CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2179|Reply: 5

!!Awas trend penyumbat saku!!

[Copy link]
Post time 8-1-2009 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Oleh NOR AZAN FITRI AHMD HIDZIR

JOHOR BAHRU 7 Jan. - Orang ramai di negeri ini dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan trend jenayah 'penyumbat saku' yang semakin menular terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Penyumbat saku ialah penjenayah yang menggunakan taktik meletakkan barangan berharga milik mereka seperti telefon bimbit dan dompet ke dalam poket mangsa sebelum mendakwa mangsa mencuri barangan milik mereka.

Mangsa kemudiannya dipaksa untuk menyerahkan barangan berharga milik mereka itu untuk mengelakkan diri daripada dipukul.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, walaupun pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian jenayah itu namun pihaknya sentiasa bersedia untuk membanteras kegiatan itu jika berlaku di Johor.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada golongan penjenayah itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Beliau berkata, penjenayah zaman sekarang ini semakin licik dan kreatif dengan pelbagai cara digunakan bagi mendapatkan hasil yang lebih lumayan berbanding dulu.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, selain mengelakkan diri daripada berjalan sendirian bagi mengelak terkena," katanya.

[ Last edited by  medangmru at 8-1-2009 02:21 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2009 09:58 AM | Show all posts
biasa penyeluk saku...ni penyumbat saku pon hader gak....mcm2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 10:03 AM | Show all posts
"Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, walaupun pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian jenayah itu namun pihaknya sentiasa bersedia untuk membanteras kegiatan itu jika berlaku di Johor...."


errkk... camne polis pun tak terima berita... takde yg buat report ke..?? atau ni cuma brita pelsu... heran .. herannnnn... dah kena blasah.. report ajer laa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2009 10:07 AM | Show all posts

Reply #3 ryo_takahashi1's post

mungkin kat johor tak ada kes yg di laporkan lagi.....kan dia ada ckp tu spt yg blaku kat KL & Selangor....

Orang ramai di negeri ini dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengantrend jenayah 'penyumbat saku' yang semakin menular terutamanya diKuala Lumpur dan Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 01:25 PM | Show all posts
keji sungguh perbuatan.... jahat tul.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 02:06 PM | Show all posts
pehni jgn pakai jeket yg ada byk poket...cam jeket press tu.....

pencurik dah semakin desperate...mcm2 cara dicipta untuk kepentingan diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.046514 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list