CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2989|Reply: 21

Kalaulah bapa masih ada...

[Copy link]
Post time 29-12-2008 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Salam mod....bod ni sunyi jerrr...... saya tolong tepek article ni ...

Kalaulah bapa masih ada...

MAWI dan Ekin menziarahi pusara bapanya.

Arwah pernah kata wajah Ekin macam gadis Arab

JIKA hayatnya masih di kandung badan, pasti Allahyarham Ani Ahmad menjadi antara individu paling sibuk ke sana ke mari menguruskan persiapan majlis kahwin Mawi dan Ekin. Dialah yang akan teruja untuk menjemput kawan-kawan atau kenalannya ke majlis perkahwinan anaknya.

Itulah yang dibayangkan oleh Mawi sewaktu ditemui di Hip ketika bertemunya di Senai, Johor Bahru.


Dua hari sebelum majlis itu, Hip mengikut Mawi dan Ekin menziarahi kubunya bapanya di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Bintang Paling Popular Berita Harian tiga tahun berturut-turut ini dalam kenyataannya sebelum ini mengakui kerap bermimpi arwah bapanya.

Akui Mawi, mimpinya itu hadir dengan pelbagai cara dan mungkin itu sebagai tanda bahawa arwah bapanya bagaikan merestui perkahwinannya dengan Ekin. Ketika penyanyi berusia 27 tahun ini terbabit dengan penggambaran program majalah Mawi Di Bumi Anbia, dia mula terbuai dek mimpi mengenai arwah bapanya. Sikapnya yang ditunjukkan dalam mimpi itu seolah-olah ada persamaan dengan bapa mentuanya, Rahmat Mohammad.

“Ketika hayatnya, apabila membuat majlis rumah terbuka, kalau boleh semua orang dia nak jemput. Tanpa mengambil kira soal keselamatan dan apa saja kemungkinan, dia sanggup lakukan apa saja, selagi tetamu dilayan. Sekali pandang, kehadiran bapa Ekin umpama galang ganti kepada arwah bapa saya. Mereka sama peramah dan layanan dia terhadap orang macam arwah.

“Emak (Ramlah Sarlan) selalu berpesan kalau mimpikan arwah bapa mahupun arwah kakak, paling afdal kita sedekahkan doa dan al-fatihah. Mimpi saya terhadapnya bagaikan satu mimpi yang lama dan selalu mengambil latar belakang rumah lama keluarga saya (kini dipanggil Teratak Bonda),” katanya.

Menurutnya, arwah bapanya pernah bertemu Ekin beberapa kali tetapi ketika itu mereka hanya berbual kosong.

Kali pertama sewaktu makan malam dengan pekerja Mawi World di Jalan Klang Lama, manakala pertemuan kali kedua, seminggu selepas itu apabila mereka bersua lagi ketika kami bermain boling.

Kata Mawi, selepas kembali ke rumah selepas makan malam itu, arwah pernah berkata, wajah Ekin macam gadis Arab.

“Tetapi ketika itu kami masih berkawan dan sayang sekali arwah tak sempat melihat proses hubungan cinta kami berputik lebih serius dan seterusnya hingga ke jenjang pelamin.

“Apa yang jelas daripada mula lagi, arwah memang sudah berkenan dengan isteri saya,” kata Mawi yang secara rasmi akan mula kerja pada 1 Februari depan.

Sementara itu, Ekin memberitahu dia turut hadir ke pengebumian jenazah bapa Mawi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Ermmm...apa2 pun Mawi...semoga bahagia dan berkekalan keakhir hayat.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2008 11:38 AM | Show all posts
mawi ngn ikin sgt jujur sekarang.....semua diorang citer....
walaupun statement makan diri...

[ Last edited by  mendonan at 29-12-2008 11:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 12:37 PM | Show all posts
Nampak beno penipunya dua orang nih,jgn anak ngikut perangai mak dia udah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 02:59 PM | Show all posts
I am right not to like mawi anymore. Sangat lah penipunya mawi ni. Betullah kata ina, bahwa diana raffar bukan penyebab putus tunang tapi ikin lah orgnya. dan patutlah wartawan katakan kikis, sekarang ikin dah menang!!!

Masa kebumi pak atan, kikis ke bangkok katanya ye:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 03:52 PM | Show all posts
tak sesia aku tak ngundi & tak beli apa2 atas nama ko lagi mawi....very the lahabau...:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2008 05:46 PM | Show all posts
Yg ni dari HM...... ...

Mawi, Ekin di pusara bapa
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my


SUDAH 10 hari mereka bergelar suami isteri dan sepanjang tempoh itu, penyanyi popular Asmawi Ani (Mawi), 27, dan isterinya, Nora'Asikin Rahmat (Ekin), 29, belum sempat menikmati bulan madu seperti pasangan baru berkahwin yang lain kerana setiap hari jadual mereka dipenuhi dengan pelbagai undangan.

Malah, hasrat membawa isteri tercinta menziarahi pusara arwah bapa, Ani Ahmad atau dikenali sebagai Pak Atan, juga terbantut gara-gara kesibukan.

Justeru, suasana petang yang cukup indah pada 26 Disember lalu iaitu dua hari sebelum majlis persandingan sebelah pihaknya diadakan di Felda Taib Andak, Kulai, Johor, Mawi sempat membawa Ekin buat kali pertama menziarahi pusara Pak Atan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Taib Andak kira-kira jam 5.30 petang.

Pada pertemuan itu, Mawi dan Ekin sempat melihat persiapan penduduk Felda Taib Andak yang terbabit dalam menguruskan majlis perkahwinan mereka.

Kata Mawi, alangkah gembira arwah bapanya andai masih hidup dan dapat menyaksikan perkahwinannya. Dalam pertemuan itu Mawi turut membayangkan andai umur arwah bapanya panjang pasti dia menjadi orang paling teruja dan sibuk pada hari bahagianya.

"Kalau arwah masih ada, dialah orang paling sibuk sekali kerana arwah bapa saya akan menjemput kawan-kawan dan semua kenalannya.

"Saya perhatikan arwah begitu bersungguh-sungguh kalau melayan tetamu kerana dia mahu semua orang berpuas hati. Sikap bapa mentua saya juga ada persamaan dengan arwah bapa," katanya.

Mawi turut menjelaskan, sejak pertemuan pertama bapanya dan Ekin sewaktu makan malam bersama kakitangan Mawi World di Klang Lama satu ketika dulu, dia berasakan arwah bapanya berkenan kepada wanita pilihannya itu.

"Saya perasan selepas pulang ke rumah sebaik selesai makan malam itu arwah asyik bertanyakan Ekin sambil memuji wajahnya seperti gadis Arab. Dua minggu selepas itu mereka bersua lagi kerana Ekin diundang untuk turut serta bersama kami bermain boling.

"Waktu itu, sekali lagi dia memperkatakan mengenai Ekin cuma saya tidak terfikir apa-apa kerana kami masih berkawan ketika itu," katanya.



Temu bual petang itu, turut membongkar perasaan dan perubahan kehidupan mereka selama 10 hari bergelar suami isteri.



Akui Mawi, bahagia melayari episod berumah tangga namun, melihatnya sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul sebaiknya.

"Lain maksudnya dari segi tanggungjawab dan sekarang saya sudah tak perlu risau atau berasa apa-apa kalau ke mana-mana bersama Ekin. Maklumlah dulu bukan kita punya!

"Tanggungjawab juga semakin bertambah dan perkahwinan adalah satu dunia yang baru buat saya dan hidup saya lebih teratur.

"Ekin tetap mengambil berat seperti dulu dan sekarang bangun tidur saja, makan minum sudah disediakan, ada orang gosokkan baju. " katanya.

Sementara itu, jelas Ekin sepanjang berhubungan dengan Mawi sehinggalah mereka diijabkabulkan inilah kali pertama dia berpeluang menziarahi pusara Pak Atan. Pun begitu, dia tidak menafikan pernah berbual dengan arwah ayahanda Mawi itu dalam beberapa pertemuan.

"Arwah saya sifatkan seorang yang kelakar. Saya masih ingat lagi sewaktu bermain boling saya mempelawanya makan karipap yang dibawa sebagai bekal pada hari itu. Arwah makan dengan banyaknya...(ketawa).

"Lepas itu dia bertanya saya asal mana? Saya jawab orang Johor. Dia tanya lagi, di Johor tinggal di mana? Saya memberitahu di Jalan Mariamah.

"Yang kelakarnya arwah tersalah dengar dan ingatkan saya anak Tengku Mariamah. Tidak lama selepas itu arwah jatuh sakit sebelum meninggal dunia," katanya.

Bercerita mengenai hubungan mereka sebagai suami isteri, kata Ekin, kasih sayang Mawi terhadapnya makin bertambah kerana dulu ketika bercinta dia tidak begitu menunjukkan keprihatinannya.

"Dulu bukan Mawi tidak ambil berat cuma mungkin dia tidak mahu terlalu mengongkong saya. Tetapi sekarang, nampaklah dia lebih 'caring' dan sentiasa berpesan kepada saya kalau keluar itu bawa kereta elok-elok.

"Mawi juga bagi sebenarnya seorang yang ringkas. Soal makan dia tidak cerewet. Makanan kegemarannya nasi ayam Bukit Bintang.

"Sejak masuk ke rumah kami di Bangi, saya sempat masakan asam pedas untuknya. Mawi suka telur masak kicap dan sambal, paling dia suka sekali sambal sardin," katanya.

Selepas bercuti panjang lebih sebulan, Mawi akan kembali bertugas pada 1 Februari 2009. Buat permulaan, Mawi akan memberi tumpuan pada perusahaan butik Busana Muslim yang akan dikendalikan Ekin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2008 10:13 PM | Show all posts
"Yang kelakarnya arwah tersalah dengar dan ingatkan saya anak Tengku Mariamah. Tidak lama selepas itu arwah jatuh sakit sebelum meninggal dunia," katanya.


patutlah tak mau kat ina..dapat anak tengku ropanya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 07:52 AM | Show all posts
Originally posted by mendonan at 29-12-2008 11:38 AM
mawi ngn ikin sgt jujur sekarang.....semua diorang citer....
walaupun statement makan diri...


azam tahun baru tu
dah tak mo menipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 07:56 AM | Show all posts
Originally posted by bee_fine at 29-12-2008 11:32 AM
Akui Mawi, mimpinya itu hadir dengan pelbagai cara dan mungkin itu sebagai tanda bahawa arwah bapanya bagaikan merestui perkahwinannya dengan Ekin. Ketika penyanyi berusia 27 tahun ini terbabit dengan penggambaran program majalah Mawi Di Bumi Anbia, dia mula terbuai dek mimpi mengenai arwah bapanya. Sikapnya yang ditunjukkan dalam mimpi itu seolah-olah ada persamaan dengan bapa mentuanya, Rahmat Mohammad.


mawi pernah susah hati sbb mimpikan arwah marah-marah kat dia
agaknya lepas tu... mimpi bertukar plot pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 07:57 AM | Show all posts
Originally posted by litra at 29-12-2008 12:37 PM
Nampak beno penipunya dua orang nih,jgn anak ngikut perangai mak dia udah.


yg ni kan dah lama terbongkar?
<korang lupa ek?>
masa ustzh shidah sebut yg .. pertama kali jumpa ikin masa pengkebumian arwah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 07:59 AM | Show all posts
Originally posted by sribayu at 29-12-2008 02:59 PM
I am right not to like mawi anymore. Sangat lah penipunya mawi ni. Betullah kata ina, bahwa diana raffar bukan penyebab putus tunang tapi ikin lah orgnya. dan patutlah wartawan katakan kikis, sek ...


yg ni ikin n aien yg buat kenyataan kan?
tapi ramai lah yg bersubahat
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by bee_fine at 29-12-2008 05:46 PM
Mawi turut menjelaskan, sejak pertemuan pertama bapanya dan Ekin sewaktu makan malam bersama kakitangan Mawi World di Klang Lama satu ketika dulu, dia berasakan arwah bapanya berkenan kepada wanita pilihannya itu.

"Saya perasan selepas pulang ke rumah sebaik selesai makan malam itu arwah asyik bertanyakan Ekin sambil memuji wajahnya seperti gadis Arab. Dua minggu selepas itu mereka bersua lagi kerana Ekin diundang untuk turut serta bersama kami bermain boling.

"Waktu itu, sekali lagi dia memperkatakan mengenai Ekin cuma saya tidak terfikir apa-apa kerana kami masih berkawan ketika itu," katanya.




mekasih bee

anggapan mawi nih...
betul ke apa yg arwah rasa
kemungkinan betul tu ada... awalnya kan famili mawi restui
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:03 AM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 29-12-2008 10:13 PM
"Yang kelakarnya arwah tersalah dengar dan ingatkan saya anak Tengku Mariamah. Tidak lama selepas itu arwah jatuh sakit sebelum meninggal dunia," katanya.


patutlah tak mau kat ina..dapat an ...



rupa-rupanya anak ... jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:04 AM | Show all posts
apasal... bila habis bace semua artikel..  aku rasa masih ada unsur2 kelentong ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 08:06 AM | Show all posts
pi ziarah kuboq bapak mentua pakai suar jin cawat pendek. sopan sungguh kan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 01:34 PM | Show all posts
Ikin tu bodoh tahap gaban.(mesti ada yg marah nih) Agaknya fesyen terbaru untuk ke kubur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by icelemontea at 30-12-2008 08:06 AM
pi ziarah kuboq bapak mentua pakai suar jin cawat pendek. sopan sungguh kan.


ok ler tu ..tutup lurah dendam tunjuk lurah jamban..
bukan ada sapa  dok belakang masa dia tengah menonggeng tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 04:55 PM | Show all posts

Reply #15 icelemontea's post

ajaran mak pak nya lah

yg mata melilau tangan sibuk dok melambai tu pun agaknya sbb tunjuk ajar mak pak
<aku terpaksa kaitkan jugak org tua kikin nih >
dah nama raja sehari... dok lah diam diam
tak pernah tengok ke raja duduk dlm majlis majlis

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 04:56 PM | Show all posts

Reply #16 litra's post

somi terchenta pun elok je tak tego

aku speku.. dorang pergi kubur atas permintaan reputz
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 06:27 PM | Show all posts
seperti gadis arab?



"Saya perasan selepas pulang ke rumah sebaik selesai makan malam ituarwah asyik bertanyakan Ekin sambil memuji wajahnya seperti gadis Arab.Dua minggu selepas itu mereka bersua lagi kerana Ekin diundang untukturut serta bersama kami bermain boling.


tang mana arabnya ek? aku tengok pesek jer idong ekin ni, mata besar akibat mekap jer
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.070386 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list