CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27101|Reply: 12

INFO2 & KOLEKSI PERALATAN MEMANCING

[Copy link]
Post time 15-1-2009 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Memancing tu jangan lupa bawa peralatan...kalau lupa alamaknya pegi memancing tu memancing awek je la yer...

Tepeklah peralatan memancing anda kat sini...info pasal peralatan memancing yang berada dipasaran pun takpe...CEO halalkan..


        
  1- Banax Reel - SXC

SISTEM gear panduan terkini dan penggunaan pinion tembaga antara ciri terbaru yang dilengkapi pada kekili Banax Reel - SXC terbaru ini untuk mengemaskan lagi pergerakan gelendung apabila karauan dilakukan.

Penggunaan 3 bebola keluli juga mampu meningkatkan kelancaran karauan terutama ketika bertarung. Produk ini turut dilengkapi sistem penggera dwi bunyi. Ia juga dilengkapi pengayuh yang boleh dilipat dengan satu sentuhan.

2-Strike Pro Lure - CD (Titan)

STRIKE Pro menampilkan satu lagi gewang serba guna bagi kegunaan memancing di laut bagi memudahkan lagi kerja memburu kerapu, aruan tasik dan tuna. Ia boleh didapati dalam siri seperti berikut untuk teknik tenggelam iaitu CD-018 sepanjang 18 sentimeter (sm) dan seberat58 gram (gm). Model CD-014, 14 sm dan 35 gm. Model CD-011, 11 sm dan 21gm. Model CD-009, 9 sm, 17 gm dan model CD-007, 7 sm dengan berat 9 gm.

3- Bekas Air Sejuk Bakau

PRODUK terbaru jenama Bakau ini merangkumi tiga saiz iaitu 7.6 liter, 2liter, 1 liter dan 1.35 liter yang diperbuat daripada polyethylene dibahagian luar untuk memastikan ia tahan lasak serta ringan.

Bahagian penutup yang luas memudahkan ia dibersihkan manakala bahagian penutup menggunakan sistem mudah putar supaya ia mudah ditutup mahupun dibuka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2009 05:30 PM | Show all posts
        

  Kekili Tomman Samurai

Penggunaan cat berkualiti tinggi pada bahagian badan kekili sudah cukupmemperlihatkan tahap kemasan lebih baik serta tahan lasak untukmeningkatkan keyakinan kaki pancing dengan produk terbaru ini.

Produk ini digerakkan dengan sembilan bebola dapat melancarkankarauan serta mempercepatkan lagi proses mendaratkan 憁angsa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2009 05:31 PM | Show all posts
        

  Tomman - King Power

TALI benang sulam Tomman King Power, dihasilkan daripada gentianDyneema untuk memastikan ia mencapai tahap kekuatan yang maksimumselain tahap sensitiviti yang tinggi serta mampu bergerak dengan pantasapabila ditarik.

Tahap kekuatan yang luar biasa serta tahan geseran membuatkan taliini boleh membantu pemancing membuat balingan dengan baik termasukteknik memancing casting pada jarak yang lebih jauh dan lebih lancar.

Tali ini juga tidak mudah meregang dan ia dapat mempercepatkanlagi proses karauan ketika mendaratkan mangsa. Didatangkan dalam pakej10 paun, 15 paun, 20 paun, 30 paun, 50 paun, 60 puan, 80 paun, 100 paundan 130 paun.

Tomman - Elephant Big Foot

TALI pancing monofilamen ini disifatkan memiliki tahap kekuatan yangtinggi walaupun dengan diameter yang kecil serta sesuai untuk digunakanuntuk memancing dengan teknik casting.

Meskipun berdiameter kecil, tali pancing ini terbukti memilikidaya tahan yang tinggi tidak mudah rosak walaupun bertarung dengan ikanbesar.

Ia didatangkan dengan kekuatan 8 paun, 10 paun, 12 paun, 15 paun,20 paun, 25 paun, 30 paun, 40 paun, 50 paun, 60 paun dan 80 paun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2009 05:35 PM | Show all posts
        

  1 - Kail Aji DX910HC

FIRE Eagle daripada TCE Tackles turut menampilkan satu lagi mata kailterbaru AJI DX910HC yang tahan lasak serta tidak mudah rosak. Iadiperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dengan mata yang lebih tajam.

Kualiti yang terjamin mata kail jenis ini yang boleh digunakanketika memancing di laut atau air tawar. Produk mata kail ini bolehdidapati dalam saiz 12, 10, 8, 6, 4, 2, 1, 1/0, 2/0, 3/0, 4/0, 5/0,6/0, 7/0, 8/0, 9/0, 10/0 dan 11/0.

2 - Sufix Elite Camo

TALI pancing - Sufix Line Elite Camo, edaran TCE Tackles Sdn Bhd (TCETackles) ini tahan lasak serta memiliki tahap kekuatan yang tinggi. Iaboleh digunakan untuk membuat apa saja simpulan tanpa mengurangkan dayakekuatannya.

Elite Camo memiliki tahap memori yang rendah untuk menjadikannyalebih tahan serta tidak mudah bergulung atau kerinting. Sebaliknya, iamudah digunakan dan mampu membantu memberikan jarak balingan jauh.

Tali pancing yang disifatkan ringan serta boleh berubah mengikutkeadaan ini sesuai digunakan untuk memancing teknik casting. Iaseolah-olah tidak kelihatan apabila berada dalam air. Keluaran terbaruini boleh diperoleh dalam saiz berbeza antara 4 hingga 43 paun.

Keterangan: 04-4841628.

3 - Daya antioksidan OPTIVIN tinggi

OPTIVIN keluaran NatStar dihasilkan melalui kajian lebih dua tahun danmenerokai lebih kurang 20 kombinasi berbeza antosianin. Formulaantosianin ini adalah antioksidan berspektrum luas yang sangat berkesanmeneutralkan radikal bebas yang menjadi punca banyak penyakitdegeneratif.

Keberkesanannya juga jauh mengatasi antioksidan lebih terkenalseperti vitamin C dan E malah mengatasi keupayaan antioksidan ekstrakbiji anggur. OPTIVIN dibuktikan mampu membantu mencegah proses oksidasikolestrol (LDL) yang membawa kepada pembentukan plak di dalam salurdarah dan akhirnya mengakibatkan masalah kardiovaskular serius sepertiserangan sakit jantung dan angin ahmar (stroke).

Kajian Penasihat Sains NatStar, Prof Debasis Bagchi dan pasukanpenyelidiknya, menunjukkan OPTIVIN membantu meningkatkan metabolismegula darah sekali gus bermanfaat mengawal kencing manis. OPTIVIN jugadibuktikan membantu menyekat proses angeogenesis (pembentukan salurdarah yang tidak normal) yang membantu pertumbuhan sel kanser dan tumoryang aktif.

Kajian mereka juga menunjukkan OPTIVIN membantu memperlahankanproses penuaan biologi, mencegah jangkitan kepada saluran kencing,membantu fungsi penglihatan dan kesihatan kulit yang baik sertamembantu kejelasan mental dan fungsi otak melalui proses neurogenesis(pembentukan neurotransmitter dalam otak).

Dapatkan OPTIVIN di kaunter penaja Karnival Memancing Bank RakyatJoran 2008 di Melaka, 12 dan 13 Julai ini. Layari: www.natstar2u.comatau 019-2172779.

4 - Pro.Tegga ECE lindungi keselamatan rumah

ORANG RAMAI termasuk pemancing kini tidak perlu bimbang keselamatanharta benda, rumah dan keluarga apabila mereka keluar kerana sistempenggera keselamatan profesional tanpa wayar, Pro.Tegga mampumemberitahu anda di mana saja berada.

Dengan sistem ini, anda lebih yakin untuk pulang ke kampunghalaman, pergi bercuti, memancing atau bertugas di luar kawasan. Sistemini tidak terhad dipasang di kediaman saja, malah di garaj, pejabat dantempat bersesuaian.

Sistem ini tidak memerlukan pemasangan kabel yang rumit. Hanyapasang Panel Kawalan tanpa wayar yang dilekatkan dengan pengesanwayarles (sesentuh magnetik & pengesan getaran) di kawasan dikenalpasti dan diprogramkan menerusi nombor telefon anda ke dalam PanelKawalan.

Sistem ini mempunyai fungsi 'autodailer' yang boleh mendail nombortelefon bimbit anda atau telefon yang diprogramkan secara automatikapabila penggera diaktifkan. Untuk tujuan ini, talian telefon tetapdiperlukan. Anda boleh menggunakan alat kawalan jauh atau telefon untukmengaktifkan atau menyahaktifkan penggera. Ia juga mudah disesuaikanmengikut kehendak anda.

Sistem Penggera Keselamatan Wayarles Profesional Pro.Tegga inidireka untuk tiga fungsi iaitu mengesan, menghalang dan memaklumkan.Jika penceroboh memasuki kawasan anda, sistem akan mengesannya danmembunyikan siren. Apabila pemancar menghantar isyarat ke Panel Kawalanmengenai pencerobohan, sistem akan mendail enam nombor telefon yangdiprogramkan sama ada telefon bimbit atau pejabat anda, untuk memberiamaran mengenai pencerobohan itu.

  Dapatkannya di kedai barangan elektrik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2009 05:37 PM | Show all posts
        

  A. Tali AjiKing

PENGGUNAAN 100 peratus gentian MicroDyneema dalam pembuatan talipancing benang sulam ini cukup untuk menggambarkan ketahanan dan mampudigunakan dalam pelbagai pancingan sama ada di laut atau air tawar.

Ia juga dapat menjamin kelancaran ketika membuat balingan terutamamemancing dengan teknik casting yang memerlukan balingan jauh sertatepat untuk memastikan tidak pulang tangan kosong.

Daya tahan yang lebih tinggi serta tidak mudah rosak akibatgeselan menjadikan tali pancing ini tahan lasak, manakala ia juga tidakmudah memeri untuk memastikan lebih cepat 搈angsa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 09:30 PM | Show all posts
waa..Ceo-Of-Cari ...gd post...
kalau boleh paste kan alatan (fishing rod, reel, tali etc ) yg bersesuain utk setiap style mancing cth casting, trolling, bottom, pantai..leh la terangkan sket2 jenis2 joran, kekili, tali pancing, umpan yg biasa di pakai..kalau ade gambar lg cantek..
aku pun beginner dlm hobi memancing ni...
sape2 ade idea leh kongsi gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2009 09:11 AM | Show all posts
        

  1. Sarung tangan Bakau Fishing - Ziglove

SARUNG tangan terbaru edaran TCE Tackles Sdn Bhd menampilkan tiga modelG-2000, G-2001, G-2002 dan G-2003 bagi memenuhi cita rasa kaki pancingbersesuaian dengan kegunaan mereka seperti jigging.

Keluaran terbaru ini diperbuat daripada bahan yang nipis danlembut untuk menjamin keselesaan namun ia tahan lasak serta sesuaiuntuk mengelakkan kecederaan pada bahagian tangan. Reka bentuk yanglebih trend ini juga mampu menjamin keselesaan tangan pengguna dantidak panas.

2. Kekili Ajiking - Pro Italy LP 1000

KEKILI edaran TCE Tackles Sdn Bhd ini memiliki tiga bebola keluli bagimelancarkan pergerakan ketika karauan manakala gelendung diperbuatdaripada aloi aluminium untuk memastikan ia tahan lasak.

Sistem gear yang diperbuat daripada brass serta clac sehala dapatmembantu pergerakan mekanisma kekili ini dengan lebih lancar sertaberkesan.

Pemegang pemutar yang diperbuat daripada getah pula mapau menjaminkeselesaan pemiliknya manakal ratio 5:4:1 pula membuktikan tahapkelajuan yang lebih baik ketika karauan dilakukan. Kapasiti talipancing: 0.30/150 meter, 0.35/110 meter, 0.40/80 meter.

3. Kekili Tomman - Go Fly

KEKILI khas untuk pancing layang ini sesuai untuk mereka yang baruterbabit dengan teknik ini manakala harga yang ditawarkan turutberpatutan.

Beratnya yang ringan serta kalis geseran membuatkan pergerakankekili ini lebih lancar serta tidak mudah tersekat. Keluaran terbaruini membabitkan model Go Fly 45, Go Fly 56 dan Go Fly 78.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 09:13 AM | Show all posts
        

  Joran X-Puyu Wimax

JORAN X-Puyu Wimax edaran TCE Tackles Sdn Bhd antara joran jig berkualiti tinggi yang mampu memenuhi cita rasa kaki pancing yang menggemari persaingan sengit ketika bertarung.

Penyambung aluminium pada joran ini mampu untuk meningkatkan lagi kekuatan ketika bertarung ataupun menarik mangsa dan ia juga diimbangi dengan gegelung cincin yang dapat menstabilkan joran ini.

Bahagian dinding yang tebang dan joran yang kelihatan lebih kurus menjanjikan batang joran yang lebih ringan tetapi tahan lasak serta mampu bertarung dalam tempoh yang panjang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2009 09:14 AM | Show all posts
        

  Silva Camo L4

LAMPU suluh kepala kompak dengan menggunakan mentol LED - tiga mentolLEd putih dan satu mentol LED merah untuk memastikan cahaya terang dandapat memfokus objek dengan baik.

Ia mampu untuk menyuluh pada jarak hingga 15 meter. Lampu inisesuai digunakan ketika riadah luar rumah memancing, memanjat gunung,berkhemah, memburu serta mereka yang suka bersukan seperti berlariwaktu malam.

Produk edaran TCE Sports Sdn Bhd ini dikuasakan dengan bateri danboleh digunakan sehingga 90 jam, kalis air manakala kadar pencahayaanyang luas serta didatangkan dengan jaminan dua tahun. Keterangan:04-263 8700

Kekili Tomman Alpha Max

SEBAHAGIAN besar bahagian luar kekili dan rotor ini diperbuat daripadaaluminium manakala anti pusingan belakang dapat memastikan kekilikeluaran terbaru ini mampu membuang pusingan dengan baik.

Penggunaan sistem Super Helix Angle dapat meningkatkan kelajuankarauan serta memastikan ia tidak mudah rosak dan penggunaan sembilanbebola dapat mempercepatkan lagi karauan.

Produk edaran TCE Tackles Sdn Bhd ini didatangkan dengan siri1000, 2000 dan 3000 manakala setiap model boleh dimuatkan dengan 110meter hingga 260 meter.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 09:16 AM | Show all posts
        

   Tomman Reel - Surf Game

KEKILI ini dilengkapi dengan bebola 9+1 untuk memastikan karauan lebihlancar serta lebih pantas apabila menarik ikan, manakala bahagianbadannya diperbuatkan daripada keluli. Rekabentuk kecil serta tirusmenggambarkan ia mudah digunakan atau dipadankan dengan pelbagai jenisjoran mengikut keperluan kaki pancing.

Penggunaan pemegang CNC mampu memberikan keselesaan kepadapemancing ketika membuat karauan dengan lebih kemas dan pantas sertaditambah pula dengan ratio 5:2:1 yang mampu membantu memberikankelancaran ketika karauan. Keterangan: 04 - 4841628 / 04-4844524

Tomman Reel - Xcellent

SEBAHAGIAN besar kekili ini termasuk bahagian luar diperbuat daripadabahan tahan lasak bagi menjamin hayat yang lebih lama serta tidak mudahrosak. Klac sehala yang digunakan menjamin bunyinya lebih senyap ketikakarauan manakala sistem imbangan boleh menjamin prestasinya sertarekabentuk rotor yang lebih praktikal.

Model siri 3000 dan 5000 ini mampu menarik ikan lebih besar seakantidak percaya dengan saiznya yang sederhana besar. Pemegang aluminiumyang lebih tahan serta kemas boleh ditukar kedudukan sama ada disebelah kiri atau kanan mengikut kesesuaian pengguna.

Strike Pro

STRIKE Pro, menghasilkan satu lagi gewang terbaru berbentuk melengkungdapat memberikan pergerakan yang mampu menarik perhatian ikan dansesuai untuk digunakan di air tawar mahupun di laut.

Gewang Hunchback ini boleh diperoleh dalam pelbagai aksi termasukterapung, menyelam (antara 5 hingga 10 kaki) dan sederhana dalam.Produk ini didatangkan dengan berat antara 1.4 gram hingga 13.1 gram,manakala panjang maksimum 6.5 sentimeter.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 09:21 AM | Show all posts

PERAMBUT











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 09:23 AM | Show all posts
[size=130%]teknik-teknik yang sesuai untuk membuatperambut ketika memancing di pantai. Cara terbaik memancing di pantaibergantung kepada jenis umpan, saiz batu ladung, teknik perambut,keadaan air dan waktu yang terbaik.

Kebiasaannya perambutdimulakan dengan menggunakan tali tangsi bersaiz 20 hingga 60 paun.Pemilihan saiz tali perambut bergantung kepada kekuatan tali utama,saiz mata kail, kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan.Kebiasaannya, warna yang lebih cerah lebih sesuai digunakan. Panjangperambut dianggarkan besaiz antara 1 kaki hingga 2 kaki. Jom ngailmengesyorkan agar pemancing menggunakan tali perambut jenis Tali Hantuyang dikeluarkan oleh Tomman. Berdasarkan pengalaman jom ngail, talijenis ini lebih sesuai kerana ia kurang kelihatan ketika terendam didalam air. Jadi, bila dihanyutkan oleh arus, pergerakan tali ini kurangkelihatan disebabkan warnanya seakan-akan warna air menyebabkankehadirannya tidak disedari oleh ikan.

Berikut adalah jenis-jenis perambut yang sesuai untuk memancing pantai.
Mulloway rig
Paternoster no 1
Paternoster no 2
Running sinking rigs dan sebagainya.













[size=130%]Pemilihansaiz batu ladung pula perlu diberi perhatian kerana ia menentukan jarakbalingan. Walaubagaimanapun, pemancing perlu memastikan saiz ladungyang digunakan dapat ditampung oleh joran ketika membuat lontaran. Inibagi mengelakkan hujung joran daripada patah kekita membuat lontaran.Kalau keadaan sedemikian berlaku sudah pasti kos ngail anda akanbertambah lagi. Kebiasaannya ladung jenis bujur(lonjong memanjang)lebih sesuai digunakan kerana ia dapat mengurangkan rintangan angin danarus. Keadaan air pasang surut turut mempengaruhi pemilihan saiz batuladung. Ketika arus besar, ladung yang lebih berat lebih sesuaidigunakan. Walaubagaimanapun, untuk ngail di kawasan pantai ladungbersaiz 8 hingga 12 lazim digunakan oleh pemancing.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 05:07 PM | Show all posts
ley tahan gak la arge die
aku pakai yg murah jew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062381 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list