View: 1294|Reply: 16
|
bekas pengerusi SPR tak dapat pencen?
[Copy link]
|
|
Fitnah: Rashid timbang saman pemimpin pembangkang
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PUTRAJAYA: Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang bersara sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mempertimbangkan untuk menyaman pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang memfitnah beliau sepanjang menerajui suruhanjaya itu.
"Saya menyimpan semua bukti-bukti yang ada dan akan menyerahkannya kepada peguam saya untuk mendapatkan nasihat," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan SPR yang baru, di sini.
Abdul Rashid berkata, beliau serius dalam hal ini memandangkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya seringkali bersifat peribadi.
"Mereka serang saya secara peribadi. Mereka ingat saya ini macam Perdana Menteri sedangkan saya mempunyai ahli-ahli suruhanjaya yang mana kita berbincang setiap kali membuat sebarang keputusan.
"Tengoklah nanti. Saya kutip semua bukti-bukti ini. Jangan main-main kerana saya tidak akan melepaskannya begitu sahaja.
"Mungkin ada ahli Parlimen yang akan hilang kerusi nanti," katanya.
Abdul Rashid berkata, tindakan undang-undang itu nanti hanya melibatkan parti pembangkang memandangkan tiada pemimpin parti pemerintah yang memfitnah beliau.
Abdul Rashid telah menerajui SPR sejak tahun 2001 dan telah mengendalikan tujuh pilihan raya umum sejak menjawat jawatan pengerusi dan sebagai setiausaha sebelum itu.
Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mencadangkan kuasa yang ada pada SPR ketika ini dikaji semula supaya SPR mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan pilihan raya.
"Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri secara peribadi berhubung hal ini dan nampaknya memberi reaksi positif.
"SPR mesti mempunyai kuasa penuh dalam mengendalikan pilihan raya supaya ia boleh memainkan peranan dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata, hal itu perlu supaya SPR tidak lagi dituduh sebagai badan yang lemah dan tidak mampu bertindak jika berlaku sebarang masalah.
Abdul Rashid berkata, beliau berpuas hati dengan tugasnya sepanjang menerajui SPR selama tujuh tahun.
"Saya boleh katakan semua pilihan raya yang dikendalikan itu berjaya. Saya sangat gembira," katanya.
Ditanya sama ada beliau berminat untuk menceburkan diri dalam bidang politik, Abdul Rashid berkata: "Tidak ada. Kalau ada pun, saya simpan dalam hati."
credit: mstar online
tajuk tu mungkin kurang sesuai.. tapi apa salahnya kita bincang |
|
|
|
|
|
|
|
Berdendam nampak.....
Yg udah tu udah la...
Awak pun dah tua...dah bagus tuhan bagi sampai umur subsidi...
Concentrate kat amal ibadah......kita pun sama jugak, concentrate amal ibadah, si Rashid ni sampai gak usia tua bangka, kita tak tau bila ajal menjelma.. |
|
|
|
|
|
|
|
Marah betul nampaknya dia..iye lah patutnya PRU12 kira macam hadiah perpisahan dr beliau utk Pak Lah. Tapi yg sebaliknya berlaku. Aku ingat bukan takat PR, org UMNO pun benci dia kerana beliau gagal memastikan kemenangan besar 2/3 BN.
Tua2 nak mampus pun masih nak berdendam kesumat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 iscol_klang's post
yg mintak semua pengarah pilihanraya negeri beri sepenuh sokongan kpd parti bn tu tak double standard ke |
|
|
|
|
|
|
|
Nak komen dua isu:
SPR mesti mempunyai kuasa penuh.......maknanya skrg ni takde kuasa penuh lah, jdi tak heranlah klu org kata SPR ni ada cmprtangan pihak lain.
Nak saman pmmpin parti pmbngkang je..........of course lah pmmpin parti krajaan tak ada komplen sbb dorang sekongkol, sama2 dalam payroll krjaan, dia sndri dah akun skrg ni SPR takde kosa penuh, so org parti krajaan ada suara kat SPR! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 albob's post
cukup2 ler tu pak rasid.time org report pasal ngundi antu tak de action pn. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat kedah, kelantan, perak dan selangor siapa pembangkang?
yang tu tak nak saman ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ada video pasal TSR ni penah kata pembangkang macam monyet kat pilihanraya kecil kuala berang dulu...
sebab mintak masuk bilik jamuan vip |
|
|
|
|
|
|
|
tak pe la ra# weh....
orang pun tunggu nak saman ko kat depan tuhan nanti....
juta-juta orang gak lah... |
|
|
|
|
|
|
|
DAH NAK BERENTI BARU NAK CAKAP BANYAK...... rash1t!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 pengimbas's post
hmmm parah dah org tua nih....
sekali die saman... berjota2 rakyat m'sia saman blk kat die...
mau die terberak2 turun naik court... |
|
|
|
|
|
|
|
hairan...macam mana personaliti macam beliau boleh terajui SPR. |
|
|
|
|
|
|
| |
|