CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31408|Reply: 115

Datuk Dr. Zambry Abd Kadir - MB Perak yang panazz

[Copy link]
Post time 6-2-2009 11:55 PM | Show all posts |Read mode
Zambry MB Perak



DATUK Dr. Zambry Abdul Kadir



IPOH: Datuk Zambry Abdul Kadir adalah anak jati Pulau Pangkor pertama yang diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti Barisan Nasional untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Perak yang baru menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang sebelum ini memegang jawatan itu.

Zambry, 47, (gambar) sebelum ini dilihat berkeupayaan dan berkemampuan termasuk berjaya mengekalkan jawatan pemilihan dalam Umno tanpa bertanding.

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Lumut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor dan Exco Jawatankuasa Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat sebelum diberi mandat menjadi Menteri Besar Perak.

Suaranya amat lantang dalam menyuarakan pendapat bagi membidas segala kenyataan yang cuba menjatuhkan BN ketika menjadi Adun mahupun selepas Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.



Profil

NAMA: Datuk Dr Zambry Abdul Kadir

TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962

TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak

PENDIDIKAN: B Econs (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM 1987), MA, (UIAM 1991), MA, Temple University, Amerika Syarikat (1992), PhD (Pemikiran Politik) Temple University, Amerika Syarikat (1995)





oooooooohh wokeyyy so dia pi temple u kat philadelphia.... satu university ngan member aku jazlan tu.... aku siap ada sweatshirt Temple U lagi... tee hee...    muka dia ni muka mamak sket.... jgn pangai cam zam dah ler... tapi aku bajet dia leh spiking english..... tak ader ler  nak korek korek  ke hulu.. korek korek ke hiliq  ekkkkkk   

tapi nampak cama educasted gak..... hopefully... dia wokeyyy ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2009 12:17 AM | Show all posts
misti keturunan mamak neh kann
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 02:16 PM | Show all posts
mb nizar masih sah....
knp lak die sbk nk jd mb baru?!!!!!!:@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 04:40 PM | Show all posts
Zambry hadir program rasmi pertama sebagai Menteri Besar
07/02/2009


IPOH 7 Feb. - Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir yang baru mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 semalam menjalankan tugas rasmi pertamanya hari ini dengan menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan negeri di Kampung Simee di sini.

Beliau tiba di Pusat Perkhidmatan Parti Gerakan Kampung Simee di sini kira-kira pukul 10.40 pagi dan disambut meriah dengan persembahan tarian singa serta tepukan gemuruh daripada orang ramai.

``Saya bukan Menteri Besar untuk satu kaum sahaja dan bukan untuk satu kumpulan tertentu tetapi saya adalah Menteri Besar kepada semua rakyat di Perak.

``Saya mesti nyatakan ini kerana dengan suasana yang berlaku sekarang, mungkin ada beranggapan negeri ini akan kembali kepada satu kumpulan tertentu. Jawapannya, tidak dan tidak dan tidak,拻 tegasnya sambil disambut tepukan gemuruh daripada orang ramai.

Turut hadir, Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Timbalannya, Datuk Chang Ko Youn; Pengerusi MIC, Datuk G. Rajoo dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Zambry meninggalkan majlis pada pukul 12.15 tengah hari selepas mengadakan sidang akhbar ringkas kepada pihak media. - Utusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 04:47 PM | Show all posts
Saya MB untuk semua rakyat Perak: Zambry


IPOH: Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menegaskan bahawa beliau bukanlah Menteri Besar yang mewakili satu kaum atau parti tertentu, sebaliknya untuk semua rakyat Perak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

"Saya bukannya Menteri Besar yang mewakili kaum atau parti tertentu.

"Jawapannya ialah tidak... tidak... tidak," katanya di majlis sambutan Tahun Baru Cina parti Gerakan Perak di sini, iaitu acara rasmi pertamanya selepas menjawat jawatan Menteri Besar.


Kenyataannya itu disambut dengan tepukan hadirin yang terdiri daripada anggota Gerakan dan penduduk Kg Simee yang merangkumi pelbagai kaum.

Turut hadir isteri beliau, Datin Saripah Zulkifli; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn; dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Zambry berkata, sebagai Menteri Besar untuk semua rakyat Perak, beliau mahu melihat kesejahteraan dan keadilan dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya untuk semua.

Katanya, Perak sebagai negeri yang unik dengan kepelbagaian kaum, tidak ada mana-mana pihak yang patut mendakwa bahawa negeri ini milik mereka.

Beliau turut menasihati rakyat negeri ini supaya tidak melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap keadaan politik semasa dengan mengadakan demonstrasi jalanan, sebaliknya menyelesaikan sebarang masalah dengan duduk berbincang atau mengambil tindakan undang-undang.

"Jangan ambil undang-undang dalam tangan kita. Jika ada ruang perundangan bagi menyelesaikan apa-apa ketidakpuasan hati, gunakanlah ruang perundangan itu untuk menyelesaikan apa-apa jua masalah," katanya. - Bernama




yeahhhhhhh rrriiighhhhhhtt  ramai worang perak pun tanak dia nih!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by dauswq at 7-2-2009 02:16 PM
mb nizar masih sah....
knp lak die sbk nk jd mb baru?!!!!!!:@ :@ :@ :@ :@ :@


dah2 ler tuh...
dah sultan tak perkenan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2009 05:19 PM | Show all posts
naper bandO Ipoh tak leh jadi cam bandO MElaka??...dari generasi MB dulu2 tak de perubahan langsung..cam mati aje Ipoh tu...ni pendapat aku ajee...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 05:27 PM | Show all posts
biasa la...janji pilihanraya...hangat2 taik ayam...mana nak maju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2009 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by mak at 7-2-2009 05:19 PM
naper bandO Ipoh tak leh jadi cam bandO MElaka??...dari generasi MB dulu2 tak de perubahan langsung..cam mati aje Ipoh tu...ni pendapat aku ajee...


ipoh DAP pgang.. peruntukan xdpt le tu..
hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 05:35 PM | Show all posts
ipoh..aku pnah smpai skali je kat situh..blind date..tup2 trus sangkut..alallalala..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 06:27 PM | Show all posts
Tahniah warga perak terima MB India pertama!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 02:01 PM | Show all posts
nama bini pun sebijik nama mamak...

[ Last edited by  dove at 8-2-2009 02:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 05:51 PM | Show all posts
mamak ker..xminat la...sbb bg aku die tetap bukan melayu...nak jugak jd melayu by hook or by crook
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 09:11 PM | Show all posts
bukan melayu tulin pon, nak buat camna sultan dah berkenan.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 09:34 PM | Show all posts
mamak kiranya bokan melayu la kann

kira cam india la kann
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 10:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 11:00 PM | Show all posts
betulah tu ..dia dah janji ngan kaum india perak....even xde kusi exco utk india kat perak...tp nasib kaum india tetap dibela....hidup mamak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 09:35 AM | Show all posts
   Harap2 para pemimpin sedar bahawa setiap kita akan diuji.  Tak semestinya kita berada di atas ( jawatan besar ) kekal selamanya... Semuanya adalah dari ALLAH dan Allah jua yang dapat mengambilnya kembali.  Bila berada di atas ingat sama orang yang berada di bawah dan jangan hanya memberi kredit kepada orang2 yang kaki ampu, bodek dan sebagainya berilah kredit kepada orang yang benar2 berhak mendapatkannya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 12:48 PM | Show all posts
ramainya racist!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by ayjay at 9-2-2009 12:48 PM
ramainya racist!


ha'a... tu le...
klu nak ikutkan pm sekarang pun bukan melayu tulen, datuk paklah berkuturunan cina, pm yg seblum ni pun memang half mamak, anwar ibrahim pun ada keturunan mami penang...ramai pemimpin politik bukan melayu tulen, tp dr segi perlembagaan dorang adalah melayu, cuba check takrifan melayu dlm perlembagaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.080700 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list