|
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
kosmo.com.my
Disebabkan bebanan kerja, membuatkan diri kamu berasa begitu keletihan sehingga tidak berdaya melawan nafsu si suami. Apa yang harus dilakukan?
KELETIHAN tubuh dan minda menjejaskan hubungan seksual.
--------------------------------------------------------------------------------
"HAMPIR tiga tahun membina ikatan perkahwinan, namun dia bagaikan tidak mengerti segala kemahuan yang aku inginkan. Bukan bermaksud dia melupakan tanggungjawab yang harus dipikul, tetapi layanan cinta yang diberikan tidak seindah apa yang diharapkan.
"Dampingan mesra setiap kali bersama, gurauan kecil sebelum beradu, gigitan manja tika bersua, begitu asing bagi dirinya. Dia seolah-olah tidak mengerti segala apa yang aku inginkan, walaupun suatu ketika dulu dialah insan pertama yang inginkannya"
Itu antara luahan hati seorang suami tatkala pasangannya cuba melawan arus nafsu setiap kali ingin bersama.
Mungkin disebabkan keletihan menjadi tembok penghalang dalam melayari hubungan intim mereka. Bebanan tugasan kerja yang dipikul isteri setiap hari begitu mempengaruhi emosi dan jiwa kecilnya. Kamu seharusnya memahami keadaannya ketika itu dan bawa berbincang setiap kali ingin bersama.
Justeru tidak dinafikan, hubungan seksual merupakan suatu perkara yang begitu menyenangkan dan ia amat penting untuk mewarnai alam perkahwinan. Jika didalami, ia dapat meningkatkan tahap keghairahan bercinta walaupun sudah bertahun lamanya menjalinkan hubungan perkahwinan.
Jangan biarkan ia terlerai disebabkan punca keletihan yang dialami. Walau penat sekalipun, keinginan suami harus ditunaikan.
Intim minggu ini berkongsi tip yang harus kamu lakukan bersama. Jika diamati, ia sememangnya membuatkan kamu berdua tidak sabar menanti kedatangan malam hari.
--------------------------------------------------------------------------------
Cukup tidur
Untuk memelihara agar keghairahan bercinta tidak mudah padam, kamu harus menikmati waktu tidur yang secukupnya. Semakin baik kualiti tidurmu, makin besar pula keinginan tubuh terhadap hubungan seks. Hal itu diungkapkan oleh pakar terapi seks, Ian Kerner, yang merupakan seorang penulis buku She Comes First: The Thinking Man's Guide to Pleasuring a Woman.
"Tidur sangat penting untuk menjaga perubahan hormon agar kekal normal. Ini adalah kunci utama dalam menjaga kesihatan seksual," katanya. Selain itu jelasnya lagi, tidur yang kurang akan menyebabkan tubuh berasa keletihan. "Apabila kamu bercinta dalam keadaan lesu, kemungkinan untuk mencapai orgasma (kemuncak kenikmatan seksual) pun akan mengecil," katanya. Jadi, tidurlah lapan jam setiap hari atau tidur lebih awal 10 minit dari waktu tidur biasa kamu, sudah mencukupi untuk membuat tubuh sentiasa segar.
Seks kilat
Pasangan muda zaman sekarang begitu sibuk dengan berbagai hal. Tidak hairanlah apabila tibanya waktu malam, sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, kamu dan pasangan kerap kali berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Secara tidak langsung ia mempengaruhi tenaga untuk melakukan ritual cinta nan romantis. Mengapa tidak memilih melakukan seks kilat?
Jangan lepaskan kenikmatan seks kilat kerana sensasinya dapat bertahan lebih lama. Saat timbul keinginan untuk melakukannya, kamu sedar bahawa pasangan terasa begitu mengghairahkan," ujar pakar seksualiti dari Pusat Seksual Wanita di California, Pamela Madison. Selain itu juga, 'seks kilat' akan menimbulkan rutin bercinta pada setiap malam. Oleh itu, kenali titik-titik peka di sekitar organ intim kamu berdua dan lakukan stimulasi di zon tersebut agar acara bercinta menjadi semakin 'panas'.
NIKMATI kembali kehangatan hubungan intim dengan sikap tolak ansur dan komunikasi mesra.
--------------------------------------------------------------------------------
Komunikasi mesra
Jalinkan komunikasi mesra dengan pasangan pada setiap hari. Mengirim Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan kata-kata yang menggoda atau berbicara di telefon sememangnya menjadi permulaan untuk memiliki komunikasi yang mesra dengan pasangan. Apabila kamu memiliki komunikasi yang baik, kamu mampu mengirim tanda isyarat yang bersimbolkan ajakan bercinta.
Komunikasi yang hangat dan terbuka juga sangat diperlukan saat bermulanya acara cinta. Jangan ragu untuk meminta si dia menyentuh kamu di segenap bahagian-bahagian yang sensitif. Selamat mencuba. - NOOR HASLIZA NUSI
http://www.kosmo.com.my/ |
|