View: 1577|Reply: 0
|
JIZZZ... KLONG! KLONG! Lelagi Pasal Isu Pemain Bola Sepak Import...
[Copy link]
|
|
Akhirnya FAM sekali lagi membuat keputusan untuk tidak membenarkan pemain import dimasukkan... Hmmm... Tah lar... Aku pong dah penat lar dengar isu ni... Kejap benar... Kejap tak... Kejap benar... Kejap tak... Hasilnya sama jugak... Beza ialah cuma alasan membenarkan dan alasan yang tidak membenarkan setiap kali keputusan diambil... Bosan sunggoh...
Mengapa tidak ada pendekatan lain...? Hapakah FAM terlalu buntu untuk memikirkan alternatif lain selain dari ini...? Yang herannya bila bab jurulatih tidak ada pula yang dipersoalkan... Jurulatih tempatan sahaja...? Jurulatih import sahaja...?
Setiap kali FAM membuat keputusan ini... (Dimana jurulatih sentiasa berkecuali...) Pasti ada pihak yang membangkang... Begitu juga pihak yang menyokongnya... Itulah rutinnya... Tapi itu bukanlah yang kita pinta... Pokoknya adakah setiap kali keputusan itu dibuat ia mampu mengubah mutu bola sepak kita...?
Baiklah... Kita semua sedar dua perkara dalam isu ini...
Cuaca bola sepak kita takda pernah berubah... Boleh dikatakan statik sahaja walau hapa pong alasannya... Tak kira setiap kali pemain import dibenarkan masuk atau pon tidak... Kita harus akui itu...
Ada yang mahu pemain import diserapkan dan ada yang menyokong pemain import disekat... Sebenarnya mereka bukan sahaja mahu melihat mutu bola sepak negara kita meningkat tapi juga seronok menontonnya...
Jadi hapa kata kita ambek pendekatan ditetengah...? Hanya benarkan pemain import dari Asia sahaja... Dengan ini kita bukan sahaja dapat memupuk semangat kejiranan kita dengan negara Asia yang lain tapi juga meningkatkan mutu dengan pemain import dari negara Asia sendiri...
Kita patut contohi Jepun yang mempunyai beberapa pemain yang bertaraf dunia... Jika mereka salah sebuah negara Asia mampu melakukan ini kenapa tidak Malaysia...? Itulah yang kita harus pelajari sebenarnya... Bukannya terus meneropong jauh ke Eropah...
Mungkin FAM tidak sedar bahawa tubuh worang Asia lebih kecil berbanding tubuh worang Eropah... Cara mereka bergerak dipadang juga tidak sama... Mereka tidak cepat penat... Mungkin faktor cuaca mereka yang dingin turut mempengaruhi...
Tapi itu semua tidak menjadi halangan utama jika semua pemain lebih komited dan lebih berdisiplin... Sekali lagi aku rasa pemain Jepun lebih komited dan lebih berdisiplin berbanding dengan pemain kita... Cuaca dingin bukanlah faktor utama pencapaian mereka hari ini... Jadi... Malaysia bila lagi mahu mengorak langkah ke arah taraf antarabangsa...? Kita juga mampu sebenarnya...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|