CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 60611|Reply: 56

Tips Penjagaan Kereta Dan Mebeli Kereta (Terpakai)

[Copy link]
Post time 24-12-2008 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Salam all....
Harap diampun n maap yer atuk atuk MOD kalau thread ni dah ada



Jalan-jalan cari keretaMencari sesebuah kereta ni lebih kurang mencari calun isteri jugak kan, bukannya mudah. Apatah lagi kalau nak cari kereta second hand, macam cari mak janda la jugak kan. Kalau kereta baru tak de masalah sebab semuanya dari manufacturer, masih ada bau plastic lagi. Tapi kalau manufacturer tu Proton tak perlu lah check sangat, ada masalah punya. Paling-paling koman pun problem power window. Aku bukan tak patriotic tapi apa kejadah nak perabih duit atas nama patriotic..
Accident free
Kalau tengok dalam magazine musti ada tulis 100% accident free punya, tapi benarkah 100% accident free? Personally aku mungkin boleh terima kalau kereta tu digunakan di luar KL yang tak sibuk, pekan-pekan kecil umpamanya. Kalau kereta di KL paling-paling koman pun mesti ada straches, bumper kemek atau side mirror patah kena langgar di mat rempit.

Biasanya kereta kalau dah accident mesti masuk workshop punya, lepas tu repair, dan repaint. Memang mata kasar tak nampak dah defect tu. Paling kurang ajar kalau kereta tu kereta sambung, tapi hari ni sure tak lepas punya sebab sebarang transaction mesti melalui inspection di Puspakom, nampak kesan sambung tak pass punya lah melainkan hulur bawah meja. Beberapa tahun dulu kawan aku beli kereta second hand Honda Accord lampu berlian, siap dengan surat puspakom. Pakai 2-3 tahun JPJ tahan kereta dia dan bawak gi Puspakom, last-last kereta dia kena tahan sebab ada kesan sambung body.. tak ke sakit hati. Sampai hari ni case dia belum settle lagi.
Lady driver.. low mileage .. well kept
Haha.. lady driver? So what? Memang la bila lady driver ni kereta tu tak lasak, tapi biasa ke that lady tu check minyak hitam, check air battery, kenal ke dia bunyik engine kasar, timing belt tak tahu bila nak tukar etc.. personally aku tak akan terpengaruh dengan iklan macam ni. Lawak je lebih. Sama lah dengan low mileage pun dia orang boleh auta jugak, reset balik kemudian pilih nombor kecik apa susah. Well kept.. lain lah kalau kita kenal owner nampak dia park kereta dalam garage.. aku tengok kat used car pun siang malam bawah panas hujan.
Flood damage
Kalau banjir besar macam kat Johor 2 taun lepas, dan banjir-banjir semula jadi di KL tu berjaga-jaga lah takut-takut tersalah pilih dapat kereta yang dah tenggelam banjir. Memang susah nak check tapi kalau boleh bukak lah dashboard ka, bonet ka kalau-kalau ada kesan karat yang teruk, paling serius kalau karat kat electronic compartments macam computer box. Rasanya dealer tak kuasa nak layan permintaan kita nak bukak sampai gitu sekali.. koman-koman pun selak carpet tengok banyak tak air masuk ke dalam kereta ..
Service Records
Check samaada owner tu betul-betul maintain kereta tu, atau jenis macam lady driver tadi. Things to check is:
  • Minyak engine (lubricant oil) dan oil filter
  • Spark plug
  • Timing belt
  • Air cond
  • Minyak gear
Kalau orang yang betul-betul jaga kereta, dia akan ada service record ni.
Checklist
1- Suspension.. tekan kuat-kuat kereta dengar ada bunyi mengarut tak.. test drive bawak jenjalan kat bump.
2- Tires .. takut terkena tire korek punya. Lain lah kalau sukahati nak tukar baru.
3- Check the accessories, audio, air conditioner, alarm, headlights, signal and brake lights. CD player, CD changer biar betul-betul good working condition, bawak la CD ka, casette ka.. speedometer, petrol lid dan semua sekali kat meter box tu. Reverse camera, reverse sensor.
4- Engine.. dengar baik-baik ada bunyi kasar ka, bunyi piston bergesek ke.. kalau kasar tu baik cari lain lah. Kalau engine Vtec, especially Honda pastikan test kasi Vtec tu ‘terbuka’.. kalau vtec ada problem, sakit bang.. sakit. Sama jugak dengan engine turbo, kasi dengar relief valve tu berbunyi.. memang cerewet lah.
5- Doors - buka dan katup pintu berulang kali dengar solid ke tak, kalau solid tu mudah-mudahan tak sakit lah kereta tu.
6- Tukar gearbox mahal bang, check betul-betul.
7- Brakes- brake pad, kemudian check ada bunyi mengarut tak. Kalau test drive, buat emergency brake sekali. Buat jer, kan kita nak beli kereta tu.
8- Steering structure- Ambik selekoh tajam, check ada bunyik drive shaft ka, lower arm, upper arm, CV joint ka.. apa-apa lah.. kereta second hand memang banyak penyakit ni.
9- Power window - test semuaa sekali, kalau rasa nak hantar kedai selepas beli, ikut suka hati lah.
10- Interior - check roof, kalau gelap tu mesti owner dulu tu smoker punya lah. Seat boleh adjustable tak.., check ada kesan air hujan masuk tak.. ada panel ka, arm rest ka, coin compartment ka.. kasi bukak tutup semua.. mana tau ada yang dah patah ka.. dealer tak de masa nak cakap itu losak ini losak maaa.. jangan harap.
Itu antara check list yang biasa aku buat, tips dari kawan-kawan dan pomen kereta. Namun semuanya bergantung kepada nasib jugak lah kan. Nampak kereta lawa, baru cat, test drive OK .. bawak balik rumah tup-tup water pump rosak.. atau timing belt putus.. tak ke sakit hati..
Kalau hati dah berkenan, sila tanya ada warranty ke tak. Mana-mana part yang rosak tu mintak dia ganti terlebih dulu, biasanya dia orang ni layan jugak. Bergantung lah kalau yang jual as it is.. haram nak layan.
Satu case, aku ada called dealer ni.. tanya price sebuah kereta recond ni, dia cakap RM169K.. kemudian aku suruh member aku yang boleh berbahasa Cina entah lah Hokian ka apa.. tup-tup price jadi RM160K… 9K sudah less!! … hahaha tak pelik pun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2008 11:25 AM | Show all posts
Pemeriksaan Kereta

  • Tayar - periksa keadaan tayar, jangan hanya periksa pada kehenseman tayar sahaja tetapi periksa tahap kesihatan nya sekali. Periksa trek bunga pada tayar, angin dalam tayar, kedudukan tayar (ini bergantung kepada balancing dan alignment) dan lain-lain.Minyak Enjin - periksa minyak enjin kenderaan kau. Elak daripada kekeringan atau kelikatan yang melegamkan. Kalau dah hitam legam tu maknanya memang layaklah kena tukar minyak (servis), tak paham-paham ke? (huhu). Perkara ini paling kurang perhatian kadang-kadang aku lihat ada kenderaan di jalanraya sampai keluar asap putih! Sistem Brek - ini juga antara yang penting! Ibarat orang yang pandai panjat pokok tapi tak tahu turun (huhu). Bukan main kenderaan nak bawa laju je tapi sistem brek tak terjamin kebaikannya. Periksa cakera brek, periksa pad brek dan sistem hidraulik brek sekali. Dapatkan cengkaman yang maksimum (bergantung kepada kesihatan tayar juga). Stering Berkuasa (Power Steering) - periksa keseluruhan sistem kuasa stering dan minyaknya. Pastikan tiada kebocoran pada sistem kuasanya dan motornya. Ini perlu demi mendapatkan keselesaan ketika memandu. jangan sampai kau tak boleh pusing stering lak (huhu). Sistem Transmisi - periksa sistem transmisi dan miinyaknya. Kena periksa juga tak kiralah transmisi automatik atau manual. Ingat! Ia boleh mendatangkan musibah juga apabila transmisi tidak berfungsi dengan sempurna. Bateri - periksa air bateri dan sambungan kabel bateri seperti sambungan ke alternator, lampu dan lain-lain termasuk sistem audio kau (nak dengar lagu raya la katakan eheh). Nampak macam perkara kecil kan? Tapi kau perlu ingat, malang tak berbau. Perkara kecil macam inilah sepatutnya perlu di ambil berat juga supaya ianya tak melarat menjadi perkara besar dan menjengkelkan. Penapis Angin & Minyak - perlu juga untuk mencapai kelancaran pemanduan. Dapat menjimatkan minyak juga. Penyejuk Udara (Aircond) - periksa kandungan gas, koil (coil) dan sistem penyalurannya. Ini memastikan keselesaan ketika memandu. Maklumlah beraya kesana sini kena pulak pada waktu tengahari dengan kehenseman dan ke’cun’an berbaju kurung, sesilap pekung bau dalam kenderaan (huhu). Radiator - periksa kandungan air dan cuci (flush) dari kekotoran. Memastikan kenderaan kau sentiasa dalam keadaan baik dalam perjalanan jauh. Ya lah kadang-kadang kita tak tahu tetiba kenderaan boleh terlebih panas (overheat).
  • Palam Pencucuh (plug) - perlu diperiksa untuk mencapai keselesaan perjalanan dan persembahan kenderaan kau dijalanraya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 11:31 AM | Show all posts
Cara Mengatasi Enjin Tidak Berfungsi




Enjin adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada ketikanya jika tidak bernasib baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah start.Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan gejala, sebab dan pembaikan yang boleh dilakukan.

Jika ada masalah dengan sistem pemula (starter), kita perlu belajar cara menghidupkan enjin apabila bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

1. Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan (untuk kereta manual). Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah bergerak cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Prosedur kedua-dua cara itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.

2. Cara kedua ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.

3. Satu lagi masalah yang mungkin dihadapi ialah motor starter berfungsi tetapi enjin tidak dapat dihidupkan. Ketika suis kontak starter diputar, motor starter berfungsi tetapi gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Pelan bersiar-siar ditangguhkan sehingga masalah diatasi. Kini mereka meneruskan misi untuk mengesan masalah yang terjadi. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.
Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.
Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.
Apabila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karpekpekor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan. Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar distart kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.
Enjin yang karpekpekor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karpekpekor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi. Selamat mencuba...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 11:36 AM | Show all posts

Balas #1 Joe_Shaper\ catat

waaa.  best laa benang ni. patut dpt kacang mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 11:39 AM | Show all posts
tgh sodap2 baco raso ngantuk plak..nantila sambung ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 11:41 AM | Show all posts
Makna Nombor Pada Tayar

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikiu berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/jV-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Jadi cek huruf pada tayar anda dan pandu setakat yang termampu... selamat memandu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2008 11:44 AM | Show all posts
Penjagaan Penapis Minyak

[size=85%]Menyelenggarakan kenderaan tidak hanya dengan terus menghantar kenderaan ke bengkel sahaja. Pemilik perlu juga mengetahui beberapa panduan untuk mengelak masaalah lain timbul terhadap kenderaan. Panduan ini memberikan beberapa pendedahan kepada pemilik kenderaan dalam memilih jenis dan kualiti penapis minyak yang sesuai ketika menukar minyak injin.
[size=85%]
Penapis berfungsi menjaga kualiti minyak supaya sentiasa bersih dan ditapis menerusi bahagian didalamnya. Alat berkenaan yang tidak diganti dalam jangka waktu lama boleh mengakibatkan kerosakan injin dan menyebabkan masaalah sistem kerja komponen injin.
Sebelum berhadapan dengan masaalah yang lebih buruk terhadap kenderaan, pemilik kenderaan disarankan menggantikan penapis minyak setiap 10,000km. Bagaimanapun sebelum menggantikannya anda perlu memerhati beberapa perkara berikut:

Gunakan penapis minyak yang asli. Jangan gunakan penapis minyak tiruan kerana dikhuatiri bahagian dalaman mengandungu benda yang boleh merosakkan kompenen penapis. Selain itu penapis tiruan atau jenama murah menggunakan kertas bermutu rendah yang tidak tahan lama untuk menapis kotoran.

Sebelum memasang penapis minyak, pastikan semua bahagian dalamnya sentiasa bersih dari kotoran terutama permukaan penapis. Perhatikan bahagian atas penapis minyak yang terdapat kertas pelindung. Pastikan bahagian itu sudah dibuka ketika penapis hendak dipasang. Kemudian setelah injin dihidupkan, perhatikan adakah berlaku kebocoran minyak injin disekitar penapis minyak atau tidak.
Ketika menggantikan penapis minyak biasanya ia diimbangi dengan minyak yang lebih dari biasa. Perhatikan kereta anda. Jika setiap 1,000km, kereta anda perlu menambag minyak injin, ia mungkin menandakan ada sesuatu yang tidak normal pada injin.

Contohnya gegelang piston yang telah haus. Gunakan alat ujian tekanan untuk mengesan kerosakan berkenaan. Berdasarkan maklumat itu, pemilik kenderaan wajar mengambil langkah perlu dan memerhati jenis penapis standard yang dipasang untuk mengelakkan kenderaan dipasang dengan penapis yang rendah mutunya.

Kepada mereka yang terlalu ingin menjaga enjin kereta disarankan untuk menukar penapis setiap kali menukar minyak enjin iaitu setiap 5000 km. Kepada pemilik kereta baru digalakkan tidak menggunakan minyak enjin yang perlu di tukar setiap 10 000 km. Hal ini bagi mengurangkan mendapan karbon didalam enjin. Selamat menjaga enjin kereta... turbo forever....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 11:48 AM | Show all posts
Amalan Asas Penjagaan Kereta
MEMANG terbukti kereta yang terjaga mendapat nilai yang lebih baik
apabila anda ingin menjual atau menukar ganti (trade-in) kereta itu.
Berikut antara amalan penjagaan asas yang boleh anda lakukan.
- Elak pengubahsuaian yang terlampau. Kereta yang diubah suai dengan
ekzos besar, pemecah angin (spoiler) atau kit badan (bodykit) yang
ekstrim atau air brush yang terlalu menonjol menimbulkan perasaan
kurang selesa kepada bakal pembeli.
Orang ramai biasanya meminati kereta yang berada dalam keadaan asal.
Penjual kereta terpakai juga tidak mengambil kira nilai aksesori
tambahan dan mungkin ada yang memberi harga lebih rendah kerana mereka
terpaksa memulihkan kereta berkenaan kepada keadaan asal.
- Elak daripada membawa muatan besar dan berat kerana ini boleh
merosakkan bahagian dalaman dan juga sistem penyerap hentak kereta.
Membawa muatan berlebihan di dalam kereta penumpang juga satu kesalahan trafik.
- Jangan cuba membuat kerja membaiki kereta anda sendiri. Kerja
teknikal yang rumit elok diserahkan kepada mekanik. Kerja yang kurang
kemas atau tidak betul menjatuhkan nilai kereta anda. Lainlah jika anda
seorang mekanik bertauliah.
- Jika anda terpaksa meletakkan kereta di tempat terbuka dan panas
pastikan anda meletakkan penghadang cahaya pada cermin hadapan kereta.
Ini mengurangkan tahap haba dalam kereta. Suhu terlampau menyebabkan
keretakan pada bahagian papan pemuka serta komponen plastik di ruang
dalaman kereta.
Amalan penjagaan yang mudah ini membolehkan anda mendapat nilai terbaik
untuk kereta anda. Bukan itu saja ia memastikan kereta anda selesa dan
terjaga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2008 11:57 AM | Show all posts
Cara Menjaga Bateri Kereta

1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.

2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.
Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.

3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.

4.  Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.
Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 11:58 AM | Show all posts
Cara menghidupkan kereta apabila bateri lemah

Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau memenuhi temu janji.
Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walau pun kunci sudah diputar ke arah ‘start’.    Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual.  Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.
Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin.   Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.

2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama. Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.  Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan.   Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak  akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karpekpekor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karpekpekor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karpekpekor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi.  Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karpekpekor tetap melimpah. Dalam hal ini, bawalah ke mekanik anda untuk dibaiki


[ Last edited by  Joe_Shaper at 24-12-2008 12:02 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:04 PM | Show all posts
Cara Menyimpan Kereta Dalam Jangkamasa Lama

Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan,tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi.Malah bagi mereka yang sering berurusan diluar negara,pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan. Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama samaada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan situasi demikian letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin.

Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan. Langkah pertama ialah dengan mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.

Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, Ia bertujuan mengatasi masaalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak injin dan penapisnya.

Titiskan minyak injin baru keselinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masaalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia mambantu anda untuk mengatasi masaalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:10 PM | Show all posts

Kit Kecemasan Kereta

Setiap pemilik kereta sepatutnya menpunyai satu kit kecemasan di dalam kereta mereka tidak kira samda perjalanan dekat atau jauh. Kit kecemasan ini amat berguna di waktu kemalangan atau kerosakan kereta berlaku.

Apakah yang perlu ada di dalam kit kecemasan? Bayangkan … anda dalam perjalanan melalui sebuah lebuhraya yang anda tidak biasa dan kereta anda rosak di tengah-tengah jalan. Apakah yang anda perlukan?

Bekalan air minuman (sekurang-kurangnya 1 liter)
Kit rawatan kecemasan dan buku panduan
Pemadam api
Lampu suluh (Serta bekalan bateri)
Alatan kecemasan kereta - kabel pelompat, pemutar skrew, playar, gunting dan lain-lain.
Kun tiga segi yang berkilau
Bahan pendingin enjin
Payung
Kertas tisu
Pelekat
Mancis
Kompas
Peta
Sepasang selipar
Kain selimut
Bekas kosong (sebagai bekas petrol sekiranya anda kehabisan petrol)


Seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, kit kecemasan ini amat berguna di waktu kecemasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:12 PM | Show all posts
Lindungi Kereta Daripada Pemanasan Lebih Enjin

Perkara terakhir yang anda ingin melihat ketika memandu ialah pengelip amaran kereta mengelip-gelip atau kepulan stim keluar dari dalam bud kereta. Pemanasan lebih enjin sering berlaku terutama sekali di dalam kesesakan lalulintas yang boleh menyebabkan kerosakkan enjin yang teruk.

Pemanasan lebih enjin terjadi akibat ketidakupayaan sistem pendingin untuk menyerap, memindah dan menghilangkan haba. Ini disebabkan oleh aras bahan pendingin enjin yang rendah, kebocoran bahan pendingin enjin di dalam atau di luar, kerosakkan tolok suhu air, radiator tersumbat, kipas pendingin tidak berfungsi, tali sawat pemacu pam air gagal berfungsi ataupun pam air yang longgar ataupun kerosakkan tukup radiator.

Menggunakan penghawa dingin kereta di tahap maksima ketika terperangkap di dalam kesesakan lalulintas dalam musim panas juga boleh menyebabkan pemanasan lebih enjin

Untuk mengelakkan pemansan lebih enjin, periksalah aras bahan pendingin enjin selalu. Sebaiknya ia berada sekurang-kurangnya di tanda minima di dalam tangki simpanan. Tambahkan cecair bahan pendingin enjin hingga mencecah tanda maksima jika ia kurang. Jangan sekali-kali membuka tukup radiator dan tukup tangki simpanan ketika enjin masih panas. Jika anda mendapati terdapat kebocoran bahan pendingin enjin, baikilah ia secepat mungkin kerana ia boleh menyebabkan enjin terlebih panas.

Di samping itu, jika anda mendapati tokok suhu enjin meningkat lebih tinggi dari selalu, periksalah enjin kereta dengan cepat. Pastikan radiator tidak dihalang oleh kotoran atau sampah. Jika bahan pendingin enjin tidak mencukupi atau sistem berkarat, kemungkinan besar radiator akan telah tersumbat di dalam.

Kipas pendingin juga perlu diperiksa selalu. Pastikan kipas tersebut berfungsi dengan baik apabila enjin menjadi panas dan penghawa dingin digunakan. Jika tidak, motor kipas mungkin telah rosak dan perlu diganti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:14 PM | Show all posts
Mula Lompat Bateri Yang Ternyahcas

Setiap pemandu pasti akan mengalami situasi di mana mereka perlu memula lompat enjin kereta yang mati di pertengahan perjalanan. Proses memula lompat memerlukan kereta kedua yang mempunyai bateri yang baik sebagai bateri penggalak serta sepasang kabel pelompat yang elok.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memula lompat bateri ternyahcas:

1.Letakkan kereta kedua rapat dengan kereta anda supaya kabel pelompat boleh dilekatkan kepada bateri di kedua-dua kereta. Walaupun bagaimanapun, pastikan kedua kereta tidak bersentuhan.

2.Pastikan semua suis seperti lampu, radio, pengelip, pengelap kedua-dua kereta telah dipadamkan.

3.Buka penggalak dan lekatkan kabel pelompat bewarna merah kepada terminal positif bateri bertanda "+". Kemudian lekatkan kabel pelompat merah yang lagi satu kepada terminal positif bateri ternyahcas.

4.Pastikan penggalak kabel pelompat tidak bersentuh antara satu sama lain semasa enjin kedua-dua kereta dihidupkan.

5.Buka penggalak kabel pelompat berwarna hitam dan lekatkan kepada terminal negatif bateri, bertanda "-" di bateri penggalak.

6.Lekatkan hujung kabel penggalak negatif kepada bateri penggalak atau pengecas bateri yang ternyahcas. Pastikan kabel penggalak negatif jauh dari bateri. Jangan sambungkan kabel penggalak negatif kepada terminal negatif bateri yang ternyahcas.

7.Hidupkan enjin kereta mempunyai batteri penggalak selama beberapa minit sebelum cuba menghidupkan enjin kereta bateri ternyahcas.

8.Hidupkan enjin kereta ternyahcas dan tanggalkan semua kabel dengan berhati-hati. Putuskan sambungan kabel secara terbalik, iaitu kabel negatif dahulu diikuti dengan kabel positif.

9.Biarkan enjin kereta yang baru digalak hidup selama beberapa minit sebelum anda menyambung semula perjalanan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:20 PM | Show all posts
Asas
Cuci Kereta

Sebelum kita mempelajari cara membaiki komponen kenderaan. perkara pertama yang diajar adalah asas penjagaan kenderaan, iaitu bagaimana mencuci kereta anda, ya saya rasa semua orang tahu bagaimana mencuci kereta anda, tapi tahukan anda adakah langkah yang anda lakukan betul atau tidak, Ramai orang tak tahu mencuci kereta ada caranya. yang mana dahulu yang mana kemudian dan yang utama sekali jangka hayat cat kereta anda.

Walaupun ditempat kedai cuci kereta pun para pekerja yang mencuci kereta menggunakan teknik yang salah dan masih ramai yang tidak sedar akan akibatnya nanti.

Baiklah, biarkan saya cerita sedikit mengenai punca masalah ini.

Pertama : Tahukah anda kereta kita akan membawa kekotoran pasir halus yang melekat.
Kedua : Tahukah anda kereta kita mungkin terkena najis haiwan seperti burung, kelawar.
Ketiga : Tahukah anda Kereta kita mungkin terkena getah daun pokok apabila kita parking.

ketiga-tiga elemen ini akan mengakibatkan hakisan pada cat kereta anda.

Langkah pertama: Apabila kereta kita kotor , kekotoran yang melekat pada badan kereta kita membawa pasir yang halus. Apa terjadi bila pasir tadi kita gosok, ya ini akan menyebabkan cat terhakis atau calar jika tidak menggunakan teknik betul semasa mencuci kereta anda.

Mula-mula basahkan kereta anda dari atas dahulu dan perlahan-lahan basahkan hingga kebawah, ini untuk memberi laluan kepada kotoran dan pasir jatuh kebawah, dan bukannya dari bawah keatas, pastikan semua bahagian badan kereta kita benar-benar basah, Biarkan ia basah dulu beberapa minit, jangan terus digosok dengan kain cuci sebab tanah yang melekat pada badan kereta belum betul-betul basah.
kemudian bolehlah dilap dengan kain cuci atau sponge. mulakan dari atas bumbung dahulu kemudian turun kebawah tujuannya untuk memberi laluan kepada kekotoran dari atas turun kebawah dan untuk mengelakkan bahagian yang hendak dicuci nanti tiada pasir masih melekat ( ingat jangan mulakan dari bawah ke atas sebab kain cuci atau sponge yang kita guna akan membawa kekotoran dan pasir kebahagian atas ) kemudian seluruh cermin depan belakang dan sisi. dan barulah bahagian pintu bonet dan boot belakang, yang terakhir sekali barulah bahagian bawah pintu bumper depan dan belakang fender dan skirt kalau ada. setiap bahagian yang dicuci pastikan kain atau sponge anda direndam dalam baldi pencuci untuk membuang kotoran dan pasir.

Akhir Sekali barulah dibilas dengan air dimulai dari atas dulu dan perlahan-lahan ke bawah, selesai saja lapkan bahagian badan kereta anda dengan kain kering, Untuk memastikan kereta kita betul-betul dicuci pastikan bahagian sisi pintu , sisi boot belakang anda dicuci, selalunya kekotoran akan melekat pada sisi pintu dan jika dibiarkan ia akan kekal dan menjadi susah untuk dibersihkan. Untuk bahagian rim boleh dicuci menggunakan kain atau sponge manakala tayar pula boleh gunakan berus serabut.

Akhir sekali cantikanlah kenderaan anda dengan bahan pengilat yang boleh didapati dikedai. ingat gunakan bahan yang sesuai saja seperti pengilat dalam kereta untuk dalam kereta saja dan pengilat tayar untuk tayar saja, tidak perlu membazir wang anda untuk membeli jenama yang mahal.

Untuk masalah najis haiwan dan getah daun jika terjumpa pada badan kereta, hendaklah dibersihkan serta merta dengan air dan untuk getah daun pastikan anda gunakan bahan polish jika ada , jika tiada cukuplah sekadar bahan cuci biasa. Najis haiwan dan getah daun merupakan bahan asid yang dapat menghakis cat kereta anda dan akan menyebabkan karat jika dibiarkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:30 PM | Show all posts
Sistem Brek
Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.
Kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah terjadi kereta kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.
Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek (tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.
Kereta Baru
Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.
Cara Penjagaan Sistem Brek.
1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.
Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2008 12:32 PM | Show all posts
Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat
Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.
Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.
Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.
Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:35 PM | Show all posts
Tips2 Penjagaan Kereta
Cara Terbaik Jimatkan Petrol
Pengguna kenderaan bermotor akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar ke tahap paling rendah. Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Cara terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.
Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin terdapat banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin. Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus.

Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut. Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih elok. Ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok.

Tip
  • Apabila di tempat meletak kenderaan terdapat bekas titisan minyak atau tercium bau petrol sebaiknya anda perlu memeriksa sama ada terdapat kebocoran pada tangki atau tidak. Jika kebocoran pada tangki, bawa kereta ke bengkel untuk diperbaiki atau jika berlaku kebocoran pada sambungan paip petrol, anda perlu mengetatkan sambungan menggunakan spana.
  • Apabila penapis udara tersumbat, ia menyebabkan kemasukan udara ke silinder berkurangan sedangkan penggunaan akan melebihi daripada biasa. Oleh itu anda perlu memeriksa elemen penapis udara dan jika ia kotor, anda perlu membersihkannya.
  • Apabila enjin berada dalam keadaan tidak baik atau apabila ekzosnya tersumbat maka penggunaan petrol akan menjadi berlebihan. Oleh itu kenderaan anda perlu dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan. Penggunaan petrol akan berlebihan apabila kenderaan anda sering dimati dan dihidupkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:37 PM | Show all posts
Tips penjagaan gear box

Kali ini saya kongsikan pengetahuan saya mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto.
Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis.Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.Bagi manual, setiap 40,000
atau 50,000 km tukar minyak gear box anda.
Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam
keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta).
Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clutch. In boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clutch supaya berada dalam
keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).

Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar enjin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan
maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan
maksimum ini. Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu
P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang
kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta
kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk
kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gearbox yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras
minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.Setiap kali kita menukar clutch plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clutch plate. akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa
pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut',kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 12:39 PM | Show all posts
Berhati-hati Membeli Kereta Terpakai
Ujian Visual:

Mungkin anda sudahpun menemui kereta yang anda hajati dan membuat keputusan untuk membelinya. Tetapi jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Anda perlu memeriksa kereta itu dengan teliti terlebih dahulu.
Mula-mula perhatikan sebarang kecacatan atau kesan remuk yang mungkin menunjukkan kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada masa-masa lalu. Pastikan samada kereta itu telah dicat semula atau tidak. Untuk mengetahuinya perhatikan dibawah salut getah disekeliling pintu. Cat baru mungkin menyebabkan sebarang kecacatan kereta itu tidak dapat dilihat. Periksa Odometer untuk melihat hitungan batunya. Pastikan ia tidak rosak atau tidak ditukarkan dengan yang baru. Periksa pintu, penutup depan dan belakang samada dapat dibuka dan ditutup dengan baik tanpa sebarang bunyi yang tidak menyenangkan. Lihat sepanjang sisi kereta dari jarak 30 kaki untuk memastikan tayar depan dan tayar belakang selari.
Lihat kebawah kereta untuk menentukan samada terdapat sebarang kebocoran cecair. Bagi kereta yang baik tidak ada sebarang kebocoran pada sebarang masa kecuali akibat pemelowapan penyaman udara yang digunakan ketika hari panas.

Angkat penutup depan (atau belakang) untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat. Keluarkan dipstick dan pastikan minyak juga berkeadaan bersih dan tipis. Bateri juga mesti berkeadaan sempurna dan bersih. Jika tidak anda boleh meminta ejennya menukar kepada yang baru. Kemudian duduk ditempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak 2 inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingnya.
Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Setengah-setengahnya mungkin tidak penting bagi anda tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.

Hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar dibelakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Manakala asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda kedalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu. Ini mungkin disebabkan oleh minyak terbakar.
Hidupkan enjin semula dan periksa minyak didalam transmission automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar

Uji Pandu
Jurujual mungkin cuba menyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti disekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalanraya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta ditempat lain.
Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan lekak-lekok dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu. Pandulah kejalanraya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hinga 35 bsj, tranmission automatinya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.
Perlahankan kereta itu hingga 7bsj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing kekanan atau kekiri.
Tingkatkan kelajuan hingga 15 bsj dan kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Didalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti. Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 4bsj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini sebanyak 4 atau 5 kali untuk menguji transmission. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.
Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
Masih didalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 20bsj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini mempunyai masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah ini akan dibaiki.
Kemudian pandu kereta itu dijalan lekak-lekuk yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegaratau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.
Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 40 bsj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek. Setelah itu balik ke jalanraya biasa, hentikan kereta anda perhatikan kebelakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 55 bsj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan suatu pembaikian dengan perbelanjaan yang mahal.
Sekarang berbalik semula keruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan kebawah kereta samada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik kearah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, samada bunyinya atau kawalannya.

Akhirnya baik juga jika anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu kestesyen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan samada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak. Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055245 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list