CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe_Shaper

Koleksi:Petua,Tips,Panduan,Rahsia dan Teknik

[Copy link]
Post time 23-12-2008 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by Joe_Shaper at 23-12-2008 01:44 PM


ini la yg dikatakan senjata rahsia lelaki
mana leh bagi tauuuuuuuuuu




rehsia la plak....tadi kata koleksi petua dan tips.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2008 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by sweetLove at 23-12-2008 04:01 PM




rehsia la plak....tadi kata koleksi petua dan tips.....


kan nak kene bagi tau sumer lak kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 04:17 PM | Show all posts
Originally posted by Joe_Shaper at 23-12-2008 04:09 PM


kan nak kene bagi tau sumer lak kot




kenalah bagi...kan umah koleksi nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by sweetLove at 23-12-2008 04:17 PM




kenalah bagi...kan umah koleksi nie...



nanti ilang la lak keheroan lelaki ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 05:42 PM | Show all posts
Rahsia Tahi Lalat
Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn
melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat
tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah
diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan
di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar
menambah pengetahuan.

bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak
pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita
biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
betis kanan - suka berhibur, boros
betis ! kiri - rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu
berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar
rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat
menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki
dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beri! steri 2
tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan suka - menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka
pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak
tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin
pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
ubun-ubun - kurang jujur
pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemliaan
pinggang kanan - sayang pada pas! angan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup
dada kanan - dapat mengatasi masalah
dada kiri - berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan

sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana









p/s: mlm ni check la tahi lalat anda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 05:43 PM | Show all posts
Rahsia Warna
Biru menandakan rasa damai, tenang, stabil, penuh harmoni, perpaduan, kepercayaan, kebenaran, keyakinan, sifat konservatif, keselamatan, kebersihan, keadaan teratur, kesetiaan, langit, air, kesejukan, teknologi dan rasa murung. Biru dianggap warna untuk bisnes kerana ia mencerminkan sifat boleh dipercayai.

Hitam mewakili kuasa, seksualiti, keanggunan, sifat rasmi, kecanggihan, kekayaan, misteri, rasa takut, kesedihan, fikiran yang dalam, gaya, kejahatan, penyesalan, kemarahan, kematian dan keadaan berkabung. Ia juga warna teknikal yang baik.

Hijau merupakan salah satu warna yang paling digemari. Ia mewakili alam semulajadi, persekitaran, kesihatan, tuah, masa muda, pembaharuan, semangat, musim bunga, kemurahan hati, kesuburan, rasa cemburu, kurang pengalaman, rasa dengki dan nasib kurang baik.

Jingga adalah campuran kuning dan merah. Jingga dianggap warna hangat tapi lebih sejuk dari merah. Jingga menunjukkan tenaga. Ia mempunyai sifat berkilau, jadi ia sering digunakan untuk menarik perhatian, contohnya di papan tanda keselamatan.

Ungu menandakan warna diraja, kerohanian, martabat yang tinggi, misteri, pertukaran, kearifan, kesedaran, kekejaman, keangkuhan, dan keadaan berkabung. Ungu dianggap warna luar biasa.

Merah merupakan warna paling hangat dan bertenaga di dalam spektrum. Kita mengaitkan merah dengan cinta, Hari Kekasih, bahaya, sifat berahi, kelajuan, kekuatan, keganasan, kemarahan, tanda-tanda kecemasan dan darah.

Putih mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan, rasa rendah diri, sifat ringkas, kemurnian, masa muda, kelahiran, musim sejuk, salji, kebaikan, kemandulan dan perkahwinan.

Kuning mewakili kegembiraan, kebahagiaan, sifat optimis dan idealis, imaginasi, harapan, cahaya matahari, musim panas, emas, falsafah, sifat tidak jujur dan pengecut, rasa cemburu, keinginan, penipuan, penyakit, bahaya, semangat dan ilham.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-12-2008 05:45 PM | Show all posts
Teruna & Dara
Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
  • Bangkit Bersambut
    Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
  • Wajah Suci
    Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
  • Menyegarkan Payudara
    Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.
  • Taman Semerbak Mewangi
    Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
  • Lubang Jarum
    Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
  • Suara Perindu
    Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yg merdu.
  • Mengurut Pangkal Bunting Padi
    Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.
  • Payudara Montok
    Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 05:46 PM | Show all posts
Rahsia Diri Pada Hari Dilahirkan
1 hb.

Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala, pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2 hb.

Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tidak siapa yang mampu mengubahnya

3 hb.

Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.

4 hb.

Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah, tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5 hb.

Awas ! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6 hb.

Kamu disukai ramai kerana personality kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7 hb.

Kamu seorang yang "happy go lucky"dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat !

8 hb.

Kamu seorang yang romantis. Wah! Beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja.

9 hb.

Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain Vouge" memanjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang setaraf juga.

10 hb.

Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir.

11 hb.

Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah, kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terlalu boring bila terlalu mengikut peraturan ???

12 hb.

Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya.

13 hb.

Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14 hb.

Hebat! Bagi kamu, karier / pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu.

15 hb.

Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.

16 hb.

Kamu ini seorang yang moody rupanya.. Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17 hb.

Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18 hb.

Kamu ini sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19 hb.

Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan persahabatan sebelum menjadi serius.

20 hb.

Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia !!!

21 hb.

Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22 hb.

Kamu yang lahir pada tarikh ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa selamat bila berada di sampingnya.

23 hb.

Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampangi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada disamping teman-teman dan si dia . Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24 hb.

Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia

25 hb.

Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki / perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau, kan !!!!!!!!!!!!!!

26 hb.

Kamu harus ubah sikap kamu yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja....

27 hb.

Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!!!!!!!!!Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.

28 hb.

Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.

29 hb.

Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa sahaja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yag kamu miliki.

30 hb.

Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah.

31 hb.

Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2008 05:47 PM | Show all posts
Adab-Adab Bersetubuh Dalam Islam
MERAYU dan BERCUMBU:
Nabi Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan sebelum membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.
Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir.

TELANJANG BULAT:
Apabila diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keledai.
Hadits Riwayat Tabrani.

MENYETUBUHI DUBUR:
Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.
Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'i dari Abu Hurairah.

DOA SEBELUM BERSETUBUH:
"Bismillah. Allaahumma jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa razaqtanaa".
Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari gangguan syaithan serta jauhkan pula syaithan itu dari apa saja yang Engkau rezqikan kepada kami.

Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a. berkata:
Maka sesungguhnya apabila ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang anak dalam persetubuhan itu, tidak akan dirosak oleh syaithan selama-lamanya.
Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.

HAMPIR KELUAR MANI:
Dan apabila air manimu hampir keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu kalimat ini:
"Alhamdulillaahil ladzii khalaqa minal maa'i basyara".
Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia dari pada air.

PUTUS DITENGAH JALAN:
Apabila seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan). -- Hadits Riwayat Ibnu Addi.

MENDATANGI ISTERI MELALUI BELAKANG (ISTERI MENONGGENG):
Dari Jabir b. Abdulah berkata:
Bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata:
Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:

"Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai". Surah Al Baqarah - ayat 223.

Keterangan:
Suami diperbolehkan menyetubuhi isteri dengan apa cara sekalipun (dari belakang, dari kanan, dari kiri dsb asalkan dilubang faraj).

BERSETUBUH MENDAPAT PAHALA:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
".....dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".
Para sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab:
Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa?
Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala. - Hadits Riwayat Muslim.

MENGULANGI PERSETUBUHAN:
Apabila diantara kamu telah mecampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat Baihaqi.

HAID:
Mereka menanyakan kepada engkau tentang perkara Haid.
Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran".
Oleh kerana itu jauhilah diri kamu dengan wanita-wanita yang sedang Haid dan janganlah kamu mendekati (menyetubuhi) mereka, sebelum mereka bersuci*.
Apabila mereka telah bersuci maka bolehlah kamu menyetubuhi mereka ditempat yang diperintahkan Allah kepada kamu.
Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang mensucikan dirinya. - Surah Al Baqarah - ayat 222.

*Jangan mendekati bermaksud dilarang bersetubuh dengan isteri yang sedang kedatangan bulan dan bukanlah dilarang mempergaulinya sehari-hari.

ASALKAN TIDAK BERSETUBUH:
Dari Masruuq b.Ajda'i berkata:
Aku telah bertanya kepada 'Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.
'Aisyah menjawab:
Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).
- Hadits Riwayat Bukhari dalam buku sejarahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 05:49 PM | Show all posts
Pelbagai Petua
[size=100%]Kurangkan Kolestrol
[size=100%]
[size=100%]Masak lauk + bawang belah 4.. bawang merendahkan kadar kolestrol
  • [size=100%]Kurangkan makanan berminyak
[size=100%]
[size=100%]Naikkan berat badan
1 :: makan ayam setiap 2 hari
2 :: makan coklat setiap hari
3 :: makan aiskrim selang sehari...
4 :: minum susu coklat selalu...

Rumahtangga bahagia

    [size=100%]Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar
    berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
    [size=100%]Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. [size=100%]Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri [size=100%]Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. [size=100%]Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. [size=100%]Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. [size=100%]Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. [size=100%]Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. [size=100%]Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). [size=100%]Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. [size=100%]Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. [size=100%]Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. [size=100%]Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga. [size=100%]Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. [size=100%]Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut. [size=100%]Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. [size=100%]Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. [size=100%]Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. [size=100%]Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati
    muda walaupun masing-masing sudah berusia.
    [size=100%]Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. [size=100%]Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan
    tempat percutian.
    [size=100%]Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang
    berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
  • [size=100%]Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
[size=100%]
[size=100%]Melazatkan Air Suam
[size=100%]Ketika anda memasak air, letakkan beberapa helai daun pandan (bergantung kepada isipadu air) ke dalam cerek air yang hendak di masak. Setelah di masak air tersebut akan lebih wangi dan sedap apabila diminum.


[size=100%]Hilangkan bau ketiak
Gosokkan kulit limau ketika mandi .Lama-kelamaan akan hilang.

Wangian kereta

    [size=100%]Daun pandan : Ambil beberapa helai daun pandan segar, letakkan di
    bawah kerusi atau mana2 tpt (yg tidak menyemakkan mata). Bila daun ini sudah kelihatan kering dan tidak mengeluarkan bau lagi, tukarkan kepada daun baru.
  • [size=100%]Sabun Dove : Sabun pembersih muka ini juga boleh dipergunakan sebagai pewangi kereta. Beli sabun ni (yg dlm bentuk sabun buku, bukan tiub) dan letakkan di mana2 bahagian dalam kereta... sebaik2nya di ruang terbuka. Kalau nak kelihatan cantik, letakkan sabun ni dalam net. Baunya lembut dan tahan lama.
[size=100%]
[size=100%]Hilangkan Angin di dalam badan.
Bagi bayi
:letakkan sebiji ladi itam dalam pusat baby tuu .... insya-ALLAH
kembung perut tadi akan beransur pulih .

[size=100%]Bagi dewasa
:: sapu minyak yg berangin dan pastikan anda berada diluar kawasan
..dikhuatiri akan menderma angin pada orang lain ....

Hilangkan Sakit perut disebabkan makanan dan minuman.
Bagi bayi
:: minyak telon, or minyak angin cina (cap yu yee)
Bagi dewasa
:: tuam pakai towel panas ke, sapu apa apa minyak angin

Ubati Asma
1 :: Makan hati unta
2 :: Makan sup sarang burung
3 :: Kurangkan mkn benda2 sejuk (sayur menjalar dan ais krim)

Elakkan sakit mental
1 :: Positive Thinking
2 :: Selalu membaca Al-Quran

Hilangkan lebam
:: Tuamkan dengan air panas . Lama kelamaan bahagian lebam akan menjadi
biru dah akhirnya hilang.

Hilangkan bisul
:: Ambil daun semalu dan tumbukkansehingga lumat kemudian sapukan di
bahagian bisul tersebut.

Cara untuk jaga mata.
:: Setiap kali dengar azan, rendam kepala dlm kolah (kalau ada) dan
tekan kedua ibu jari (tangan) pada kelopak mata.
insyaAllah mata kita terang(kire x rabun @ dpt kurangkan kerabunan) buat
la sampai azan habis

Cara untuk menyejukkan mata.
:: Jika Mata terasa letih melihat komputer........ maka hendak merehatkannya dengan mengambil daun 'Aloe Vera' .....ambil cecairnya dan sapu sedikit pada kedua kelopak mate kemudian pejamkan mate ..... dalam setengah jam.... kemudian cuci kelopak mata . boleh menyejukkan mata.

Cara untuk awet muda .

    [size=100%]Sentiasa riang & senang hati... jgn suka bermuram.... senyum sokmo [size=100%]
    Lupakan apa yg tlh berlaku ( utk elak dr stress)
    [size=100%]Tidur awal & bangun awal akan membuat anda sihat & segar [size=100%]
    Berat badan yg ideal
    [size=100%]
    Sentiasa peka & aktif membuat sel-sel otak menjadi sihat
    [size=100%]
    Sentiasa melakukan apa yg anda suka & jgn berhenti krn ia akan membuat badan anda lemah
    [size=100%]
    Sentiasa mengawal diri sendiri. jgn biarkan org lain mengawal diri
    anda
    [size=100%]
    Terlalu byk pil akan merosakkan badan anda. ambil yg perlu saje
    [size=100%]Bersenam, elak dr merokok dan makanan yg boleh menggemukkan
  • [size=100%]Jgn terlalu risau akan kesihatan dan kematian(mati tetap akan tiba)..
    teruskan hidup dgn gumbira............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 05:52 PM | Show all posts
Memagari Diri Dari Sihir
Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang
anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang adasupaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". (Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslimyang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T.kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'
(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas,baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."
(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."
(Riwayat al Bukhari).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 06:01 PM | Show all posts

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana?  Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:35 AM | Show all posts

Reply #52 Joe_Shaper's post

...............


banyak yang betul....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by sweetLove at 24-12-2008 08:35 AM
...............


banyak yang betul....


abg lagi betul kannnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:39 AM | Show all posts
Originally posted by Joe_Shaper at 24-12-2008 08:37 AM


abg lagi betul kannnnnnnnn



setakat harinih swit tengok masih betul lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by sweetLove at 24-12-2008 08:39 AM



setakat harinih swit tengok masih betul lagi...



jgn la cerita kat cni lak...malu la abg
nanti sumer tau swit tgk abg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2008 08:57 AM | Show all posts

Reply #56 Joe_Shaper's post

resia lelaki camne lak bang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by sweetLove at 24-12-2008 08:57 AM
resia lelaki camne lak bang....


klu ader pun abg tak letak
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by Joe_Shaper at 24-12-2008 09:03 AM


klu ader pun abg tak letak




camtu plak......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 09:14 AM | Show all posts
Rahsia Lelaki

Apakah anda sedia untuk mengetahui apa yang kemaluan anda yang menunjukkan berkenaan diri anda? Walau apa pun yang orang lelaki mendakwa atau bercakap besar, namun kemaluan dialah yang akan menyatakan segalanya! Pada mulanya, mari kita bersetuju bahawa bercakap benar pada masa ini iaitu ianya berkadaan terangsang. Tidak tegak. Tidak tegang. Anda perlu berada di keadaan semulajadi iaitu lemah dan lembik! Sekarang itulah tetap, kita boleh memulakan... KEMALUAN ANDA PANJANG ATAU PENDEK? Anda panjang atau pendek? Anda mesti ikhlas! Gunakan kayu pembaris kalau perlu. Jika kurang daripada 3" bererti pendek, kalau lebih daripada 3" bererti panjang.  Secara amnya, kajian-kajian mencadangkan bahawa panjang rata adalah 3" ke 4" dan lingkungan rata adalah 2.5" ke 4". Menurut kajian di 1989 panjang rata adalah 3.5" dan lingkungan rata adalah 3.37". Tapi menurut Kinsey dalam kajian lebih dahulu panjang rata adalah 4.0" dan lingkungan rata adalah 3.7". Atau orang lelaki sudah menyusut atau statistik moden menjadi lebih realistik!
KALAU PANJANG
bererti anda memang suka menunjuk-nunjuk! Anda mudah belajar cara baru dan berseronok mencuba. Jika anda panjang lagi bererti anda suka menciptakan cara baru! KALAU PENDEK
bererti anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya, tetapi sekali lagi anda memulakannya, anda boleh berupaya. Anda seorang yang bermimpi-mimpian dan romantik, anda boleh mengejutkan semua orang bila anda hilang sabar dan kepada budi. Anda suka mengikut adat.
TEBAL ATAU KURUS? TEBAL
Anda mempunyai daya khayalan yang tinggi dan sungguh mempunyai keazaman dan kekuatan untuk mengkagumkan. Jika lagi tebal di dasar kemaluan bererti anda utamakan kebebasan. KURUS
Anda seorang sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. Kehalusan dan mutu sesuatu yang penting bagi anda. LICIN ATAU BERSIMPUL? LICIN
Anda seorang kekasih yang intuitif! Anda juga sering mengikut perasaan namum pamdai menyesuaikan dengan perubahan dengan senang. Anda pandai menilai keindahan. BERSIMPUL
Anda suka suka membuat sesuatudengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. Anda memikirkan sesuatu dengan logik akal. Satu atau dua bengkul besar menyatakan bahawa anda seorang kekasih yang sering membuat pasangan anda berada dalam kepayahan. HUJUNGNYA RUNCING, TUMPUL ATAU LEBAR? HUJUNG RUNCING
Walau bagaimana pun anda idealistik dan artistik di perhubungan, agak sukar untuk anda bersenang-lenang dan lepaskan kebebasan anda. Jika anda panjang dan kurus juga, anda seorang kekasih yang mementingkan diri sendiri! TUMPUL ATAU SEGI EMPAT
Anda kekasih praktik yang suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan bukannya perkataan. LEBAR ATAU BERBENTUK BAWANG
Kehendak seksual anda begitu kuat! Cergas, luar biasa dan bersifat menawan. BENGKOK ATAU MELENGKUNG? MELENGKUNG KE KANAN
bererti dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pemberi. Anda seorang yang suka bercerita tentang seks diri anda sendiri begitu juga halnya dengan orang lain yang anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga. KEMALUAN MELENGKUNG KE KINI
Dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. Anda lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia. KEMALUAN BENGKOK TEPAT
Anda tajam akal tetapi anda seorang yang gatal. Anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu. Kalau anda mempunyai kemaluan panjang yang melengkung bengkok, bererti anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan dengan nafsu dan cinta. Kalau anda mempunyai kemaluan pendek yang melengkung bengkok, bererti anda kerapkali cemas dengan kemampuan seks anda. Kalau kemaluan anda bengkok di pangkalnya, anda selalu bahawa anda orang luar. Anda berasa bahawa semua orang lain mempunyai hidup senang walau bagaimanapun berusaha untuk berjaya. BULU JARANG ATAU LEBAT? JARANG
Kesukaan seksual anda halus sekali tetapi kehendak seksual anda naik turun. Oleh sebab anda segan, anda perlu banyak keyakinan. LEBAT
Anda begitu bertenaga di bilik tidur. Perlakuan seks anda agak kasar. TAHI LALAT ATAU TANDA YANG LAIN? Tahi lalat dibaca selama abad-abad. Istilah teknikal ialah maculomancy, moleomancy, molesophy dan moleoscopy. Tahi lalat dan tanda lain memainkan peranan di ramalan melalui falomansi. Ahli nujum pada zaman pertengahan memeriksa tubuh badan kliennya untuk tanda istimewa tersebut. Menurut bacaan tubuh badan Cina yang tradisional, tahi lalat yang terletak di kawasan kemaluan menandakan kesuburan dan ramai anak. Banyak tahi lalat menandakan cenderung akan masalah kesihatan. Jangan pernah abaikan sebarang tahi lalat yang berubah rupanya --- boleh menandakan penyakit. Jika sebuah tahi lalat pernah memuncul, berubah bentuknya, berdarah atau menjadi lebih gelap warnanya, tolong merundingkan dengan dokter. TAHI LALAT DI LIPAT PAHA SEBELAH KANAN
Anda boleh menjadi kaya tetapi harus jaga kesihatan anda. TAHI LALAT DI LIPAT PAHA SEBELAH KIRI
Anda harus jaga kesihatan anda, kerana anda sering sahaja sakit. TAHI LALAT DI PUNGGUNG
Anda perlu bercita-cita tinggi. Hidup anda terumbang-ambing. Jangan selalu bergantung kepada bantuan daripada orang lain. TAHI LALAT DI PUTING
Anda tidak tetap hati dan tidak setia pada kekasih.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.154949 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list