CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: wacayasamalula

merged : KAEDAH HYDROPONIC

[Copy link]
Post time 16-11-2008 01:14 PM | Show all posts

MAKLUMAT tambahan BERKENAAN HIDROPONIK

Kebaikan Hidroponik




Hidroponikmempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bertani secara konvensional. Kelebihan utama ialah kawalan sepenuhnya keatas tanaman.Tumbuhan dapat di tanam dengan kepadatan tinggi dengan kadar penggunaan baja yang lebih kecil kerana baja tidak di larut resap kedalam tanah.Tanaman lebih cepat matang, tanpa kerosakan akibat gangguan cuaca,penggunaan racun makhluk perosak yang minima pasti mengurangkan kos pengeluaran.

Daya pengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional. Sebagai contoh tomato yang ditanam atas tanah mengeluarkan hasil 5 hingga 10tan seekar setahun berbanding 200 tan jika diusahakan secara hidroponik.


Tanaman Yang Sesuai


Sayur-sayuran - termasuk salad, sawi, kobis, tomato, cili, timun, kacang dan sebagainya
Bunga - ros, orkid, marigold dsb.
Foliage -palms, paku, ficus, dan house plants.
Herba - basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain.
Buah - pisang ,tembikai dan lain-lain.

Keperluan Untuk Pertumbuhan

Sistem hidroponik tidak akan berjaya tanpa persekitaran yang baik. Seperti teknik penanaman atas tanah, ia memerlukan suhu yang sesuai, cahaya matahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses fotosintisis.Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral ( baja) bagi pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan boleh digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum digunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yangtinggi.
Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yangsempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelak serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun makhluk perosak. Jikamenggunakan racun serangga pastikan pemetikan hasil dibuat selepas seminggu dari semburan.

Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan nyamuk. Ataupun mengunakan baja yang selamat untuk anda memelihara ikan di dalam belas takungan(ikan pelaga)Adalah menjadikesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan nyamuk addes membiak dan anda akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Tanaman secara hidroponik perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak. Tanaman sayuran daun yang kecil dapat tegak terus dari medium tanaman. Bagaimanapun
tanaman yang lebih besar seperti tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak.

Semoga maklumat ini bawa manafaat kepada semua.
aminnnn


[ Last edited by  pernigaan at 16-11-2008 02:34 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 12:51 PM | Show all posts

Balas #1 pernigaan\ catat

nak kena cubit agaknyer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 12:52 PM | Show all posts
MERGE....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:11 PM | Show all posts
merged
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.059007 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list