CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3416|Reply: 21

Memulihkan sayang yang pudar

[Copy link]
Post time 6-11-2008 01:00 AM | Show all posts |Read mode
[size=85%]Perhubungan suami isteri mempunyai banyak cabarannya. Adakala suka, ada kala duka. Namun kebijaksanaan kedua-duanya mengatasisegala-galanya. Jika bijak menanganinya maka rumah tangga itu akanbahagia tetapi jika sebaliknya, maka berantakan.
[size=85%]Bagimengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri harus sama-sama tahubagaimana untuk mengukuhkannya. Sekiranya kasih sayang nampak semakinpudar, cepat-cepatlah pulihkannya.
[size=85%]Ini kerana jika dibiarkan, akan terus melarat sehingga mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu.
[size=85%]Teringat kisah seorang kawan yang sedang menghadapi krisis dengan suaminya iaitu Noraini (bukan nama sebenar) dan suami, Ismail (bukan nama sebenar).
[size=85%]MenurutNoraini, mereka tidak bergaduh tetapi dia cuma berasa suaminya tidakmenyayanginya lagi. Namun begitu Ismail masih menjalankantanggungjawabnya sebagai ayah kepada dua orang anak.
[size=85%]Masalahdi sini, Noraini merasakan bahawa agak sukar untuknya menjadi isteriyang terbaik kepada Ismail apabila kasih sayang itu tidak diperoleh.
[size=85%]KataNoraini, Ismail cuma mahu dirinya bertindak sebagai ibu kepadaanak-anaknya dan bukannya sebagai wanita, isteri dan rakan karib.
[size=85%]Namun,Noraini yakin Ismail masih menyayanginya dan sayangnya pada suami jugamasih kental seperti awal perkahwinan, cuma masing-masing tidak pandaiuntuk meluah atau membajai kasih sayang tersebut membuatkan ia semakinpudar.
[size=85%]Inilahantara asam garam kehidupan rumah tangga yang sentiasa berada dalamranjau dan duri, jika tidak dibaja oleh perasaan dan ikatan yang adasebaik mungkin, maka ia akan layu dan gugur ke tanah.
[size=85%]Bagimembantu Noraini dan wanita lain yang mengalami nasib sama, berikutbeberapa tip yang mungkin boleh memulihkan semula rumah tangganya yangsemakin pudar supaya bahagia dan sejahtera.
[size=85%]Apa yang anda boleh dilakukan
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Luahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Sentiasamendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong ataumenyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Ketika suami sedang marah, isteri perlu mendiamkan diri kerana akan meredakan kemarahannya dan menghindari daripada pertengkaran.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Tidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Selalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.
[size=85%]Ø[size=78%]
[size=85%]Fikirkankebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaanyang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akanmenimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 06:29 AM | Show all posts
Originally posted by yosh at 6-11-2008 01:00 AM
Perhubungan suami isteri mempunyai banyak cabarannya. Adakala suka, ada kala duka. Namun kebijaksanaan kedua-duanya mengatasisegala-galanya. Jika bijak menanganinya maka rumah tangga itu akanbaha ...


Anjurkan sisuami pasang lagi satu...bila masa untuk bersama dah kena bagi dua , tiga atau empat, tak selalu jumpa ...maka sayang itu akan semakin terjalin....

Bak kata makcik siput......rindu rinduan makes the heart grows fonder.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 08:40 AM | Show all posts
ada ke plak, sanggup ke bermadu???
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by manakautau at 6-11-2008 06:29 AM


Anjurkan sisuami pasang lagi satu...bila masa untuk bersama dah kenabagi dua , tiga atau empat, tak selalu jumpa ...maka sayang itu akansemakin terjalin....

Bak kata makcik siput......ri ...


kalau aku sayang dah tak terjalin dah... sakit hati membuak lagi ada la.  tertutup pintu hati tak leh bukak2 dah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 08:45 AM | Show all posts
wow you read all that..
kepala aku penin baca semua...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by Prettylady at 6-11-2008 08:45 AM


kalau aku sayang dah tak terjalin dah... sakit hati membuak lagi ada la.  tertutup pintu hati tak leh bukak2 dah.

apa lagi .. dah sakit hati, cari jantan lain la .. sikap camni la bnyk bawak bencana ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2008 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by nyahsengal at 6-11-2008 08:45 AM
wow you read all that..
kepala aku penin baca semua...

mak pun pening nok ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by kudajantan77 at 6-11-2008 09:15 AM

mak pun pening nok ..


klu tau pening...
yg engko dok terhegeh2 baca apahal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 09:31 AM | Show all posts

Balas #8 nyahsengal\ catat

i pun nk baca lah, nak tambah kredit i.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:38 AM | Show all posts

Reply #1 yosh's post

tak sanggup nak baca... sekali tengok pun bole rasa nnt sure kelabu bijik mata aku kalau baca ni....rapat2 dan kocik bonar...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by kudajantan77 at 6-11-2008 09:14 AM

apa lagi .. dah sakit hati, cari jantan lain la .. sikap camni la bnyk bawak bencana ..


kalau blom kawin mmg boleh la cari jantan lain... ni kalau dah adaanak, baik dok sendiri & besarkan anak2 dgn penuh didikan ygsempurna....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:25 AM | Show all posts
seperti biasa...segala usaha mestilah datang dari isteri...sang suami tak de contribution ker?.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by Prettylady at 6-11-2008 09:43 AM


kalau blom kawin mmg boleh la cari jantan lain... ni kalau dah adaanak, baik dok sendiri & besarkan anak2 dgn penuh didikan ygsempurna....

yang dah kawin pun ramai cari jantan lain skrg nih ... kononnye itu cara terbaik nk ajar laki yg sakitkan hati dorang ... tambah2 lagi keluarga dan kawan2 pun tumpang simpati dan menyokong ... kononnye padan dengan muka laki dorang yg sengal tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #14 qiqila's post

hehhe..siap tuju lagu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:39 AM | Show all posts

Reply #12 cantthinkofany's post

laaaa tak tau lagi kerr???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 04:36 PM | Show all posts
kena makan angin sebab nak raptkan balik jurang specially lepas salah sorang buat hal..... yahooooo nak gi jln.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 08:43 PM | Show all posts

Reply #12 cantthinkofany's post

betul tu....asyiiiiiiikkkkk la si isteri yang kene buat itu ini. klu gitu wat pe kawen, hanya isteri je yg kene handle...suami dok dendiam...tunggu isteri je...:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 07:24 AM | Show all posts
have fun...and joke around a lil...get involve sama2 kat lam activity..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 09:02 AM | Show all posts
ha betul tu...ratu setuju....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.064167 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list