CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6798|Reply: 290

Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Dr. Mahathir

[Copy link]
Post time 20-11-2008 11:34 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA 19 Nov. - Tun Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap 'menyerang' bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan.

''Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.

''Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri," katanya ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut Dr. Tun Dr. Mahathir, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.

Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosiol kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosiol yang telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini.

''Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosiol beri keistimewaan tetapi kita tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosiol, kita bagi banyak.

''Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin.

''Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang diberikan kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Tun Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu, banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu banyak hak di negara ini.

''Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza dengan orang Cina dan India," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.

''Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak boleh disamakan dengan kita.

''Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia cukup dengan identiti Amerika," katanya

p/s:- Hehe...Den dah lamo menyerang orang yang mencabar hak keistimewaan orang2 melayu yg telah dipersetujui tu Tun..bukan mereka saja...den sorang gak melayu2 baru yg tak sedor diri tu...den tak peduli siapo dio..

[ Last edited by  Anak_Nogori at 20-11-2008 11:37 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 11:46 AM | Show all posts
1st.....................
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:48 AM | Show all posts
Jadi PM balik la Dr M. Aku suka gak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:53 AM | Show all posts








This message is sent automatically by the forum.


The following posts were rated by AceHand.


QUOTE:
aku akt CI ni takleh komen pasal bangsa lain

nanti kena potong kredit -98

atas sbb2

1 racist
2 Provokatif
3 Personal attack
dll

oleh sipemotong kredit yg ada kuasa

pasal satu topi aku kena potong -98-98 dan -98

so org melayu ni lah dia

kuasa2 pemotong kredit di cari.com

tapi bangsa ku mereka ini

sama macam Israel

1 boleh memngucap
2 boleh sembahyang kat masjid
3 bersunat
4 dan sanggup kahwinkan anak mereka kepada
org Islam semata2 berniat.........( takleh cakap nanti kena potong kredit -98)

mereka berjihad cari lain bukan cara bunuh diri ( tapi cara halus)
merekaberjihad secara cari.com


Date: 17-11-2008 11:43 PM
Board: Isu Semasa ( Current Issues )
Thread: [MERGED] Adun DAP baca ayat al-Quran ulas bajet

Score: Credits -497
Reason: Advertisement / SPAM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:56 AM | Show all posts
salah satu contoh

aku sentiasa

mempertahankan pasal melayu

tapi kredit aku kena potong dari 5000 kini tinggal ...

kuasa siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:07 PM | Show all posts
Ketuanan meLAYU dah terhina ke kat CI ni..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2008 12:12 PM | Show all posts
apakah perlu aku bersimpati .. atau tumpang gelak ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 20-11-2008 10:34 AM
PUTRAJAYA 19 Nov. - Tun Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar oleh pihak tertentu terutama ...

Sekarang  ni    perjuangan   berdasarkan  ketuanan   rakyat ......        hak  melayu   dan  keistimewaan   org  melayu  dah  tak  relavan    lagi  ........
kaum  lain  pun   rakyat   Malaysia   gak   ...  mereka   turut  menyumbangkan   tenaga   dan   wang  pada   negara   ini   ......
ke arah  malaysia   malaysian     .....  hak   sama  rata   .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 12:14 PM | Show all posts
aku amat sejutu

dgn TDM

...satu hari kita akan merempat di negara sendiri

di forum ni jika kita memperkatakan hak kita

kita dituduh racist dan terus kredit dipotong

takpa...

...aku akan teruskan hingga

kredit aku -000

setiap potongan kredit dari sipemotong aku mendapat kepuasan

yang amat sangat

kerana aku berjuang untuk bangsa

tapi sipemotong berjuang utk apa??????

lebeh parah lagi teriris dihati sipemotong jika dia bukan dari kalangan bangsa kita.

setiap kredit aku dipotong bererti sipemotong mengiris setiap bangsa melayu.

kredit aku masih banyak bolehlah sipemotong bangsa ku memotong lagi

dipersilakan.

TDM pernah berkata kita perlu berjuang...

ayuh sipermotong kredit teruskan ego kamu dan terus potong kredit aku

itu sahaja yang ko ada dalam dunia ni -kuasa memotong



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:15 PM | Show all posts
This message is sent automatically by the forum.


The following posts were rated by AceHand.


QUOTE:
aku akt CI ni takleh komen pasal bangsa lain

nanti kena potong kredit -98

atas sbb2

1 racist
2 Provokatif
3 Personal attack
dll

oleh sipemotong kredit yg ada kuasa

pasal satu topi aku kena potong -98-98 dan -98

so org melayu ni lah dia

kuasa2 pemotong kredit di cari.com

tapi bangsa ku mereka ini

sama macam Israel

1 boleh memngucap
2 boleh sembahyang kat masjid
3 bersunat
4 dan sanggup kahwinkan anak mereka kepada
org Islam semata2 berniat.........( takleh cakap nanti kena potong kredit -98)

mereka berjihad cari lain bukan cara bunuh diri ( tapi cara halus)
merekaberjihad secara cari.com


Date: 17-11-2008 11:43 PM
Board: Isu Semasa ( Current Issues )
Thread: [MERGED] Adun DAP baca ayat al-Quran ulas bajet

Score: Credits -497
Reason: Advertisement / SPAM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:15 PM | Show all posts

Reply #1 Anak_Nogori's post

si tua ni nak perjuangkan ketuanan mamak ke ataupon ketuanan anak-branak/kroni?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:16 PM | Show all posts
what a hypocrite....

when he was PM ..he was touting what exactly Najib and Badawi is saying now... the abolishing of NEP and a non malay can be a PM one day

now that he is not running for election ...he does a U-turn.... 2 headed serpent.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:22 PM | Show all posts
ni ayat biasa balaci2 UMNO kununnya org melayu ni berlembut hati ..

hakikatnya melayu UMNO ni la yg jenis pantang dijentik...

jentik skit... dia cite pasal org melayu suka AMUK...jentik skit dia cite pasal parang terbang..

jentik skit dah terguris..

udah2 la tu mamak oiii...

hang kata sume org mesia boleh jadi PM tu tak terguriska melayu2 UMNO mendengarnya??

ooo org melayu berlembut nooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:30 PM | Show all posts
kita berjuang ketuanan melayu....

esok2 - tuhhh..... org melayu kena halau dari rumah mereka sendiri sebab cina nak buat rumah mewah....

________________________________________________________________________________

kita berjuang ketuanan melayu....

esok2 - tuhhh..... tanah hak milik melayu dah dihapuskan macam di pulau pinang....

________________________________________________________________________________

kita berjuang ketuanan melayu....

esok2 - tuhhh..... org melayu tak dapat projek dan disekat meniaga sebab berlainan parti....

________________________________________________________________________________

kita berjuang ketuanan melayu....

esok2 - tuhhh..... org melayu nak dapat keje susah sebab monopoli perniagaan kaum pendatang....

________________________________________________________________________________

kita berjuang ketuanan melayu....

esok2 - tuhhh..... org bukan melayu pun dah diiktiraf jadik melayu janji isi borang....

________________________________________________________________________________

kita berjuang ketuanan melayu....

esok2 - tuhhh..... esok2 tempat belajar yg kononya benteng terakhir melayu dah pecah laam dah untuk bukan melayu.......


itu lah rupa sebenar pejuang ketuanan melayu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:37 PM | Show all posts
jgn lupa mamak ni la yg hapuskan tulisan jawi dan yg penting bahasa melayu utk pendidikan science and math...

bahasa melayu adalah hak org melayu.. tang ni dia kategorikan sebagai pertahankan hak melayu ka

mamak ni jugak yg mengurangkan kuasa raja2 melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by peYno at 20-11-2008 12:22 PM
ni ayat biasa balaci2 UMNO kununnya org melayu ni berlembut hati ..

hakikatnya melayu UMNO ni la yg jenis pantang dijentik...

jentik skit... dia cite pasal org melayu suka AMUK...jentik ski ...



arituh dia berdegar2 kata semua bangsa bleh jadik PM...
sekarang dah ubah melayu kena kuat plak .....

kalu cakap nyanyuk.. balaci hangguk yg bodo tetiba mengamuk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 20-11-2008 12:30
kita berjuang ketuanan melayu....

esok2 - tuhhh..... org melayu kena halau dari rumah mereka sendiri sebab cina nak buat rumah mewah....

____________________________________________________ ...

Bukan orang meLAYU yg parti lain tu kata..Islam lagi utama...meLAYU ini assobiyah je...ni nak meroyan lak bile orang meLAYU parti lain tak dapat bisnes....yg dapat meLAYU UMNO...........
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 20-11-2008 12:37 PM



arituh dia berdegar2 kata semua bangsa bleh jadik PM...
sekarang dah ubah melayu kena kuat plak .....

kalu cakap nyanyuk.. balaci hangguk yg bodo tetiba mengamuk....


Tukang bukak thread kang mengamuk ko dah asah parang belum

Soklan kena jawab jujur dan bendul taw
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by peYno at 20-11-2008 12:37
jgn lupa mamak ni la yg hapuskan tulisan jawi dan yg penting bahasa melayu utk pendidikan science and math...

bahasa melayu adalah hak org melayu.. tang ni dia kategorikan sebagai pertahankan  ...

Tulisan jawi bukan dia la...Khir Johari la(cukup2la fitnah Tun) ...bab Bahasa inggeris tu bagus what...dan mengurangkan Kuasa Raja2 adela betul dan bagus...kalau aku..dimuziumkan je terus..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by revolusi_30 at 20-11-2008 12:43 PM

Tulisan jawi bukan dia la...Khir Johari la(cukup2la fitnah Tun) ...bab Bahasa inggeris tu bagus what...dan mengurangkan Kuasa Raja2 adela betul dan bagus...kalau aku..dimuziumkan je terus..

tu sebab mamak kutty yg buat.. cuba DSAI ke yg cakap camtu.. mesti.. depa kata DSAI nak jatuhkan martabat bahasa org melayu, nak jadi cam spore..

kuasa raja dikurangkan.. maka balaci2 umno terhina.. kununnya kita nak jadi cam sistem spore.. yg raja dah takde kuasa..

kan kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.068433 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list