yang lain bagi membolehkan l ...

fuiyo.............. seksi nya moto nie......
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 08:14 AM | Show all posts

Reply #17 Acong's post

Acong, blanje aku sejibik
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 10:13 AM | Show all posts
lawa la moto ni... tapi untuk sebijik moto harge 30 ribu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 29-6-2008 08:14
Acong, blanje aku sejibik

mai amik makan sepotong........

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.502428 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list