CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2832|Reply: 5

Bugatti type 57S Atalante rega RM15.7 juta; Bugatti 57SC RM130 jota!!

[Copy link]
Post time 17-2-2009 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 20-6-2010 21:08

EWS 73 berharga RM15.7 juta

Oleh Amran Ahmad





Siapa menyangka kereta antik berusia 72 tahun yang terbiar hampir separuh abad sehingga debu meliputi hampir keseluruhan badannya mampu meraih 慸urian runtuh?bernilai RM15.7 juta kepada pewarisnya.

Namun, itulah nasib yang menyebelahi keluarga pemilik terakhir kereta Bugatti Type 57S Atalante, Dr. Harold Carr yang menerima habuan sebegitu besar semasa acara lelongan pertunjukan kereta popular, Bonhams?Retromobile di Paris beberapa hari yang lalu.

Dr. Harold, pakar perubatan ortopedik membeli kereta tersebut dari pemilik asalnya, seorang pelumba tersohor British, Earl Howe Ke-5, Francis Curzon dan kemudiannya mewariskan 慼arta kesayangan?itu kepada anak-anak saudaranya sebelum menghembuskan nafas terakhir dua tahun yang lalu.

Beliau meninggal kereta itu dalam kondisi enjin yang cukup baik sambil mengekalkan semua komponen, peralatan dan aksesori asalnya walaupun agak kotor di bahagian luaran akibat debu dan habuk yang menebal.

Semasa hayatnya, Dr. Harold yang menggilai dunia permotoran hanya meletakkan model Bugatti dengan nombor plat EWS 73 itu dalam garaj di Gosforth, Newcastle di Utara England selepas membelinya daripada Francis Curzon yang menggunakan kereta itu dalam meraih banyak kemenangan perlumbaan.

Pelumba yang juga pemilik asal EWS 73 dipercayai memandu model 57S dengan 慡?itu bermaksud 憇urbaiss閽 atau direndahkan selaras dengan imej sporty kerana kemampuan untuk memecut pada kadar yang sangat laju dan selamat dengan berat kenderaan sekitar 950 kilogram.

Bugatti mungkin agak asing kepada rakyat negara ini namun semasa zaman kegemilangannya, Bugatti adalah gergasi industri automotif dengan menjadi satu-satunya kereta yang mampu dipandu selaju 209 kilometer sejam.

Pada zaman tersebut, kelajuan kebanyakan kereta hanya mencecah 80 kilometer sejam dan jenama Bugatti adalah kereta laju pada masa itu.
Selain itu, antara keistimewaan lain kereta Bugatti adalah ianya dalam dikeluarkan dalam beberapa model sahaja, antara yang paling popular ialah model 35 Grand Prix, Royale, model 57 揂tlantic?dan model kereta sport 55.

Model Bugatti Type 57S Atalante yang dilelong pada harga yang tinggi baru-baru ini dikeluarkan dalam jumlah kecil iaitu 17 buah sahaja dengan ke semua menggunakan tangan.

Secara keseluruhan, hanya 7,900 buah kereta Bugatti sahaja telah dikeluarkan sejak diasaskan oleh Ettore Bugatti, lelaki Itali yang bijaksana di Molsheim, Perancis hampir 100 tahun yang lalu dengan hanya 2,000 buah daripadanya sahaja dipercayai masih ada ketika ini.

Kereta Bugatti sangat popular pada zamannya kerana banyak mengecapi kejayaan gemilang di litar perlumbaan kereta apabila ribuan pelumba yang memandu kereta laju Bugatti menjulang trofi kejuaraan dalam beberapa dekad.

Model kecil Bugatti Type 10, misalnya, menyapu bersih empat kedudukan teratas perlumbaan pertama yang disertainya manakala model 1924 Bugatti Type 35 pula berjaya meraih lebih 2,000 kemenangan dalam perlumbaan kereta yang diadakan di seluruh dunia.

Kereta Bugatti juga menjuarai perlumbaan kereta berprestij di Targa Florio selama lima tahun berturut-turut sejak tahun 1925.

Mengimbau sejarah Bugatti, sejak dari awal lagi, syarikat Bugatti menumpukan kepada aktiviti pengeluaran kereta eksklusif dan paling laju di dunia, namun perjalanan dan pembangunan jenama itu terganggu seketika ekoran tercetusnya Perang Dunia Ke-2 selain kematian anak lelaki Ettore, Jean yang terbunuh ketika memandu uji model kereta lumba 57 tank-bodied berdekatan kilang pengeluaran di Molsheim.

Kematian anaknya itu benar-benar menyedihkan dan menghantui Ettore buat beberapa lama ketika sebelum bangkit semula sekitar tahun 1950an dengan memperkenalkan model terakhir sebelum meninggal dunia pada 21 Ogos 1947.

Selepas itu, jenama Bugatti dibeli oleh usahawan Itali bernama Romano Artioli dan menubuhkan Bugatti Automobili SpA pada tahun 1987 sebelum menjual pula jenama itu kepada Volkswagen AG pada tahun 2000.

Setakat ini, Volkswagen AG yang pernah cuma membeli Proton Holdings Berhad meneruskan impian pengasas jenama itu untuk melihat Bugatti terus gemilang sebagai



wth!!!!  15.7 mill~!!!   speechless aku baca pasai nih!!! ada gak keta kat doniya yg mcm ni punye rega  weyyyyyy   cisss...  lampu dia ajer ratus ribu kekdahnyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2009 11:03 PM | Show all posts
bertuahnya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2010 09:07 PM | Show all posts
Kereta termahal di dunia

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
.my

Hanya terdapat empat model Bugatti Type 57SC Atlantic di dunia dan kereta ini dijual dengan harga kira-kira RM130 juta.



MEMILIKI kereta mewah atau kereta idaman sememangnya suatu yang tidak dapat dipisahkan dengan naluri dan keinginan manusia terutama golongan lelaki.


Maka tidak hairanlah jika kita dapat melihat ramai daripada pemilik kereta yang sanggup mengubahsuai kereta agar kelihatan seperti kereta sports yang menjadi idaman mereka.

Tetapi ada satu lagi golongan jutawan yang hobi mereka mengumpul kereta-kereta lama atau klasik dan sanggup membelanjakan wang berjuta-juta dollar untuk memiliki barangan antik yang diminati mereka.

Di California, Amerika Syarikat, baru-baru ini, sebuah kereta antik BUgatti Atlantic Model 1936 telah dijual dengan harga antara RM100 juta dan RM130 juta.

Kereta Bugatti jenis 57SC itu boleh dianggap sebagai antara kereta tercantik pernah dicipta dan pernah memenangi Anugerah Pebble Beach Concours d'Elegance 2003.
Kereta yang memecah rekod jualan kereta paling mahal di dunia itu mempunyai reka bentuk Perancis dan diperbuat daripada aluminium pada badannya.

Siapa pembeli dan jumlah sebenar yang dibayar untuk mendapatkan kereta itu tidak didedahkan oleh pelelongnya Gooding & Company, bagaimanapun, dipercayai kereta itu dijual kepada Muzium Automotif Mullin di California milik Peter Mullin.

Mullin merupakan Pengerusi Emeritus of MullinTBG dan pengasas serta pengerusi syarikat M. Financial yang mempunyai hobi mengumpul kereta-kereta antik keluaran negara Perancis dan ditempatkan di muzium automotifnya.

Hanya terdapat empat model Bugatti Type 57SC Atlantic di dunia dan salah satu daripadanya dimiliki oleh Ralph Lauren, manakala kereta yang dijual dengan harga tertinggi di dunia itu dimiliki oleh mendiang Dr. Peter Williamson yang juga merupakan pengumpul koleksi kereta Bugatti.

Jualan kereta tersebut telah memecah rekod jualan lelong yang dilaksanakan oleh Goodong & Company sebelum ini selepas berjayamenjual kereta Ferrari 250 Testa Rossa 1967 dengan harga AS$12.2 juta di Maranello, Itali pada 2009.


Kereta James Bond dilelong

Sementara itu, kereta Aston Martin DB5 yang digunakan oleh James Bond dalam filem Goldfinger dan Thunderball akan dilelong pada 27 Oktober ini di London dengan anggaran nilai melebihi RM16 juta.

Menurut syarikat pelelong RM Auctions, ini adalah kali pertama kereta Aston Martin DB5 keluaran 1964 yang digunakan oleh Sean Connery dalam filem 007 itu ditawarkan untuk dibeli oleh orang awam.

Apa yang menarik, kereta itu bukan sahaja mengekalkan gaya dan kejuruteraannya tetapi juga peralatan serta gajet asal seperti cermin kalis peluru, nombor pendaftaran khas JB007, alat pengesan, panel bumbung boleh dibuka, pelepas asap dan minyak pelicin.

Pada 1969, pemilik stesen radio Philadelphia, Jerry Lee berjaya menyakinkan Kilang Aston Martin Lagonda untuk menjualkan kereta itu kepadanya dengan harga RM39,000.

Hasil lelongan kereta itu nanti akan dimasukkan kepada Jerry Lee Foundation, sebuah pertubuhan yang menjalankan aktiviti mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan pendidikan.

Kali terakhir kereta model seperti itu dijual di pasaran ialah pada 2006 apabila dibeli oleh seorang pembeli persendirian dengan harga RM6.9 juta, bagaimanapun Aston Martin itu tidak pernah digunakan untuk lakonan dalam filem James Bond.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 09:35 PM | Show all posts
no more production , biasanya part kete cmni akan dicustom made lah,,-- overhoulin, pimp my ride
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 01:07 AM | Show all posts
keta2 ni huduh........





yeahh...shoot me.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 01:23 AM | Show all posts
sentimental value atenye... rare sesangat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.415392 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list